Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, November 3, 2012

Ziyad is Two

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah Muhammad Thoriq Ziyad reached 2 years old on 24 October 2012 ago. By 2 years old, this big boy talks so much yet so fluent, he could recite Al-Fatihah and some Doa's by guidance, read Alif Ba Ta, ABC, 123 in English, Malay and Arabic,  recognize peoples, animals, things surrounds him and much2 more. There's more than words than he can do. Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segala nikmat :)

Kepada acik2 dan ammu2, terima kasih kerana sudi menjaga, bermain bersama dan  menghiburkan hati Ziyad di saat Ummi & Abi kesibukan. Halalkan makan, minum, wang ringgit yang telah di sedekahkan kepada Ziyad. Doakan Ziyad menjadi anak yang soleh dan musleh.


Nak makan sendiri..

Rajin sangat study sambil teman Ummi & Abi study..

Sentiasa active dan cergas..

Harapan Ummi & Abi untuk menjadi qudwah & uswah hasanah untuk adik-adik kelak..


May Allah bless you throughout your life and hereafter. Moga anak Ummi & Abi yang cerdik dan cergas ni jadi pejuang agama Allah kelak sehingga bertemu syahid yang abadi.

I'm approaching my graduation now. Doakan saya lulus cemerlang dalam final exam nanti. :)

Wednesday, July 18, 2012

Ramadhan 1433H. Ramadhan Kareem!

Assalamualaikum wbt.

Ramadhan is coming closer. 2 days more and I'm preparing our tiny family for Ramadhan. Alhamdulillah, we had some warmed up before, during Rejab and Sha'ban and hopefully we can bare our Ramadhan in this hot and sunny summer days. Especially me! who will have non-stop classes and extra-classes even during Ramadhan. 

Never mind. Bak kata Abang, Ramadhan shouldn't make us weaker but supposedly makes us stronger! Yes, can't deny that I'm a strong super-woman :)

InsyaAllah this will be our last Ramadhan here in Egypt for us to enjoy. 


Oh, I began my routinely morning-little-reading with randomly picked few pages from Bahtera Penyelamat Sheikh Fathi Yakan and got something to be shared with.

Dalam satu hadith. Rasulullah S.A.W telah menyatakan tentang bekalan yang sepatutnya dibawa oleh para da'ie dalam perjalanan mereka. Baginda S.A.W bersabda kepada Abi Zar R.A dalam nada pertanyaan :"Sekiranya engkau akan mengembara, apakah engkau akan membuat persiapan?"

Jawab Abu Zar : "Ya!"

Sabda Rasulullah S.A.W : "Bagaimana pula dengan pengembaraan menuju hari qiamat? Mahukah engkau mendengar sekiranya aku memberitahu kepadamu tentang bekalan yang berguna untuk menghadapi hari tersebut?"

Jawab Abu Zar : "Bahkan mahu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku."

Mendengar jawapan Abu Zar, Baginda S.A.W pun bersabda :

1. BERPUASALAH DI HARI YANG PANAS TERIK DEMI MENGHADAPI HARI KEBANGKITAN
2. Sembahnyanglah dua raka'at di tengah gelap-gelita malam demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur.
3. Tunaikah haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar (yang menanti).
4. Hulurkan sedekahmu untuk si miskin.
5. Ungkapkanlah sentiasa kalimah yang benar.
6. Diam dan hindarkanlah diri dari bertutur dan melafazkan perkataan-perkataan yang tercela dan buruk.

Wallahu a3lam. Ramadhan Kareem! :)

Saturday, July 14, 2012

Dear My Apples

Assalamualaikum wbt.

Dear Abang, 

Syukran for being a very very very understanding and supportive husband..
You are the best half of me..
 Jazakallahu khairan jaza'..

Dear Muhammad Thoriq Ziyad,

Syukran for being a very very very good and soleh cheeky pie..
Which always and always hug Ummi and say "Saaayang.." or "Yuu.. (I Love You..)"
Rabbuna yu barik fik abadan..

 You both are the apples of my eyes :)

Thursday, July 12, 2012

Dzan

Assalamualaikum wbt.

Lewat kebelakangan ini aku rasa lemah. Bukan lemah kerana remang mentari yang membahang di musim panas ini. Bukan juga lemah kerana aku penat melayan kecerdikan dan kepetahan  anak kecilku yang menabur buku dan mainannya di segenap ruang teratak kecil kami. Bukan juga lemah kerana futurnya aku di medan perjuangan haraki. 

Aku tercari-cari punca kelemahan ini.

Ramadan semakin hampir. Aku tidak mahu bertemu dengan Tuhanku dalam keadaan kotor dan berdosa. Lantas aku memohon ampun atas dosa-dosa yang ku lakukan. Moga-moga Allah membuka hijab kelemahan ini dan memberikanku secebis kekuatan.

Aku membaca basmallah dan berselawat. Membuka buku tinggalan ulama' haraki. Mencari bait-bait hikmat buat bekalanku untuk hari esok dan mendatang. Dan dengan izin Allah, mataku tertancap pada sudut atas lembaran. 

"Wahai orang-orang yang beriman hindarilah dari (sifat) banyak berprasangka (dzan). Kerana sebahagian dari sangka-sangka itu adalah dosa" (surah al-Hujurat :12)

Buruk sangka terhadap muslimin yang lain merupakan laluan syaitan yang mencantas tali mahabbah dan silaturrahim. Sifat ini menggugat keutuhan barisan jama'ah, menjadi punca fitnah, kebejatan dan penyebab meratanya bala bencana. Sebab itu Al-Quran melarang sifat buruk sangka ini.

Rasulullah S.A.W menasihatkan : "Jauhilah tempat-tempat yang menimbulkan sangkaan (yang bukan-bukan)"

Ya Allah, bimbinglah aku ke jalanMu dan jauhilah aku daripada syaitan dan iblis yang sentiasa mengintai-intai peluang merosakkan hatiku.


Saturday, June 2, 2012

Negative?

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama tidak menulis di sini. Sejak akhir-akhir ini, saya agak jarang menjengah blog. Baik blog sendiri, mahupun blog kawan2 lain. Mungkin kerana Facebook lebih mendapat sambutan, lebih mudah dan lebih cepat & banyak update. Mungkin... Saya pun, bukanlah selalu punya 'masa lebih' untuk melayan alam maya. Setiap masa yang ada, terisi dengan tuntutan tersendiri. Ya Allah, berkatilah setiap detik masa ada ini, agar tidak sia-sia.

InsyaAllah, jika Allah izinkan, lebih kurang 8 bulan lagi saya akan menghabiskan MBBCh degree course ini. Bermacam perkara bermain dalam fikiran. Saya merasakan, saya sangat tidak bersedia menempuh alam pekerjaan. Memasuki alam pekerjaan bermakna tanggungjawab semakin bertambah dan tuntutan masa semakin singkat.

Dada saya sesak memikirkan masa akan datang. Kadang-kadang saya sendiri keliru dengan perasaan saya. Saya gembira saya bakal habiskan pengajian dan menjadi seorang Doktor. Itu cita-cita saya sejak kecil.Dan saya gembira kami sekeluarga akan pulang ke Malaysia. Siapa tidak gembira untuk pulang ke tanah air sendiri. Tempat lahir dan membesar. 

Namun dalam masa yang sama, saya sedih untuk meninggalkan Mesir. Mesir ini mengajar saya banyak perkara. Mesir ini jugalah yang banyak melakar kenangan pahit dan manis saya meniti zaman akhir remaja dan awal kedewasaan. Mesir ini banyak mentarbiah saya untuk menjadi siapa saya yang sekarang. Dan yang paling penting, di negara inilah, saya berjumpa dengan apa yang saya cari-cari selama ini, iaitu diri saya dan matlamat hidup saya.Saya pasti akan merindui Mesir ini dan segala isinya.

Perasaan takut juga turut menyelubungi benak hati ini. Bersediakah saya untuk pulang dan berdepan dengan mad'u di negara sendiri. Saya merasakan, ilmu di dada ini masih tidak cukup untuk berdepan dengan masyarakat seterusnya menyampaikan mesej dakwah dan isi Islam yang syumul. Terkadang saya merasakan terlalu rugi masa-masa yang saya bazirkn beberapa tahun pertama di sini. Jika masa boleh berputar kembali, saya akan manfaatkan masa sebaiknya, menimba ilmu dan menadah kitab.

Itu belum cerita tentang takutnya saya untuk berdepan dengan bidang kerjaya sebagai seorang Doktor. Sangat banyak cerita 'tidak manis' yang saya dengar dari kawan-kawan tentang alam kerjaya seorang Doktor, terutama semasa menjadi House Officer (HO). Kuatkah saya untuk berhadapan dengan masa yang sibuk, working hour yang panjang, stress dan tekanan di tempat kerja, cabaran meguruskan masa bersama suami & anak?

Saya tidak pasti, adakah saya terlalu negative? 


*Sudah lama tidak menulis, bila baca kembali, terasa post ini tak ubah seperti karangan Bahasa Melayu.

Saturday, May 5, 2012