Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

Ziyad Thanked Everyone.

Assalamualaikum wbt.

Masa dirasakan sangat cepat berlalu. Tapi tetap sudah merasakan sedikit boring duduk sahaja di rumah for the post-delivery rest to replenish everything. Ye lah, orang kata bersalin ni, seribu satu urat putus. Berpantang di bawah pantauan suami tersayang saya rasakan agak 'longgar'. Tapi mama tetap 'on-call' di sana untuk sebarang pertanyaan dan rujukan.

Welcome to the new parenthood world for me and husband. The most happiest though challenging moment ever. Everything is new for us. We start from zero to numbers, from theories to practicals, from know-nothing to learning-everything.

Alhamdulillah Ziyad gains more weight nowadays which means he gets enough feeding eventhough through bottle-feed breast milk. Little Ziyad belum pandai nak latch to breastfeed by himself which makes Ummi and Abi soooo worry. We met Pediatrician for advices. The position is good, suckling reflexes is good, everything is good. We might need more time for Ziyad to learn how to suck the nipple properly and Ummi to teach Ziyad how to do so. We did try everyday but up till now, still no progression. Doakan ye semua!


This post-delivery entry is actually to thank everyone which kindly helps us throughout the whole processes start from the day of delivery and till today. Jazakumullahu khairan jaza' especially buat Fathi's family, Auntie Didi, Auntie Umi, Miqdad's family, Ammu Izzat Hadi, Ammu Muaz, Pakteh Amin yang stay di hospital temankan Abu and Ummu Ziyad sampai Ziyad was born.

Buat sahabat-sahabat yang bergilir menjaga saya for the first few days post-delivery, yang datang menziarahi Ziyad and Ummi, dan tak lupa buat Ammu-Ammu Ziyad yang kat atas rumah kami ni (our neighbour) yang selalu ringan tulang tolong Abu Ziyad.

MasyaAllah.. sungguh tak terungkapkan betapa manisnya ukhuwwah fillah. Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Till that, doakan agar Ummu Ziyad cepat recover so that I can go back to school and Ziyad cepat-cepat pandai breastfeed directly and Abu Ziyad sentiasa sihat to take care both Ummi and Ziyad and himself (^__^)' . Btw, thank you Abi for the exclusive care of both of Ziyad and Ummi! We love you alottt!

few minutes after delivery

Say assalamualaikum to Abi and the whole world

Tight sleep

No mosquitoes!

Flying kissing everyone

Tahnik by Sheikh Hafiz Sonie' al-Mansuri

Learn how to perform solat

Cukur

After cukur.


Friday, October 29, 2010

Our Little Mujahid

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah wa syukurLillah..
MOHAMMAD THORIQ ZIYAD BIN ABDUL KADIR
was born!



Date of Birth : 24 October 2010 (16 ZulQaedah 1431H)
Day of Birth : Sunday
Time of Birth : 8.45 am
Place of Birth : Mustasyfa al-Zira'iey, Mansoura (Agriculture Hospital, Mansoura)
Weight : 3 kg
Via : Normal Delivery

Allahumma Faqqihhu Fiddin..

Wednesday, September 29, 2010

Basic Needs

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah.. Baby's basic needs is about 10% more to meet the completion. We finally manage ourselves to settle down the basic preparation for the baby before class start. It's only my needs which didn't settle yet as most of the things terpaksa diimport dari tanah airku Malaysia like jamu bersalin, bekung moden, minyak-minyak etc. Still waiting for those to arrive safely.

Beg yang akan diangkut in case of labour call.

Best buy: spoon-feed bottle for the full-breastfeed baby to prevent confusion between mom's nipple and teat.

We didn't shop too much. Just the basic needs. As according to the advise of kawan2 yang dah makan garam terlebih dahulu. Baby grows fast and the needs will be changes from time to time in addition to cuaca dan musim di Mesir yang berubah-ubah. So no need to make waste by shopping for advance. Biasalah, parents are always excited during the first pregnancy.

The best things I ever did during my first pregnancy is DIY - tilam baby & bekung tradisional. Believe it or not, saya berjaya menyelesaikan misi menjahit tilam+ bantal baby dan juga bekung tradisional by myself (^__^)'. Teringat kat mama when I was young, mama pun buat sendiri tilam+ bantal baby, bekung, barut baby and siap kait-kait apa tah lagi. Masa tu dah ada simpan impian dah kalau pregnant besar nanti, nak jugak buat sendiri. And now I did it! I called mama and tell her proudly "Mama nak tau.. akak jahit sendiri tilam baby and bengkung tauuu! Belive it!". hehe. Ingat doktor pandai jahit orang je ke hurmm..

1st DIY - bekung traditional

2nd DIY - baby's bed set

Baby is now 35 weeks old intrauterine. My caregiver said that it just only 2 weeks to meet the fullterm (37 weeks) and starting from that, dah kena berjaga-jaga dah kalau baby nak keluar. Alhamdulillah.. tak sabar rasanya nak jumpa baby. Baby pun mesti tak sabar nak jumpa abi and ummi kan? kan? "Yes ummi..,"said baby*. Hermm.. clever baby :)

The classes for current session of 2010/2011 will be start next week insyaAllah. Rasa macam sekejap je cuti. Dan rasa macam sekejap je "Eh, sayang dah tahun 5 lah abang!," that I always shout exaggeratedly with all of sudden to abang anytime anywhere, kalau tetiba teringat dah naik tahun 5, tiba-tiba jadi excited :P Masih segar lagi diingatan kali pertama menghirup udara Mesir yang pada masa itu winter season. Memang tak boleh lupa!

Antara perkara lain yang rasa macam sekejap je adalah pregnant. Rasa macam baru je Abang kucup dahi lepas akad nikah, tiba-tiba dah pregnant and nak dapat baby dah pun. Alhamdulillah 'ala kullu nikmah ya Rabb! Abang selalu kata, itu adalah nikmat yang perlu selalu kita syukuri.

Well, 5th year is a merely hectic year. I dont know if its for real or just a seniors' cliche (its for real lah!) . Entering the peak year of study with eight and half month bumps (imagine urself), will be having a baby, to meet the busy and hectic days onwards and etc. There are too much fears actually that I have to be more and more well-prepared mentally and physically. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Buat warga Mansurah sekalian, selamat menempuhi tahun pengajian yang baru. Semoga tahun ini kita lebih bersemangat dan juga lebih cemerlang dari tahun sebelumnya.

Siiru 'ala barakatillah!

Sunday, August 15, 2010

Hati Apakah Itu?

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. Telah 5 hari Ramadan berlalu. Terngiang-ngiang kata-kata suami saat beliau sedang membancuh air di dapur untuk berbuka puasa.

"Masuknya kita ke syurga bukan kerana banyaknya amalan kita. Tetapi kerana Rahmat Allah semata-mata. Jadi di bulan Ramadan yang mulia ini, yang telah Allah janjikan Rahmat di awalnya, marilah kita sama-sama merebut peluang mencari Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala!"

Saya tersengih-sengih sendiri sambil mengangguk-aggukkan kepala membenarkan kalamnya. Tona suaranya yang tinggi dan mendayu serta bersemangat lagak seorang penceramah yang sedang berceramah di depan audien yang ramai, mencuit hati saya. ha ha ha. abang.. abang..

Semalam kami tonton Buletin Utama bersama. Salah satu medium untuk mengetahui berita-berita terkini yang berlaku di Malaysia. Lagi kes yang menjelikkan dan menyampahkan di laporkan. Apa lagi kalau bukan kes buang bayi.

Bermacam-macam rasa bercampur baur ketika melihat janin yang tidak berdosa mati bergelimpangan di dalam tong sampah. Sedih, kasihan pada bayi tersebut. Geram, marah, benci, rasa nak lempang je mak bayi tu.

Apakah harga nyawa seorang manusia sehingga berlaku sebegitu rupa?



Ayam pun tahu marah kalau kita usik anak dia yang jalan terkedek-kedek di belakang ibunya.

Kera di hutan pun tahu menggendong, mendodoi dan menyusukan anaknya.

Macam manalah rupa ibu si bayi terbuang tu yang lebih teruk dari ayam dan kera. Langsung tak berperasaan dan tak berperikemanusiaan.

Maafkan saya jika ia kedengaran sedikit kasar. Saya geram geram dan geram.

Sedikit lega apabila kerajaan mengambil inisiatif menjalankan hukuman Penjara 30 tahun bagi kes Cubaan Membunuh Bayi dan Hukuman Gantung bagi kes Bunuh Bayi. Ia berbeza sedikit dari hukuman sebelum ini di bawah Akta Kanak-Kanak yang hukumannya hanya penjara 10 tahun.

Namun,untuk penyelesaian yang berkesan, apa yang perlu ditangani adalah dari akar umbinya. Sepatutnya, mana-mana acara bersifat keramaian, sambutan atau pesta yang mana berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dikawal dan seeloknya tidak berlaku.

Ibu bapa juga perlu ambil peranan dalam mendidik anak-anak mereka terutama anak perempuan tentang cara bergaul serta menerapkan di dilam minda dan pemikiran merka betapa maruah diri itu amatlah mahal dan perlu di jaga oleh mereka.

Apa yang paling penting, kembali kepada Islam. Menerapkan ciri-ciri Islam yang sebenar dan isikandunganya ke dalam kehidupan setiap Muslim. Menegakkan syariat-syariat Islamiyah dalam segenap sudut dan aspek. InsyaAllah, perkara begini bukan sahaja dapat di bendung, malah mungkin sahaja kadar kes yang di laporkan akan mencecah kepada angka ZERO.

Pening.. pening..

Anda boleh tonton video di bawah ini. Betapa anugerah Allah ini dicipta dengan penuh keajaiban, melalui fasa-fasa tertentu dalam hidupnya. Sehingga betapa perasaan keibuan ini tak dapat diungkapkan oleh kata-kata. Perasaan kasih, sayang, cinta dan belas kasihan terbit seawal hari-hari pertama mengetahui diri ini mengandungkan zuriat kurniaan Allah.



Jadi, tak faham bagaimana tergamak anak kecil ini dicampak ke dalam tong sampah yang busuk dan jelek itu? Atau pun di biar bergelimpangan di tengah-tengah tanah berumput. Atau pun di biar di lubang tandas yang kotor dan jijik itu. Hati apakah itu?









Tuesday, August 10, 2010

Booster Ramadan


Assalamualaikum wbt.

Salam bulan yang mulia.

Bulan yang dinanti-nantikan oleh segenap umat Islam tak kira di mana berada. Bulan yang menjanjikan pahala-pahala amalan yang berlipat kali ganda. Bulan yang mana pintu-pintu syurga terbuka luas dan pintu-pintu neraka tertutup rapat. Bulan di mana syaitan-syaitan dibelenggu. Bulan yang di permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan di akhirnya pembebasan dari api neraka. Itulah Ramadan Al-Mubarak. Ramadan penuh berkat.

Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Semalam saat saya sibuk di dapur, suami sibuk mengemas rumah. Menyapu, membersih, menyusun atur dan mengganti karpet. 'Mengilatkan' rumah demi menyambut Ramadan. Menjadikan suasana rumah lebih selesa dan menenangkan untuk beribadah di bulan Ramadan.

Langit Mansurah juga redup seakan menyambut mesra hari malam Ramadan yang pertama. Ucapan 'Ramadan Kareem' meniti di bibir-bibir manusia tika menyambut salam rakan taulan di jalanan. Allahu akram!

Seronoknya Ramadan!

Today my pregnancy reachs it's 28th weeks, the first week of third trimester. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang sentiasa melindungi kami. Baby moves actively but today its become 'hyper', membuatkan saya kurang selesa untuk duduk atau berbaring. Abang kata baby excited nak sambut Ramadan. Sangat soleh hendaknya anak ummi dan abi ni nak puasa and tarawikh sama-sama ye. Clever baby :)

Bermacam-macam perkara berlaku sejak post yang terakhir. Cuma, saya sedikit culas untuk mencoret di sini.

Result exam sudah lama keluar. Bukan lagi menjadi berita hangat saat ini. Berita Ramadan adalah lebih hangat. Alhamdulillah, tahun ini Allah mengizinkan saya untuk mengecap nikmat kejayaan yang lebih baik dari tahun tahun lepas. Peratus meningkat, gred juga meningkat. Tanpa izin dan rahmat Allah, belum tentu saya dapat capai apa yang saya targetkan pada tahun ini. Maka syukur ini hanya selayaknya saya panjatkan padaNya.

Terima kasih mama ayah, mak baba dan sahabat-sahabat atas doa yang dipanjatkan. Mungkin ada barakah di situ. Dan tentunya insan penting dalam hidup saya, suami tercinta. Terima kasih Abang di atas sokongan, dorongan, semangat, doa dan segalanya. Hanya Allah saja yang tahu betapa mujahadahnya berjuang menempuh hari-hari peperiksaan serta persiapannya saat diri tergolong dalam 'vulnerable group'. Alhamdulillah, segalanya mudah.

Tahniah juga pada kawan-kawan sekelas di atas prestasi yang sungguh baik tahun ini. We're now officially 5th year students. Congratulations!

Sempat juga memeriahkan program KEKAL '10 anjuran PMRAM yang berlangsung selama 5 hari di Cairo. Saya rasa saya adalah peserta terbaik dalam memeriahkan Bazar KEKAL '10. :P Menikmati makanan makanan yang jarang-jarang didapati di Mesir antaranya Char Kuey Teow dan ABC. Juga sempat singgah ke Bazar Johor menikmati Mee Bandung, Chicken Skeleton (baca : Ayam Rangka) dan juga ABC sebelum hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama MB Kedah. Bazar adalah antara motivasi terbaik untuk saya ke Cairo menghadiri program bersama abang :P Terima kasih abang :)

Antara program anjuran KEKAL '10 : Booth Pameran

Juga sempat menziarahi Sofiyya, baby of Kak Huda and Ust Fadzil, one of the mutazawwijin Mansurah. Tak sabar nak ada baby sendiri juga!




Banyak lagi kerja-kerja yang perlu dibereskan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Unit Akademik PCM perlukan lebih perhatian. Begitu juga ahlinya. Saya perlukan extra energy. Betul-betul perlukan. Semoga Ramadan menjadi booster dose of extra energy yang saya cari. Sungguh, tiada kekuatan melainkan Allah. Semoga Allah meminjamkan sedikit kekuatan pada saya untuk terus melakukan kerja-kerja Islam tanpa secubit pun rasa culas dan putus asa.

Doakan saya terus kuat. Pregnant bukan alasan untuk tercicir dalam meneruskan amal Islami.

Buat adik-adik dan sahabat-sahabat yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan Dur Thani, semoga dipermudahkan urusanmu. Semoga Ramadan ini membawa seribu keberkatan di atas kesabaran dan usahamu. Ganbate neh!


“Oleh karena itu banyakkanlah yang 4 perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. 2 perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya. 2 perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka.”



Sunday, July 25, 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban. Sabda Nabi s.a.w : “Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

AHLAN YA RAMADHAN


Hari ini 13 Sya'aban 1431H. Lebih kurang 15 hari lagi Ramadhan pula akan menjelma. Hati sudah mula dipaut bermacam rasa. Rindu, berdebar-debar, teruja, tidak sabar dan bermacam lagi. Rasa ini sama seperti tidak berjumpa orang yang tersayang setelah sekian lama. Ya, saya rindu Ramadhan dan suasana ibadahnya.

InsyaAllah pada tahun ini saya akan berpeluang menyambut dan meraikan Ramadhan di Bumi Kinanah Mesir. Kali terakhir berpuasa di sini adalah pada tahun 2007. Namun masih segar lagi ingatan saya pada keseronokan menjalani ibadah puasa di sini. Dan insyaAllah keseronokan tahun ini mungkin sedikit berbeza kerana sudah berumahtangga :)

And I am actually feels a bit worry untuk melalui Ramadhan yang jatuhnya pada musim panas and sedang pregnant. Melangsaikan hutang puasa pun dah larat tak larat je nak bangun and tak keluar rumah for fear of dehydration. Macam mana puasa sebulan? Ya Allah mudahkanlah aku menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan...

Semoga Ramadhan kali ini penuh dengan keberkatan dan lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.

Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya'aban wa ballighna Ramadhan..

RESULT

Semalam result for 1st & 2nd year students sudahpun keluar. Mansoura University yang telah melangkah maju setapak dengan memperkenalkan sistem menyemak keputusan melalui internet membuatkan saya ke gama'ah untuk activate student's card dan dapatkan password. Without activation, we cannot reach the system thus tak dapatlah nak check result.

Sedikit mengejutkan apabila ramai adik-adik berkumpul di Wafideen & QA office untuk mendapatkan ID number and password kerana rata-rata dari mereka masih belum mempunyai kerneh (student's card). Dan lebih mengejutkan lagi apabila pelajar yang masih belum melunaskan yuran tidak akan diberi ID number which means tak boleh check result!

Adoi, pening kepala. Dur thani hanya tinggal beberapa hari lagi. Kasihan those students yang tak boleh nak check result. Kalaulah kena Dur macam mana?

At that time, I thought that the old-fashioned result yang ditampal dan kena berebut-rebut kalau nak tengok tu lagi best. Kalau black-listed or white-listed pun, still boleh main peek-a-boo untuk cuba tengok. Ya Allah, mudahkanlah urusan kami.

Result 3rd & 4th year dijangkakan keluar next Wednesday. But my sixth sense kuat merasakan esok dah keluar la kot. Erm, tak sabar rasanya. Allahumma ja3alna minan najihin wal faizin wal mutafawwiqin wal mumtazin..

ANTENATAL CHECKUP

Few days ago we went to clinic for antenatal checkup. Alhamdulillah my pregnancy is currently 25th weeks. Doctor cakap, mom is good and baby is good. Alhamdulillah.. My current weight is 54kg. Aiih, 5kg je naik. Kena makan banyak lagi nih!

I asked the doctor about the position of the baby and doctor said, cephalic. Alhamdulillah.. Patutlah selalu kick kuat2 kat upper part of my bumps. Sampai boleh rasa cap tapak kaki. Anak ummi & abi yang soleh and clever.. please stay in that position untill you come out okay.

Doctor kept repeating what gender of our baby is (macam doctor pulak excited huhu). Actually, we did know the gender since the baby is 4 & half month-old intrauterine. Ha, boy or girl? Keep guessing! :P tettt~

Peoples I met often said that it's girl and few said it's boy. I asked them on what base they're guessing. Lepas tu macam2 la petua nenek moyang keluar. Perut bujur lah, bulat lah, muka berseri lahHa ha ha so funny.

MARRIED

My brother was getting married yesterday. Alhamdulillah.. bertambah menantu Encik Aini & Puan Rosyati :) Congratulations Abang and wife for the weds! and Congratulations Ayah Mama for the new daughter-in-law!

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama3a bainakuma fi khairin.. Allahumma Ameen..

And last but not least, doakan saya, abang & sahabat-sahabat seperjuangan najah kabir tahun ini. InsyaAllah..

Pen-off.

Thursday, July 8, 2010

Bacalah Anakku

Assalamualaikum wbt.



Hari ni bersembang dengan abang tentang membaca. Abang tahu membaca bukan hobi saya. Ramai juga sahabat2 yang tahu. Saya lebih senang mendengar atau menonton. Audiovisual memudahkan saya untuk memahami dan menghadam sesuatu perkara, peristiwa, fakta etc. Dan ramai juga yang menasihatkan saya tentang membaca. Terbaru, abang lah.

Saya membaca. Tetapi pada masa2 tertentu sahaja. Terutama apabila saya ingin tahu tentang sesuatu. Saya akan memilih buku yang berkaitan dan membaca tentangnya. Saya lebih suka membaca artikel yang pendek berbanding yang panjang. Saya lebih suka membaca cerpen berbanding novel. Saya lebih suka membaca bahan bacaan yang ringan berbanding yang berat2. Saya lebih suka membaca cerita-cerita yang hidup berbanding fakta (lebih2 lagi sejarah). Tetapi sebenarnya saya lebih senang bertanya dan mendengar orang bercerita. Teruk kan?

Saya tahu kepentingan membaca. Saya tahu faedah membaca. Penurunan wahyu terawal pun bermula dengan seruan membaca. IQRA'. Kerana melalui pembacaan, ilmu dan tsaqafah kita akan bertambah. Apatah lagi jika kita berguru dalam bahan bacaan tertentu. Kita akan tahu tohor dan dalamnya ilmu seseorang itu melalui percakapan dan ucapannya. Perkataan dan ucapan orang yang berilmu itu sangat berbeza dengan orang yang cetek ilmunya. Dan orang yang berilmu itu, sifat mereka adalah cintakan ilmu dan salah satu caranya adalah dengan membaca.

Ya, memang tidak dinafikan lagi membaca sangat penting penting dan penting.

Saya mula terfikir-fikir. Saya mahukan anak-anak saya sukakan membaca. Menjadikan budaya membaca buku-buku ilmiah satu kebiasaan. Mengisi masa dengan membaca buku-buku ilmiah yang meningkatkan kefahaman dan tsaqafah. Bukan membaca komik ataupun buku yang entah apa-apa yang banyak dijual di pasaran sekarang.

Tetapi masalahnya, saya sendiri kurang membaca. huhu.

Saya juga mula terfikir-fikir. Suatu hari nanti, apabila anak membesar, sudah pasti rasa ingin tahu mereka menebal. Mereka pasti akan tanya saya bermacam-macam. Kalau saya kurang membaca, pasti ilmu saya yang cetek dan sedikit itu mengecewakan mereka. Takkan saya nak jawab, "Sorry sayang..Ummi tak tahu.." ataupun "Anak Ummi, cuba cari di internet ataupun baca buku kaza wa kaza.." atapun paling mudah dan kurang mengecawakan, "Cuba tanya Abi.." heheh.

Saya membaca tetapi membaca bukan kegemaran atau hobi saya. Saya cuba pupuk dengan pelbagai cara. Tapi memang payah! Ada banyak buku bersusun di rak buku dan kebanyakan buku-buku tersebut, saya belum baca. Kalau baca pun, tak pernah habis. Teruk.. teruk... Kalau ada orang datang rumah dan melihat buku-buku di rak, mereka akan minta izin untuk pinjam. Sebelum pinjam, mereka akan tanya verdict saya tentang buku tersebut. Dengan berat mulut saya akan jawab "Hehehe..saya pun belum baca/ baca tak habis..". Teruk.. teruk..

Tapi...buku medic yang tebal bertimbun tu, boleh je pun habis baca kan? Mungkin sebab ada exam. Kalau tak ada exam, mesti tak baca :P

Tapi sekarang saya dah cuba bacakan buku untuk baby. Baca kuat-kuat supaya baby dengar dan telinga sendiri dengar. Saya mulakan dengan buku Biografi Bercaya Muhammad Rasulullah. Buku tu dah lama dah beli tapi tak terbaca-baca. Hanya belek2 dan baca part-part tertentu yang menarik je. Teruk kan? Abang cadangkan saya bacakan Nurul Yakin tapi saya rasa Nurul Yakin terlalu berat nak bacakan untuk baby. (boleh ke camtu? hehe) Nurul Yakin pun saya tak khatam lagi. Takpe, Nurul Yakin will be the next on the row insyaAllah. Semoga istiqomah...

Semoga anak-anak tak ikut perangai Ummi yang kurang membaca ni. Ikutlah sifat Abi yang suka membaca dan mengambil tahu =)

Yalla IQRA'!

Kulluha liillahi Ta'ala..

Monday, July 5, 2010

Abdullah Fathi @ Along

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah wa syukurlillah..

Hati ini bak bunga yang mengembang. HAPPY :)

Because I'd managed myself to finish the written exam today! Tinggal oral exam je which will be on 10-16 July. May everything goes well.

Masa nak keluar exam hall tadi (keluar awal sikit), dengan rasa tak berapa nak larat sangat, tiba-tiba kena panggil naik atas stage. Because I did something horrible which can ruin my exam performance. Ya Allah, I've created a problem unpurposely. Masa tu mesti yang tengah jawab exam ramai-ramai down the stage tu tengok. And I know they were curious, kenapalah mak buyung ni kena panggil. Sorok nota dalam baju ke? huhu. But alhamdulillah, Doctor said that everything are managable and they'll help me.

Keluar exam hall terus call Bu Mimi (Pn. Aimi). Nampak macam Ayah Jat keluar exam awal sangat tadi plus Bu Mimi was absent! Bu Mimi picked up the phone and I asked her :

"Awat hang tak datang exam? Sakit dah ke?"

"Laa..awak tak tahu ke? Saya bersalin dah laaa!"

"Haa? Bila?"

"Tadi pukul 12.30 tengah hari" (it was currently 1.30 am when I called her)

"Wahh..alhamdulillahh!! Tahniah!! boy or girl? bla..bla.."

I took cab to went home and tersenyum-senyum sendiri. Seronoknya baby dah keluar.. tak sabar nak tunggu baby sendiri keluar. hiks. Alhamdulillah!!!

Tertanya-tanya jugak wether Abang dah tahu or not yang Bu Mimi ni dah bersalin. I tried not to call him and will just tell him once I arrived home. Tapi biasalah, tak tertahan jugak nak call. I texted Mama first informing her that Aimi dah bersalin. Then, pretending of being calm but actually exaggeratedly excited, I called Abang and ask him kat mana..tengah buat apa..bla..bla.. and finally asked him :

"Abang dah tahu ke Aimi dah bersalin?"

"Ye ke? Tak tahu tapi Ijat ada buat status kat FB ni dia dah masuk wad.."

Sebenarnya dah lama kami menunggu bila laa Bu Mimi ni nak bersalin because according to her EDD (Expected Due Date), she's expected to deliver the baby on 1st of July. So started from the first July and onwards, saling bertanya sesama sendiri Aimi dah bersalin ke? Then I asked abang to visit Bu Mimi and her newborn baby at Hospital before going to the walimah invitation of Abang's colleague.

After Zohor prayer, we went to the hospital to visit Bu Mimi and the baby!

Alhamdulillah, Bu Mimi selamat melahirkan baby boy weighted 3.5kg (tembam macam Bu Mimi jugak :P ) via normal delivery.

His name is Abdullah Fathi Bin Mohd Izzat. Bu Mimi said that we can call him 'Along'. Aiii...dah tak lama dah tu nak dapat 'Angah'. Hehehe. Buat Bu Mimi and Ayah Jat, Mabrook 'alaikuma. Boleh lah jadi besan lepas ni :P

I hold the baby for such a long period and the other baby yang belum keluar ni, menendang-nendang dengan kuatnya perut Ummi sampai senak rasanya. Jealous yeee Ummi pegang Along.. Baby duk dalam tu soleh-soleh dulu ye..nanti dah cukup bulan, baru keluar okay? We captured some photo of Along aged 1 day as kenang-kenangan. Sebab nanti mesti cepat je besar.






Berlatih :P

Doa Auntie Kiki and Ammu Kadir, semoga Abdullah Fathi @ Along membesar dengan baik, sihat, penuh kesolehan. Semoga menjadi qurrata a'yun buat Ibu dan Ayah. Dan semoga menjadi mujahid penyambung perjuangan Rasulullah kelak. Tahniah sekali lagi buat sahabat dunia akhirat (insyaAllah) saya, Bu Mimi (Pn.Aimi) dan Ayah Jat (En. Izzat) atas kelahiran cahaya mata penyambung keturunan ini.


Thursday, July 1, 2010

Miscellaneous

Assalamualaikum wbt.



Hari ini abang pergi. Esok, abang akan pergi lagi. Minggu hadapan, abang juga akan pergi lagi. Begitulah hari-hari yang seterusnya dan akan datang. Abang pergi bukan ke mana-mana tetapi bekerja untuk Islam. Dan saya di rumah, menguntum rindu dan menanti dengan penuh kasih serta doa yang tak pernah putus agar abang selamat pergi dan pulang serta dipermudahkan oleh Allah akan setiap urusannya.

Bak kata pepatah, sayang isteri tinggal-tinggalkan.. Saya tidak mahu dan cuba untuk tidak mengeluh kerana inilah sunnah orang berjuang. Tugas dan peranan abang lebih banyak diluar dan saya yang ditinggalkan di rumah, juga punya peranan. Ya Allah, jika satu hari nanti dengan ketentuanmu aku tak mampu lagi membantu abang dalam perjuangannya, aku berharap agar janganlah sehingga aku membantutkan perjuangannya pula.

Tidak dinafikan setiap kali abang tiada di rumah, semangat saya untuk study sedikit berkurangan. Apakan daya, rasa rindu mencuit jentik hati saya ini. Berapa banyak contengan 'i miss u' atau 'i love u' tercoret di kertas-kertas. Ah, rindu rasanya melihat gelagat abang menjenguk jika saya study atau main-main. Rindu juga rasanya mendengar suara abang yang buat-buat garang menegur saya yang sedang bermain atau bermalas-malasan "sayang..studyyyy!!!".

Rindu juga saat meja study kami berlaga dan tanpa sepatah kata, saya senyum dan saya menunjukkan pada abang perkataan 'I LOVE U' yang saya tulis di kertas dan abang membalasnya dengan senyuman dan mengangkat buku yang ada bertulis 'I LOVE U' juga. Juga rindu saat-saat saya curi-curi menconteng buku study abang dengan kata-kata cinta dan semangat dan abang juga berbuat perkara yang sama.

Ah, betul-betul di lamun cinta!


Hampir 5 bulan melayari bahtera perkahwinan, mengajar saya banyak perkara yang baru. Dan saya merasakan bahawa, detik-detik dalam hidup saya lebih bermakna. Jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang, banyak bezanya. Saya bukan hanya bercakap tentang cinta, hati dan perasaan, tetapi betapa hampir setiap masa saya dapat digunakan dan terisi dengan perkara yang berfaedah. Alhamdulillah, syukurlilllah..

Musim peperiksaan yang masih belum berakhir kadang-kadang menguji diri sendiri. Apa lagi soal masa yang pendek. Jika semasa bujang dahulu, hampir 24 jam saya terperangkap di dalam bilik untuk study. Letih study, saya tidur atau berehat. Jika lapar, cari makan sendiri. Jika waktu giliran untuk memasak, akan ambil masa sedikit untuk memasak. Waktu solat jemaah, keluar solat jemaah. Tiba hari peperiksaan, baru keluar berjumpa dengan matahari dan angin luar. Jika musim peperiksaan itu 3 bulan, maka 3 bulanlah rutin yang sama akan berulang.

Tetapi sekarang segalanya berbeza. Setiap masa perlu dibahagi dengan baik. Hak-hak rumahtangga perlu dipenuhi. Hak diri sendiri, hak suami dan hak anak (biarpun belum lahir tetapi tetap punya hak-hak tertentu yang perlu ditunaikan). Namun tidak pernah sedikit pun kerisauan ketidakcukupan masa untuk study mencekam hati saya. Dan alhamdulillah setakat hari ini, semuanya berlalu dengan baik. Dan semoga ia berterusan sehingga bila-bila pun insyaAllah. Mungkin inilah sakinah, mawaddah dan rahmah yang Allah janjikan. MashaAllah Tabarakallah..

Menjadi yang terbaik dan melakukan yang terbaik dalam setiap perkara bukanlah mudah. Saya masih setahun jagung untuk bercerita panjang tentang rumahtangga. Tetapi menjadi isteri dan bakal menjadi ibu, membuka banyak ruang untuk saya muhasabah diri setiap kekurangan yang ada pada diri dan juga membuka lebih ruang untuk saya memperbaiki diri tanpa seribu macam alasan dan halangan.

Setiap wanita mengimpikan untuk menjadi isteri yang solehah dan saya tidak terkecuali. Kunci syurga bagi wanita adalah mentaati suami. Dan mentaati suami bukanlah semudah yang disangka namun Syurgalah yang menjadi pendorong kita untuk mempersembahkan yang terbaik buat suami pada setiap masa. Siapa tak mahu syurga? Dan untuk menjadi wanita solehah adalah merupakan satu process, bukan event.

Process yang dimaksudkan adalah ruang masa yang tak pernah berpenghujung. Dan dalam ruang masa itu, kita perlu berusaha dan mencuba untuk membentuk dan meningkatkan kesolehan dalam diri kita dalam setiap masa dan perkara yang kita lakukan. Juga untuk bermuhasabah seterusnya memperbaiki dan menutup lompong kerosakan yang ada. Kerana iman kita, ada turun naiknya. Dan kita akan tahu hasilnya di hari pembalasan kelak.

Masa yang berlalu saya rasakan begitu cepat sekali. Alhamdulillah, usia kandungan saya sudahpun mencecah 22 weeks. Baby juga semakin active doing martial arts dan beribadah inside the womb. Dan semakin dekat dengan waktu melahirkan, semakin hati ini bercampur baur dengan perasaan. Tidak sabar, takut, tidak bersedia dan sebagainya.


Saya tahu perlu banyak bermuhasabah dan memperbaiki diri. Mengimpikan zuriat yang soleh/ah, saya perlu mendidik diri untuk menjadi solehah terlebih dahulu. Mengimpikan zuriat yang mempunyai akhlak dan pekerti yang baik, saya perlu mendidik diri dengan akhlak dan pekerti yang baik terlebih dahulu. Mengimpikan zuriat yang mencintai Al-Quran dan Sunnah, saya perlu mendidik diri untuk mencintainya dulu. Mengimpikan zuriat yang sentiasa terjaga dan terpelihara setiap sudut dalam hidupnya, saya perlu membentuk qudwah yang hasanah serta biah yang solehah terlebih dahulu.

Ya, semuanya bermula dengan ibubapa. Dan saya serta suami perlu mulakan dengan diri kami terlebih dahulu. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.


Di mana saja anda berada, doakan agar zuriat ini lahir dengan elok dan sempurna ,terdidik dengan kefahaman agama yang sahih dan akhlak yang baik, hatinya sentiasa subur dengan keimanan dan ketaqwaan, menjadikan Al-Quran dan Sunnah pegangan hidupnya, menjadikan akhirat sebagai kecintaannya, menjadikan Rasulullah dan para ulama' sebagai idolanya, menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah kelak serta menjadikan Syurga dan Syahid sebagai cita-citanya yang teragung.

InsyaAllah..

Thursday, May 27, 2010

Appreciate Your Parents

Assalamualaikum wbt.

"Kesian sayang abang..."

Itulah kata-kata yang terluah dari abang everytime I regurgitate back the whole content of my stomach everytime I eat. Jika tidak dimuntahkan, badan akan rasa tak sedap, tak selesa. Jika dimuntahkan, akan terasa layu dan longlai.

Belum cerita tentang the idiopathic sleepiness. According to the sleeping time recommended by MHC, pregnant woman must sleep at least 8 hours/night. AT LEAST ye. Kalau tak cukup tidur, memang akan rasa tak larat nak buat satu apa pun. Dan kesan pada baby, baby akan lahir kecil and low-weight. And actually, 8 hours are not enough oh k~

Alahan saya teruk dan berlarutan beyond the first trimester. Waktu ini adalah mujahadah terbesar bagi saya. Masakan tidak, to balance my study time and rest time (which means adequate sleep), saya betul-betul perlu mujahadah. (T_T)

Alhamdulillah Allah mengurniakan suami yang sangat memahami, penyayang dan tidak pernah kekok membantu melakukan kerja-kerja rumah. Sampaikan kadang-kadang rasa bersalah plus terharu tengok abang. Bertakung airmata (T_T). Jazakallahu khairan jaza' ya habibi. (Terima kasih juga sebab selalu reward sayang dengan ice-cream. hihi.)

Malam tadi kami bersama mentadabbur surah Luqman. Antara surah amalan yang elok dibaca along pregnancy. Abang is the one who recites the surah (as he recites better than me with tajwid and tartil) together with the translations. And I'm sitting beside him with my hand stroking over my bumps gently. Our growing baby can now hear the outside voice from inside my womb (according to the fact) .

My tears are somehow pooling when abang read the translation of 14th verse.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu." (31:14)

Hanya yang pernah mengandung tahu bagaimana rasa 'lemah yang bertambah-tambah' itu.

Saya teringatkan mama. I used to ask her, for how long she suffered from sickness when she carried me inside her womb about 22 years ago. And she replied me : "Mama selagi tak lima bulan pregnant, selagi tu tak boleh bangun..". And now I know how much she suffered by 'lima bulan tak boleh bangun'. (T_T)

I also asked Mama for advices, the dos and donts during pregnancy. And she said a word which is SABAR. And I replied her "sabar je?". But by then I know how much SABAR means. Memang betul-betul kena sabar tau! (T_T)

Dan banyak lagi nasihat-nasihat yang lainnya seperti jaga akhlak dan percakapan, banyakkan baca Quran, berzikir dan membaca surah-surah amalan, banyakkan berdoa, rehat dan tidur yang cukup dan sebagainya.

Mama, thank you for everything. Jazakillahu khairan jaza'.

Abang almost always expressed his envious towards the reward which promised by Allah (via Hadith Rasulullah s.a.w) for those women who delivered their baby.

"Sayang tahu tak, untungnya ibu yang melahirkan anak.. Selepas melahirkan anak, dirinya bersih dari dosa sepertimana bayi yang dilahirkannya. Subhanallah.. Orang pergi haji pun tak semestinya haji diorang mabrur tau. Abang tak dapat tau peluang macam tu. Jealousnyerr abang!"


Dan banyak lagi kelebihan ibu yang mengandung dan melahirkan anak yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w antaranya :

"Apabila seseorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginyasetiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan1000 kejahatan baginya."


Sungguh Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Seronok kan?


And I wont ask for more other than semoga Allah sentiasa mempemudahkan kandungan dan kelahiran zuriat2 kami dan mengurniakan kami zuriat yang soleh solehah, cerdik pintar, faqih ilmu agama, elok akhlaknya sepertimana diperelokkan kejadiannya. Begitu juga ibu-ibu mengandung yang lain di luar sana terutama bestfriend, Puan Aimi.

And I still struggling for the final examination. I've made promise to abang to study just like tomorrow we are having the exam (study gila kentang) and promise to baby to get better result from the past 3 years. Oh please dont break the promise Syakila.

Semoga Allah memberi kejayaan besar kepada seluruh warga Mansurah University tahun ni. Yang penting, ikhtiar dan usaha. Sama-sama berdoa dan bertawakkal.

Dear baby, do pray for abi and ummi oh k!