Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, May 30, 2009

Wahai jiwa yang tenang!

Assalamualaikum wbt.

Allahu akbar,Allahu akbar!


Kedengaran laungan azan subuh berkumandang. Memuji-muji nama Tuhannya dan memanggil-manggil hambaNya untuk menunaikan kewajipan yang satu itu. Sumayyah memejamkan matanya menghayati setiap bait kalimah suci yang dilaungkan oleh mu'azzin sambil mulutnya terkumat-kamit menjawab azan.


--Sabda Rasulullah s.a.w :“Apabila kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh muazzin itu sendiri.”--


Azan yang kedengaran dari masid-masjid yang jarak antara satunya tidak kurang dari satu kilometer menggemakan ruang angkasa. Dia seperti tenggelam di dunia sendiri. Menghayati ketenangan subuh nan hening.


Assolatu khairu min al-naum..Assolatu khairu min al-naum..


Matanya tercelik. Ya, solat itu lebih baik daripada tidur. Bangkitlah! Bangkitlah semua! Bangkitlah demi meramaikan masjid-masjid dan berjemaah. Agar musuh-musuh Allah gerun dan gentar melihatmu yang bersusun elok berbaris-baris di dalam saf. Simbolik kepada kukuhnya benteng Islam oleh para mujahid yang merindukan syahid yang abadi. Yang mendamba syurga-Nya yang cantik menghijau dan mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan bidadari-bidadari yang bermata indah laksana mutiara yang tersimpan baik.


--"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikn zakat dan tidak takut (kepada apapun) kecuali Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk" (at-Taubah : 18)--


--Ibnu Abbas r.a. berkata: Barangsiapa mendengar suara muazzin, sedangkan dia tiada menjawabnya (menurut pergi sembahyang berjemaah), nyatalah ia tiada mencintai kebaikan, dan tentu sekali kebaikan juga tidak akan mencintainya.--


Allahu akbar, Allahu akbar!
Laa ilaha illallah..


Sumayyah menadah tangan berdoa.


--“Ya Allah, Tuhannya doa yang sempurna ini, dan juga solat yang berdiri ini. Kurniakanlah Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji (Maqam Mahmud) yang Engkau janjikan baginya.”--


Dia kemudian bangun menunaikan solat sunat qobliyah dua rakaat. Solat sunat yang lebih baik dari dunia dan seluruh isinya. Memohon dalam doanya agar hari-hari yang dilaluinya setenang subuh yang penuh dengan rahmat Al-Mutakbbir.


"Sudah siap semua?," Atiqah sahabatnya bertanya pada ahli beitnya yang lain. Sejadah-sejadah yang siap terbentang menanti dahi-dahi yang akan bertemu dengan mereka ketika sujud.


--“..Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keredhaan-Nya. Pada wajah mereka tampak tanda-tanda bekas sujud..” (al-Fath: 29)--


Mereka bersiap sedia untuk berjemaah bersama seperti lazimnya.


--Sabda Rasulullah s.a.w :“Sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang bersendiri dengan 27 darjat.”--


Atiqah melantunkan iqamah sementara yang lain bersiap siaga berdiri dengan betul untuk menunaikan solat.


"Allahu akbar!"


Sumayyah mengimami dengan tetib. Selepas Al-Fatihah dibacakannya surah as-Shams pada rakaat pertama seperti mengalu-alukan kedatangan mentari dan siang. Suaranya gemersik, bacaannya sungguh mengasyikkan. Tajwid dan tartilnya sempurna. Mendamaikan jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Hatinya penuh khusyuk menghayati bait-bait kalamullah yang agung.


"Assalamualaikum warahmatullah.."


--"Sungguh beruntung orang-orang beriman. (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya" (al-Mu'minun : 1-2)--


Mulutnya terkumat-kamit beristighfar selepas menyudahkan salam. Sumayyah mengimami bacaan ma'thurat yang mereka lazimi setiap hari seusai solat subuh dan solat asar.


--"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) terhadap apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada malam hari dan setiap selesai solat " (Qaf:39-40)--


Sumayyah membacakan doa. Biarpun dalam bahasa arab, bacaannya penuh khusyuk dengan penuh pengertian dan pemahamam terhadap apa yang diminta pada Rabbnya. Sebak mencengkam dada setiap jemaah. Dan Sumayyah tetap kalah dengan airmatanya.


"Taqabbalallahu minna wa minkum. Taqabbal Ya Karim.."


Mereka bersalam dan berpelukan sambil doa meniti di bibir-bibir mereka.


"Allahumaghfirli zunubi wal li ukhti. Wahai Allah, ampunilah dosaku dan saudaraku"


Sumayyah mencapai mushaf coklat kesayangnnya. Diselaknya pada mukasurat yang berpenanda. Salah satu surah kegemarannya yang acapkali dibaca setiap pagi. Surah ke 89, Surah al-Fajr.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1.Demi fajar.

2.Demi malam yang sepuluh.

3.Demi yang genap dan yang ganjil.

4.Demi malam apabila berlalu.


Bacaannya seiring dengan kicauan burung yang mula keluar mencari rezeki. Hatinya rasa tenang.

Ayat-ayat terakhir surah al-Fajr dibaca berulang-ulang kali.

27.Wahai jiwa yang tenang!

28.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya.

29.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu.

30.Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.



Wahai jiwa yang tenang!

Hatinya bagai terusik tatkala membacakan ayat ini. Seolah-olah dipanggil dengan penuh kemesraan. Memanggil-manggil hamba-Nya yang tenggelam di lautan cinta-Nya dengan penuh keredhaan. Adakah dia turut terpanggil?


Wahai jiwa yang tenang!

Tenangkah jiwanya?

Tenangkah jiwanya tatkala berdepan dengan qada' dan qadar Rabbnya.
Tenangkah jiwanya tatkala diuji dengan kesusahan dan kesempitan.
Tenangkah jiwanya takala diuji dengan kesenangan dan kenikmatan.
Tenangkah jiwanya tatkala diuji dengan kekecewaan dan kegagalan.
Tenangkah jiwanya tatkala diseru untuk menunaikan kewajipan yang terpundak di bahunya.
Tenangkah jiwanya?


Wahai jiwa yang tenang!

Yang sentiasa redha akan ketentuan Al-Qahar..
Yang sentiasa yakin akan janji-janji Ar-Rahman..
Yang sentiasa berteduh di bawah lembayung Ar-Rahim..


Wahai jiwa yang tenang!

Yang sentiasa teguh iman dan ketaatannya pada Al-Khaliq..
Yang sentiasa bergantung harap pada Al-Muhaimin..
Yang sentiasa merindui syurgaNya yang di bawahnya mengalir sungai-sungai..
Syurga yang menjanjikan ketenangan yang takkan pernah padam..
Syurga yang akan kekal di dalamnya selama-lamanya..


Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya..

Sodaqallahul azim..

Wednesday, May 27, 2009

SEMPIT

Assalamualaikum wbt.


Dahulu saya tidak tahu erti dakwah yang sebenar.


"Ma, tadi kan akak nampak ada sekumpulan orang lelaki berjubah, berserban lepas tu janggut dia panjang... Macam Osama bin Laden! Siapa tu Ma?" saya menyoal bonda sepulangnya saya dari kedai membeli barang dapur yang dipinta oleh bonda.

Dahulu saya takut dengan orang2 sebegitu. Impresi saya, mereka membawa ajaran sesat. haha.

"Oh..itu orang2 Tabligh.." jawab bonda tenang.

"Orang Tabligh? Apa tu?" saya menyoal kembali.

Saya betul2 terlupa bahawa perkataan 'Tabligh' itu sudah boleh kira sinonim dan selalu saya dengar melalui subjek2 yang saya pelajari di sekolah agama sejak di bangku sekolah rendah.

Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah adalah empat sifat Rasul. Dan Tabligh itu bermaksud menyampaikan.

"Orang2 Tabligh ni dia datang kat kampung2, berdakwah pada orang kampung. Ajak orang berjemaah di masjid2 atau surau2. Ajar mengaji. Beri ceramah.Beri pemahaman tentang agama." bonda menjawab.

"Ooo.." saya mengangguk.

"Diorang datang kat kampung kita lepas tu diorang duduk kat mana? Kenapa dia jalan2 macam tadi? Dia pergi mana pulak Ma?" saya menyoal lagi dengan muka penuh minat ingin tahu.

"Selalunya diorang menetap sementara di surau atau masjid. Bila waktu siang, diorang akan pergi dari satu rumah ke satu rumah ajak orang2 lelaki ke surau atau masjid untuk solat berjemaah ataupun mengaji."

"Ooo..lepas tu diorang duduk surau, diorang masak kat mana? Diorang berdakwah ni ada gaji ke Ma?" saya terus lagi meluahkan persoalan di kepala saya.

"Isk kedai kan banyak. Lagipun ada je kadang2 orang jamu mereka. Kamu jangan main2..Ayah pernah cerita kat Mama, orang2 tabligh ni kerja bagus2. Engineer, Cikgu, Entrepreneurs etc. Rasanya diorang ada persatuan penggerak. Entah, Mama pun tak jelas" jelas Bonda.

"Uih wow! Gile lah..dah la kerja hebat2. Lepas tu sanggup pulak pergi kampung2 untuk berdakwah." saya memuji penuh kagum.

"Kerja dakwah ni kerja setiap orang islam. Apabila kita ada ilmu, sampaikan dan berkongsi walaupun sedikit." Bonda menokok.

Saya mengangguk tanda faham.

"Tapi diorang tak pernah pun datang rumah kita bedakwah?"

"Sebab rumah kita takde lelaki.." Bonda menjawab pendek.


"Haa..? Habis tu Ayah dengan Abang tu..err..bukan ke lelaki?" saya menyoal dengan dahi berkerut.


"Assalamualaikum..."

Terdengar suara orang memberi salam dari luar. Saya yang pada waktu itu masih belum menaggalkan kerudung kepala menjenguk keluar.

"Wa'alaikumsalam.."

"Haa ..Ma! Itulah orang tadi tu!" saya memanggil Bonda.

"Ayah ada kat rumah dik?" salah seorang daripada mereka bertanya. Masih muda lelaki tersebut. Mungkin dalam awal 20-an. Mukanya bersih dan tenang.

"Oh, ayah takde. Pergi kerja. Malam nanti baru balik.." saya menjawab sambil mata memerhati setiap seorang mereka. Lebih kurang 7 orang semuanya. Dan muka2 mereka MasyaAllah.. Cantik sungguh!

"Oh takpe..nanti cakap pada ayah, datanglah ke surau. Malam ini ada ceramah dan sedikit jamuan insyaAllah.." lelaki tersebut menyambung.

"Okay insyaAllah..Terima kasih." saya menghadiahkan sebuah senyuman tanda hormat dan menghargai.

"Terima kasih. Assalamualaikum.." dan mereka berlalu pergi.

Baru saya faham kenapa Bonda mengatakan "rumah kita takde lelaki.." kerana rumah kami pada waktu siang memang tiada insan bernama lelaki di rumah. Ayah keluar bekerja, Abang sememangnya tiada di rumah pada masa itu dan adikku ke sekolah. Takkanlah mereka hendak masuk ke rumah yang tiada lelaki kan?


Begitulah antara pemikiran sempit saya tentang dakwah suatu masa dahulu.

Bagi saya, dakwah itu hanyalah menyeru orang bukan Islam supaya mereka memeluk Islam. Seperti di perkampungan orang2 asli di pinggir hutan.

Bagi saya, dakwah itu hanyalah tanggungjawab para ustaz2 dan ustazah2 yang alim tentang agama. Orang yang berjanggut berserban dan berjubah bertudung labuh.

Bagi saya, saya dakwah itu hanyalah dengan cara memberi ceramah2 seperti dalam program Ehwal-Islam di RTM 1 tu.

Rupanya, dakwah itu luas terjemahannya.

Menyeru dan memahamkan umat islam tentang Islam dan aplikasinya dalam kehidupan. Menyeru kepada kebaikan. Dan bermacam2 lagi.

Benda kecil seperti menyuruh adik saya berstoking juga adalah dakwah rupanya.

Apa lagi sehingga sebesar2 perkara seperti amar makruf dan nahi mungkar.

Dan kini, saya tersangat menginginkan diri saya agar dapat menjadi sebahagian daripada mereka yang berjuang di medan ini.


Biarpun diri masih setahun jagung.

Biarpun kaki masih bertatih.

Biarpun ilmu masih tohor.

Tapi tak mustahil bukan?

Kerana benih jagung akan bertunas dan membesar membuahkan hasil juga.

Kerana yang bertatih akan berlari juga.

Dan yang tohor akan dalam juga.

Terasa ingin darah dan uratsendi ini menyumbang sesuatu untuk deen yang saya anuti sebelum ia lemah longlai tidak bermaya.

Terkadang merasakan diri sudah terlambat but its better late than never right?





Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sunday, May 17, 2009

Jazakumullahu Khairan Kathiraa Akh wa Ukht

Assalamualaikum wbt.

Hanya sebagai kesinambungan kepada entry berajuk 'Realiti Cerita Hati'. Jazakumullahu kahiran kathiraa Akh wa Ukht yang memberi sokongan, dorongan dan doa. Semoga Allah membalas kalian dengan kebajikan yang lebih baik insyaAllah..





Erti Sahabat (Edisi khas: Dedikasi Buat IMTIYAZ)

Assalamualaikum wbt




Daripada Abi Musa r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Perumpamaan rakan yang baik dan rakan yang jahat seumpama orang yang membawa wangian dan tukang besi. Maka orang yang membawa bauan samada memberi kamu (bauan) atau kamu membeli (bauan) daripadanya, atau kamu memperoleh daripadanya bauan yang elok. Manakala tukang besi samada akan membakar baju kamu atau kamu memperolehi bauan yang busuk daripadanya"


"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar" (Surah at-Taubah :119)

Saidina Umar r.a berkata : "Hendaklah kamu berkawan dengan kawan yang bersifat benar, hiduplah di bawah jagaan mereka, kerana sesungguhnya mereka merupakan perhiasan ketika senang dan bekalan ketika susah."



IMTIYAZ


bersama Asma

bersama Adilah

bersama Umi

bersama Aimi



"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku"(Surah al-Fajr : 27-30)


Terima Kasih Sahabat. Semoga ukhuwwah ini kekal sehingga ke syurga-Nya.


Friday, May 15, 2009

Realiti Cerita Hati

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan lagi untuk menulis. Dan insyaAllah pada hari ini saya akan bercerita serba sedikit tentang perjalanan hidup saya. Saya bukanlah seorang yang hebat sehinggakan kehidupan saya ingin saya canangkan. Saya hanyalah insan biasa yang penuh dengan kelemahan. Tetapi biarlah cerita insan biasa ini sedikit sebanyak boleh diambil pengajaran tidak kira dalam apa jua bentuk asalkan baik penilaiannya.

Kepada yang tidak pernah mengenali saya, saat saya menulis ini, saya merupakan seorang pelajar perubatan tahun 3 di Universiti Mansurah Mesir. Mungkin semua beranggapan pelajar perubatan adalah orang yang cerdik pintar. Tapi kenyataan itu bukanlah yang sesuai untuk saya. Tetapi insyaAllah, saya akan sentiasa bersyukur di atas segala yang Allah kurniakan buat saya.

Saya orang biasa yang tahap kepintaran juga biasa. Saya tidak pernah mencapai straight A's dalam semua peperiksaan saya bermula daripada UPSR, PMR mahupun SPM. Sehinggakan cita2 saya untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh tidak pernah kesampaian. Saya terus berada di sekolah menengah yang saya kira sangat berjasa kepada saya. Terima kasih tidak terhingga pada guru-guru dan warga sekolah kerana telah 'melahirkan' saya yang tidak seberapa ini.

Sejak saya berumur 10 tahun, saya bercita-cita menjadi seorang doktor. Saya sering mengulang cita2 itu berkali-kali di hadapan kedua ibubapa saya agar mereka tahu saya betul2 ingin menjadi seorang doktor. Pada masa itu, saya tidak tahu apakah niat sebenar saya ingin menjadi seorang doktor. Apa yang pasti, saya ingin menjadi seorang doktor.

Mungkin kerana cita2 yang kuat itu jugalah membuatkan saya tidak pernah berputus asa untuk berusaha sebaik mungkin demi mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Kerana saya tahu, untuk masuk ke sekolah perubatan, saya mesti medapatkan keputusan yang cemerlang. Sehinggalah peperiksaan SPM, saya hanya mendapat kurang dari 10 A dari 13 subjek yang saya ambil.

Sedih?

Ya saya sangat sedih ketika itu. Mereka di sekeliling beranggapan keputusan peperiksaan saya itu sudah cukup hebat dan memuaskan apatah lagi di kalangan keluarga besar saya, saya boleh di kira antara yang terpandai. Dan mereka juga berharap saya boleh memecah tradisi keluarga dengan menjadi seorang doktor. Setakat ini, kerjaya terhebat yang mempelopori susur galur keluarga kami adalah pensyarah dan jurutera. Belum ada lagi doktor.

Jadi mungkin anda boleh bayangkan di sini bahawa cita2 saya bukanlah sekadar cita2 perseorangan tetapi saya membawa cita2 kedua ibubapa saya dan juga keluarga besar saya. Sehingga kini, saya dijadikan contoh oleh pakcik2 dan makcik2 saya pada anak2 mereka. Berat tanggungjawab itu sebenarnya kerana bagi saya, biarlah mereka mencontohi bukan sahaja pencapaian saya dalam pelajaran. tetapi akhlak dan sahsiah saya juga. Sebab itu saya juga mencuba untuk menjadi yang terbaik bukan sahaja dalam pelajaran tetapi dari segi berakhlak dan bersahsiah.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana saya boleh sampai ke sini dan mengambil bidang perubatan biarpun pada mulanya saya menekankan keputusan SPM saya langsung tidak melayakkan saya untuk mengambil jurusan perubatan apatah lagi di luar negara.

Allah itu Maha Besar. Alhamdulillah saya punyai kedua ibubapa yang sangat supportive. Kecewa saya dengan keputusan saya itu, mereka pujuk. Saya dinasihati agar sentiasa berbaik sangka dengan Allah.

Pada mulanya, saya mendapat tawaran ke matrikulasi. Pastinya mama dan ayah sangat gembira. Mereka mengatakan inilah peluang saya. Saya masih boleh bermula untuk mencapai cita2 saya untuk mengambil bidang perubatan. Syaratnya, jangan berputus asa dan mencuba yang terbaik merebut peluang ini.

Saya terima tawaran matrikulasi tersebut yang juga merupakan matrikulasi pilihan pertama saya ketika saya mengisi borang UPU. Namun saban hari saya tetap menangis sendiri. Bukanlah saya menyesal atau berburuk sangka dengan Allah, tetapi betapa payahnya jalan2 yang saya lalui. Saya pohon agar Allah tetap memberi saya kekuatan dan semangat untuk saya menggapai cita2 dunia saya itu jika itu yang terbaik buat saya. Saya merayu agar Dia memudahkan jalan saya dan memelihara saya dari kegagalan dan kekecewaan.

Pengajian di matrikulasi sangat mencabar. Sehingga saya rasakan 4 flat itu tak mampu saya capai dan saya rasakan seperti ingin berputus asa. Setiap hari saya mesej ayah meminta kata2 semangat. Sehinggalah pada suatu hari, saya terima mesej dari kawan baik saya semasa di sekolah menengah dulu bahawa saya di minta untuk mengambil borang memohon belajar di Mesir dalam bidang perubatan. Hanya 6 orang sahaja yang di tawarkan untuk mengisi borang tersebut.

Saya mengucap syukur dan menghubungi ayah saya untuk mengambil borang tersebut. Pada minggu yang sama, ayah dan mama datang dari Selangor ke Kedah untuk saya mengisi borang tersebut. Urusan mengisi borang bukanlah semudah yang disangka. Pelbagai proses perlu di lalui. Ayah dan mama meminta saya untuk tidak risau dan meneruskan study di Matriks seperti biasa. Biar mereka yang menguruskan semuanya. Dari urusan mengambil cabutan sijil lahir di Ipoh sehingga urusan menterjemah di KL yang perlu dibuat dalam masa seminggu, sudah pasti membuatkan mereka begitu letih. Ya Allah, Engkau sahaja dapat membalas jasa2 mereka.

Setiap hari saya bangun malam dan berdoa agar Allah memperkenankan cita2 saya dan memudahkan segala urusan pada kali ini jika itu yang terbaik buat saya. Saya tetap belajar seperti biasa kerana belum pasti lagi saya akan di tawarkan belajar di Mesir. Yang ditawarkan pada saya adalah untuk mengisi borang memohon mendapatkan tempat belajar di Mesir bukanlah di tawarkan untuk belajar di Mesir.

Alhamdulillah Allah memperkenankan doa2 saya apabila ayah menghubungi saya mengatakan bahawa permohonan saya diterima. Saya perlu ke Mesir secepat yang mungkin kerana sesi pembelajaran sudah bermula. Betapa saya teruja. Saya bersyukur pada-Nya dan mengucapkan terima kasih pada mama dan ayah. Tanpa susah payah dan doa mereka, belum pasti saya mendapat apa yang saya impikan itu.

Mama pernah bercerita, pada mulanya ayah sedikit berat untuk memulakan urusan kerana keadaan kewangan pada masa itu tidaklah begitu menyokong. Mujur mama mempunyai sedikit simpanan yang mencukupi untuk membiayai yuran pengajian dan sara hidup saya sepanjang tahun pertama saya di sini. Mama juga pernah berkata pada ayah, walaubagaimana payah sekalipun, mama dan ayah mesti usahakan agar cita2 saya untuk menjadi doktor tercapai. Saya hanya mampu menitiskan air mata saat mama bercerita.

Sejak dari saat itu, saya berjanji pada diri sendiri, saya akan bawa pulang segulung ijazah kedoktoran buat mereka tepat pada masanya. Saya berjanji saya akan buat mereka tersenyum bangga. Saya berjanji saya akan buat mereka hilang rasa letih buat seketika ketika melihat kejayaan saya. Saya berjanji.

Cerita saya tidak berakhir di situ.

Semasa di tahun pertama, saya di biaya sepenuhnya oleh ayah dan mama. Saya sedikit risau kerana berapalah sangat gaji ayah sebagai seorang pekerja biasa di syarikat swasta. Mama pula tidak bekerja. Saya masih ada dua lagi adik di bawah saya untuk di tanggung pengajian mereka. Saya tidak pernah meminta duit melainkan di tanya.

Alhamdulillah, keputusan tahun pertama saya baik dan membolehkan saya memohon pinjaman yuran pengajian dari JPA. Namun ada cerita di sebalik itu. Mama pernah bercerita, sebelum tawaran saya diluluskan, mama hilang sejumlah duit yang agak banyak. Mama sedikit terkilan. Tapi saya tahu salah satu kelebihan Mama, beliau sentiasa berbaik sangka pada Allah. Katanya, pada masa itu beliau memujuk hati dengan mengatakan mungkin Allah mahu memberi rezeki yang lebih baik. Dan beberapa hari selepas itu, kami mendapat berita bahawa pinjaman yuran pengajian saya diluluskan. Alhamdulillah syukur.

Betapa kedua ibubapa saya terpaksa berkorban demi anaknya yang seorang ini.

Sehingga sekarang, JPA hanya menanggung yuran pengajian. Sara hidup dan keperluan pengajian yang lain, masih di bawah tanggungan ayah. Saya juga mendapat sedikit bantuan dari zakat Selangor. Alhamdulillah syukurlillah.

Sehingga sekarang saya masih tidak jemu mencari lubang2 biasiswa mahupun bantuan dari mana2 pihak. Kerana jujurnya, beberapa keperluan saya sebagai seorang pelajar perubatan masih belum mencukupi. Buku teks perubatan dan bahan rujukan tambahan yang perlu di beli, instrumen2 perubatan yang perlu dimiliki, biaya kelas tambahan yang tinggi dan kos sara hidup yang semakin meninggi.

Kadang2 saya letih berfikir tentang duit. Sehinggakan kadang2 saya menangis sendiri.

Hati sedikit cemburu melihat kawan2 yang berpenaja. Biarpun kadangkala mereka lambat mendapat duit, sekurang2nya masih ada harapan mereka akan mendapat duit yang tertunggak.

Belum lagi cemburu melihat kawan2 yang mampu untuk membeli tiket pulang ke Malaysia dua kali dalam setahun sedangkan saya dua tahun sekali pun belum tentu mampu.

Tidak mengapalah. Semoga Allah sentiasa melapangkan rezeki dan memenuhi segala kecukupan agar sekurang-kurangnya saya tidak berhutang dan tidak meminta-minta.

Saya dan beberapa rakan ada juga mengusahakan agar pihak JPA menaikkan pinjaman kami kerana junior di bawah kami, pinjaman yang diluluskan nilainya 3 kali ganda dari kami. Sedangkan kami cukup2 untuk bayar yuran sahaja. Bayangkanlah.

Bukanlah kami tidak bersyukur dengan apa yang diberi tetapi tak betahkan pihak2 tertentu memahami situasi kami yang sukar ini. Kalau saya dari kalangan orang senang, mungkin saya tidak kisah. Tapi jawapan yang diberikan pada kami hanya mengundang kecewa. Saya memujuk diri sendiri.

Tidak mengapalah. Mungkin sekarang ini saya sedang diajar oleh-Nya erti sabar, kuat semangat, bersyukur dan bersederhana dalam kehidupan.

Semasa saya berumur belasan tahun, ayah selalu bercerita pada kami adik beradik bahawa dahulu ayah terpaksa memetik koko di kebun atuk agar boleh dijual koko tersebut dan hasilnya ayah buat belanja sekolah. Ayah kata, ketika ayah duduk asrama dulu, atuk bagi duit cukup2 untuk tambang bas pulang ke asrama.Duit belanja tidak diberi kerana kata atuk, asrama menyediakan makanan setiap hari. Terpaksalah ayah melopong melihat kawan2 ayah membeli barang2 kehendak mereka.

Ayah juga pernah bercerita bahawa ayah terpaksa menamatkan pengajiannya di UiTM sebelum masanya kerana tiada siapa yang mahu menanggung pembelajaran ayah. Adik beradik ayah ramai dan di bawahnya masih ramai lagi yang kecil2 dan bersekolah. Cita2 ayah terpaksa ayah lupakan.

Ayah mengatakan bahawa ayah akan cuba yang terbaik agar ayah dapat mencukupkan segala keperluan kami adik beradik agar kami dapat belajar dengan baik. Ayah cuma mahukan agar kami belajar bersungguh-sungguh. Sehingga kini, motivasi tersebut melekat di hati saya. Membuatkan saya tidak pernah berfikir untuk berputus asa.

Biarlah saya menangis saban hari menahan kepayahan ini. Apa yang penting, saya mahu habiskan pengajian ini tepat pada masanya supaya saya dapat menggembirakan hati kedua ibubapa saya dan juga membalas jasa2 dan penat lelah mereka. Saya mahu merealisasikan impian dan cita2 yang bukan sahaja milik saya tetapi kedua mama dan ayah saya.

Semoga saya diberi peluang untuk menyenangkan hati mereka. Semoga saya diberi peluang untuk membuat mereka rasa sedikit bangga. Semoga saya diberi peluang untuk memberi mereka rasa gaji pertama saya. Semoga saya diberi peluang untuk memberi mereka hidup yang lebih selesa. Semoga saya diberi peluang untuk merawat sakit mereka dengan tangan saya sendiri. Semoga saya diberi peluang untuk memberi yang terbaik buat mereka pula.

Semoga Allah memberi peluang pada saya untuk melaksanakan semua itu. Semoga Allah memudahkan jalan ini. Semoga Allah meminjamkan saya sedikit kekuatan-Nya untuk saya meneruskan perjuangan ini. Semoga Allah merahmati kedua ibubapa saya setap masa.

Siapa pun anda yang terbaca entri ini, saya mengharapkan doa dari kalian semua agar setiap langkah dalam hidup saya dipermudahkan dan dirahmati-Nya insyaAllah.

Nasihat saya khusus buat diri saya sendiri dan umumnyabuat semua ;

Ingatlah, ketika anda merasakan susah, janganlah mengeluh kerana ada lagi yang lebih susah dari anda. Ketika anda berasa senang, janganlah kufur dan melupai Dia. Segalanya milik Allah. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

Semoga saya terus diberi kekuatan.
Semoga saya terus thabat dan istiqamah di jalan ini.

Wahai Allah.. biarlah payah aku melangkah di dunia asalkan lancar perjalanan akhiratku. Jika itulah yang terbaik buatku..




Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Thursday, May 14, 2009

Si Kecil dan Si Besar. Tangan siapa paling cantik?


Assalamualaikum wbt.


Post kedua pada hari ini. Tidak pernah2 dibuat oleh saya. Bukanlah teruja dengan sedikit masa yang lapang ini. Tetapi teruja dengan khabar kawan2 yang bukan di'dengar' tetapi di'lihat'. Dari mana lagi kalau bukan dari laman Friendster dan Facebook. Tahniah kawan2, anda semua berjaya membuat saya mengucap panjang dan beristighfar berkali-kali.


Tangan siapa paling cantik?


"Tangan Nini, Wahida dengan Kakak Syakila. Tangan siapa paling cantik?"

Soal saya pada dua sepupu kecil saya, Nini yang berusia 4 tahun dan Wahida yang berusia 5 tahun. Umur sahaja sedikit tetapi lagak mereka tidak seperti kanak2 kecil yang tidak mengerti apa. Pandai bergaya dan memilih gaya. Mungkin sedikit terpengaruh dengan sepupu2 perempuan yang lebih besar. Dan saya telah ditugaskan untuk 'mempengaruhi' mereka.


dari kiri : Wahida, Syakira, Kakak Syakila dan Nini



"Mana kita nampak tangan Kakak Syakila. Selak la legan baju tu..Asyik tutup aje."

Nini bersuara agak lantang. Bibirnya kecil tapi kata2nya petah. Semasa saya meninggalkannya dua tahun sebelum itu, alahai kecil lagi. Sekarang, banyak cakap. Macam 'mak nenek' kata atuk saya, Haha.


Wahida pula diam tersipu-sipu memandang saya. Saya perasan dia sedikit segan dengan saya. Walaupun menurut ibunya, ketika sepanjang dua tahun kami tidak berjumpa, sering dia bertanyakan pada Maknya dan Mak saya "mana Kakak Syakila mak?". Kerana dia agak manja dengan saya sebelum itu.

"Okay.." saya menyelak lengan dan merapatkan ketiga-tiga lengan kami selari.


"Sekarang siapa punya lagi cantik?" saya menyoal kembali.


"Mestila Kakak Syakila lagi cantik!" kedua mereka berkata serentak.


"Eh ye ka..? Taklah. Semua cantik. Tangan Kak Syakila..tangan Nini..tangan Wahida..semua cantik. Kita semua ada 5 jari cukup. Ada lengan.. Ada siku..Kan semua cantik dan sempurna?" kata saya.


"Tapi tangan Nini dengan Wahida gelap lah!" Wahida cepat2 menyahut sambil menarik tangannya dan disorokkan tangannya ke belakang.


"Ye ke? Macam mana boleh jadi gelap?" saya menguji.

"Sebab ayah kita dengan ibu kita gelap. Wak Ros (ibu saya) dengan Wak Aini (ayah saya) putih. Sebab tu Kakak Syakila boleh jadi putih!" jawab Nini pula.


Hahahaha. Tergelak saya. Makcik2 dan sepupu2 yang ada di sekeliling juga ketawa.


"Bukanlah. Tangan Kakak Syakila putih sebab Kakak Syakila tutup aurat.." Cik Zura, ibu kepada Nini mencelah.


"Kan Ibu suruh Nini pakai lengan panjang tapi Nini taknak kan? Nini nak pakai gown je. Sebab tu tangan dan kaki Nini gelap." sambung Cik Zura. Diam tak diam dia sebenarnya sedang mentarbiah anak perempuan sulungnya.


"Tapi Nini suka gown..Gown cantik la ibu.." Nini beralasan. Kan betul cakap atuk, pandai saja Nini berkata2. Tak padan kecil sepupuku itu.


Saya menarik Nini berdiri di hadapan saya. Kedua tangannya saya pegang.


"Nini, macam mana kan kalau tiba2 masa Nini tengah main masak2 macam semalam kan, tangan Nini melecur terkena air panas? Lepas tu kan, rambut Nini kena sambar api?" saya bertanya pada Nini.


"Habislah tangan Nini dah tak cantik. Lepas tu nanti Nini mesti jadi botak macam mamak" sambut Nini.


Hahaha. Mamak itu merujuk kepada seorang India Muslim, pemilik kedai runcit berdekatan dengan rumah atuk. Dia sememangnya botak.


"Haa..sebab tu la Kakak Syakila pakai macam ni. Sebab nanti, kalau Kakak Syakila pakai gown macam Nini, nanti dekat akhirat Allah bakar tangan dengan kaki Kakak Syakila sampai melecur sebab Kakak Syakila tak tutup aurat. Lepas tu Allah bakar rambut Kakak Syakila dengan api kalau Kakak Syakila tak pakai tudung. Heee..Nini takut tak? Kakak takut!!"


Saya 'berbahasa mudah' dengan Nini. Harap2 dia faham analogi pendek itu tadi. Kerana sebelum itu Cik Zura meminta saya bercakap dengannya kerana menurut Cik Zura, sebolehnya dia mahu mengajar Nini berlengan panjang dan bertudung tetapi Nini tetap berminat paka gown dan skirt.


"Heee..takutnya. Nini pun kena macam tu jugak ke kalau Nini pakai gown?" tanya Nini.


"Mestilah. Sebab Allah akan buat macam tu pada see..mua perempuan yang tak tutup aurat. Nini kan perempuan. Kalau Nini pakai gown, Nini pun kenalah bakar." saya membalas.





"Heee...Ibu ibu. Nanti Kakak nak suruh ayah belikan baju yang macam Kakak Syakila lah." Nini yang membahasakan 'kakak' dengan ibunya bersuara sedikit kuat.


"Tapi kakak nak yang warna pink ibu. Lepas tu nak tudung yang macam dalam cerita Soleha tau ibu!"


Hahaha. Adoi, masih lagi demand dan juga ada unsur2 pengaruh luar. Nasib baik cerita Soleha, cerita Indonesia yang menampilkan si cantik manis bertudung Indon itu.



Si Kecil dan Si Besar




Mudahnya menasihati dan memahamkan Si Kecil. Kerana hati mereka masih suci dan kosong. Kitalah yang mengisinya dan mencorakkannya seawal mungkin. Semoga Nini dan Wahida membesar dengan baik dan solehah serta istiqamah sehingga mereka besar.


Masalah timbul di kalangan Si Besar iaitu meraka yang merasakan diri mereka besar, matang dan boleh membuat keputusan sendiri. Ya, mereka sudah besar secara fizikal tetapi fikiran mereka masih belum baligh. Meraka tahu tapi TAK FAHAM BAHASA. Gaya moden menjadi ikutan. Pujian demi pujian membuatkan mereka terlupa dan terus hanyut.


Berpakaian sempurna mengikut ciri2 dan saranan Islam dikatakan kolot dan tak up-to-date. Lebih menyedihkan, dikatakan seperti orang tua. Pakaian mereka tu lah yang menampakkan mereka muda remaja dan vouge ya?


Semoga Allah melimpahkan Taufik da Hidayah-Nya ke dalam hati2 mereka. Agar mereka sedar dan celik. Agar mereka besar dan baligh.


Ingatlah, hati hanya akan tenang apabia kita berada betul di jalan-Nya.

REDAKSI

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya bagi Allah yang Maha Agung.

Terasa lapang sementara hati yang sesak ini apabila telah selesai melalui 3 hari genting yang berturut-turut bersama Pharmacology. Yang berbaki adalah exam oral pada 19hb May ini dan akan di teruskan pula dengan subjek kedua, Parasitology bermula 25th May. Semoga Allah memberi kemudahan, ketenangan dan kejayaan.

Sejak semalam otak ligat mencari isi2 yang boleh dikongsi di sini. Namun secara totalnya gagal ditemui. Biarlah jari-jemari ini menari-nari di papan kekunci mengungkapkan apa yang tidak terungkap, mengisahkah apa yang tidak terkisah dan melunaskan apa yang belum terlunas.

MOTHERS' DAY




Hari ibu 10th May lalu sedikit sebanyak membawa rindu pada teratak oren kepunyaan ibubapa saya di kampung. Betul-betul rindu. Bak kata sahabat serumah saya, sejak akhir2 ini begitu mahal suara saya untuk diperdengarkan. Kata yang sama pernah diluah bonda.

"Mahalnya suara.."

"Ha? Kenapa mahal pulak ma?" soal saya pada bonda. Belum sempat saya bertanya khabar. Saya di soal selepas memberi salam.

"Iyelah. Lamaaa tak telefon. Meseeej je.. Macam2 cerita dah dunia. Selesema babi, Politik Perak, Taliban. Mesir takde cerita pun?"

"Hehehe.." saya tersengih sendiri. Terasa diperli.

"Exam la mama..Sowry.." saya mengulit alasan.

Sememangnya saya sentiasa mengasak fikiran ibubapa saya tentang betapa sibuknya saya di tahun 3 supaya jika saya tidak menghubungi mereka, automatik fikiran mereka menyatakan 'Oh, kakak sibuk agaknya..' agar tidaklah mereka risau jika saya tidak telefon. Tetapi sebolehnya, saya mengajar diri saya untuk tidak lupa teks mereka sekerap mungkin.

I don't know if I'm right. I just hope I am. Maafkan anakandamu ini ayah bonda.

Dan sehingga kini, masih belum berkesempatan menelefon rumah, bertanya khabar mahupun megucapkan Selamat Hari Ibu secara terus kepada seorang wanita hebat dalam hidup saya, Mama. Bagaimanapun, berbaris-baris doa tidak akan pernah saya lupa untuk dihadiahkan pada keduanya setiap hari insyaAllah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu Mama Ayah.


PERAK




Satu lagi isu hangat dan sengit minggu ini. Setiap kali membuka laman sesawang Berita Harian, tajuk2 berkaitan politik Perak yang saya klik dahulu. Tahu juga OIAM dimenangi oleh Tomok Newboyz, tetapi isu Perak adalah antara yang lebih menarik minat. Mungkin kerana adanya sedikit darah Teluk Intan mengalir di dalam arteri dan vena saya. Mungkin.


Pada mulanya saya tidak faham juga kerana isu-isu berkaitan politik ni, saya kurang rajin untuk ambil tahu, Tapi menyedari pentingnya mahasiswa mengetahui isu2 general yang berlaku di dalam dan luar negara, saya berusaha mengambil tahu. Mujur ada duta-duta kecil politik di rumah saya ini yang rajin mengisahkan kembali cerita2 yang berlaku. Kalau tak, melopong mengiakan je lah. Itu pun saya kurang faham. sengih*



Semoga DS Nizar beroleh kemenangan. Semoga pihak yang benar beroleh kebenaran.

Dan antara yang lain, TGHH kekal sebagai Presiden PAS dan TGNA kekal sebagai Mursyidul Am PAS.

*Isk, bicara politik pula dia ni.


SELESEMA BABI




Selesema babi ataupun Swine Flu juga isu terkini dunia. Wabak pandemik ini menggusarkan hati sesiapa sahaja terutama Mei Mei, Kamala dan Catherine. Pastinya mereka akan merindui HamBurger mahupun HamSteak. Secara tidak langsung atuk2 dan nenek2 Siti lah yang terkena tempiasnya kerana harga ayam naik!

Mereka tidak tahu bahawa H1N1 tidak merebak melalui makanan tetapi sebenarnya melalui droplet atau dalam bahasa ibunda, 'titis air' yang mempunyai virus tersebut seperti semasa bersin, ketawa, batuk ataupun bercakap. Ia juga boleh merebak jika kita tersentuh barang2 yang terkena titis air tadi.

Alhamdulillah setakat ini tiada kes H1N1 lagi yang dilaporkan di Malaysia melainkan seorang suspek yang baru pulang bercuti dari Thailand dan warga Kanada di Sabah yang bagaimanapun dipercayai bebas H1N1.



Tetapi, hangat pula dengan berita meninggococcal infection, Meningococcal Meningitis yang menjangkiti pelatih2 akademi JPJ.

Apabila diuji dengan pelbagai wabak dan penyakit, maka perlulah bermuhasabah adakah kita sebenarnya yang telah mengundang murka Allah. Astagfirullah al-azim..

Seronok juga bercerita tentang virus H1N1 dan bakteria Meninggococcal ni kerana kami sudah belajar mengenainya dalam subjek Microbiology. Konon2 boleh practice lah tu.

EXAM




Isu terhangat pelajar2 perubatan dan juga pelajar2 Al-Azhar di bumi Mesir ini. Dan bahangnya akan tetap tersa sepanjang 2 bulan ini sehingga akhir Jun. Tidak sabar rasanya untuk menamatkan musim peperiksaan ini kerana 'projek besar' musim panas sedang menanti. suka*

Semoga Allah meminjamkan kita kekuatan-Nya untuk kita berusaha dengan gigih. Dan semoga kita diberi kejayaan yang terbaik.

Sekian sahaja dilaporkan berita dari meja redaksi Imtiyaz. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oh, isu BOLA, tak pandai nak ulas kerana saya kurang minat. Pastinya tentu anda lebih arif kan?

Saturday, May 9, 2009

First to Tenth

Assalamualaikum wbt.

First : Alhamdulillah syukurlillah Thank you Allah for all of divine interventions and helps in every steps of my life.

Second : I apologize for those awaiting my banal piece of writing but so far ended up here gain nothing.

Third : I hope I can finish my simple entry this time, again, because I often typed something but it ended incomplete. I lost my passion with all of sudden. Staring at the blank page with a distance look in my eyes while the rest is still unwritten.

Warning! : Read the remaining with a big huge smile.

Forth : Exam will be on Monday and I feel like my systems are incompetent and almost burst out. The tiny part of me thought I'd did everything I should BUT the huge part yet say NO. Oh! I'm in dire trouble. I only have another one day to cover everything uncovered.

Fifth : We've been conditioned to not make mistakes but really we can't live that way. We break the rules we made ourselves. Thats human's nature. Capable of error. Never infallibe. Well, the great spirits have always encountered violent opposition from mediocre minds.

Sixth : Oh don't mind if I behaved strangely. Because, I'm totally okay. Really do. Its just probably because of the Pharmacology/ies that makes everyone acts real funny in an imperative way especially me.

Seventh : I got non-productive cough which serves useless purpose and it euphemismly makes me feel comfortable. I dont know if I am the one who actually take less care of myself or the fluctuating weather do that.

Eighth : The goal of of this entry is not to eliminate the misery but to keep the misery to minimum. Releasing the inhibitions and reconditioning stimulations. I dont know if I'm doing right. I just hope I am.

Ninth : I apologize again for those who dropped by here expecting something that can fulfill your empty soul or adding your general informations or sharpen you acquisitions BUT finally just find out this ludicrous typical piece of writing. I'm wasting your time. I should whack myself for that. Well, some men go through a forest but see no firewood.

Tenth : I got this through my mass reading of unknown's blog. My tears pooled that I can barely cry because my heart is firm, full of sins and guilts. Aku hamba hina. Ya Allah, lembutkanlah hati hamba-Mu ini.

I felt something that I cannot certainly describe when I read those. A je ne sais quoi feeling.

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي
فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي
مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ
ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ
أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً.

Maksudnya:“Allah berfirman: Aku sentiasa bersama apa yang disangkakan oleh
hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia berzikir
dalam dirinya Aku akan mengingatinya seperti itu juga. Jika dia berzikir di
khalayak ramai, Aku akan mengingatinya di khalayak yang lebih baik dari itu.
Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia
mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku
berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari-lari anak.”
(Al-Bukhari)


Indeed, Allah always here and there for me. He is the True Lover. Nothing can change His love. He always gives me best even if I'd commit mistakes and did wrong. Ya Allah, ampuni hamba-Mu yang celaka ini. Ampunilah.



Colleagues : I hope every each of us may perform a greater good reputation for this third year examination and together start our more exciting and stimulating fourth year this September. Hooreeyy!! (I'm inspiring everyone okay). Again, Hooreeyyy!!