Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, October 24, 2011

Ziyad is One.

Assalamualaikum wbt.

Saya masih ingat, dalam satu sesi ta'aruf di dalam sebuah halaqah kecil, saya telah meminta setiap dari ahli halaqah tersebut menyebutkan apakah perancangan mereka dalam kerjaya dan kehidupan secara general.

Apabila tiba pada giliran seorang ukhti, dia menyatakan bahawa dia tidak bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan ke peringkat tertinggi (berbeza dengan saya). Katanya,dia tidak kisah jika dia hanya seorang General Practitioner (GP). Apa yang penting baginya dia mempunyai masa sepenuhnya untuk mendidik anak-anaknya dengan baik.

Saya tersenyum. Namun bagi saya, senyuman yang saya lontarkan itu agak pahit. Saya tak pasti sama ada ahli halaqah tersebut perasan atau tidak. Dalam diam, timbul satu perasaan cemburu dari satu sudut kecil dalam hati ini.

Saya terbawa-bawa perasaan itu sehingga dalam perjalanan pulang ke rumah. Mula koreksi kembali diri ini.

Saya sudah punya suami dan anak. Bahkan hampir dua tahun melayari bahtera rumahtangga yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah (insyaAllah..). Sedangakn ukhti tadi belum pun berumahtangga. Saya terfikir, sayalah yang sepatutnya memberi jawapan seperti ukhti tadi kerana saya lebih dahulu 'makan garam' darinya dalam konteks berumahtangga.

Saya tidak pernah bercita-cita untuk hidup mewah. Cukuplah sekadar mempunyai sebuah kediaman yang selesa untuk keluarga kami berteduh dari panas dan hujan, sebuah kereta yang elok dan bagus supaya mudah untuk kami menggunakannya untuk kerja-kerja Islam, kerja-kerja dakwah, pergi ke ceramah-ceramah dan sebagainya, simpanan yang cukup untuk pendidikan yang bagus untuk anak-anak, simpanan yang cukup untuk menunaikan rukun Islam ke lima.

Itupun saya sudah merasakan saya 'bercita-cita tinggi' untuk dunia dan isinya. Ampuni aku Wahai Allah andai terlekat walau secebis niat dalam hatiku ini cintakan dunia. Hapuslah ia jangan dibiarkan terus membarah.

Saya sudah lama bercita-cita untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Menjadi seorang pakar dalam bidang perubatan yang diceburi ini. Kalau orang bertanyakan apakah alasannya, saya pun tidak boleh beri jawapan yang terbaik. Ia cuma sangat cinta untuk belajar dan terus belajar. Namun saya sungguh berharap jika diizinkan oleh Khaliq untuk berjaya kelak, Islam boleh tumpang kepakaran yang dimiliki itu. Ya, itu juga antara sebabnya.

Namun sebenrnya, saya kadang-kadang terlupa untuk merancang lebih buat anak-anak kelak. Benar, siapa tidak impikan anak yang soleh dan solehah. Kalau boleh, saya mahu ada beberapa dari kalangan zuriat saya yang jadi Ulama' Ummah. Saya sedar hakikatnya bukan mudah. Bak kata Abang, kita perlu mendidik diri kita sebelum mendidik anak-anak. Namun dalam masa yang sama, tidak pula abaikan pendidikan anak-anak.

Ianya perlu bermula dari diri saya sendiri. Sebagai seorang Ummi, amanah mendidik anak-anak terpundak di bahu ini. Abang, sudah pasti ummah lebih memerlukannya. Seperti mana Imam As-Syahid Al-Banna, beliau memperuntukkan lebih masa untuk ummah namun kebajikan rumahtangga dan anak-anak, tetap dijaga dengan baik dan rapi. Sehinggan perkembangan dan keperluan satu persatu anaknya dicatatkan dalam sebuah buku khas. Usah cerita qudwah teragung kita, kekasih Allah, Rasulullah s.a.w, walaupun sibuk sebagai seorang Perdana Menteri, tetap menyinsing lengan membantu isteri menguli dan membakar roti di dapur.

Alhamdulillah, hari ini Ziyad sudah berumur setahun. Sudah cukup bijak untuk membaca dan meniru perilaku orang dewasa. Apa yang diajarkan kepadanya, diresapnya dengan mudah dan cepat.

Dari menadah tangan setiap kali berdoa, melambai setiap kali mendengar ucapan "Ma3a salamah", mengangkat tangan menutup kedua belah telinga setiap kali mendegar laungan azan kononnya dia turut azan sama, menghulurkan salam dan mengucup tangan sesiapa yang bersalam dengannya, 'manjawab telefon' setiap kali berdering, mengerti apa itu 'hot' 'ball' 'book' 'la'a (tidak)' 'cockroach' 'susu' 'sleep' 'harrah (kucing)' 'biscuit' 'eat' 'ijlis/sit down' dan macam2 perkataan lagi, 'sujud' apabila dihamparkan sejadah, sudah boleh berjalan sebelum berumur setahun, dan macam-macam lagi.

Cuma saya masih berusaha melatihnya menyebut kalimah tauhid "La Ilaha IllaLlah" dan "Allah." Semoga itulah perkataan pertama yang diucapnya jika dia sudah pandai bercakap nanti. Namun kadang-kadang masa sungguh mencemburui membuatkan saya tidak cukup sabar untuk mengajarnya beberapa perkara lain.

Alhamdulillah hari ini Ziyad sudah setahun. Maafkan Ummi andai sepanjang setahun ini, Ummi tidak memberikan yang terbaik untuk Ziyad. Ummi berhutang terlalu banyak masa-masa emas bersama Ziyad. Ummi tidak mampu lagi untuk berjanji membayar masa-masa tersebut.

Jika dihitung, terlalu banyak pengorbanan Mohammad Thoriq Ziyad bin Abd Kadir sebagai anak sulung Ummi dan Abi. Lahir dan membesar di tengah2 kancah kesibukan Ummi dan Abi mengejar cita-cita. Kalaulah Ziyad faham makna perasaan dan emosi yang sebenarnya, Ummi rasa sudah pasti Ziyad akan jadi seorang kanak-kanak yang paling sedih dan murung. Terpaksa turut sama berkorban, kadang ditinggalkan, kadang berkejar ke sana sini tak kira waktu dan masa, berpanas terik di waktu siang dan menahan sejuk di waktu malam, turut sama turun padang menemani Ummi dan Abi berjuang demi melihat Islam tertegak suatu hari nanti.

Namun Ziyad seolah faham dan tidak pernah meragam. Malah pandai mencari ruang dan sisi gembira, bermain tidak kira di mana dan dengan siapa. Juga turut membuat Ummi dan Abi tertawa dengan pelbagai gelagat Ziyad. Namun ketahuilah Nak.. betapa pengorbananmu yang banyak itu telah mendidik dan mendewasakan Ummi dan Abi dan Ummi yakin Ziyad pasti gembira mendengarkan ini.

Doa Ummi sentiasa, agar Ziyad tumbuh membesar menjadi anak yang cerdik, soleh dan memberi manfaat pada ummah di setiap masa dan tempat.

Doakan agar Ummi tetap sabar mendidik dan mengasuhmu serta adik-adikmu kelak.


Selamat Hari Lahir Nak..

Eid Milad Saeid ya Bunayya..

Happy Birthday Son..

Semoga Alllah sentiasa melindungi dan merahmatimu anak Ummi yang soleh..


Salam Sayang,

Ummi
24 October 2011
Ahmad Maher, Mansurah
Egypt.

Friday, October 21, 2011

Kita dan Palestin

Assalamualaikum wbt.



Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk membebaskan bumi Palestin, maka anda sebenarnya masih tidak faham-faham isu Palestin. Palestin bukan hanya soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajiban. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu... Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikan-Nya itu. Tiada Muslim yang tidak mengambil bahagian dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.

Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W. Dari tiga bumi suci-Nya (tanah haram), Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman oleh umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing-masing yangmendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan mereka ialah di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haram-Nya itu adalah milik hamba-Nya yang bertaqwa yang berada di atas jalan-Nya yang lurus iaitu Islam, agama tauhid Nabi Ibrahim al Hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga-tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujah mutlak untuk memilikinya.

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan-angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak-anak Tuhan yang diberkati akan segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenar dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan serta azam baru di awal tahun baru Hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru itu harapan, azam, keyakinan dan masa depan umat Islam harus sentiasa dilumpuhkan serta dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal berputus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan Tuhannya. Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan kepada Tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin, dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnah-Nya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi. Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian dari konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri? Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fisabiliLlah.

Setiap daripada kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin. Jika 10'000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM 100 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa kerdil di hadapan berbilion dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM 1 juta banyak, tetapi ia adalah sedikit jika dibandingkan dengan 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajipan agama, umat Islam di Malaysia mestilah mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Allah tidak menerima RM 100 yang kita keluarkan itu. Allah Taala menerima taqwa di dalam dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan redha-Nya. Ertinya, bukanlah RM 1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada berjuta-juta bilangan umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hamba-Nya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalan-Nya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM 1 juta atau lebih ke Palestin. 1'000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa, sudah cukup untuk menghasilkan RM 1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10'000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM 10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahala-Nya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing-masing di Masjid Nabawi, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan dengan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di balaisah di hadapan rumah anda.

Bukan negara-negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih-buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya. Sudikah setiap daripada kita mendaftarkan diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta taqwa di dada anda.

Biarlah perancangan dan segala takhtitaat membebaskan bumi Palestin itu kita serahkan kepada pakarnya, terutama para pejuang di medan jihad. Kita patut mengetahuinya. Yang lebih penting, kita laksanakan kewajiban kita sendiri. Berjihad dengan harta kita untuk Palestin, atau dengan harta, nyawa dan segenap kepunyaan yang kita ada untuk membebaskan umat daripada benteng yang memisahkannya daripada Islam yang sebenar.


source


Thursday, September 29, 2011

Pekerjaan Ziyad

Assalamualaikum wbt.

Pekerjaan Ziyad semasa Ummi solat.. Makan color LUNA!


Ziyad : Hai Ummi...
Ummi : What....? Abi tengok Ziyad ni..!

Abi : Buat apa ni? Toys Ziyad kan banyak..kenapa main color LUNA..? Meh sini tangan..!


Ziyad : I'm sorry Abi.. Ziyad janji tak buat lagi..
Abi : Good..

Nak main ape lah yang best ni.. 'Puk' Jiddu bagi ni pun okay lah....!

Yang penting, boleh masuk mulut jugak!

N.B : Dah lama tak blogging.. new update Ziyad is 11 month-old now & Ziyad dah pandai jalan sekarang!

Wednesday, August 31, 2011

Eid Farrahah!

Assalamualaikum wbt.

Bersempena Eid Fitri 1432H, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aindilfitri Maaf Zahir Batin buat semua pembaca dan bloggers. Maaf Zahir Batin!




Abi...nak duit raya boleh...?

Tuesday, August 9, 2011

Senjata Ampuh

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan masa untuk menulis. Ziyad sudah pun lena. Penat agaknya berbuka di Masjid As-Syariff tadi bagi memenuhi jemputan ma'idah rahmah oleh orang arab tempatan. Dilayan oleh Aunties yang nampaknya memang tertunggu-tunggu kehadiran Ziyad. Ummi pun seronoklah boleh 'berehat' sekejap. hihi.

Hari ini saya check status permohonan daftar pemilih di laman rasmi SPR. Kecewa apabila setelah lebih 5 bulan mendaftar, pendaftaran masih belum sah dan di dalam proses. Padahal baca paper hari-hari, macam2 nama warganegara lain dan pengundi hantu, sudah sah untuk mengundi. Marah betul!

Di Mesir ni, macam2 perkara berlaku selepas peristiwa BERSIH 2.0. Yang paling menyedihkan, hak mahasiswa ditindas dan kezaliman berleluasa.

Saya masih ingat doa seorang Ustaz yang mengimamkan solat hajat masa program DESAK di Dataran Haiyyu 'Asyir, Cairo beberapa minggu yang lalu. Doanya lebih kurang begini :

"Ya Allah..telah sekian lama kami ditindas dan dizalimi. Sedangkan kami hanyalah pelajar.."

Ya, kami hanyalah pelajar. Tetapi kenapa ditindas dan dizalimi sedemikian rupa. Pelbagai usaha untuk menghancurkan kesepakatan kami. Diberi kata dua, diugut, dizalimi, difitnah, diberhentikan urusan rasmi dengan pihak kedutaan yang bukan sekejap, at least setahun!

Sehingga hari ini, kerana menegakkan kebenaran, seorang pelajar telah dibuang Universiti, ramai pelajar telah dibuang dan dihalau dari penempatan asrama, ramai pelajar telah ditarik zakatnya.

Bukanlah kerana tak lulus pengajian atau prestasi yang buruk, tapi atas sebab join BERSIH 2.0. Tak munsabah kan?

Itulah tabiat mereka yang terdesak dan merasa kedudukan mereka terancam.

Buat anda di luar sana, doakanlah untuk kami pelajar di Mesir ini. Teruskan berdoa untuk kami. Kami juga akan sentiasa berdoa kerana kami percaya dan faham, doa orang mukmin yang dizalimi adalah senjata paling ampuh!




"Mereka itu mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut mereka dan Allah menyempurnakan agamaNya sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir". (Surah al-Saff : 8)


Wednesday, August 3, 2011

Ramadan Kareem

Assalamualaikum wbt.



RAMADAN KAREEM!


Sunday, July 3, 2011

Unggun BERSIH

Assalamualaikum wbt.

Unggun Bersih

Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.



Tuesday, June 21, 2011

LIFE II

Assalamualaikum wbt.Justify Full



Saya bukan menjemput kerana saya adalah Timbalan Pengarah program ini. Saya bukan juga menjemput kerana saya mahu program ini dijayakan kerana saya dan kawan-kawan berkerja keras untuk program ini.

TETAPI

Saya menjemput kerana saya seorang Muslim and I do care about another Muslims.

Saya tidak mahu kita semua terus tenggelam dalam dunia Jahiliyyah Moden ini hanya kerana kita tidak tahu tentang kebenaran hakikatnya.

Ianya jelas, dan kita tidak perlu ragu-ragu dengan perkara yang jelas. Dan untuk penjelasan tersebut, you have to , you must to, attend this programme.

Ada juga slot menerangkan cara bagaimana untuk mendidik jiwa dan ruh kita. You won't get it at our univesity school of medicine. But it doesn't mean you won't get it anywhere else. We 'll help to show you the way.

Even if you are not our target group (semester 4 Manchester), you are always welcomed. Come with no doubt! Ajak kawan-kawan sekali pun boleh :)

Untuk adik-adik Semester 2, you turn will be on 27th June. Do come okay!


click here

Monday, June 20, 2011

Celupan Allah

Assalamualaikum wbt.

Panas mentari terik membakar. Kali ini saya berjalan seorang diri ke kawasan Mustasyfa Taware3 (Emergency Hospital). Walaupun risau mungkin terlambat ke kelas bedside teaching Neurology, saya putuskan untuk solat Zohor terlebih dahulu. Terngiang-ngiang kata-kata Abang, kalau kita dahulukan hak Allah, insyaAllah kita akan lebih tenang.

Ternyata saya lebih tenang meredah panas tengah hari di musim panas ini.

Kawasan Mustasyfa Taware3 tetap sibuk dan dipenuhi orang ramai walaupun sudah menjelang tengah hari. Matahari tegak di atas kepala. Angin yang bertiup membawa bahang sahara.

Pesakit-pesakit yang menunggu giliran untuk mendapat rawatan, sabar menanti walaupun terpaksa menunggu di kaki lima hospital sejak pagi. Belum cerita tentang pesakit di atas stretcher! Yang berada ditengah-tengah jalan, menunggu giliran untuk masuk ke bangunan radiology, stretcher yang ditolak oleh saudara mara terdekat menyekat jalan orang ramai. Suasana menjadi bingit! Bak kata orang, patient tu sudahlah sakit, bertambah sakit dengan keadaan sebegitu.

Jalan tidak rata dan berlopak-lopak. Kawasan sekeliling masih lagi under construction. Kalau belum pernah ke sini, mesti tak percaya ini adalah kawasan hospital!

Pejalanan ke Neurology Department adalah suatu perjalanan yang menarik. Tidak bosan. Melihat lagak manusia di sana sini. Cukup untuk merefleksi diri ini.

Rakyat Mesir punya keistimewaan sendiri. Dalam keadaan yang serba kekurangan, sistem yang kurang kemas, hidup yang ala kadar. Secara fizikalnya mungkin mereka nampak kolot, daif, kurang berpendidikan, tidak moden dan sewaktu dengannya. Namun jauh di dalam diri mereka terdapat satu ruh. Ruh kefahaman tentang Islam, perjuangan, jihad dan kekuatan yang tidak terluah dek kata.

Saya tidak pelik apabila seorang pemandu teksi cabuk boleh bercakap tentang perjuangan Islam. Bercakap tentang Jihad, tentang Syahid. Bercakap tentang pentingnya kebangkitan ummat untuk revolusi negara dan dunia. Walaupun raut wajah, pakaian dan penampilan mereka nampak daif, tapi fikrah merrka adalah fikrah Islamiyyah yang jelas. Jiwa mereka kaya dengan kefahaman dan ruh jihad!

Saya cuba bandingkan dengan...Typical Malaysian.

Pakaian mereka elegan dan berjenama. Lenggok gaya berjalan penuh gaya dan tampak megah. Dengan sunglasses and shades. Tak boleh langsung kena panas. Di bahu mereka beg yang berjenama mewah. Di tangan mereka buku perubatan. Fizikalnya WAH, NAMPAK HEBAT kan!

Tapi jiwa mereka? Kosong.

Hakikatnya, kebanyakan dari mereka hidup mereka hanya untuk diri sendiri. Mereka hanya kisah akan perasaan mereka. Sedih, tak puas hati, marah, gembira, teruja... Jumpa kawan lelaki atau perempuan, hanya untuk membincangkan rasa tidak puas hati pada manusia lain. Atau mungkin lebih baik, buat study group.

Balik rumah, buka kipas atau aircond. Menghadap laptop dan mencari movie mana sesuai untuk ditonton bagi meredakan hangat bahang musim panas di luar atau untuk meredakan perasaan yang berkecamuk. Jika lapar, keluar saja kemana-mana restoran Asia yang berlambak di luar. Sambil makan, boleh hang out dengan kawan-kawan. Ataupun masak ala kadar di rumah. IndoMee pun jadilah, lebih baik - ayam Koki. Sudah selesai, sambung beristirehat. Menyambung aktiviti harian yang sama dan tetap sama setiap hari.

Mereka pandai tetapi jiwa mereka? Kosong. Kosong tidak terisi.

Bila bercakap tentang Jihad, mereka akan katakan kelompok ini extreme. Bila cberakap tentang Syahid, mereka akan katakan itu hanya angan-angan. Bila cakap tentang kefahaman Islam, mereka akan katakan cukuplah Islam kami biasa-biasa saja. Kami tetap solat, tetap berpuasa.

See? Their mind and thought are blunt. They've no idea about it!

Bak kata Ustaz Nik Abduh dalam sesi ceramahnya di Mansurah baru-baru ini, rakyat Malaysia nowadays are actually do not deserves to live the life they're living now. Tidak berhak pun sebenarnya mereka hidup atas kesenangan after all bad things they've done. Tapi Allah itu Maha Pengasih dan Pemurah. But the point is, mereka tidak sedar!

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat untuk berperang (syahid) bererti beliau mati dalam keadaan jahiliyyah"

Saya rela menjeruk peluh, meredah panas, mengharung lautan manusia, menahan sabar dan marah, berhadapan dengan mereka yang zahirnya terkebelakang dari segi ketamadunan dan modernization. Tapi jiwa mereka kaya dengan ruh semangat Jihad, mendokongi fikrah yang sebenar, aqidah yang salim dan ibadah yang sahih. Dalam diam, cara hidup dan kata-kata mereka turut meniup ruh dalam jiwa kita. Menyalakan api semangat untuk Syahid. Menentang jahiliyyah dan menjatuhkan kezaliman.

"Celupan Allahlah (yang lebih baik), siapakah yang lebih baik dari celupan Allah?" (surah al-Baqarah : ayat 138)




Wednesday, June 8, 2011

Hidup Kita Singkat

Assalamualaikum wbt.

Semalam, semasa dalam round psychiatry, saya duduk di belakang sekali. Kelas yang tidak dapat dinafikan sempit sesak dan panas, membuatkan saya memilih untuk duduk di tepi tingkap yang terbuka. Kalau mengantuk, boleh tengok orang yang lalu lalang, bisik hati.

Tapi macam-macam benda rupanya kalau duduk tepi tingkap ni. Orang sesat tanya jalan lah, orang minta sedekah jual tisu lah, orang tanya round apa lah.. (-__-)' ...and that's Egypt.

Unfortunately, I dozzed off several times. My bad*. Class actually wasn't so boring because Doctor was explaining in English walaupun ada Egyptian student yang buat2 tak faham English dan minta Doktor explain in Arabic (somehow annoyed my nerves), but it seems like Doctor preferred herself to speak in English which was good for us! hehe*

For cases, ada 3 patients dengan cerita masing2 tentang Anxiety Disorders. Faham2 je lah round psychiatry. Macam-macam cerita patients yang kadang-kadang geli hati mendengarnya. Walaupun mengantuk kerana sleep deprivation, alhamdulillah Allah bukakan jalan untuk tahu apa yang dibincangkan sedikit sebanyak. At least!Justify Full

FYI, kelas psychiatry bersebelahan dengan tempat simpanan mayat. Semasa kelas berlangsunag, saya terdengar beberapa orang menangis mengongoi semasa menuntut mayat ahli keluarga mereka. Ada suara seorang lelaki sambil meraung dia berulang2 kali mengatakan "kenapa kau mati...kenapa kau mati..." berulang-ulang kali. Tentunya dalam bahasa arab.

Lantas terus terfikir, bagaimanakah pengakhiran hidup insan faqir seperti saya ini?

Teringat kata-kata As-Syahid Syed Qutb :

Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermulanya kita dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.

Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, maka hidupnya amatlah panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhirnya dengan luputnya... manusia di bumi ini,

Jika kita merasakan kitalah yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian ( kerana perjuangan belum mencapai matlamat).


Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.

- As Syahid Syed Qutb-

Hidup ini singkat.

Singkat kecuali apabila kita hidup dengan fikrah iaitu fikrah Islamiyyah yang syumul dan menyeluruh.

Alangkah bestnya kalau semua orang faham dan punyai fikrah Islam yang jelas. Best sangat sebab kita boleh hidup dalam suasana Islam, bekerja dalam suasana Islam, belajar dalam suasana Islam, bersosial dalam suasana Islam. Hidup kita pasti akan l ebih tenang sebab semua orang berkumpul di dunia dalam suasana ukhuwwah dan percaya akan dikumpulkan kembali bersama di akhirat kelak dan dihimpun dalam Syurga.

Tapi sayang. Bukan semua orang faham.

Jadi sebab itu tugas kita yang faham untuk menyebarkan kefahaman yang sahih pada yang tidak faham.

Kerja kita banyak kan?

'Murnikan perjuangan, maknakan kemenangan'

Tuesday, April 26, 2011

Ulama' Ummah

Assalamualaikum wbt.


Beberapa hari lepas, saya berkongsi dengan Abang satu cerita tentang kelebihan istighfar.

Ceritanya bermula begini :

Pada suatu hari, Imam Ahmad Bin Hambal sedang mencari tempat untuk berehat di waktu malam selepas permusafirannya di siang hari. Baliau pergi ke masjid untuk solat dan berniat untuk bermalam di masjid tersebut. Namun tindakannya itu dihalang oleh orang tempatan kerana takut-takut apabila orang lain melihat beliau berehat dan tidur di situ, orang lain akan berbuat perkara yang sama.

Maka Imam Ahmad Bin Hambal pun akur dan dia keluar dari masjid tersebut dan mencari tempat untuk berteduh. Sedang beliau berjalan, seorang pemuda terlihat akan beliau. Pemuda tersebut menawarkan Imam Ahmad Bin Hambal untuk bermalam di rumahnya setelah melihat Imam Ahmad Bin Hambal seolah-olah sedang mencari tempat untuk bermalam.

Pemuda tersebut lalu membawa Imam Ahmad Bin Hambal ke rumahnya. Pemuda itu merupakan seorang pembuat roti. Rumahnya agak selesa kerana kehangatan pembakar roti. Selepas mempelawa Imam Ahmad Bin Hambal untuk berehat, pemuda tersebut meneruskan kerjanya membuat roti. Sedang pemuda tersebut membuat roti, Imam Ahmad Bin Hambal duduk di sebelahnya.

Imam Ahmad Bin Hambal memperhatikan gerak geri pemuda tersebut menguli tepung untuk dijadikan roti. Sambil pemuda tersebut menguli tepung, dia beristighfar. Istighfarnya selari dengan tangannya yang menguli adunan tepung.

" Astaghfirullah al-azim. Astaghfirullah al-azim. Astaghfirullah al-azim."

Imam Ahmad Bin Hambal pun bertanya kepada pemuda tersebut.

"Sejak bilakan kau melazimi dirimu dengan perkara ini (istighfar) ?"

"Sejak aku mula membuat roti," jawab pemuda tersebut.

"Sejak bila kau mula membuat roti?," tanya Imam Ahmad Bin Hambal lagi.

"Sejak aku baligh, aku menolong ayahku membuat roti. Sehinggalah kini," pemuda itu menjawab sambil menguli adunan.

"Adakah kau juga berdoa?," tanya Imam Ahmad Bin Hambal.

"Ya.. Aku berdoa pada Allah agar aku ditemukan dengan Imam Ahmad Bin Hambal," jawab pemuda tersebut.

Imam Ahmad Bin Hambal pun berkata, "Akulah Imam Ahmad Bin Hambal.."

So, moral of the story is : Antara kelebihan istighfar adalah, hajat atau doa kita akan dimakbulkan dengan izin Allah.


Keesokan harinya, Abang pergi ke Cairo untuk beberapa urusan termasuklah ke Maktabah Darus Salam untuk membeli beberapa buah kitab.

Pulang dari Cairo, Abang bercerita pada saya. Semasa Abang bertolak ke Maktabah Darus Salam, Abang beristighfar dan berdoa moga-moga Allah dapat temukan Abang dengan mana-mana Syeikh di Maktabah Darus Salam nanti.

And guess what?

Abang jumpa dengan Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari! Seorang ulama' muda Mesir yang mahir dalam pelbagai disiplin ilmu dan juga ulama' muda yang disegani.



Fadhilatul Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari

Abang bersama Fadhilatul Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari.

Abang, Sayang sangat jealous okay?


Ya Allah, semoga saya juga dapat bertemu dengan mana-mana Syeikhul Kabir di Mesir ini satu hari nanti. Dan yang paling saya impikan, untuk duduk bersama dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh para Masyaikh di sini. Ya Allah, Kau perkenankanlah..

Ziyad?

Ziyad pun nak jadi Ulama' lah Ummi!


Here it goes, Syeikh Dr. Mohammad Thoriq Ziyad Bin Abdul Kadir. Ulama' ummah! Bi iznillah..

Syeikh Ziyad enjoy reading books. He also loves to recite Quran!

Syeikh Ziyad berzikir bila ada masa terluang..

Syeikh Ziyad wake up from sleep and recite doa " Alhamdulillahi allazi ahyana ba3da ma amatana wa ilaihi nusyur. Amin!"

Ba3da solat.. Hisap jari kejaplah. Hihi..

"Abi let's go to masjid and perform solat jamaah together!"


Doakan agar anak kecil ini dapat dididik untuk menjadi seorang ulama' yang mahir dalam pelbagai disiplin ilmu dan seterusnya menyampaikan risalah dakwah sepertimana sunnah Rasulullah S.A.W.

Alluhumma taqabbal minna duaa'..


Tuesday, April 12, 2011

Heart Sounds

Assalamualaikum wbt.

"It will take about one month of Resident course for you to differentiate Heart Sounds" - a Prof. of Pediatric Cardiologist


Normal Heart Sound



Third Heart Sound



Mitral Stenosis



Mitral Regurge



Tricuspid Regurge



Aortic Stenosis



Aortic Regurge



Pulmonary Stenosis



S2 - Fixed, Wide, Paradoxical



Opening Snap



Mid Systolic Click (Ejection Click)

Monday, April 11, 2011

Extraordinary

Assalamualaikum wbt.

Sometimes I feel like crying of no reasons. World of mine is kinda tiring. Yes, that's the truth. I always realize that these are the paths I used to choose. So I will keep step forward and never turning back. With Allah's will.

I asked Abang how to be an Extraordinary.



Abang asked me back, to whom I wanna looked/be an Extraordinary? Allah or Human-being?

I bite my tounge!

How about both? I answered him. Just after few seconds.

Frankly, Abang's question made me think more deep and wise.

TO WHOM?

Being a medical student, a wife and a mother at the same time made my life changed totally. The things are now not just about my self, my time, my life, my ambition, in brief - not all mine.

It's OURs'.

It took time for me to think rationally about :

is that a mother if you go out so often to meet your almost self-schedule and let your child grows up while you missed every steps of his milestones?

or

is that a wife if you just fulfill your self-contentment upon what you want and try to achieve and left your home topsy-turvy-up-side-down?

It doesn't make senses. It's not a victory of my life.

Upon above, now I know that I'm not an ordinary medical student. I am an Extraordinary.

Not all people can make this. Only some, special and selected.

And I proud to be one.



With Allah is my purpose, Quran & Sunnah is my guidance, Islam is my life, Jihad is my path, Syahid is my end, Jannah is my goal - I promise myself to make my dreams come true by an extraordinary way, extraordinary effort or even by extraordinary life I live.




Saturday, April 2, 2011

Giving Hope Is Our Bad

Assalamualaikum wbt.

I always tried to find a suitable time for proper blogging. But sorry, never found any. 5th year is a hectic year. Especially when you're a wife and a mom. Extra-busy I think.

Paediatric is more enjoyable rather than Internal. Maybe because I love kids. Or to be more precise, because I love Ziyad. he he he.

Few days ago, I met a mother (which generally called Mama here) of Trisomy 21 kid. We (my friends & I) were actually tried to find any case of Trisomy 21 (also known as Down Syndrome) to see the characteristic features presented on them. After searching high and low from floor to floor, we finally found him accidentally in Genetic-related Disease Ward.



His name is Muhammad and he was sleeping. His body is abnormally large and he seems like 1 year-old or above. I asked the Mama how old is he and I was surprise when the Mama told me that he's 6 month-old!

I told the Mama that I have 5 month-old son named Muhammad. She asked me if its for real? because I looked so young and small :P . How can I got married and have son? Ha ha ha. I told her that I'm already 23 and its common to have son at this age even in Egypt.

Muhammad had excessive size and weight for his age. He's hypotonic and looked ill. We searched for Brachydactyle, Simian Creases, Syndal Gap, Syndal Line, Brachycephaly, Cryptochidism and many more.We also auscultate his breathing and heart sound ( but failed to diagnose any defect as its like many musical sounds inside :P)


Mama frequently asked us if his son is okay. She also asked us if Muhammad will be like us when he grows up. She asked if Muhammad is like my son, Ziyad. And several questions that expressed her 'hope' upon his son. We don't know how to answer her appropriately.

"InsyaAllah kullu quwaiyis. Kullu bikhair.."
(InsyaAllah everything will be good)

"Kalam gad?" (Cakap betul ke ni?)

"Errrr... InsyaAllah lau Doktor ha egi, fa bi uulak. Ehna tolabah. Ehna 3arif syuwayyah bas.." (If Doctor come, he'll tell you. We're student. We don't know much)

On our way back home, we felt some sort of guilt. Did we give her too much hope by telling her that everything will be just okay but actually not?

Would she feel bad when she knows that his son suffer from abnormalities?

Would she feel worse when she knows that his son would never be like us one day further?

That's our bad. Yes, our bad.

Hurmm...

As a mother, I know how did she felt.

We, as a mother, always pray and pray that may our son or daughter will always in good conditions of health. We always will.

And even if her children is not like other normal kids, she'll never abandon their own offspring. She'll care their children more than she cares herself.



That's what we call Mother.

#Sometimes, we may forget how to be thankful to our Lord. And He will never forget to always remind us how to do so.


Thursday, March 24, 2011

How Fast

Assalamualaikum wbt.



Ziyad is 5-month-old today! How fast times flew. He's now able to do many things. Yet want to explore everything. Dah boleh menirap and guling2. Already get bored to his rattle and teether. Admire plastics so much. Always playing bubbles with his saliva. Macam-macam lagi lah this clever boy can do.



Thank you Allah for always protect my dear son. May Ziyad grows up so well. Ummi loves you Ziyad!



Sunday, March 20, 2011

Malaysia of Free Package

Assalamualaikum wbt.

Such a very long long hiatus.

Tidak sedikit yang bertanya keadaan kami sekeluarga semasa Mesir dilanda krisis lebih kurang sebulan yang lalu. Terima kasih pada yang prihatin. We are doing good at that time.

Well...many things happen.

And the most highlightened is -> we extremely enjoyed the free package of returning Malaysia so much. Thank you Allah for the rezeki yang jatuh dari langit ini as going back to Malaysia by our self-expenses make us think more than twice. huhu.

Ziyad is growing up so well. Ziyad is no more Mohammad Thoriq Ziyad. He was registered on different name. It will be such a long long story to be written. Cerita lain kali lah ye? But still, we prefer to call him Ziyad. Lidah dah terbiasa.

Malaysia is more fun when we came back with a 'combo set' of menantu and cucu of both family. Jalan-jalan keliling kampung bertemu sanak saudara. Having good time spent along the way of traveling from Selangor-Kedah bersama family kecil kami ini. With a lot of things to be managed and settled. Alhamdulillah, percutian kali ini bukan sia-sia.

Okay, since no time to jot much. In brief, Malaysia for this time is more than words.

Enjoy some photos of Abd Kadir's.


















Thursday, February 3, 2011

TAMBAH SEGERA BILANGAN DOKTOR PERUBATAN

KENYATAAN MEDIA : TAMBAH SEGERA BILANGAN DOKTOR PERUBATAN

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melahirkan kebimbangan dengan jumlah doktor perubatan yang meletak jawatan. Menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai seramai 884 orang pegawai perubatan telah meletakkan jawatan dari tempoh 2007 hingga September lalu.

DMPP melihat jumlah 884 orang adalah jumlah yang agak kritikal bagi kategori golongan profesional seperti doktor perubatan. Meskipun pelbagai faktor diberikan seperti menjadi tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta, mengikut pasangan ke luar negara, menerima tawaran pekerjaan lain dan masalah kesihatan, ianya tidak boleh menjadi sandaran. Kerajaan perlu memikirkan sesuatu bagi mengurangkan jumlah doktor perubatan yang meletakkan jawatan bagi mengelakkan krisis kekurangan doktor perubatan di hospital kerajaan dan swasta.

Dalam keadaan jumlah doktor perubatan yang semakin berkurangan, para doktor sedia ada sudah pasti terbeban dengan pelbagai tugas. Bebanan ini sudah pasti akan memberi kesan yang mendalam terhadap golongan ini. Tidak hairan sekiranya para doktor mengalami stres, kemurungan, lemah, lesu, masalah kesihatan, serta hubungan kekeluargaan yang renggang. Justeru DMPP berpandangan para doktor perlu diberikan masa kerja dan rehat yang secukupnya bagi memberikan masa berkualiti untuk mereka.

Untuk mengikat doktor perubatan dengan kerjaya mereka, seharusnya insentif yang berpatutan diberi kepada mereka. Elaun tambahan, serta kenaikan gaji selaras dengan kelayakan mereka perlu dipertimbangkan semula. Kebanyakan doktor perubatan di hospital kerajaan meletak jawatan hanya kerana mereka menerima peluang kenaikan gaji dan pangkat yang jauh lebih tinggi di hospital swasta. Bahkan ramai doktor terpaksa melakukan kerja tambahan di klinik lain bagi menambah pendapatan mereka.

Selain itu, kerajaan wajar menggalakkan mahasiswa beramai-ramai mengambil kursus kedoktoran bagi menampung jumlah pegawai perubatan di Malaysia. Dengan biasiswa, tajaan selain memudahkan sistem pembelajaran akan menyuntik motivasi mahasiswa untuk menceburi bidang ini. Kewujudan kampus serta fakulti yang menawarkan ijazah kedoktoran boleh menambah bilangan doktor di negara ini.

Akhirnya DMPP berharap kerajaan mengambil langkah serius bagi mengatasi masalah kekurangan doktor perubatan di negara ini. Secara realistik para doktor hanya perlu berkhidmat untuk 10-15 orang pesakit dalam satu-satu masa agar tumpuan dapat diberikan kepada mereka berbanding dengan berpuluh pesakit dihadapkan dengan seorang doktor sahaja selama ini.


NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
(15 Disember 2010 / 9 Muharram 1432)

sumber

Friday, January 21, 2011

Tamak?

Assalamualaikum wbt.


Bukan mudah untuk thabatkan diri dalam perjuangan. Bukan mudah juga menjadi sayap kiri perjuangan seorang mujahid. Terlalu banyak yang perlu dikorbankan.

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna mendefinisikan pengorbanan sebagai mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan segala sesuatu untuk mencapai matlamat. Tidak berlaku jihad di dunia ini tanpa pengorbanan bersamanya.

Ya, jalan ini payah dan menuntut banyak pengorbanan kerana tiada jihad tanpa pengorbanan.



Aku bukanlah tidak bercita-cita tinggi untuk menjadi seperti Sayyidah Zainab Al-Ghazali. Sedangkan beliaulah antara akhawat yang menjadi ikon terbaik dalam perjuangan. Menyoroti kisah-kisahnya juga cukup membuatkan hati ini gementar dan melahirkan rasa yang membuak-buak untuk terus-menerus berjuang menegakkan kalimah Allah di bumi ini. Aku terlalu ingin berkerja keras sepertinya. Menjual diri ini kepada pemilikNya dan mengorbankan jasad dan nyawa untuk turut sama syahid di jalanNya.

Namun, aku juga terlalu rindu untuk menjadi seperti Sayidatina Khadijah, isteri kecintaan Rasulullah s.a.w. Yang sentiasa sedia berkhidmat untuk suaminya. Yang selalu hadir di saat suaminya ditimpa kesusahan. Yang sedia mengorbankan apa sahaja demi membantu perjuangan dan dakwah Rasulullah s.a.w. Yang sentiasa memujuk apabila suaminya resah, dan selalu menenangkan apabila suaminya gelisah. Yang sentiasa dirindui dan disebut-sebut namanya oleh Rasulullah s.a.w setelah ketiadaannya.

Adakah aku terlalu tamak?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membalasnya dengan syurga" (At-Taubah :111)




Tuesday, January 18, 2011

No Warning

Assalamualaikum wbt.


Pemandangan ketika melalui bilik mayat untuk ke hospital sangat tipikal. Wajah-wajah lesu sanak saudara si mati yang menunggu untuk menuntut jenazah menjadikan suasana sekeliling murung dan kelam.

Insan- insan tetap lalu lalang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bagi mereka, kematian itu tiada kaitan dengan mereka. Bukan dari keluarga mereka mahupun sanak saudara mereka. Masing- masing terkejar- kejar untuk melunaskan tujuan masing- masing. Baik untuk mendapatkan rawatan di hospital mahupun untuk pulang ke rumah setelah mendapat rawatan.

Namun saya yakin, ada insan-insan yang terkesan dengan suasana tersebut. Suasana yang cukup untuk mengingatkan mereka tentang kematian.

Pagi tadi saya terbaca suatu berita yang menyedihkan di sini. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Al-fatihah buat al marhumah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Teringat semasa belajar subjek Forensic & Toxicology tahun lalu. Carbon Monoxide adalah pembunuh yang kejam. Ia adalah silent killer atau pembunuh secara senyap. Ia tidak berbau, tidak berwarna dan tidak punya rasa tertentu. Dan kematian boleh berlaku dalam masa beberapa minit sahaja tanpa sebarang amaran. No warning.

Begitulah juga hakikat kematian.

Kematian itu boleh berlaku bila-bila sahaja dan di mana sahaja tanpa boleh dihidu, dilihat mahupun dirasa. Kematian juga berlaku tanpa sebarang amaran.

Bersediakah kita untuk menghadapi kematian yang sentiasa dekat dengan kita bagai bayang-bayang?

Sedangkan kita adalah manusia yang sering saja disibukkan dan dilalaikan dengan dunia dan isinya. Sedikit sekali kita mengingati mati. Hanya apabila berlaku kematian di sekeliling kita sahaja mengingatkan kita tentang kematian. Jika tidak, kita akan lupa dan kembali kepada kelalaian dunia.

Janganlah kita menjadi manusia yang rugi.

"Wahai orang- orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan barangsiapa berbuat demikian, mereka itulah orang- orang yang rugi." (Al-Munafiqun : 9)

Janganlah kita menjadi manusia yang menyesal tetapi penyesalan itu sudah terlambat. Manusia yang punya cita-cita akhirat hanya selepas kita tidak akan dikembalikan lagi ke dunia untuk beramal soleh.

"Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebeum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu : lalu dia berkata (menyesali) "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)-ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan akau akan termasuk orang-orang yanag saleh." (Al-Munafiqun : 10)

Saat itu, tiada lagi peluang untuk kita walau sesaat.

"Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (Al-Munafiqun : 11)

Kalaulah kita tahu bagaimana hidup kita akan berakhir, pasti kita tidak akan terus bersibuk-sibuk dengan dunia kita ni kan?


Wednesday, January 12, 2011

Aku tak mahu suamiku berdosa Kerana aku

Assalamualaikum wbt.

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku

Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku

Aku tak mahu suamiku berdosa..

- Artikel iluvislam.com

Tuesday, January 11, 2011

Bara Api

Assalamualaikum wbt.



Rasulullah s.a.w bersabda, manusia pada akhir zaman ini, memegang Islam ibarat menggenggam bara api.

Boleh tak anda bayangkan bagaimana agaknya jika anda menggenggam bara api?

Kita takkan menggenggam bara itu berterusan bahkan kita akan lepaskan genggaman apabila kita rasakan panas dan genggam kembali apabila kita mampu.

Begitulah hakikat Islam sekarang. Hanya digenggam apabila memberi keuntungan pada kita. Apabila kita rasakan susah dengan Islam, kita akan lepaskan ia, dan apabila kita rasakan Islam akan beri keuntungan pada kita, kita akan kembali pada Islam.

Dahulu, pada zaman Rasulullah S.A.W, baginda ada mendengar sahabat berkata, kejayaan Islam pada masa itu adalah disebabkan oleh mereka. Lalu Allah S.W.T menegur mereka dengan turunkan ayat 17 surah al-Hujurat kepada Rasulullah S.A.W :

"Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keIslaman mereka. Katakanlah, " Jangan kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar."

Mereka silap.

Berjayanya Islam ini adalah bukan kerana kita tetapi kerana rahmat dan izin Allah.

Islam ini jika kita tidak anuti, Allah s.w.t tidak akan pernah rugi. Begitu juga jika kita anuti, Allah s.w.t juga tidak mengambil sebarang keuntungan. Kerana sifat Allah itu tidak terkesan dengan pengabdian hambaNya.

Islam itu tidak akan rugi jika kita tidak bersama dengannya. Namun kita, kita yang akan rugi jika kita tidak bersama Islam.


Rasakanlah Izzah dengan keIslamanmu!



And I'm the COOLest one!