Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, October 20, 2009

Isu Bahasa, Jangan Pandang Enteng

Assalamualaikum wbt.


KUALA LUMPUR: Kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar
baru
iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI)
adalah selaras dengan keperluan negara untuk martabat Bahasa Melayu
sebagai
bahasa kebangsaan.
Itulah antara petikan akhbar hari ini (20 Oktober 2008) berkenaan isu pemansuhan PPSMI yang bermula sejak awal tahun ini.

Mungkin ada yang menarik nafas lega. Namun pemansuhan ini boleh dikatakan masih ditahap penangguhan apabila ianya hanya akan dilaksanakan pada tahun 2012. Jadi, janganlah menarik nafas lega terlalu dalam dahulu.

Bagi saya, PPSMI harus dimansuhkan bukan kerana atas dasar ingin memartabatkan bahasa ibunda semata-mata. Apa yang lebih penting adalah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah rendah dan menengah.

Saya mengalami situasi sukar dalam memahami kuliah dan kelas dalam bahasa yang berbeza dari bahasa ibunda. Proses P&P kami lebih kepada komunikasi sehala di mana guru mengajar di hadapan, pelajar mendengar apa yang di ajarkan. Dan guru mengajar di dalam bahasa arab!

Mungkin sahaja Doktor-Doktor tidak menolak untuk mengajar di dalam bahasa Inggeris apabila diminta. Apa yang menjadi masalah adalah, pelajar-pelajar tempatan akan merungut serta marah apabila proses P&P dijalankan bukan di dalam bahasa ibunda mereka.

Mungkin ada sahaja yang berpendapat, dengan mengikuti kelas P&P di dalam bahasa Arab, inilah masanya untuk kita menguasai bahasa Arab. Lebih-lebih lagi clinical years memerlukan kami pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 bertutur di dalam bahasa Arab apabila bertemu pesakit yang rata-rata datang dari kampung-kampung dan pedalaman. Tetapi bagi saya, pendapat ini salah sama sekali!

Persoalannya, MENGAPA?

Communication skill akan terbentuk apabila kita berkomunikasi secara dua hala. Contohnya seperti bersembang-sembang dan bercakap-cakap di antara dua individu. Dengan cara ini, communication skill akan develop dengan baik.

Berbeza dengan kuliah yang mana Doktor mengajar di dalam bahasa Arab. Ianya hanyalah komunikasi satu hala. Dalam situasi ini, pelajar lebih banyak mendengar. Maka berapa peratuskah communicatin skill terbentuk? Dan berapa peratuskah kefahaman anda tentang apa yang cuba diterangkan oleh Doktor selama 3 jam mengikuti kuliah?

Ingin menguasai pertuturan dalam bahasa Arab adalah masalah minor sebenarnya. Apa yang lebih major dan penting adalah memahami apa yang di ajar oleh Doktor.

Baik, cuba anda bayangkan. Keperluan untuk berbahasa arab dan berkomunikasi hanyalah penting dan di guna pakai semasa kita belajar di sini untuk mendapatkan markah yang baik dalam peperiksaan. Tetapi, keperluan untuk memahami pelajaran berkaitan perubatan akan kita guna pakai selama-lamanya sepanjang kita bekerja dalam bidang perubatan lebih-lebih lagi di Malaysia. Di Malaysia, kita tidak bertutur dalam bahasa arab!

Maka apakah yang lebih penting untuk dikuasai? Kemahiran bertutur di dalam bahasa arab atau penguasaan dalam bidang perubatan?

Saya bukanlah menolak sepenuhnya keperluan untuk berbahasa arab. Benar, inilah masa terbaik untuk kita menguasai dan mendalami bahasa syurga itu kerana kita berada di negara Arab. Dan masa inilah kita patut mempelbagaikan kemahiran kita dalam berbahasa (multi-languages). Masakan saya sendiri ingin menolak peluang keemasan ini?

Apa yang saya cuba tegaskan adalah, keperluan utama kita adalah menguasai bidang perubatan. Dan demi mencapai maksud tersebut, kita perlu memahami dengan baik ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Doktor. Di situlah peri pentingnya kita belajar di dalam bahasa yang mudah untuk kita fahami iaitu bahasa inggeris. Untuk berharap kuliah diajar di dalam bahasa melayu di Mesir ini, memanglah mustahil!

Kemahiran bertutur dalam bahasa arab boleh kita perolehi pada setiap masa di mana saja selagi kita berhubung dengan warga tempatan terutama dalam proses-proses bermu'amalah. Kita juga boleh menjalin silaturrahim dengan warga tempatan (pastikan bersamaan jantina) untuk menguasai bahasa arab. Ataupun, kita boleh bertanya dengan Doktor yang mengajar kita, apakah ayat-ayat yang sesuai untuk kita guna pakai ketika proses history taking atau diagnose pesakit.

Usaha-usaha untuk mendapatkan kelas di dalam bahasa inggeris bukanlah satu usaha yang mudah. Ia melibatkan komitmen seluruh warga kerja Fakulti Perubatan bermula dari Dean of Faculty, Heads of Departments, Proffessors, Doctors dan lain-lain. Jadi, kita perlulah beri komitmen yang sepenuhnya dan terbaik dalam memahami dan menguasai ilmu perubatan.

Ingat, jangan ponteng sekolah!

7 comments:

azrul azly said...

Salam. Mula-mula cenderung saya ialah pada kelas dalam BA. Namun, selepas berfikir dalam dan mendengar hujah rakan-rakan di kelas hari itu, saya menyokong penuh kelas dalam BI.

1. Penguasaan BA saya melalui kelas hanyalah <10%. Selebihnya melalui faktor luar kelas seperti komunikasi dengan masyarakat sekeliling dll.

2. Kuliah diajar dalam BA ammiah(pasar). Sepatutnya BA yg dikuasai ialah BA fushah(baku), bukan BA ammiah.

3. Mengutamakan yg lebih penting iaitu menguasai bidang perubatan. Bahasa Arab harus dikuasai juga di luar kelas, bonus yg harus dibawa balik oleh pelajar-pelajar Mesir.

4. Kelas dlm BI khusus utk pelajar Malaysia, persaingan untuk melihat pesakit kurang dan kita boleh diberi sepenuh perhatian oleh doktor mengajar.

5. Bukan semua rakan yg menguasai BA. "Erti hidup pada memberi".

6. Jika kelas dlm BI maka akan mudah faham, sudah faham maka tidak perlu pergi tuisyen. Masa utk mengulangkaji dan menghafal akan bertambah.

Apa-apa pun kepada rakan-rakan terima kasih atas perkongsian yang berguna. Semoga kita sama-sama dapat membentuk diri menjadi modal insan yang berguna untuk agama, negara dan masyarakat.

Selamat berusaha untuk kejayaan.

Si pairidaeza said...

nape apa yg ko tulis ni same dgn aku pk dan hujah2 aku??pelik tol la...

Anonymous said...

assalamualaikm..

bg plajar kt u cairo kt cni, student2 nya digalakkn utk msuk kelas arab, cbe selitkn masa utk msuk klas arab..mmg doktor kt u cairo ni galakkn studnt msia utk bljr bhs arab

jd sy x rasa bhs arab ni prlu dipinggirkn trus.. sbaliknya KUASAI KEDUA-DUA BHS INGGERIS DAN BHS ARAB..itu satu keistimewaan

senior clinical said...

salam dr SENIOR CLINICAL:
slmt dtg ke dunia clinical

tertarik sy pd artikel ini..

smmgnya ade btulnya apa yg ditulis dlm artikel ini, tp kelihatannya sy perlu mnmbah sdikit ape yg sy rsa tidak beberapa sesuai..

stlh sy mmbaca artikel ini, sy dapat satu point.. persoalan saya, adakah KELAS BAHASA INGGERIS ini menjd faktor utama utk KEFAHAMAN??..

sy sndiri sudh berada d clinical year dn belajar di negara arab..

tidak sepatutnya (maaf andai agak kasar) isu bahasa arab ini diadakan..kerana bg sy sndiri,yg sudah lama berada d cni, bahasa BUKAN FAKTOR PENGHALANG UTAMA bg seseorg utk mndptkn kefahamn..mngkin bg pelajar yg tidak biasa belajar dlm bhs arb, perkara ini dtimbulkn.. sbnrnye KEFAHAMAN itu bukan smata-mata diperolehi apabila mndpt BAHASA yg blh kita fhmi.. Ianya lebih kpd CARA KITA MNDPTKN KEFAHAMAN tersbut..ada org bila berada di kelas bi, bru dpt fhm, ada org x fhm gaya bahasa bi yg org arb guna,ada org msuk klas arab,x brp fhm,tp lepas itu usaha dia utk jumpa dr @ sbagainya utk dptkn kefahaman,ada org blh fhm arab, ada pulak studnt kt cni, x g kuliah, katenye baca sndiri pn blh fhm...

jd, tidak perlu ditimbulkn isu bahasa dan kefhmn ini ...

cuma anda smua perlu sedar, DUNIA medic ini, bkn smata2 kita nk belajar tp mminggirkn yg lain..ASPEK KEHIDUPAN SEORG PESAKIT..amatlah krugian andai anda yg terlalu meminggirkn bhs arab ini, tidak dpt mnyelami apakah sbnrnye kehidupan patient kita.. mmglah pnting kefahamn kt kuliah, klu x fhm penyakit , mcm mana nk treat patientkan? tp itulah, dunia medic ni bkn sekadar itu shj..dunianya luas, klu anda smasa clinical year ini tidak belajar mcm mana nk deal dgn patient, x tau nk selami kehidupn patient ,juz skadar dpt translater dr doktor, tp x mmpu nk tnye sndiri patient, x mmpu diri sndiri nk g jumpa patient dn tnye mcm2 psl diri dia , khidupn dia, alangkah TIDAK SERONOKNYA anda belajar di cni..anda TIDAK MENDPT KEPUASAN, TIDAK DPT MENIKMATI LIFE SEBENAR DUNIA PERUBTN..adalah BONUS YANG BESAR andai anda dpt mnguasai kedua2 bahasa, BAHASA INGGERIS DAN BHS ARAB..

senior clinical said...

smbungan dr yg ats...

klu diikutkn thn 4 (bg yg bru msuk thn clinical), smmgnya tidak terlalu byk tlibat dgn patient..tp once anda dh msuk ke thn 5 dn 6, anda seolah2 telah berada dlm hidup ORANG YG SAKIT..ORANG YG BKN SHJ PERLUKAN ANDA UTK BG DIA UBAT, TP LEBIH DR ITU..percayalah ckp sy, anda akn rasa TERSANGAT RUGI skiranya x mmpu nk selami sndiri mslh pesakit...XDE KEPUASAN..

bg sy, kuasai kedua-dua bhs ini..jgn terlalu kite nk pinggirkn bhs arab ini, meksipun kite kata dh x guna bhs ni kt msia..tp sedarlah, KITA BLAJAR NI, BKN SMATA KERANA NK KERJA,..anda skrg kna mula BELAJAR KEHIDUPAN DOKTOR DGN PESAKIT...KEHIDUPAN..sy ulangi , KEHIDUPAN..
btp nikmatnye dpt dirasai skiranya dpt bersama-sama patient d cni, selami kehidupn mrk..

sy respek klu ada org yg cba mncari INISIATIF utk mnguasai bhs arab..tidak terlalu MMPERTHNKAN BHS INGGERIS ATS DASAR NK DPT KEFAHAMN..bila anda dpt selami dn hayati DUNIA HOSPITAL, d ctu sbnrnya DIRI anda...

em..communication skill? utk mkluman shbt2, COMMUNICATION skill ni bkn hnya SKILL UTK BERCKP shj, tp juga SKILL utk MENDENGAR..klu telinga kita ini dh biasa dgr perkataan arab, iA bila kita msuk dunia PATIENT nnt, x mnjd kesusahn bg kite utk MEMAHAMI PATIENT..bila kita dh biasa dgr perkataan medical arab, iAllah tidak mnjd mslh bg kita.. kemahiran mmg blh bina dr luar persekitrn, TP TIDAK SAMA DGN DUNIA PERUBTN...bg sy sndiri, bila brjumpa org d hospital, bhsnya mmg agak sukar utk difhmi, dgn keadaan patient yg lemah, yg tua, kanak2 yg byk ragam,dsb..MASA tu klu telinga anda sudah biasa dgn bhs arab, iA, mudh bg anda utk berkomunikasi dgn mereka..

ILMU YG DICARI BKN SEMATA-MATA KERANA DUNIA...betulknlh NIAT ANDA nk belajar MEDIC ni..KUASAI KDUA-DUA BHS INI, itu BONUS bg anda..skiranya ANDA FIKIR BLJR MEDIC NI krn NAK KERJA,smuanya x kmana..andai anda kata, nnt x guna dh bhs arab kt msia, dr ctu sy nmpk, btapa anda belajar BAHASA ini, bkn atas KEMAHUAN DAN KEHENDAK anda, tp lbih kpd nk mmudhkn anda..BELAJAR LAH BAHASA ARAB INI DGN NIAT YG IKHLAS, BLAJAR LAH KERANA ALLAH, BELAAJRLAH KERANA ANDA NK BANTU MSYRKT, bkn hanya tertakluk kpd msyrkt msia shj..ANDA KNA SELAMI KEHIDUPAN MANUSIA, bkn manusia kt msia shj..

skadar komen dr : SENIOR CLINICAL

Anonymous said...

btul jgk... studnt mcnhester progrm pn hdpi ksusahn jgk nk deal dgn patient arab.. nasib baik ade kwn2 arab yg stu grup, dorg yg byk jd translater..dorg byk tlg..

mmg payah sgt2 klu x fhm ape org arb ckp..

sy sokong andai ada usaha nk kuasai dua2.. SBB dunia perubtn SUDAH PN BERMULA..xperlu ckp blik msia bru nk mula..blik msia masa houseman nnt dn seterusnya, juz proceed kemahiran dgn patient yg kita dh bina kt cni..

BAHASA INGGERIS TU NO SATU, TP JGN DIANAK TIRIKAN BAHASA ARAB..

* sdikip point, klu studnt2 msia stu grup nnt msa jumpa patient, mmg susah, sbb bdk msia ni pasif2,lg2 nk tnye patient sndiri..ktorg dak mnchester pn cmpur arab, dn dorg byk tlg, yg studnt cnvntional ni klu nk still msia2 saja, agak sukar bg kalian jgk sbnrnye..fikir2knlah..

ambillah peluang yg ada sbaiknya..

- ismisyakila - said...

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih di atas komen2 yang sangat membina daripada individu yang prihatin.

Mungkin isu dan masalah ini timbul kerana kami mempunyai masalah yang berkaitan disebalik isu kelas kami.

Menyedari akan kepentingan bahasa arab, saya secara personal tiada langsung bermaksud untuk menghalang sesiapa untuk menghadiri kelas arab. Tafaddhal kerana itu adalah inisiatif setiap individu.Saya juga mempunyai inisiatif yang tersendiri.

Teringat antara wasiat As-Syahid Hassan Al-Banna : Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur di dalam bahasa arab yang betul (fushah) kerana bahasa arab itu merupakan syiar-syiar Islam.

Jazakumullahu khairan.