Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, December 26, 2009

Sanah Helwa Ya Habibti


Assalamualaikum wbt.



"Kenapa awak bagi saya yang lagu Xmas?," soal saya pada Mumun sambil tangan saya memutar pemengang kecil di tepi mini music box. "lagu raya takde ke?," sambung saya lagi.

"Haha..," Mumun gelak sambil menggerak-gerakkan tangannya yang digenggam tanda 'meluku' saya imaginarily.

Kotak kecil itu akan berbunyi apabila diputar pemegang kecil di tepinya. Mumun hadiahkan pada saya. Selalunya dia akan menghadiahkan saya apa-apa pun tanpa sebab. Ataupun mungkin semasa dia membelek-belek apa-apa benda dan teringkatkan saya, dia akan beli. Mungken. hehe.

"ooOo..saya tahu. Mesti awak nak suruh saya ingat birthday awak everytime saya main benda ni kan? Birthday awak kan on Xmas day?," teka saya.

"Haha..," Mumun gelak lagi. "Ye kot~.."

"Hehehe..saje je buat-buat tanya. Btw, thank you awokkkk," saya sengih menampakkan barisan gigi yang 'mahal'.

Saya tak tahu kalau-kalau post ini akan nampak tidak adil pada ahli beit saya yang lain. hehe.. Saya pasti, lepas post ini published, kami akan bergaduh manja ketika menghadap dulang besar ketika dinner nanti kut. huhu.

Semalam hari lahir sahabat baik saya, Asma Hanisah a.k.a Mumun saya. Saya sangat terkilan kami tak mampu buat apa-apa pada hari istimewa dia dek kerana kesibukan yang menghambat setiap dari kami termasuk birthday girl sendiri. Tapi tak mengapa.. Asma dah besar kan? (^__^)'

Semoga Allah memberkahi umurmu sayang. Dan semoga kau tetap kuat mengharungi jalan persinggahan ini yang penuh ranjau. Semoga kelak kita berpeluang bertemu di Syurga Allah yang merehatkan. Inni uhibbuki fillah jiddan.




Sanah helwa ya habibti!

Monday, December 21, 2009

NIGHT OF PROFESSIONALISM - DON'T MISS IT!!

Assalamualaikum wbt.


For more info, click here.

Friday, December 18, 2009

Gemuk & Kuning

Assalamualaikum wbt.




Hari ini saya berkejar-kejar dari satu tempat ke satu tempat. Kerana salah satu azam saya bersempena tahun baru 1431H ini, saya mahu berhijrah daripada seorang yang tidak komited dengan masa, kepada orang yang lebih komited dengan masa. Saya akan cuba untuk datang awal pada mana2 program, mesyuarat, jemputan mahupun kelas. Ianya nampak kecil kan tetapi bagi saya, ia adalah cabaran terbesar.


Masa kita adalah sama. 24 jam sehari. Tiada lebih mahupun kurang. Soalnya, bagaimana kita mahu membahagikan masa sebaiknya dengan adil. Adil tidak bermaksud menetapkan masa yang sama untuk setiap perkara. Contohnya kalau tidur 5 jam, mandi pun kena 5 jam. Kalau makan 30 minit, study pun mesti 30 minit. Membahagi masa dengan adil bermaksud membahagikan masa yang sepatutnya pada perkara yang sepatutnya. Tidur 5 jam, makan 30 minit, mandi 15 minit, study 10 jam, mesyuarat 2 jam dan sebagainya.

Saya mengaku walaupun saya kadang-kadang mampu untuk cover semua perkara yang sepatutnya dilakukan (tapi kadang-kadang tak tercover juga.hehe) , tapi kadang-kadang gagal juga membahagikan masa dengan adil. Sekarang pun saya sentiasa berjalan dengan laju, makan dengan laju, study dengan laju kerana tanggungjawab dan tugas yang masih panjang di belakang.

Kalaulah badan ini boleh di pecahkan kepada beberapa bahagian, pasti saya akan berbuat begitu.
huhu. Bukan badan sahaja, otak pun sama. Takdelah nak serabut memikirkan banyak perkara dalam satu-satu masa.

Hari ini saya ada Smart Circle gabungan. Sesi ini, saya dipertanggungjawabkan untuk menjadi Mentor Figure (MF). MF ni macam ketua kepada beberapa mentor lain. Rasa macam tak layak sangat-sangat. Masa dapat tahu jadi MF ni, saya rasa macam nak tolak je dan cadangkan nama lain. Saya pun listkan beberapa amanah & tanggungjawab saya yang lain. Terus tersandar di diding. Rasa dah tak larat nak galas tanggungjawab lain. Sebelum ni saya dah lepaskan Ketua SC batch kepada seorang sahabat saya. Bimbang-bimbang saya tidak dapat beri komitmen 100% untuk merangka perjalanan SC batch saya kerana sibuk dengan hal-hal lain yang lebih penting. Tiba-tiba, datang yang lain pula.

Kata-kata sahabat-sahabat saya terus terngiang-ngiang di tympanic membrane saya. Seorang akhawat pernah berkata, kelayakan dan kemampuan itu hanyalah dari Allah. Yang penting adalah, kehendak dan kefahaman kita tentang apa yang kita perlu dan mahu lakukan. Hurmm..betul juga. Cita-cita saya besar dalam lapangan dakwah ni. Saya perlu sentiasa berkehendak dan faham tentang apa yang saya nak lakukan bukan hanya pada masa sekarang tetapi akan datang.

Seorang akhawat yang lain pula pernah berkata, mungkin inilah perancangan tercantik Allah buat kita, untuk mentarbiyyah kita. Apabila diberi tanggungjawab baru, kita mesti sedar, rupa-rupanya tarbiyyah yang kita lalui selama ini, belum cukup lagi untuk kita mencapai keimanan dan ketaqwaan yang tinggi. Ataupun unutk mencapai target yang kita tetapkan untuk diri kita. Hurmm.. betul juga. Mungkin saja ada nilai-nilai yang lompong sebelum ini. Akhlak kita, komitmen kita, sabar kita dan yang lainnya.

Tapi..tak semua benda akan goes smoothly. Walaupun saya MF, tak bermakna saya mampu untuk membawa bersama adik-adik mentee saya ke program tadi. Saya datang seorang diri. Rasa macam gagal sangat sangat sangat. Tapi saya tidak salahkan mereka. Saya cuba muhasabah kembali, apa silap dan kurangnya saya. Mungkin saya kurang membuat solat hajat meminta agar Allah tautkan hati-hati kami. Atau mungkin saya jarang menziarahi mereka dan bertanya khabar. Atau mungkin atas sebab-sebab lain yang berpunca dari saya.

Erm..Kita ni sibuk kan? Hari-hari letih. Tapi bangun pagi keesokan harinya, kita tetap membuat perkara yang sama. Pergi kelas dengar kuliah. Balik sambung kerja lain. Pergi mesyuarat. Pergi tusyen. Namun, setiap hari yang berlalu, kita tetap lakukan kerja-kerja kita walaupun kadang-kadang mulut mengomel penat, ngantuk dan otak macam dah blur-blur dah.

Kenapa kita buat semua ni?

Sebab kita faham. Kita faham kita punya tanggungjawab. Dan tanggungkawab itu bukanlah kecil dan ringan. Yang boleh kita pilih-pilih. Kalau susah, kita taknak buat. Kalau senang, baru kita nak buat. Kalau ambil banyak sangat masa kita, kita taknak buat. Kalau kita masih ada masa lagi untuk kita sparekan untuk hiburan, baru kita nak buat.

Kalaulah semua orang faham kenapa kita perlu buat semua ni, mesti senang saya nak cari AJK untuk unit akademik. Kalaulah semua orang faham kenapa kita perlu buat semua ni, tak perlu saya beg and plead pada setiap orang supaya membantu saya.

Tapi itulah juga antara tugas dan tanggungkawab kita. Memberikan kefahaman pada mereka. Memahamkan kepada mereka bahawa kemenangan Islam itu telah dijanjikan. Sama ada kita bersama-sama menyumbang kepada kemenangan tersebut dan rasa izzah dengan kemenangan tersebut. Atau kita menyumbang nothing kepadanya dan tak rasa apa-apa pun bila kemenangan itu tercapai. Atau mungkin rasa rugi.

Perkara yang kita lakukan ni, memang nampak kecil tetapi kena tahu, faham dan yakin, perkara yang kecil inilah yang kalau kita lakukan secara konsisten, impaknya sangat besar. Macam jugak kalau kita study dalam satu hari 4 jam je. Tapi kalau hari-hari kita konsisten dan gunakan masa study itu sebaiknya, tak mustahil kita mampu cover semua subjek dan pelajaran. Betul tak?

Ermm..apalah yang saya bebelkan ni kan?

Marilah kita islahkan diri dan tambahkan kefahaman. Semoga Allah memberi hidayah dan tunjukkan jalan. Saya harap, tahun yang bakal menjelang ni, saya dapat menyumbang lebih banyak kepada Islam. Tak kiralah masa, tenaga, harta atau apa saja yang saya mampu. Saya nak kurangkan cakap dan banyakkan amal. Sebab, saya ni suka sangat bercakap.

Tak apalah kita penat dan letih hari-hari pun. Sebab dunia ini bukan tempat untuk berehat. Seronoknya kalau dapat berehat di syurga nanti. Berlari-lari di taman-taman syurga dan menikmati segala-galanya di syurga yang tak boleh langsung kita gambarkan keindahannya. Tanamlah amalan sebanyak-banyakknya di dunia ini agar boleh kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Bestkan kalau tengok padi yang gemuk-gemuk dan warna kekuning-kuningan. Hasilnya di akhirat nanti, insyaAllah lebih baik daripada yang gemuk-gemuk dan kuning-kuning tu.

Selamat beramal.

Thursday, December 17, 2009

MIRACLE

Assalamualaikum wbt.


Setiap hari saya cuba untuk menghabiskan bacaan saya. Bacaan luar selain daripada buku medic. Saya sentiasa merasakan pembacaan saya begitu lambat. Mungkin kerana sejak azali saya memang kurang minat membaca. Atau mungkin kerana setiap ayat yang saya baca, saya ulang berkali-kali sehingga saya faham. Atau mungkin juga kerana saya membaca hanya ketika punya masa lapang yang dicuri-curi. Sebelum kelas bermula, di dalam teksi, ketika berjalan pulang ke rumah, sambil memasak atau masa-masa singkat yang lain.

Untuk duduk menekuni pembacaan saya setiap kali, saya kekurangan masa. Alhamdulillah, mujur Allah Maha Besar kurniakan saya minda yang cepat pick-up. Tidaklah saya perlukan banyak masa untuk memahami sesuatu terutamanya yang berkaitan pelajaran. Syaratnya, saya perlu focus 100% ketika proses P & P.

Kali ni saya cuba membaca muqaddimah Tafsir Fi Zilalil Quran karangan as-Syahid Sayyid ibn Qutb Ibrahim atau lebih dikenali dengan Sayyid Qutb. Saya sangat tertarik dengan penulisan seorang akhawat yang hanya saya kenal melalui alam maya. Dialah yang memperkenalkan kitab tafsir ini kepada saya melalui penulisannya. Dia menghuraikan setiap bait kata dan frasa muqaddimah tersebut dengan baik sekali. Saya tertarik untuk membacanya sendiri dengan lebih teliti dan mengutip hikmah dan ibrah di sebalik penulisan ini.

Antaranya, Sayyid Qutb ada menuliskan begini :


Di bawah bayangan al-Qur'an juga aku dapat mempelajari bahawa di dalam alam
al-wujud ini tiada ruang bagi kebetulan yang membuta tuli dan bagi
kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak.

Kerana Allah
berfirman : "Sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran
yang rapi "
(Surah al-Qamar : 49)

"Dan
Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu
dengan ketentuan takdir yang sempurna"
(Surah al-Furqan :
2)



Betul dan Benar. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Setiap yang kecil mahupun yang besar. Setiap yang baik mahupun yang buruk.

Kadang-kadang kita akan rasa seperti tidak percaya apabila sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku pada kita. Angan-angan kita menjadi kenyataan, cita-cita kita tercapai mahupun hajat yang kesampaian. Masa itu kita akan mengucapkan Hamdallah Hamdallah Hamdallah sebagai tanda pujian di atas kurniaan Allah yang sangat sangat tidak terduga.

Semua itu adalah miracle dari Allah. MasyaAllah. Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Tentunya Dia adalah sebaik-baik perancang. Semua telah tertulis dan dirancang dengan rapi oleh Allah. Kita sebagai hamba yang kerdil dan lemah, hanya mampu untuk terus-terusan berusaha, berdoa, tawakkal yang tinggi dan bersabar. Itulah resepi rahsianya.

Saya pernah berkata pada sahabat saya : "Banyakkan berdoa dan sabar, kurangkan angan-angan. InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah, dengan izin-Nya, miracle juga akan terjadi dalam hidup anda. Percayalah." (^__^)

Yaqinu billahi yaqini. Keyakinan kepada Allah memeliharaku.


Salam Maal Hijrah. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, hati kita akan bertambah tambah subur dengan keimanan dan ketaqwaan. Semoga kita juga lebih dekat dengan Azza Wajalla.

Tuesday, December 15, 2009

Selamat Beramal

Assalamualaikum wbt.

Erm, this picture worth my thousands words.




Click for more

Saturday, December 12, 2009

Semangat!

Assalamualaikum wbt.


Musim sejuk sudah berada di kemuncaknya. Suhu dan persekitaran yang sejuknya menusuk sehingga spinal cord menjadikan hari-hari yang dilalui begitu mencabar. Masakan tidak, saya rasakan seperti mahu berada di hadapan heater setiap masa. Ataupun mungkin berada di bawah lembayung saratoga yang menghangatkan. Namun, hari perlu diteruskan seperti biasa. Kerana al-wajibat akthar min al-awqat. Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada.

Saya mula merasakan beban yang dipikul semakin berat. Tanggungjawab yang digalas semakin menguji diri. La haula wala quwwata illa billah. Itu sahaja yang mampu saya sebut berkali-kali saat merasakan diri tidak kuat. Betul-betul tidak kuat. Tapi saya tetap percaya dan yakin, tidak akan dibebani seseorang itu melainkan kemampuannya. Mungkin ini tarbiyyah tercantik dari Allah buat saya.

Tidur saya mula tidak nyenyak memikirkan bagaimana saya boleh membantu akademik sahabat-sahabat saya seluruh Mansurah yang ramainya mencecah angka seribu. Saya diuji dengan usul yang saya bawa sendiri dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan kali ke-3 bersama hujah-hujah yang menyokongnya. Ah, serabut sedikit dibuatnya.

Ucapan tahniah dan takziah tidak henti-henti dikalungkan kepada saya. Ditambah dengan hari lahir saya yang kunjung tiba, pelbagai ucapan selamat dan doa diberikan, Terima kasih kepada yang mengingati. Sehingga ada adik-adik yang saya tidak kenal, tetap mengucapkan selamat melalui sms, ym dan directly. I feel touched. May all the prays are belong to all of you as well.

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Saya perlu mencuri-curi masa. Terlalu banyak yang saya mahu tuliskan. Pelbagai hikmah dalam hari-hari yang saya lalui, ingin saya coretkan sedikit di sini. Erm, mungkin lain kali.

Selamat memperkasakan akademik dan sahsiah anda. Saya pasti, setiap dari anda yang menjejakkan kaki ke bumi kinanah ini, sudah ada terpasang dan terpasak niat untuk menimba ilmu Perubatan sebanyak-banyaknya. Mungkin tidak semua memasang niat untuk berubah atau mencari nilai tambah di bumi Mesir ini, tapi niat untuk belajar Perubatan, mesti ada kan?



Jom belajar elok2! Semangat!

Thursday, December 10, 2009

Hadiahkan Ku Sepotong Doa

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah. Segala puji bagi-Mu Ya Allah. Kebaikan itu untuk orang yang bertaqwa, tidak dimusuhi kecuali mereka yang menzalimi. Selawat dan salam untuk semulia-mulia utusan, dan pengakhiran segala Nabi dan kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda.


Alhamdulillah hari ini, 10 Disember 2009, genap usia saya 21 tahun.

Jika mengikut undang-undang, pada usia begini, saya berhak untuk membuat keputusan sendiri dalam hidup saya dari segi undang-undang dan yang berkaitan dengannya. Ini bermakna, bermula daripada hari ini, saya bertanggungjawab ke atas diri saya sepenuhnya. Ini juga bermakna, rupa-rupanya saya sudah dewasa. Dewasa tapi masih muda. Hehe.


Saya tidak lagi mengharapkan sebiji kek tertulis Happy Birthday di atasnya. Tidak juga mengharapkan sejambak bunga mahupun hadiah beraneka rupa. Mahupun suprise party. Cukuplah sekadar sepotong doa dengan penuh keikhlasan dari sesiapa sahaja yang mengingati tarikh kelahiran saya.


Ya Allah, ampunilah segala kelalaian kami. Ya Allah, jadikanlah hari ini menjadi hari keampunan bagi segala dosa kami. Hari yang Engkau gantikan segala kegelapan kepada Nur cahaya di hati kami.

Ya Allah, berkatilah sisa hidup kami. Jadikan umur yang tersisa ini membawa kemaslahatan bagi orang tua kami, keluarga kami dan sekalian umat Islam.

Ya Allah, tetapkanlah bagi kami kesabaran. Jangan biarkan amarah membuatkan kami terhina dalam kezaliman.

Ya Allah, sediakanlah untuk kami sebahagian daripada rahmat-Mu yang luas. Berikanlah kami petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang.

Ya Allah, hiasilah diri kami dengan ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang membawa kepada keluhuran akhlak kami.

Hanya kepada-Mu kami bertawakkal dan kembali.

Amin Ya Rabbal Alamin..


Buat mama dan ayah, terima kasih di atas didikan dan keperluan yang sempurna sedari akak kecil sehingga sekarang. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan iaitu Syurga-Nya. Semoga kalian terus-terusan mendoakan kecemerlangan dan kebahagiaan akak dunia dan akhirat. Love you both more.

Friday, November 27, 2009

Eid Farrahah!

Assalamualaikum wbt.


Perit sekali menyambut Eid di perantauan. Jauh dari keluarga. Walaupun benar sahabat2 dan kawan2 itu sudah dianggap seperti keluarga, tapi tetap tidak sama. Hati tetap sebak dan syahdu. Rindu pada wajah mulus ibubapa. Senyuman mereka, kucupan mereka, usapan mereka, kata-kata mereka. Walaupun kadangkala berbaur marah, tetap dikenang hingga mampu menitis airmata.

Kadang2 kita mencuba sedaya upaya melupakan suasana Eid bersama keluarga. Kita sibukkan diri dengan pelbagai perkara dan cara. Tetapi, 'signal' rindu dan ingatan yang dihantar oleh mereka tetap memberi kesan dalam hati. Biarpun tidak bertemu wajah, bersua muka, bertutur kata, itu bukan syarat untuk kita terus mengingati mereka. Ah, sedihnya saat ini.

Tapi bukan itu yang mahu dikenang-kenang sangat saat ini. Eid Adha merupakan hari yang penuh dengan kenangan. Kenangan yang bukan hanya kenangan semata-mata, tapi penuh dengan pengajaran.


Saat membaca surah As-Saffat, menghayati kembali dengan sebenar-benarnya kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s, 10 Zulhijjah tidak akan kosong.

Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh (100). Maka Kami beri khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat sabar (Ismail) (101). Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, "Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!" Dia Ismail menjawab, "Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar." (102)



Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya (untuk melaksanakan perintah Allah) (103). Lalu Kami panggil dia, "Wahai Ibrahim!" (104). sungguh engkau telah membenarkan mimpi itu, Sungguh demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik (105). Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata (106). Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar (107) Dan kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang2 yang datang kemudian (108) "Salam sejahtera bagi Ibrahim" (109). Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik (110). Sungguh, dia termasuk hamba2 Kami yang beriman (111).

Itulah antara kisah dari pelbagai kisah yang terakam di dalam Al-Quran. Kisah yang Allah ceritakan, agar kita, orang2 yang datang kemudian dapat ambil iktibar,pengajaran dan pedoman. Kisah perbualan yang cukup cukup hebat antara seorang ayah dan anak. Lebih hebat kerana mereka ahamba yang taat.

Lihat saja kata2 Nabi Ismail a.s saat perintah Allah diturunkan pada ayahandanya, "Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu; insyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar." Hebatkan? Hebatkan kesabaran Nabi Ismail a.s? Saat itu umurnya masih muda. Jika kita ditanya soalan yang sama, apakah agaknya jawapan kita?

Inilah antara kisah hebat orang-orang yang taat. Taat secara total, sepenuhnya, hundred percent atau mungkin lebih dari itu.

Orang yang taat tidak pernah bertanya banyak. Tidak pernah mempersoal kenapa perlu untuk dia lakukan ini atau itu. Tidak pernah meminta sebab mengapa dia perlu tinggalkan ini mahupun itu. Kerana orang yang taat, mengabdikan sepenuh penuhnya, keseluruhannya, baik jiwa, raga, jasad, harta, masa dan segala yang ada padanya kepada Allah. Orang yang taat tidak meminta balasan. Tidak perlukan 'reward' untuk membayar harga ketaatannya.

Inilah contoh terbaik buat orang yang benar-benar hendak beriman. Apabila perintah Allah datang kepadanya, tiada langsung dia mencari ruang alasan. Bahkan terus menerus mencari jalan agar perintah itu diturut biarpun dia perlu bayar dengan nyawa.

Ramai orang sekarang mendengar takbir untuk mencari dan menghayati 'mode' raya. Bukanlah menghayati ucapan yang mengagung-agungkan Allah itu. Sedih kan?

Ada juga yang hanya memandang kosong pada kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Pengetahuan mereka sekadar cukup untuk membuktikan bahawa mereka 'tahu' apa yang berlaku disebalik pensyariatan korban semasa Eid Adha.

Saya sendiri sehingga sekarang, cuba menghayati setiap inci kisah-kisah yang terakam di dalam Al-Quran, cuba mencari pengajaran, agar penghayatan itu bukan sekadar penghayatan ilmu tapi juga penghayatan amal.

Eid Farrahah! Kullu 3am wa antum bi khair.

Zulhijjah 10, 1430 H.

Thursday, November 26, 2009

Yellow Phosphorus

Assalamualaikum wbt.

Sekarang jam menghampiri 12 tengah malam tapi saya nak sangat menulis di sini tentang satu perkara yang saya dapat hari ini. Jika waktu dan musim sekarang (winter), ini sudah dikira lewat lewat malam kerana waktu Maghrib sekarang adalah pada pukul 4.53 dan Isyak pada pukul 6.15. Ramai sekali yang berebut-rebut untuk berpuasa sunat mahupun ganti pada waktu ini kerana waktu Maghrib masuk sangat awal.


Pagi tadi saya lambat ke kelas. Saya sendiri tak tahu mengapa saya lambat. Mungkin kerana saya berjalan perlahan. Atau mungkin saja saya sendiri tidak komited dengan waktu kelas yang awal. My bad. Tapi, alhamdulillah sempat lagi menghadiri 3/4 kelas.


Hari ni, kami sambung belajar tentang subtopics of Occupational Health & Industrial Medicine (a.k.a occupational Medicine). Ok to be simple, kita panggil ia OM. OM ni salah satu pecahan Comunity Medicine. Dalam OM ni, kita belajar tentang chemical hazards of industrial employees (kesan bahaya bahan kimia kepada pekerja-pekerja industri).


Apa yang menarik?


Antara yang kami belajar hari ini adalah tentang phophorus. Familiar tak dengan phosphorus?


Phosphorus ni ada banyak jenis. Antaranya adalah :

  1. Yellow Phosphorus
  2. Red Phosphorus
  3. Organic Phosphorus
  4. Phosphine Gas
  5. Tri-ortho cryzile phosphate


Okay. Antara banyak2 phosphorus ni, yang paling bahaya adalah Yellow Phosphorus. It is very poisonous, very toxic. So, dia tidak langsung digunakan dalam industri. Selalunya kita guna Red Phosphorus sebagai ganti sebab Red Phosphorus ni less toxic.

Yellow Phosphorus ni, akan terbakar pada suhu 30 degree celcius, dan ia akan hasilkan 'Dense White Fumes' (asap putih tebal) which is very poisonous (sangat sangat beracun).


Then saya terus terfikir "Oh, so this was the phosphorus which used by Israels to pollute thus killed bulks of Palestinian!". Sangat kejam kan? Dalam notes kami, tiada tertulis effect of Yellow Phorphorus tapi ada dibincangkan effect of Red Phosphorus.


Red Phosphorus ni digunakan sangat meluas dalam industri. Contohnya dalam pembuatan mancis, racun tikus, baja, cat dan kertas. Ok, macam saya katakan tadi, Red Phosphorus ni digunakan dalam industri rather than Yellow Phosphorus kerana Red Phosphorus is less toxic. Nak tahu tak 'less toxic' dia tu macam mana?


'Less toxic' dia tu boleh menyebabkan simptom2 berikut kalau kita keracunan atau diracuni Red Phosphorus ni :

  1. liver & kidney failure (hati dan buah pinggang gagal berfungsi)
  2. Faeces & Vomitus are luminous & have garlic-like odour ( tinja dan muntah berkilauan dan berbau bawang putih)
  3. bronchitis & emphysema (radang peparu & kantung udara kembang dan tidak boleh bernafas)
  4. deossification of bones and become fragile -> Jaw become very painful, swollen & disfigured.


Okay, itu Red Phophorus yang 'Less Toxic' tu kan? So, dapat bayangkan tak kalau kita terkena Yellow Phosphorus yang VERY TOXIC & VERY POISONOUS tu?


Masa discussion about phosphorus tu comes to the end, saya pun angkat tangan tanya pada Lecturer, what are the effects of Yellow Phosphorus? Nak tau Doctor jawab apa?


"BURN, BURN, BURN. It destroys liver, destroy everythings. If you touch the fumes or you put your hand over the fumes, it'll be burned and the burn is very difficult to heal"


Okay dapat tak apa yang saya cuba ceritakan di sini? Betapa severenya kesan Yellow Phosphorus yang dilepaskan oleh Israel di ruang udara Palestin sehingga menyebabkan beribu rakyat Palestin terseksa, terbunuh. Ya Allah.. semoga balasan Allah terhadap mereka, melebihi apa yang mereka buat pada Palestinians.

Ihzimhum Ihzimhum Ihzimhum Wansurna 3alaihim.

Friday, November 20, 2009

Sipolan



Assalamualaikum wbt.



"Akak tahun berapa?", tanya seorang adik.

"Alhamdulillah tahun empat", jawab saya.

"Eee..seronoknya dah tahun empat!"

Saya hanya tersenyum mengangguk.

Itulah juga antara dialong saya ketika di tahun satu dahulu. Soalan yang sama diajukan ketika berjumpa mana-mana senior yang belum pernah dikenali. Saya akan bermonolog : Seronoknya dah tahun empat!

Dan sekarang, alhamdulillah saya di tahun empat. Sedikit rasa teruja kerana jalan-jalan yang saya lalui sepanjang mendaki tangga setiap tahun, mudah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Semoga tahun-tahun yang keseterusnya jua dipermudahkan jalan oleh-Nya.

Rasa takut melebihi rasa teruja tadi. Of 3 years, I feel like my 2 years had been futiled. Itu baru sepanjang saya di sini. Belum dicampur darab dengan masa-masa sebelum itu. Kadang-kadang rasa menyesal sangat. Syukur cahaya itu datang kala umur saya belasan tahun. Jika lebih lama, pasti rasa kesal itu berganda-ganda.

Saya pernah berbicara dengan sahabat saya. Sipolan namanya. Saya sangat mengaguminya. Segan pun ada. Kadang-kadang kalau saya malas buat kerja, saya akan terus teringatkan dia. Sebab..dia tak pernah pun mengeluh yang dia malas ke, penat ke. Kalaupun ya, dia buat juga kerja tu sehingga selesai. Bagusnya. Kalau dia boleh, mengapa tidak saya?

Pernah satu hari, saya rasa letih sangat. Saya hadiri kelas tuition dengan rasa yang amat letih dan malas. Tumpuan saya hilang. Sampaikan Doktor yang mengajar di hadapan pun perasan dan saya rasa dia pun terganggu melihat saya yang kurang berminat dengan apa yang dia ajar.

Masa tu, Sipolan ni, duduk di sebelah saya. Saya rasa dia lagi penat sebenarnya. Selalunya, seharian dia tidak berhenti. Tapi dia tetap bersemangat di kelas. Semasa Doktor keluar sebentar, saya melentokkan kepala di bahunya dan saya berkata : "Letihnya saya..nak tidur laa..bile nak habis kelas ni~"

Dia terus ambil nota saya dan mencoret sesuatu. 'SEMOGA ALLAH MEMBERIMU KEKUATAN'. Saya terus duduk tegak. Dia menggosok-gosok belakang saya. Saya rasa macam..tak tahu nak cakap apa. Walaupun dia tidak berkata-kata, dia selalu beri motivasi pada saya. Indirectly.

Saya pernah bertanya padanya tentang satu perubahan yang dia buat. Saya tanya, kenapa dia berbuat begitu. Dan dia kata, dia selalu berperang dengan diri sendiri dengan satu masalah. Dan cara untuk dia selesaikan masalah tersebut adalah dengan melakukan perubahan yang dia buat tu. Faham tak?

Macam ni, contohlah. Ni contoh ye : Dia pergi sekolah naik teksi. Saya tanya kenapa pergi sekolah naik teksi. Dia kata dia malas pergi sekolah sebab kena jalan kaki jauh untuk ke kelas tapi dah tak sanggup dah nak melayan malas tu. Hari-hari berperang dengan perasaan nak pergi atau tak. At last dia ambil inisiatif pergi sekolah naik teksi. Never care if it costs penny pun.

Tu contoh je.

Kalau saya malas, saya selalu la jugak tewas. Tak ambil inisiatif apa pun. Tak cuba pun. Kalau cuba pun, tak bawa hati. Tak lakukan sepenuh hati. Teruk kan?

Tu sebab setiap kali hampir kalah pada diri sendiri, saya akan cakap : Cuba tegok sipolan tu. Kalau dia boleh, kenapa tidak you?

Sampai sekarang, saya selalu berperang dengan diri sendiri tentang sesuatu. Konflik yang tak pernah selesai. Saya tahu saya amat rugi kalau saya ikutkan hati tapi saya rasa saya sangat tidak kuat untuk melawannya. Saya selalu berdoa dan berdoa. Saya masih menunggu jawapan. Tapi sampai bila kan? Isk, entahlah.

Saya tak nak menyesal di kemudian hari. Argh, saya stress sangat kalau fikir pasal benda ni. Saya nak jadi macam sahabat saya sipolan. Tapi saya banyak beralasan. Mencari excuse untuk diri sendiri. Saya tahu tapi saya tetap tetap dan tetap melakukan perkara yang sama. No progression. Adoi. Adoi.

Terima kasih sipolan. You somehow inspire me someway.

Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan sipolan.

Esok start round Community Medicine. Sekejap je masa berlalu. Saya harapkan hari-hari yang lebih baik dan bermanfaat buat diri sendiri dan orang lain. Esok juga saya kena present pada class about Tun Dr Mahathir. PP tak siap lagi. Tak tidurlah malam ni jawabnya. Adoi.

Wednesday, November 18, 2009

Hilangnya Seorang Kekasih

Assalamualaikum wbt.


Hari ni saya baca kisah Muaz ibn Jabal sekali lagi. Kisah tentang kesedihan Muaz ibn Jabal menerima berita kewafatan Rasulullah s.a.w. Its a very touching story. Saya baca berkali-kali dan setiap kali baca, saya menangis. Saya sebenarnya, susah nak menangis.

Cuba anda bayangkan, anda bermimpi. Dalam mimpi tersebut anda dikhabarkan ibu atau bapa anda meninggal dunia. Mesti anda tak percaya mimpi tu kan? Mungkin saja mainan syaitan. Tiba-tiba malam keesokannya, anda bermimpikan mimpi yang sama. Dan rupa-rupanya mimpi tu betul. Sedih tak? Mesti sedih sangat kan bila orang yang kita sangat sayang tinggalkan kita saat kita tiada di sisi mereka.

Tapi dalam kes Muaz ibn Jabal ni lagi sedih sebab cinta dia pada Rasulullah melebihi cinta dia pada keluarganya. Jadi bila orang yang tersangat-sangat dicintai meninggal dunia, dia sedih sangat sampai pengsan-pengsan setiap kali diberitahu Rasulullah dah wafat. Lebih-lebih lagi masa tu Muaz tidak berada di Madinah, tidak berada di sisi Rasulullah s.a.w.

Masa tu Muaz ni berada di Yaman. Rasulullah yang utuskan dia ke Yaman untuk memberikan pelajaran Islam di sana. Muaz berada di Yaman selama 12 tahun.

Pada suatu malam, Muaz bermimpi dikunjungi oleh seseorang kemudian orang tu berkata pada Muaz : "Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz padahal Rasulullah s.a.w berada dalam tanah?"

Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut lalu mengucapkan : "Aku berlindung dari syaitan yang direjam" lalu mendirikan solat. Malam seterusnya Muaz bermimpi lagi mimpi yang sama. Selepas mimpi yang kedua tu, Muaz pun kata : "Kalau seperti ini bukanlah dari syaitan". Kemudian Muaz pun panggillah orang-orang Yaman keesokan harinya dan ceritakan tentang mimpi dia. Dan Muaz kata, dahulu bila Rasulullah s.a.w mengalami mimpi yang sukar difahami, Baginda membuka Mushaf (al-Quran). Jadi, Muaz pun mintalah agar diberikan Mushaf kepadanya.

Buka je al-Quran, maka nampaklah Muaz akan firman Allah dari surah al-Zumar ayat 30 : "Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad s.a.w) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati pula".

Lepas tu Muaz pun menjerit sampai tak sedarkan diri. Ya Allah, sedih sangat. Kalau saya pun, mesti pengsan-pengsan. Betul ke apa yang dia nampak ni? Lepas Muaz dah sedar, Muaz pun buka Mushaf lagi dan ternampak firman Allah dari surah ali-Imran ayat 144 : " Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. Sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur"

Muaz pun menjerit lagi. Muaz cakap : Ya Abal Qasim.. Ya Muhammad! Abal Qasim ni adalah salah satu gelaran Rasulullah. Dapat tak bayangkan sedihnya Muaz masa tu? Mesti sedih sangat.

Then Muaz pun keluar meninggalkan Yaman menuju ke Madinah. Ketika Muaz meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata macam ni : "Seandainya apa yang kulihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang miskin dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala".

Lepas tu Muaz kata lagi : "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad s.a.w !". Lalu Muaz pun pergi meninggalkan penduduk Yaman. Masa on the way ke Madinah, masa tu jarak untuk sampai ke Madinah lebih kurang tiga hari lagi perjalanan tiba-tiba Muaz terdengar suara halus dari tengah-tengah lembah yang megucapkan firman Allah : "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati".

Then, Muaz pun mendekati sumber suara tu. Lepas jumpa sumber suara tadi, Muaz pun bertanya pada orang tu : "Bagaimana khabar Rasulullah s.a.w?". Orang tu jawab : "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad telah meninggal dunia"

Anda tahu apa reaksi Muaz lepas dengar kata-kata orang tu? Muaz terus jatuh dan tak sedarkan diri lagi. Orang tu pun kejutkan Muaz. Dia panggil Muaz : "Wahai Muaz sedarlah dan bangunlah". Ketika Muaz sedar kembali, orang tu bagi Muaz sepucuk surat untuk Muaz. Surat tersebut daripada Abu Bakar as-Siddiq. Di surat tu, ada cop Rasulullah s.a.w.

Nak tahu tak apa Muaz buat bila terlihat cop Rasulullah s.a.w? Muaz nampak je, Muaz terus cium cop tersebut dan letakkan di matanya dan menangis tersedu-sedan. Sedih sangat-sangat. Rasulullah s.a.w dah tak ada. Lepas puas menangis, Muaz pun teruskan perjalanan ke Kota Madinah.

Masa Muaz sampai di Madinah, waktu tu fajar menyinsing. Dia dengar Bilal sedang laungkan azan Subuh. Bilal ucapkan : "Asyhadu Alaa Ilaaha illallah". Muaz pun menyambung : "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah". Kemudian Muaz menangis dan kemudian jatuh lagi tak sedarkan diri. Sedihnya..

Masa tu, Salman a-Farisi ada bersama-sama Bilal bin Rabah. Salman al-Farisi berkata pada Bilal : "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat di sisinya, dia adalah Muaz yang sedang pengsan"

Lepas Bilal selesai azan, Bilal mendekati Muaz dan berkata : "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda : "Sampaikan salamku kepada Muaz". Then, Muaz pun angkat kepala sambil menjerit dengan suara keras sampaikan orang ingat dia telah hembuskan nafas terakhir. Macam tu sekali sedihnya Muaz. Kemudian Muaz berkata : "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada Baginda s.a.w ketika Baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri Baginda s.a.w , Sayyidah Aisyah r.a".

Kemudian mereka pun pergi ke rumah Aisyah r.a. Sampai je di depan pintu rumah Aisyah r.a, Muaz mengucapkan : "Assalamualaikum ya ahli bait, wa rahmatullahi wa barakatuh" . Yang keluar masa tu adalah Raihanah. Raihanah kata : "Aisyah sedang pergi ke rumah Sayiidah Fatimah". Kemudian Muaz pun pergi ke rumah Fatimah puteri Rasulullah s.a.w dan mengucapkan : "Assalamualaikum ya ahli bait"

Fatimah r.a menyambut salam tersebut dan kemudian berkata : " Rasulullah s.a.w bersabda : "Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz ibn Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah s.a.w". Kemudian Fatimah r.a. berkata lagi : "Masuklah wahai Muaz". Bestnya kalau Rasulullah kata kita kekasih dia kan? Rasa macam special sangat. Kalau saya, saya dah menangis kuat-kuat dah. Ya Rasulullah..huhu.

Masa Muaz tengok Fatimah r.a. dan Aisyah r.a , Muaz terus pengsan dan tak sedarkan diri. Bila Muaz sedar, Fatimah berkata padanya : "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Sampaikan salamku kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawa dia kelak di hari kiamat adalah imam para ulama'." Kemudian Muaz ibn Jabal keluar dari rumah Sayyidah Fatimah r.a dan menuju ke arah Maqam Rasulullah s.a.w.

Best kisah ni. Sebab boleh buat saya menangis. Kalau saya susah sangat nak menangis, saya cuba initiate antarnya dengan membaca kisah ni. Sebab kalau kita dah lama tak menangis, hati kita akan keras. Kalaulah kita soroti kisah-kisah yang berlaku semasa Rasulullah nak wafat, rasa macam.. entah, tak tahu nak describe. Rasa macam nak berada di zaman tu, dan peluk cium Rasulullah if possible. Sayang, cinta, rindu dan segala macam rasa.

Umar ibn Khattab pun tak percaya masa Abu Bakar as-Siddiq beritahu Rasulullah s.a.w dah tiada. Dah tinggalkan para sahabat dan lain-lain. Tetapi iman merelakan juga kepergian Rasulullah s.a.w. Semua orang sedih.

Ya Allah, semoga Kau temukan aku yang celaka ini dengan Rasulullah dengan izin-Mu. Amin Ya Rabb.

Rujukan : Buku Biografi Bercahaya- Muhammad Rasulullah by Ahmad Lutfi Bin abd Wahab Al-Linggi.

Tuesday, November 17, 2009

DURIAN oh DURIAN

Assalamualaikum wbt.


Semasa pulang ke Malaysia beberapa bulan lepas, Malaysia sedang bermusimkan buah durian dan rambutan.

Ayah saya sakit. Beliau telah dinasihatkan oleh doktor agar tidak memakan buah durian. Sudah beberapa kali dia memancing saya untuk membeli durian setiap kali kami melalui jalan-jalan yang mempunyai beberapa deret kedai durian. Jawapan saya : "What had Doctor told you. No Durian ayah~" sambail menggerak-gerakkan jari telunjuk saya ke kiri dan ke kanan. Mak saya pula mula membebel.


Sayalah insan yang terpaksa menelan air liur setiap kali terpandangkan durian. Kerana menurut mak saya, kami terpaksa berkorban demi menjaga kesihatan ayah. Huhu. Dalam adik beradik saya, sayalah yang 'hantu durian'. Mereka yang lain, tidak pandai menilai keenakan durian. Adik perempuan saya, sampai sekarang nauseous bila melihat dan terbau durian dan pisang. Pelik! Homo sapiens kah dia? Haha.

Semalam saya menelefon mak saya. Mak saya pun bercerita. Mereka pergi ke Majlis Khatan sepupu saya di rumah pakcik saya (abang ayah saya) yang mana menurut mak saya terdapat pokok durian di rumahnya. Ayah saya bersama-sama adik-beradiknya yang lain (pakcik-pakcik saya) telah membuat operasi memakan durian tanpa pengetahuan isteri-isteri mereka (termasuk mak saya). Kegiatan mereka hanya diketahui ketika mereka semua pergi solat dan kaum-kaum isteri keluar dan melihat kulit durian di atas meja.


Boleh tak? Saya menjerit tidak puas hati kerana saya kempunan durian. Tak aci!! *stress~ (nak durian~ nak durian~~~)

Monday, November 16, 2009

Frankly Spoke

Assalamualaikum wbt.

Frankly speaking.

Saya rasa gelisah semenjak saya mengutarakan pendapat saya. Saya cuba menutupnya dengan post lain yang kononnya saya harapkan membuatkan saya dan orang lain melupakan post sebelumnya. Ternyata ianya tidak berkesan.

Saya memohon petunjuk Yang Maha Mengetahui dengan sepenuh hati. Saya kosongkan segala rasa di dalam dada.

Daripada al-Nawwas bin Sam'an r.a : Aku bertanya kepada Nabi s.a.w tentang kebaikan dan dosa, lalu Baginda menjawab : "Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala Dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya" (H.R Muslim)

Semuanya berkaitan dengan Akhlak. Untuk menuju kesempurnaan akhlak bukanlah mudah. Untuk membina akhlak yang mantap (Matinul Khuluq), rupa-rupanya agak payah. Kerana hati selalu berbolak balik. Bak kata mak saya, iman ini ada turun naiknya.

Kadang kala, senyap lebih baik daripada berkata-kata. Senyap bukan bererti tidak berpendirian. Berkata-kata juga tidak membawa makna kita punya pendirian yang mantap.

Teringat pesan seorang akhawat : Perjuangan itu sering sahaja disulami mehnah dan tribulasi. Cemuhan dan tohmahan. Itu biasa.

Saya cuba untuk berlapang dada. Kerana ia adalah serendah-rendah level ukhuwwah.

Bunyi macam putus asa kan? Tidak, saya bukan berputus asa.

Sunday, November 15, 2009

Palestine Will Be Free

Assalamualaikum wbt.


Friday, November 13, 2009

Busur - Busur Islam


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah hanya kepada Allah sahaja layak diucapkan rasa syukur ini.

Alhamdulillah semalam saya selesai menyempurnakan satu task yang telah diberi kepada saya. Memenuhi jemputan unit USMB DPMM (baca : Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah) seperti sebelumnya tetapi kali ini adalah untuk memberikan penerangan tentang 2009 H1N1.

Makluman yang agak lewat membuatkan saya sedikit kelam kabut menyediakan slide show presentation bagi memudahkan audience memahami apa yang cuba disampaikan. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan pada saya tangan-tangan yang sentiasa berada di sisi saya untuk membantu. Terima kasih buat ahli beit saya yang 3 orang tu kerana banyak sangat membantu, beri sokongan dan menemani saya. I love you babes! (^___^)'

Saya sedikit teruja dengan tugasan yang diberikan kerana di situlah letaknya fungsi setiap individu dalam perkogsian yang membawa manfaat. Memetik kata-kata As-Syahid Syed Qutub, setiap daripada kita ini merupakan busur-busur Islam yang sentiasa bersedia di tempat masing-masing. Setiap daripada kita punya peranan tertentu dan terpenting dalam meluncurkan diri kita (busur) ke arah matlamat, tujuan dan aim yang sama.

Mass preparation



Ta'aruf




Antara yang hadir




Berkenalan dengan virus




Khusyuk mendengar mungkin



Khusyuk pula menerangkan mungkin







Pembantu yang juga berpakaian hijau

Wednesday, November 11, 2009

Menyayangi Bukan Menghina

Assalamualaikum wbt.

Setiap kali pulang dari sekolah, ada sahaja peminta sedekah di sepanjang jalan-jalan yang dilalui. Kadang-kadang sampai tarik-tarik pakaian kami meminta wang. Saya pula kadang kala rasa macam ragu-ragu je nak bagi. Bimbang-bimbang peminta sedekah yang bersepah-sepah tu merupakan helah sidiket.

Tapi kadang-kadang saya bagi juga sebab kasihan sangat tengok mereka. Lebih-lebih lagi kanak-kanak ataupun ibu yang menggendong anak kecil. Rasa ragu-ragu tu saya buang jauh-jauh dengan mengingatkan kembali diri saya pada cerita tentang Aisyah r.a dengan seorang lelaki peminta sedekah.

Suatu hari, seorang lelaki miskin datang kepada Aisyah r.a. Aisyah r.a pun memberi lelaki tersebut sedekah. Lalu Aisyah r.a memanggil Barirah dan menyuruhnya mengintai lelaki tersebut setelah lelaki itu pergi. Lepas tu Rasulullah s.a.w tegur Aisyah. Rasulullah kata : "Jangan kau berhitung (dalam memberikan sedekah) sehingga Allah pun tidak akan berhitung (dalam memberikan rezeki kepadamu)" (HR Nasa'i, Ahmad, Ibnu Hibban & Haitsam)


Kalau balik dari tuisyen, ada je budak lelaki umur dalam belasan tahun tidur di kaki lima. Kasihan sangat. Meringkuk kat tepi bangunan di musim sejuk begini. Dengan badan dan pakaian yang sangat kotor. Saya terus teringatkan adik lelaki saya. Saya tak sanggup untuk melihat adik lelaki saya jadi macam tu. Kasihan sangat.

Saya selalu tertanya-tanya, kat Mesir ni tak ada rumah kebajikan ke kan?

Pernah satu malam tu, seorang budak mengejar-ngejar saya. Pakaian dia kotor sangat. Saya tanya dia nak apa. Kalau nak makanan, saya belikan. Saya tanya dia tinggal di mana. Ada rumah ke. Ibubapa dia mana. Dia memberitahu tapi saya tidak faham. Saya memberinya duit dan perhatikan dia dari jauh. Dapat je duit, dia terus pergi ke kedai runcit berdekatan dan membeli satu pack makanan ringan. Kemudian dia duduk di kaki lima bangunan, buka plastik makanan tu sambil tersenyum sangat gembira. Dia makan makanan ringan tu bersungguh-sungguh seperti sudah lama tidak memakannya. Ya Allah..saya rasa kasihan sangat. Kalaulah dia adik saya, mesti saya dah menangis teresak-esak tengok adik saya macam tu.

Tapi kadang-kadang orang yang minta sedekah ni sangat annoying. Dia tarik-tarik baju kita, beg kita. Niat yang pada asalnya nak hulur sedikit sebanyak terus terbantut. Dahi menarik kerut. Kepala digeleng. Tangan menyentap keras. Kalau orang tu terus mengejar, kita akan marah-marah.

Dahulu Rasulullah s.a.w berjalan bersama sahabat. Masa tu Rasulullah s.a.w pakai selimut yang agak kasar tepinya. Tiba-tiba ada orang Badwi datang menarik selimut tersebut sampai meninggalkan kesan pada leher Rasulullah s.a.w. Lepas dah buat macam tu pada Rasulullah, orang Badwi tu minta Rasulullah bagi kepada dia daripada harta Allah yang ada pada Baginda.

Kalau lah orang arab buat macam ni pada kita, dah lama kita tengking dia kan? Dah lah berkasar dengan kita, minta pulak dengan kita. Tapi Rasulullah tak macam tu. Baginda lain sangat dari kita. Nak tahu apa Rasulullah buat?

Rasulullah berpaling pada orang Badwi tersebut dan tersenyum. Lepas tu Rasulullah terus memerintahkan agar orang Badwi tersebut diberi sesuatu. MasyaAllah..Hebatkan akhlak Rasulullah?

Kalaulah masa kita tarik muka atau marah dengan orang miskin yang minta sedekah pada kita, tiba-tiba Rasulullah lalu sebelah kita. Mesti kita malu sangat dengan Rasulullah. Dah lah tak mahu sedekah apa-apa, marahkan mereka pulak. Isk, malunya! Angkat muka pun tak agaknya.

Aisyah r.a pernah mendengar Rasulullah berdoa macam ni :

"Ya Allah, jadikanlah aku hidup sebagai seorang yang miskin. Cabutlah nyawaku dalam keadaan miskin. Lalu kumpulkanlah aku pada hari Kiamat nanti bersama kelompok orang-orang miskin"

Mendengarkan doa itu, Aisyah pun bertanya "Mengapa Engkau berdoa seperti itu wahai Rasulullah?"

Baginda pun menjawab : "Orang-orang miskin akan masuk syurga lebih awal 40 tahun daripada orang-orang kaya. Wahai Aisyah, jangan pernah menolak orang miskin meski engkau hanya bisa memberinya separuh biji kurma. Wahai Aisyah, cintailah orang miskin dan dekatkanlah mereka kepadamu agar Allah juga mendekatkanmu kepada-Nya pada hari Kiamat nanti " (HR Tarmidzi, Baihaqi & Mundziri)

Macam tu sekali kelebihan orang miskin. Jadi, sebaiknya kita yang punya lebihan keperluan ni, membantu mereka, bukan mencaci dan menghina mereka kan?

Jom bersedekah! (^_^)

Monday, November 9, 2009

Teringin Sangat

Assalamualaikum wbt.


Dari Aisyah Radhiyallahu Anha (R.A.) bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, ertinya, “Tidaklah anak cucu Adam mengerjakan suatu amalan yang lebih disenangi Allah pada hari korban daripada menyembelih binatang korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat kelak dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) qurban itu” (H.R. Tirmizi)


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah diam tak diam kita sudah hampir sampai ke penghujung tahun 1430H. ZulHijjah bakal menjengah. Jemaah haji pula sudah mula diterbangkan ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan kefardhuan Islam yang ke-lima. Jelousnya saya pada orang2 yang berpeluang menunaikan haji dan umrah. Sebab.. saya teringin teringin teringin sangat2 untuk menjejakkan kaki ke Baitullah al-Haram. Saya teringin sangat nak rasa ketenangan menghadap Ka'abah dari dekat, solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, melawat tempat2 bersejarah di sana dan sebagainya. Ya Allah, sampaikanlah aku pada Ka'abah, jejakkanlah kakiku ke Tanah Suci-Mu.


Bila masuk bulan ZulHijjah, sudah pasti Eidul Adha akan kembali lagi. Kita juga akan diremindkan kembali tentang kisah agung akan ketaqwaan dan ketaatan Nabi Allah Ibrahim a.s yang diperintah oleh Allah agar menyembelih anak kesayanganny Ismail a.s. Berlakulah perbualan antara ayah dan anak ini yang sangat2 syahdu seperti yang dirakamkan di dalam al-Quran. MasyaAllah..hebat sungguh keimanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Mereka akur dengan suruhan Allah tanpa beralasan walau sedikit pun! Kalau kita check balik iman kita, sangat jauh lagi untuk setanding dengan mereka. Jauh sangat2. Kita ni, nak melawan nafsu pun susahkan. Nak 'menyembelih' kecintaan kita pada dunia pun susah, macam2 alasan keluar. Apatah lagi kalau disuruh menyembelih anak kesayangan. Agak2, sanggup tak?
PCM seperti tahun sebelumnya tidak ketinggalan dalam menganjurkan majlis sempena Eidul Adha iaitu ADHA '09 - Holy of Adha, Purify the Soul, Glitter the Moment. Dan insyaAllah saya juga terlibat secara langsung dalam majlis pada kali ini. Seronoknya nak raya! (^_^)'

Saya teringin sangat2 nak buat korban. Kalau boleh, nak guna duit sendiri. Tapi setakat ini, kewangan belum lagi mengizinkan. Huhu.. Sedih juga bila setiap tahun menyimpan tekad yang sama tapi masih belum tertunai. Tapi insyaAllah insyaAllah insyaAllah saya nak buat juga korban kalau Allah memberi rezeki lebih pada tahun2 hadapan.


Jadi kepada yang punya rezeki lebih tu, jangan ragu2 untuk membeli bahagian untuk dikorbankan. Apalah sangat LE 800-LE1000 tu jika dibandingkan dengan janji2 Allah di akhirat yang kekal kelak. Semoga Allah menerima amalan hamba-hambanya.

Selamat berkorban! Embekk..Embekk...!~

Sunday, November 8, 2009

Sayangkan Study atau Sayangkan Hiburan?


Assalamualaikum wbt.


Saya teringin sangat untuk menulis di blog ini. Tapi masa tersangat sedikit untuk perkara-perkara seperti ini. Bunyi macam 'poyo' kan?


Saya pernah ditanya oleh seseorang, apakah satu perkara yang saya teringin sangat nak buat. Saya tak berani nak jawab sebab saya rasa jawapan saya tu 'poyo' sangat. Orang yang bertanya tu desak juga saya untuk cakap. Saya kata, saya teringin sangat nak guna seluruh tenaga saya untuk Islam. Saat ini saya tiada banyak harta tapi saya ada tenaga dan kelebihan tertentu untuk saya berikan pada Islam. Saya rasa benda tu 'poyo' sangat untuk diperkatakan. Saya nak simpan sorang2 je.Tapi orang yang bertanya pada saya tu cakap, itu bukan 'poyo', itu kalam yang haq. Kalam yang benar. Dan kebenaran pastikan tertegak.





Saya pelik sangat bila ada orang kata, dia tiada masa untuk datang SC, datang program, datang meeting atau apa2 aktiviti komuniti dan sosial yang lain, atas alasan SIBUK. Saya cuba untuk husnudzan - ah,mungkin dia sayangkan masa untuk study. Tapi esoknya, orang yang kata tiada masa untuk datang SC, program atau sebagainya, tiba2 bercerita pula tentang cerita-cerita atau movie yang ditonton hari sebelumnya. Eh, ada masa pulak nak tonton cerita? Datang program tak boleh? Kesal sungguh saya. Sedih tak payah cakaplah. Tak apalah, semoga Allah beri dia hidayah.

Saya pun sayangkan masa-masa study saya. Bila masa study, saya akan rebut betul2 masa study. Kadang2 kalau dah letih sangat buat kerja, saya berehat sebab nak study pun tak boleh. Tapi study tetap kena buat. Semua orang tahu prioriti masing2. Tapi takkan lah tiada masa untuk berprogram langsung. Tipulah kalau umur dah 20-an pun tak tahu nak manage masa masing2.


Nanti kalau dah jadi doktor, lagi banyak program yang kita kena ikuti selain dari bekerja. Seminar, konvensyen, kelas, sambung belajar dan sebagainya. Oncall lagi satu. Lagi2 masa tu mesti masing2 dah berkeluarga. Kalaulah sekarang ni kita abandon program untuk study, takkanlah masa dah kerja nanti kita abandon keluarga untuk study atau kerja. Faham ke? Maksud saya.. kita kenalah pandai untuk memberi diri dan komitmen kita pada perkara selain study. Jangan disebabkan satu perkara, kita abaikan satu perkara lain. Padahal, perkara tersebut semuanya sama penting. Kenalah pandai agih masa dengan baik. Tak bolehlah nak pentingkan diri sendiri. Faham?


Penat? Saya pun penat. Hari cuti saya pun cuma hari Jumaat. Semua orang pun sekarang cuti cuma hari Jumaat je. Tapi sebenarnya, hari Jumaat saya adalah hari yang paling sibuk kalau nak dibandingkan dengan hari kuliah. Tapi, kalau saya duduk rumah pun hari Jumaat tu, belum tentu saya study. Mesti leka dengan internet, download cerita, YM, blog, movie atau series. Senang cerita, HIBURAN lah. Tidur tak payah cakap lah kan. Lepas tu, malam nak sekolah baru sibuk nak buka buku balik. Masa2 yang berlalu sebelum tu, lagha. Lebih baik saya keluar, bekerja untuk masyarakat dan Islam. Walaupun letih tak terkata, hati puas dan saya yakin ada ganjaran di sisi Allah. Dan saya juga yakin, Allah akan gantikan masa2 saya dengan masa yang lebih baik. Allah kan Rahim? (^_^)'

Kalau untuk perkara selain study seperti shopping, tidur, berehat, berhibur, tengok movie etc kita sanggup sparekan masa khusus selama berjam-jam, kenapa tidak untuk program2 sosial dan ilmiah?

"..kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya. Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu.." (3 : 185-186)

Jadi, kita ni sebenarnya...sayangkan study ke, sayangkan hiburan?



Nafsu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara2 yang batil.

Friday, October 30, 2009

P.U.T.E.R.I '06 : the best batch to clique with

Assalamualaikum wbt.


Manisnya ukhuwwah kerana Allah. Manisnya ukhuwwah pabila hati-hati dipaut bersama oleh rasa keimanan dan diikat dengan simpulan kasih sayang. Semuanya di atas izin dan rahmat Allah Azza Wajalla apabila kami sekali lagi berjaya duduk bersama mengukuhkan ikatan-ikatan hati kami dalam menagih cinta Rabbi melalui Qiam Batch kali ke-3 sesi 09/10. Semoga usaha-usaha kita ini menjadi pemberat timbangan mizan hasanah di akhirat kelak.

Dan Alhamdulillah dengan rasminya kami telah sepakat memilih : P.U.T.E.R.I '06 - the best batch to clique with untuk menjadi nama rasmi puteri2 batch kami.




Semoga kami dapat menjadi batu-batu berharga yang turut sama mengukuhkan binaan dan menyokong antara satu sama lain. InsyaAllah.














"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff : 4)

Daripada Abu Musa al-Asyari r.a, Nabi S.A.W bersabda : " Sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan. Sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain" (H.R Bukhari & Muslim)



Tuesday, October 27, 2009

R & R (Renew & Remind)

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama rasanya tidak membaca blog-blog orang lain. Saya tipu kalau saya katakan saya tiada masa lapang. Masa lapang terlalu banyak. Saya tak suka masa lapang yang terlalu banyak kerana bagi saya lebih banyak masa lapang, lebih banyak perkara lagha yang saya buat. Isk3. Saya perlu cari jalan agar setiap saat diisi dengan perkara yang berfaedah pada diri dan masyarakat. Jadi, sibuk-sibukkanlah diri dengan perkara bermanfaat. Masa lapang itu membunuh!

Sejak kebelakangan ni, adik saya selalu sangat mesej saya bertanya apa nak buat kalau stress. Macam selalu sangat stress.



Hari ni baru saya berkesempatan menelefonnya. Saya bertanya kenapa dia stress. Adakah kerana study atau kerana tidak study? Sebab..saya selalu stress bila saya gagal untuk study ataupun malas study ataupun tak study dalam sehari. Rupanya dia alami perkara yang sama, stress sebab tak study @ tak boleh study. Apa yang dibaca susah untuk meresap ke dalam otak. Saya risau sangat kalau dia mengadu sebab dia akan ambil SPM tahun ni. Dia yang nak exam, saya yang cuak semacam.



Saya masih teringat satu insiden yang berlaku di rumah semasa saya di Malaysia haritu. Waktu itu abang saya asyik2 mengeluh depan mak saya sebab dia rasakan segala urusan dia susah. Lepas tu mak saya kata : " Kamu tu cuba laa beristigfar banyak2. Banyakkan baca surah al-Insyirah..InsyaAllah hati lapang dan segalanya mudah." Saya mengangguk membenarkan. Dahulu saya jarang2 amalkan. Sejak mak saya cakap kat abang saya macam tu, macam melekat pula. Setiap kali dada rasa sempit, urusan rasa susah, saya baca surah tersebut.

Mak saya pun selalu ulang kata2 tu pada adik saya ni. Cuma untuk adik saya, mak saya tambah sikit. Katanya, banyakkan selawat kerana selawat mengelakkan kita dari lupa. Orang yang selalu berselawat, tidak nyanyuk.

Jadi saya pun ulang apa yang mak saya selalu pesan pada adik saya dalam telefon. Saya suruh dia buka tafsir. Saya pun buka sama. Kami sama2 baca surah dan tafsiran surah tersebut. Saya tanya dia apa yang dia faham dari surah tersebut dan kenapa agak2nya mak saya suruh baca surah tersebut. Dia diam, menangis. Hebatkan sentuhan al-Quran?




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.(1)Bukankah Kami telah lapangkan dadamu (Muhammad)?(2) Dan Kami pun telah menurunkan beban darimu. (3) Yang memberatkan belakangmu. (4) Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.(5) Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (6) Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (7) Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah berkerja keras (untuk urusan yang lain). (8) dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

Dalam surah ini menyatakan bahawa jiwa Rasulullah s.a.w yang paa masa itu mengalami kesulitan dan kesusahan dalam usaha2 menyebarkan dakwah yang ditugaskan kepadanya. Pelbagai halangan, rintangan dan tipu daya yang Baginda hadapi di jalan dakwah. Dada Baginda penuh sebak dengan kerunsingan dalam memikul tugas dakwah yang berat itu dan merasa betapa perlunya kepada pertolongan, bantuan dan bekalan semangat daripada Allah. Kemudian berlakulah munajat yang manis dan bisikan yang mesra dengan turunnya ayat2 dalam surah ini.So sweet!

Cuma untuk adik saya, saya tukarkan kondisi kepada study. Kadang2 kita rasakan study ni sangat susah. Semangat pun turun naik. Kadang2 rasa sangat stress. Sesak dada. Rasa buntu. Semua serba tak kena. Saat ini kita perlu sangat2 pada semangat dan motivasi. Dan motivasi terbaik yang berkesan adalah kembali pada Pencipta kita. Kita kena cari balik satu cahaya yang berada jauh di lubuk hati yang Pencipta kita beri pada kita. Di situ, ada satu perasaan yang lapang. Perasaan senang. Perasaan2 yang terang benderang disuluh nur iman. Ha, nur iman lah cahaya tu. Lepas tu, bawa kembali cahanya itu ke dasar. Cahaya itu nanti akan hilangkan rasa letih kita, rasa sesak kita, rasa stress kita. Kita akan rasa lapang. Rasa semangat balik. Rasa seperti jalan2 yang tertutup, terbuka kembali betul2 depan kita.





Dia tanya saya lagi, macam mana nak buat supaya senang je nak faham apa yang kita baca. Ilmu itu adalah cahaya. Allah tak akan beri cahaya pada hati-hati yang penuh dengan maksiat. Kita manusia yang selalu buat dosa. Kadang2 kita tak perasan pun kita sedang atau dah buat dosa kan? Biasalah, manusia ni kan lemah lagi pelupa. So, kena selalu sucikan hati dengan bertaubat, beristigfar. Bila hati bersih dari kotoran dosa, cahaya pun senang sangat nak masuk.

Saya katakan lagi, sebagaimana kita sefamily baca sama2 dengan kuat doa naik kenderaan disusuli surah al-Quraisy setiap kali naik kereta, jadi macam tu jugalah baca doa penerang hati disusuli surah al-Insyirah sebelum study. InsyaAllah study akan smooth je. Cepat je habis baca bermuka-muka. Senang je meresap dalam dada. Study pun jadi best.

Kalau stress, baca al-Quran sampai puas, sampai penat, sampai menangis pun tak apa. Lepas tu baca doa yang selalu kita baca selepas baca Quran yang ni : Allahummarhamna bil Quran. Waj3alhuli imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Saya suka baca doa ni dengan alunan nyanyian. Nyanyi dengan sungguh2 sampai pejam2 mata minta supaya Allah memberikan rahmat kepada kita dengan al-Quran. Minta supaya Allah jadikan al-Quran ni sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kita. Nyanyi bukan nyanyi kosong ye.
Puas saya membebel pada adik saya. Selalu ulang2 benda yang sama sebenarnya tapi biasalah kan, semangat ni kena selalu renew walaupun dengan kata2 yang sama. Tapi saya suka sebab dalam tak sengaja, saya pun dapat sama. Kita ni kena ada orang yang selalu remind kita supaya kita tak lalai dan hanyut entah ke mana. Sama lah macam niat, kena selalu renew dan remind, di awal, di tengah dan di akhir. Supaya kita tak lupa dan supaya terus-terusan bersemangat.


Thursday, October 22, 2009

Wajah Cermin Hati

Assalamualaikum wbt.


Dalam dunia ini, semua orang mahukan kecantikan dan kelihatan cantik. Yang perempuan, mahukan wajah yang putih bersih, bentuk badan yang menarik, pakaian yang canggih-canggih, tudung yang berbatu-batu - agar nampak cantik di mata manusia. Yang lelaki, mahukan tubuh yang maskulin, rambut yang mengikut gaya dan fesyen terkini, bercermin mata hitam - agar wanita yang terpandang akannya, bergetar hatinya.

Kelakar kan?

Kalaulah mereka faham bahawa kecantikan itu bukanlah pada paras wajah semata-mata. Cantik itu konteksnya sangat luas. Cantik itu membawa makna yang sangat subjektif. Manusia sering saja risau akan rupa paras yang dirasakan tidak cantik atau tidak menarik. Maka dicalitnya warna-warni seakan pelangi agar kononnya nampak menarik dan manusia lain lebih tertarik. Ah, calitan itu sebenarnya tidak pernah menambah kecantikan malah ianya satu penipuan yang hodoh. Cantik sangatlah tu?

Usah risau dengan rupa paras yang kurang menarik kerana ia bukanlah kayu ukur kecantikan.

Jadi, apakah kayu ukur sebenar?

Mari kita lihat hadis ini :

"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang pada rupa dan harta kamu, tetapi Allah memandang hati kamu dan amalan kamu" (HR Imam Ahmad.)

HATI.

Hati itulah yang dipandang oleh Allah. Tidak kiralah siapa kita. Ratu cantik? Miss Universe? Pelakon? Pengacara? Si Bongkok? Si Hodoh? Tidak kira siapa.

Jadi, bodohlah bagi mereka-mereka yang menjaga rupa paras, wajah, pakaian, gaya, bentuk badan dan segalanya semata-mata memenuhi pandangan manusia. Bermodalkan berjuta untuk bersolek dan berfesyen, tetapi tiada harga di Mata Sang Pencipta. Rugikan? Rugi!


HATI. Ya,hati itulah yang dipandang oleh Allah. Sama ada elok mahupun cacat. Sama ada cantik atau hodoh. Kerana hati itu kunci jasad.

"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila elok daging tersebut, maka eloklah jasad tersebut keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya, ketahuilah bahawa ia adalah HATI" (HR Muslim.)

Lihat, hati itu bagaikan raja di dalam jasad. Jika elok raja tersebut, maka eloklah pimpinannya. Jika rosak raja tersebut, rosaklah keseluruhan pimpinannya.

Untuk menjaga jasad kita, kita perlulah menjaga hati. Jika inginkan wajah yang elok, elokkanlah hati. Jika inginkan akhlak yang cantik, cantikkanlah hati. Segalanya bermula dari hati.

Kenalilah hati kita dengan belajar, beramal dan mendampingi ulama'. Didiklah ia dengan Quran dan Sunnah. Berilah makan dengan berzikir dan mengingati Allah. Peliharalah ia dari hasutan syaitan. Buangkanlah karat-karat di hati agar peribadi kita berkilat tanpa karat. Sinarnya nanti, akan berkilau memancar dan memikat sesiapa sahaja.

Wajah itu cerminan hati.



Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati. Tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan ketaatan pada-Mu

Tuesday, October 20, 2009

Isu Bahasa, Jangan Pandang Enteng

Assalamualaikum wbt.


KUALA LUMPUR: Kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar
baru
iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI)
adalah selaras dengan keperluan negara untuk martabat Bahasa Melayu
sebagai
bahasa kebangsaan.
Itulah antara petikan akhbar hari ini (20 Oktober 2008) berkenaan isu pemansuhan PPSMI yang bermula sejak awal tahun ini.

Mungkin ada yang menarik nafas lega. Namun pemansuhan ini boleh dikatakan masih ditahap penangguhan apabila ianya hanya akan dilaksanakan pada tahun 2012. Jadi, janganlah menarik nafas lega terlalu dalam dahulu.

Bagi saya, PPSMI harus dimansuhkan bukan kerana atas dasar ingin memartabatkan bahasa ibunda semata-mata. Apa yang lebih penting adalah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah rendah dan menengah.

Saya mengalami situasi sukar dalam memahami kuliah dan kelas dalam bahasa yang berbeza dari bahasa ibunda. Proses P&P kami lebih kepada komunikasi sehala di mana guru mengajar di hadapan, pelajar mendengar apa yang di ajarkan. Dan guru mengajar di dalam bahasa arab!

Mungkin sahaja Doktor-Doktor tidak menolak untuk mengajar di dalam bahasa Inggeris apabila diminta. Apa yang menjadi masalah adalah, pelajar-pelajar tempatan akan merungut serta marah apabila proses P&P dijalankan bukan di dalam bahasa ibunda mereka.

Mungkin ada sahaja yang berpendapat, dengan mengikuti kelas P&P di dalam bahasa Arab, inilah masanya untuk kita menguasai bahasa Arab. Lebih-lebih lagi clinical years memerlukan kami pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 bertutur di dalam bahasa Arab apabila bertemu pesakit yang rata-rata datang dari kampung-kampung dan pedalaman. Tetapi bagi saya, pendapat ini salah sama sekali!

Persoalannya, MENGAPA?

Communication skill akan terbentuk apabila kita berkomunikasi secara dua hala. Contohnya seperti bersembang-sembang dan bercakap-cakap di antara dua individu. Dengan cara ini, communication skill akan develop dengan baik.

Berbeza dengan kuliah yang mana Doktor mengajar di dalam bahasa Arab. Ianya hanyalah komunikasi satu hala. Dalam situasi ini, pelajar lebih banyak mendengar. Maka berapa peratuskah communicatin skill terbentuk? Dan berapa peratuskah kefahaman anda tentang apa yang cuba diterangkan oleh Doktor selama 3 jam mengikuti kuliah?

Ingin menguasai pertuturan dalam bahasa Arab adalah masalah minor sebenarnya. Apa yang lebih major dan penting adalah memahami apa yang di ajar oleh Doktor.

Baik, cuba anda bayangkan. Keperluan untuk berbahasa arab dan berkomunikasi hanyalah penting dan di guna pakai semasa kita belajar di sini untuk mendapatkan markah yang baik dalam peperiksaan. Tetapi, keperluan untuk memahami pelajaran berkaitan perubatan akan kita guna pakai selama-lamanya sepanjang kita bekerja dalam bidang perubatan lebih-lebih lagi di Malaysia. Di Malaysia, kita tidak bertutur dalam bahasa arab!

Maka apakah yang lebih penting untuk dikuasai? Kemahiran bertutur di dalam bahasa arab atau penguasaan dalam bidang perubatan?

Saya bukanlah menolak sepenuhnya keperluan untuk berbahasa arab. Benar, inilah masa terbaik untuk kita menguasai dan mendalami bahasa syurga itu kerana kita berada di negara Arab. Dan masa inilah kita patut mempelbagaikan kemahiran kita dalam berbahasa (multi-languages). Masakan saya sendiri ingin menolak peluang keemasan ini?

Apa yang saya cuba tegaskan adalah, keperluan utama kita adalah menguasai bidang perubatan. Dan demi mencapai maksud tersebut, kita perlu memahami dengan baik ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Doktor. Di situlah peri pentingnya kita belajar di dalam bahasa yang mudah untuk kita fahami iaitu bahasa inggeris. Untuk berharap kuliah diajar di dalam bahasa melayu di Mesir ini, memanglah mustahil!

Kemahiran bertutur dalam bahasa arab boleh kita perolehi pada setiap masa di mana saja selagi kita berhubung dengan warga tempatan terutama dalam proses-proses bermu'amalah. Kita juga boleh menjalin silaturrahim dengan warga tempatan (pastikan bersamaan jantina) untuk menguasai bahasa arab. Ataupun, kita boleh bertanya dengan Doktor yang mengajar kita, apakah ayat-ayat yang sesuai untuk kita guna pakai ketika proses history taking atau diagnose pesakit.

Usaha-usaha untuk mendapatkan kelas di dalam bahasa inggeris bukanlah satu usaha yang mudah. Ia melibatkan komitmen seluruh warga kerja Fakulti Perubatan bermula dari Dean of Faculty, Heads of Departments, Proffessors, Doctors dan lain-lain. Jadi, kita perlulah beri komitmen yang sepenuhnya dan terbaik dalam memahami dan menguasai ilmu perubatan.

Ingat, jangan ponteng sekolah!

Friday, October 16, 2009

Ayuh Melabur!

Assalamualaikum wbt.

Anda pernah tak dengar cerita tentang Qarun? Saya pernah pergi tasik Qarun. Ianya tertulis di sini.

Dahulu saya pernah bertanya pada ayah, kenapa orang sebut harta karun tu 'harta karun'. Ayah pun bercerita tentang Qarun dalam versi yang mudah difahami oleh kanak-kanak yang belum mencecah belasan tahun lagi. Oh, rupanya harta Qarun yang tenggelam tu lah yang orang nak cuba cari gali. Patutlah namanya 'mencari harta karun'. haha*

Dahulu juga, saya selalu mengeluh kerana kewangan yang tidak kecukupan. Mak saya kata, "itu kata-kata orang tidak bersyukur tu.." atau dalam erti kata lain, TAMAK. Astagfirullah al azim.. Jangan tamak..Nanti kena telan dek bumi.

Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah memasuki rumanya, baginda sering berkata :

" Jika manusia memiliki harta yang memenuhi dua lembah, maka ia akan mencari harta lain yang boleh memenuhi lembah ketiga. Mulut manusia hanya boleh disumbat dengan debu. Sedangkan harta itu hanya Allah yang berikan agar manusia melaksanakan solat serta menunaikan zakat. Dan Allah mengampuni siapa pun yang bertaubat " (HR Bukhari & Muslim)

Pernyataan ini diucapkan oleh Rasulullah s.a.w setiap hari. Tujuannya tentu saja untuk mengingatkan ahli keluarga baginda tentang celakanya hal bersifat duniawi serta untuk menghilangkan rasa cinta kepada harta dalam hati mereka.

Betulkan? Nafsu manusia selalu rasa tak cukup. Apa lagi bila ada syaitan besar yang selalu berbisik-bisik ditelinga kita bagai menghembus api nafsu menjadi lebih marak. Tak cukup satu, nak dua. Hal-hal dunia je pulak tu. Hal akhirat, tak ada lah pula.

Ahli keluarga Rasulullah s.a.w sangat hebat dalam hal-hal ukhrawi. Mereka sangat-sangat cintakan akhirat. Sanggup berhabis-habisan dalam merebut akhirat. Contohnya, isteri Rasulullah s.a.w, Aisyah r.a, merupakan seorang yang sangat-sangat dermawan. Biarpun yang ada padanya hanyalah sebutir kurma. nescaya akan didermakan jika ada yang datang meminta. Kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

" Wahai Aisyah, berlindunglah dari api neraka meskipun hanya dengan (menyedekahkan separuh biji kurma. Sungguh, separuh biji kurma itu mengisi perut orang yang lapar seperti ia mengisi perut orang kenyang." (HR Ahmad & Mundziri)

Abdullah bin Zubair, anak menakan yang sangat dicintai dan disayangi oleh Aisyah r.a pun apabila melihat perilaku Aisyah r.a yang selalu menyedekahkan apa pun yang beliau miliki tanpa pernah menyisakan apa pun untuk dirinya sendiri, Abdullah bin Zubair berkata. "Seharusnya tangan Aisyah dibelenggu."

Bayangkanlah sifat dermawan Aisyah r.a ini tersangatlah severe sehinggakan beliau terlupa untuk menyimpan sedikit hartanya walaupun sedirham untuk beliau berbuka puasa. Terlampau cinta akhirat sehingga lupa dunia! Masya Allah..Tabarakallah!

Hebatkan Aisyah? Sungguh berbeza dengan kita. Kita terlalu takut wang dan harta kita berkurangan jika kita bersedekah dan berinfak. Seolah-olah kita tidak yakin dengan janji-janji Allah Azza Wa jalla dalam ayat ke 261 surah al-Baqarah :

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, Dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui."

Cuba bayangkan kita laburkan harta kita LE 1 (atau RM 1). Lepas tu, kita dapat pulangan 7 kali ganda. Dan pulangan yang 7 kali ganda itu, kita gandakan lagi dengan 100. Maksudnya, kalau kita laburkan LE 1, kita dapat pulangan LE 700. MasyaAllah, mewahnya! Bestnya melabur dengan Allah! Kita dapat untung banyak! Tak nak ke?

Tahun baru sudah bermula, pasti banyak duit tajaan ataupun pinjaman yang masuk dalam bank kita kan? Sampaikan tersengih bila check duit kat ATM. Dalam berkira-kira untuk beli baju baru, comforter baru, beg baru dan segalanya yang baru, jangan lupa melabur dengan Allah ye! Lebih banyak anda melabur, lebih banyak keuntungannya.

Apa lagi, ayuh berinfak!

Thursday, October 15, 2009

Relax : Oh Taxi!

Assalamualaikum wbt.


Intention : Going to Sikkah to buy some home stuffs
Time : 2.00pm (peak hour)



Okay..its already jammed.





Let us try.



Umi : Syari3 Bort Saied?
Taxi Driver : La' Wallahi




Tumpang ammu ni tak boleh ke?




Mana taxi ni? MasyaAllah.. semua penuh!





Jom try merc ni. haha. *berangan




Adoihh..Dah penat.



Giving up.




Mana ni..? Kita tunggu lagi half an hour ok? Kalau tak ada juga, kite balik rumah je ye?

Setengah jam kemudian..





Okay, ayuh kita balik rumah!

Saturday, October 10, 2009

Belajar Bermujahadah

Assalamualaikum wbt.


Petang itu saya sendirian di rumah. Mak saya pergi mengaji dan adik ke sekolah. Tiba2 kedengaran bunyi motor diikuti ucapan salam. Saya mengintai dari celahan tingkap.


"Wa'alaikumsalam..eh Wak, masuklah." jemput saya sambil membuka pintu grill.


"Mak kamu ada? Ni ha burung puyuh yang semalam mak kamu mintak.." katanya dalam loghat jawa.


"Mama takde. Mama pergi ngaji. Ooo..burung puyuh tu. Berapa Wak? Nanti saya ambil duitnya ye. Masuklah Wak." saya jemput kawan mama masuk.


Saya tak ingat namanya. Panggilan Wak adalah panggilan hormat dalam loghat jawa kepada orang tua yang lebih tua dari ibubapa kita. Saya panggil Wak je. Saya masuk kembali ke dalam rumah, mencari duit untuk membayar harga burung puyuh yang mak saya tempah dengannya semasa kami pergi ke Majlis Bacaan Yasiin hari sebelum itu kerana saya teringin sangat nak makan burung puyuh.


"Ni Wak duitnya.." saya menghulurkan not RM 50 padanya.


"Alaa..Wak takde duit kecik la. Ini harganya RM 27 je.."


"Alamak kite pun takde duit kecik Wak. Camne ye?" saya tertawa.


"Takpelah bayar bila-bila je pun takpe..Wak pun selalu jumpa Mak kamu."


"Takpe ke Wak. Alamak sorry la Wak.." saya tersengih-sengih.


"Lama ke cuti? Balik sana bila? Ada berapa tahun lagi?" bertalu-talu Wak bertanya.


"Cuti dua bulan. InsyaAllah lepas raya balik sana. Balik ni masuk tahun 4 dah. Lagi 3 tahun setengah habislah insyaAllah.."


"Uish lama lagi ye.. Berapa tahun semuanya?"


"6 tahun setengah. Sekejap je lah Wak. Pejam celik dah 3 tahun dah. Orang dengar pun tak percaya."


"Ye lah. Belajar lah elok2. Jaga diri kat tempat orang tu. Nak buat apa ingat Allah, ingat mak ayah. Ye lah mana lah tahu kan, sekarang ni macam2 bencana."


"InsyaAllah Wak.."


"Wak ni bukan apa, orang tengok kamu ni jadi contoh. Dulu pun anak Wak dapat asrama, Wak tak tahu nak bagi pergi ke tak. Wak tanya lah pendapat mak kamu, mak kamu kata kat Wak, anak nak belajar hantar je lah kat mana2. Kita ni kalau mati, takde harta nak bagi kat anak2. Ilmu sajalah hartanya. Kalau ada ilmu tu insyaAllah lah elok hidupnya. Jadi Wak pun dengarlah nasihat mak kamu. Wak hantar jugak masuk asrama. Alhamdulillah elok pulak dia duduk asrama. Takde lah bercampur dengan budak2 yang bukan2 kat sini. Balik pun duduk rumah je, tolong Wak. Takde lah merayau merempit sana sini.."


Saya mengangguk-anggukkan kepala. Saya pernah dengar kisahnya itu dari mak saya. Wak adalah kawan mama semasa di sekolah dahulu. Entah kenapa ketika Wak bercerita, saya jadi sebak. Saya tahu, ibubapa saya tiada harta untuk diagihkan pada kami adik-beradik. Mereka bahkan bergolok gadai untuk beri kami adik-beradik keselesaan agar dapat belajar dengan baik tanpa sebarang masalah. Masalah kewangan itu adalah biasa namun jika untuk kepentingan pelajaran, mereka tetap berusaha untuk dapatkan semampunya.


Dua bulan di rumah, saya memang sentiasa bersama mak saya. Makan, minum, tidur, solat, masak, tonton tv, sidai kain dan macam2 aktiviti lagi kami lakukan bersama. Saya katakan pada mak saya, bagi saya masa belajar inilah saya boleh peruntukkan masa sepenuhnya dengan ibubapa dan adik beradik saya kerana saya takut apabila sudah bekerja nanti saya tiada masa yang cukup untuk mereka. Apa lagi jika sudah bersuami dan berkeluarga dan jika duduk berjauhan dari keluarga. Semua itu insyaAllah pasti terjadi.


"Anak2 lah yang akan jadi harta mama dan ayah kat akhirat nanti. Sebab tu mama kalau boleh, nak didik anak2 agar boleh jadi saham buat kami kat akhirat nanti. Biarlah bergolok gadai harta dan nyawa, asalkan kamu2 ni jadi anak2 soleh solehah. Itu saja harapan mama. Terpulanglah kat dunia ni kamu nak bagi mama apa2 ke, tak nak bagi ke..mama tak mengharap dan tak minta. Yang akhirat tu yang penting."


Saya tertunduk diam. Sebak. Duduk bersama dengan mama, kami bukan bersembang kosong. Semuanya berisi. Setiap patah yang mak saya ucapkan, membuatkan saya banyak berfikir dan bermuhasabah. Banyak betulnya. Terasa diri saya tersangatlah naif.


Jika saya bercerita tentang angan2 saya untuk memiliki kereta idaman, rumah idaman dan sebagainya, mak saya akan menyampuk :


"Entahlah.. Mama tak pernah terfikir pun nak semua tu. Mama sebenarnya takut. Nanti kat akhirat, setiap benda yang kita miliki Allah akan tanya. Contohnya, kamu beli baju banyak2 tu kamu buat apa? Dari mana sumbernya? Bawa pergi ke mana? Pergi ngaji ke..pergi tempat maksiat ke..Tu sebab mama tak beli banyak2 baju. Lagi banyak baju, lagi banyak kena tanya. Mama kalau boleh nak guna semua baju2 tu buat pergi ngaji."


Saya tertunduk lagi. Terkedu. Seperti terkena tepat pada batang hidung saya. Apabila muhasabah kembali, sepertinya saya cintakan dunia melebihi cinta saya pada akhirat. Tiada langsung sifat zuhud dan qanaah. Astagfirullah al azim.. Ah, takutnya!


Maafkan saya kerana banyak bercerita tentang mak saya. Dia adalah orang yang paling saya kagumi. Mama bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi. Baik akademik mahupun agama. Mama tidak berkerja. Hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa. Tapi saya yakin, jika mama diberi peluang, pasti mama boleh pergi jauh.


Kalau anda dengar mak saya baca Al-Quran, lebih banyak yang salah dari yang betul. Tapi mama tak pernah jemu belajar dan memperbaiki bacaan. Setiap hari dia keluar pergi mengaji. Belajar Quran dan belajar agama. Jika tidak faham cara bacaan, mama akan panggil saya untuk betulkan bacaan. Mama berpesan pada saya, jika terdengar bacaan mama salah, betulkan. Kalau tidak, saya yang berdosa. Dan setiap kali saya terdengar bacaan mama salah, saya akan masuk ke bilik dan betulkan bacaan mama. Dan setiap kali keluar dari bilik selepas betulkan bacaan, saya kan menangis. Entah kenapa, saya tak mengerti. Semoga Allah memberi ganjaran terbaik di atas usaha2 mama.


Di rumah, saya selalu pasang bacaan Al-Quran oleh Sheikh Sa'id Al-Ghamidi di handphone saya. Terutama ketika buat kerja2 atau melepak di dapur bersama mak saya. Setiap kali mendengar, mama akan kata mama teringin sangat nak baca Quran selancar itu. Semerdu itu. Mama kata mama nak belajar betulkan bacaan dan tajwid dahulu. Lepas tu mama nak belajar taranum. Hati saya jadi sebak. Saya diam tak terkata. Terasa sungguh kesal saya sebagai anaknya tidak mampu untuk mengajar mak saya.


Mama sangat bersungguh dalam mempelajari Al-Quran. Tak cukup dengan pengajian dengan gurunya, mama juga tak pernah terlepas dari mengikuti rancangan Mari Bertaranum di TV9. Dia akan ikut bacaan taranum itu. Begitu juga rancangan di Astro Oasis, saya terlupa rancangan apa tetapi berkaitan dengan belajar tajwid. Dan dia akan mengajak saya menonton bersama. Kadang2 ada juga benda yang saya tak tahu saya jadi tahu. Sangat bagus.


Pada bulan puasa yang lalu, setiap hari mama akan pergi bertadarus dengan kawan2 yang mengaji bersama dengannya. Mama kata, ada yang bacaan mereka lebih teruk dari mama. Mereka baca merangkak-rangkak. Sehinggakan meraka yang bacaannya lancar, menolak untuk sekumpulan dengan orang2 ini. Tapi mama join mereka dan cakap pada mereka, "Takpe..kita jangan putus asa ye..Rasulullah ada cakap, Allah takkan jemu dengan kita selagi kita tak jemu.. Kita cuba sikit2 takpe, jangan berhenti terus. Takpelah kita habis lambat pun.." Dan mereka tidak pernah berhenti. Mereka teruskan biarpun merangkak-rangkak.


* Dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit"


Saya rindukan mak saya. Itulah sebenarnya perasaan saya sekarang. Mak saya pernah berkata pada saya beberapa hari sebelum saya pulang ke Mesir. "Tengoklah nanti bila kamu dah balik sana, mama mesti terasa-rasa kamu masih kat rumah." Dan di sini, masih terngiang-ngiang suara mak saya di telinga saya. Masih terhidu-hidu bau mak saya.


Hari tu semasa dapat berita tentang ibu kepada sahabat saya meninggal dunia, saya termenung selama beberapa hari. Mak saya bertanya kenapa saya diam je sejak dua tiga hari. Saya katakan bahawa saya tak dapat bayangkan keadaan saya kalau mama tak ada nanti. Mama gelak dan menurutnya, abang saya juga selalu meluahkan perkara yang sama pada mak saya. Mak saya kata : "Buat apa nak sedih? Daripada kamu2 menangis kalau mama meninggal nanti, baik sedekahkan doa dan bacaan Quran. Jangan lupa, mama taknak batu nisan yang batu2 atau simen2 tu, mama nak kamu pacakkan kayu je. Lepastu tanamkan pokok apa2 atas kubur mama." Aish, bila mak saya dah cakap macam tu, makin menangislah saya!


Susahkan bila dah homesick? Bila nak makan, teringatkan ketika makan di rumah. Bila nak solat, teringatkan ketika solat di rumah. Bila nak masak, teringatkan ketika masak di rumah. Kadang2 bila saya baca Quran supaya hati tenang pun, masih lagi teringatkan ketika berlawan-lawan dengan mak saya, siapa dahulu yang khatam Quran pada bulan puasa yang lalu.

Hahaha..saya betul2 homesick. Dan saya tahu saya perlu belajar untuk bermujahadah. Saya mahu jadi sekuat mak saya. Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sepertinya. Malulah kan kalau saya yang muda ni malas dan manja sedangkan mak saya yang dah sakit2 tu pun mampu ke sana ke mari mencari ilmu. Mak saya selalu ulang kata2 ni : "Rasulullah kan ada pesan..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Ustaz mama kata, jangan setakat tahu je..faham dan amal!"


Selamat bermujahadah syabab2 dan ghulam2 sekalian! Ayuh!