Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, July 14, 2009

Jaulah Fayyoum

Assalamualaikum wbt.

Sepulangnya dari Marsa Matruh, saya berpeluang rehat sehari walaupun tidaklah serehat mana. Karnival PCM atau lebih dikenali dengan Extravagant Summer Edition (ESE) menganjurkan Seminar Perubatan Islam Mansurah (PERSIS 09) bertemakan Implementasi Ibadah Dalam Perubatan.

Pelbagai permasalahan dibincangkan antaranya:
-Thaqafah Pengamal Perubatan Satu Keperluan
-Ibadah Pesakit : Bersuci, Solat dan Puasa.

Namun sayangnya saya hanya berkesempatan turut serta pada separuh masa pertama dan terpaksa meninggalkan majlis ilmu tersebut atas sebab2 yang lebih ihtimam.

Hari berikutnya saya berkeputusan untuk meneruskan rancangan saya untuk mentadabbur alam milikNya. Mengikuti rombongan ke Fayyoum memberi seribu muhasabah buat diri apatah lagi di musim panas begini, perjalanan yang melalui sahara betul2 menguji diri. Usah cerita tentang bahang yang hangat membakar mahupun peluh yang mencurah. Ramai adik2 yang mengeluh. Saya mengatakan pada mereka apalah sangat bahang kepanasan ini pada kita yang menaiki coaster yang agak selesa.

Susurilah kembali sirah Rasulullah dan orang2 beriman di zaman Baginda. Contohnya ketika Perang Tabuk, jundi2 Islam itu terpaksa merentas Sahara sejauh lebih kurang 500 km dari Madinah di musim panas. Mereka tidak menaiki bas sebaliknya menaunggang unta, kuda dan berjalan kaki. Mereka tidak pernah mengeluh bahkan tetap taat pada perintah Allah dan Rasul mereka. Dan mereka pulang membawa kejayaan.

Kita?

Rasanya seperti kita tidak layak untuk mengeluh. Sungguh tidak layak. Kami kemudiannya menghayati kepanasan dan bahang sepanjang perjalanan. Biarlah bahang kepanasan ini memberi peringatan dan muhasabah yang baik buat kami yang sering sahaja lupa.

FAYYOUM

Istilah Fayoum berasal dari kata Baiyoum yang bererti danau atau air. Terletak 105 km dari arah selatan Kaherah dan tempat ini merupakan lembah pertanian dan perkebunan yang cukup subur selain terkenal dengan perkebunan mangganya yang amat luas. Di kota inilah lahirnya peradaban Mesir kuno dan kota Menef (ibu kota Mesir pertama di masa pemerintahan Firaun) berada di sebelah utaranya. Puncak kejayaan kota ini ketika pemerintahan Firaun lll dan Firaun lV. Di sini juga Allah Taala menguburkan Qarun beserta seluruh harta kekayaannya. Di antara tempat-tempat menarik di Fayoum yang mesti dikunjungi adalah: Tasik Qarun, Kinci Air, Syalalat (Air Terjun), Kebun Mangga, Ain Sillin (Mata Air), Piramid, Kota Lama Fayoum, Istana dll.


Tasik Qarun


Merupakan tasik ketiga terbesar di Mesir. Mempunyai kedalaman 5 meter di sebelah timur dan 12 meter di sebelah barat serta luasnya kira-kira 18 900 hektar. Di tengah tasik ini terdapat sejenis pulau kecil bernama Qarn al-Zahabiy. Menurut lagenda yang masyhur mengatakan bahawa danau ini mulanya adalah tempat istana Qarun dan seluruh hartanya yang kemudian ditenggelamkan Allah Taala sehingga dinamakan dengan Tasik Qarun.

Melihatkan Tasik Qarun sepanjang perjalanan kami, tasik ini seolah menjadi antara punca pendapatan para nelayan. Ia juga menjadi antara tempat pilihan para pengunjung untuk berkelah dan bermandi manda.
Tasik ini juga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Mengikut kalam ulama' ianya adalah sebagai tanda peringatan dari Allah akan kebakhilan dan sifat tamak Qarun yang pada mulanya merupakan seorang yang miskin. Dia kemudiannya meminta Nabi Musa a.s mendoakan agar dia menjadi seorang yang kaya raya. Pada mulanya Nabi Musa menolak tetapi kemudiannya bersetuju dengan syarat agar Qarun tidak lupa menunaikan kewajipannya untuk menunaikan zakat dan menyalurkan hartanya ke jalan yang hak.

Namun sikap tamak Qarun menyebabka dia terlupa untuk menunaikan janjinya bahkan dia bersikap sombog dengan berkata harta kekayaan itu datang dari usahanya dan bukan dari Allah. Kemudian Allah menurunkan bala dengan menenggelamkan istana dan seluruh hartanya.

Syalalat (Air Terjun)



Ia merupakan salah satu dari tempat tumpuan masyarakat Mesir pada musim panas. Satu-satunya air terjun yang terdapat di Mesir. Ia berdekatan dengan Sungai Nabi Yusuf A.S. dan Tasik Qarun. Punca air terjun ini adalah dari Sungai Nabi Yusuf A.S dan Sungai Nil. Air terjun ini melimpah dan membentuk wadi yang diberi nama Wadi Hayyan.
wadi hayyan
Subhanallah yang telah menciptakan air terjun di tengah-tengah padang pasir yang luas. Seakan tidak percaya dengan keajaiban yang dilihat. Sungguh Allah Maha Besar.



Ain Sillin (Mata Air)


Ain Sillin adalah antara sumber mata air yang terdapat di dalam kebun mangga yang luas. Airnya dipercayai mempunyai khasiat dan kandungan mineral yang tinggi dan baik untuk memulihkan kesihatan.

Dahulunya kaum Yahudi dan Nasrani percaya air mata ini dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan memanjangkan umum. Dan ternyata kepercayaan ini adalah karut semata. Menurut fakta kajian, ia kaya dengan titanium, iron, aluminium dan calcium dan mineral2 semulajadi tersebut dapat membantu mengurangkan sakit gastric dan juga mengurangkan hypertension (darah tinggi) kerana kandungan titaniumnya dapat membantu mengurangkan kadar berlakunya arteriosclerosis.


Kebun Mangga

Ia merupakan kebun mangga di antara yang terbesar di Mesir. Juga menjadi antara pengeluar terbesar dan terbaik mangga di Mesir. Pelbagai jenis mangga boleh didapati dengan harga yang murah di sini. Di dalam kebun mangga ini juga terletaknya Ain Sillin.



Kincir Air


Fayyoum mempunyai sebanyak 200 kincir air yang masih digunakan hingga ke hari ini untuk pengaliran pertanian. Salah satu kincir air yang mudah dilihat pada masa ini terdapat di tengah-tengah kota Fayyoum. Ia merupakan salah satu punca pengaliran air yang tertua di Fayoum. Menurut cerita setempat bahawa kinci air di Fayoum ini telah digunakan sejak lebih 4000 tahun yang lalu lagi iaitu sejak zaman Nabi Yusof A.S.

Mendengar pergerakan kincir air ini dan juga arus air adalah seakan-akan mendengar muazzin melaungan azan. MasyaAllah!




2 comments:

M. As Suhaimi said...

salam alaik...
seronok nye jalan2...
jalan2 kat petaling street je mampu... uhuk....

Anonymous said...

salam,,,,mohon tuk share2 info2 dlm ni..kami insyaALLAH akn ke fayoum juga :0