Assalamualaikum wbt.
Frankly speaking.
Saya rasa gelisah semenjak saya mengutarakan pendapat saya. Saya cuba menutupnya dengan post lain yang kononnya saya harapkan membuatkan saya dan orang lain melupakan post sebelumnya. Ternyata ianya tidak berkesan.
Saya memohon petunjuk Yang Maha Mengetahui dengan sepenuh hati. Saya kosongkan segala rasa di dalam dada.
Daripada al-Nawwas bin Sam'an r.a : Aku bertanya kepada Nabi s.a.w tentang kebaikan dan dosa, lalu Baginda menjawab : "Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala Dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya" (H.R Muslim)
Semuanya berkaitan dengan Akhlak. Untuk menuju kesempurnaan akhlak bukanlah mudah. Untuk membina akhlak yang mantap (Matinul Khuluq), rupa-rupanya agak payah. Kerana hati selalu berbolak balik. Bak kata mak saya, iman ini ada turun naiknya.
Kadang kala, senyap lebih baik daripada berkata-kata. Senyap bukan bererti tidak berpendirian. Berkata-kata juga tidak membawa makna kita punya pendirian yang mantap.
Teringat pesan seorang akhawat : Perjuangan itu sering sahaja disulami mehnah dan tribulasi. Cemuhan dan tohmahan. Itu biasa.
Saya cuba untuk berlapang dada. Kerana ia adalah serendah-rendah level ukhuwwah.
Bunyi macam putus asa kan? Tidak, saya bukan berputus asa.
Haram Berlaku Zalim Terhadap Kaum Yang Lain
-
Keadilan Islam adalah mutlak tanpa mengira kaum dan keadaan, kerana itu
Islam merupakan agama yang sesuai untuk semua kaum dan bangsa, malah Islam
tidak p...
8 comments:
(^.^) kipas susah mati...
Jgn takut ya wahai ketua dewan tarbiah muslimat PCM..
kak kiki :)
saje ingin memberi senyuman untuk mu (^_^)
Tumpang lalu.
Tajuk: Diam
Kadangkala
Bagi segala macam ragam
Jawapan yang terbaik ialah diam
Tindakan yang terbaik ialah pendam
Tetapi jangan dijadikan dendam
Natijahnya nanti amatlah hitam.
2 Ogos 2009
Syari' Samanoudi, Mansurah.
P.S. Maaf jika menyemak di ruang komen.
Tambahan.. dilarang mencuplik ya!
Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh
HYD : Ketua segala Ketua Dewan Tarbiah Muslimin PCM. Anda lah tu. Kuang3.
CT : grin* hinsss..
IF : En. Azrul, jangan letak di sini, nanti orang ciplak (bukan cuplik). Macam mana Sasterawan Samanoudy boleh salah eja ni. kes3.
Pencerahan
Cuplik:
-Jw; mencuplik mengutip (karangan dll), memetik; cuplikan kutipan, petikan.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Empat
P.S. lor, kok tak paham bahasa Jowo..
oh jawa ke? Macam mana saya boleh tak tahu ni.Kes3.
Alamak segannya saya dengan En.Sasterawan Samanoudy. Sebab bahasa melayu saya pun teruk. Penggunaan perkataan macam banyak yang betul dalam mana2 penulisan saya.Kalau nak komen bahasa, tafaddhol.
Btw, tq atas pencerahan.
Post a Comment