Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, April 26, 2011

Ulama' Ummah

Assalamualaikum wbt.


Beberapa hari lepas, saya berkongsi dengan Abang satu cerita tentang kelebihan istighfar.

Ceritanya bermula begini :

Pada suatu hari, Imam Ahmad Bin Hambal sedang mencari tempat untuk berehat di waktu malam selepas permusafirannya di siang hari. Baliau pergi ke masjid untuk solat dan berniat untuk bermalam di masjid tersebut. Namun tindakannya itu dihalang oleh orang tempatan kerana takut-takut apabila orang lain melihat beliau berehat dan tidur di situ, orang lain akan berbuat perkara yang sama.

Maka Imam Ahmad Bin Hambal pun akur dan dia keluar dari masjid tersebut dan mencari tempat untuk berteduh. Sedang beliau berjalan, seorang pemuda terlihat akan beliau. Pemuda tersebut menawarkan Imam Ahmad Bin Hambal untuk bermalam di rumahnya setelah melihat Imam Ahmad Bin Hambal seolah-olah sedang mencari tempat untuk bermalam.

Pemuda tersebut lalu membawa Imam Ahmad Bin Hambal ke rumahnya. Pemuda itu merupakan seorang pembuat roti. Rumahnya agak selesa kerana kehangatan pembakar roti. Selepas mempelawa Imam Ahmad Bin Hambal untuk berehat, pemuda tersebut meneruskan kerjanya membuat roti. Sedang pemuda tersebut membuat roti, Imam Ahmad Bin Hambal duduk di sebelahnya.

Imam Ahmad Bin Hambal memperhatikan gerak geri pemuda tersebut menguli tepung untuk dijadikan roti. Sambil pemuda tersebut menguli tepung, dia beristighfar. Istighfarnya selari dengan tangannya yang menguli adunan tepung.

" Astaghfirullah al-azim. Astaghfirullah al-azim. Astaghfirullah al-azim."

Imam Ahmad Bin Hambal pun bertanya kepada pemuda tersebut.

"Sejak bilakan kau melazimi dirimu dengan perkara ini (istighfar) ?"

"Sejak aku mula membuat roti," jawab pemuda tersebut.

"Sejak bila kau mula membuat roti?," tanya Imam Ahmad Bin Hambal lagi.

"Sejak aku baligh, aku menolong ayahku membuat roti. Sehinggalah kini," pemuda itu menjawab sambil menguli adunan.

"Adakah kau juga berdoa?," tanya Imam Ahmad Bin Hambal.

"Ya.. Aku berdoa pada Allah agar aku ditemukan dengan Imam Ahmad Bin Hambal," jawab pemuda tersebut.

Imam Ahmad Bin Hambal pun berkata, "Akulah Imam Ahmad Bin Hambal.."

So, moral of the story is : Antara kelebihan istighfar adalah, hajat atau doa kita akan dimakbulkan dengan izin Allah.


Keesokan harinya, Abang pergi ke Cairo untuk beberapa urusan termasuklah ke Maktabah Darus Salam untuk membeli beberapa buah kitab.

Pulang dari Cairo, Abang bercerita pada saya. Semasa Abang bertolak ke Maktabah Darus Salam, Abang beristighfar dan berdoa moga-moga Allah dapat temukan Abang dengan mana-mana Syeikh di Maktabah Darus Salam nanti.

And guess what?

Abang jumpa dengan Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari! Seorang ulama' muda Mesir yang mahir dalam pelbagai disiplin ilmu dan juga ulama' muda yang disegani.



Fadhilatul Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari

Abang bersama Fadhilatul Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari.

Abang, Sayang sangat jealous okay?


Ya Allah, semoga saya juga dapat bertemu dengan mana-mana Syeikhul Kabir di Mesir ini satu hari nanti. Dan yang paling saya impikan, untuk duduk bersama dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh para Masyaikh di sini. Ya Allah, Kau perkenankanlah..

Ziyad?

Ziyad pun nak jadi Ulama' lah Ummi!


Here it goes, Syeikh Dr. Mohammad Thoriq Ziyad Bin Abdul Kadir. Ulama' ummah! Bi iznillah..

Syeikh Ziyad enjoy reading books. He also loves to recite Quran!

Syeikh Ziyad berzikir bila ada masa terluang..

Syeikh Ziyad wake up from sleep and recite doa " Alhamdulillahi allazi ahyana ba3da ma amatana wa ilaihi nusyur. Amin!"

Ba3da solat.. Hisap jari kejaplah. Hihi..

"Abi let's go to masjid and perform solat jamaah together!"


Doakan agar anak kecil ini dapat dididik untuk menjadi seorang ulama' yang mahir dalam pelbagai disiplin ilmu dan seterusnya menyampaikan risalah dakwah sepertimana sunnah Rasulullah S.A.W.

Alluhumma taqabbal minna duaa'..


5 comments:

Saiful Aqmal said...

akak, saya pernah pergi masjid 4 mazhab, tempat Syeikh Ali Jumaah selalu solat Jumaat bersama anak muridnya Seyikh Usamah ini lah. kadang2 sheikh usamah sendiri akan beri kuliah dekat situ. Perempuan pun ada dengar kuliah di situ. Syeikh Hajin pula akan buat kelas after jumaat dekat situ, lelaki perempuan semua keliling Syeikh mengajar kitab fiqh.

kalau ada peluang, ajaklah ustaz ke masjib 4 mazhab pada hari jumaat.

khadamgerakanislam.blogspot.com said...

akak dok dkt mne? bukan banyak ka pengajian dkt sana?lg2 dengan pengajian Syamail baru2 ni..
Lg1 Ust xde uplod pun gmbor ust dgn Syeikh usamah dkt fb.. : )

idasyuhada said...

insyaAllah...bi iznillah... ziyad mengikut jejak dakwah ummi n abinye...
ziyad sangat comeell... :) barakallahufikum....

- ismisyakila - said...

saiful : noted that. insyaAllah will be there in no time. tapi susah jugak nk jumpa tu..

ibnu selanjuri : dok mesir di mansurah. kalau dok cairo, dah lama dah pergi selalu.

idasyuhada : insyaAllah...

imah said...

salam dr malaysia..saya ni suke jalan2 blog orang. subhanallah, masyaallah, la quwwata illa billah.... tenang nye hati tgk muke baby ni, ziyad eh name dia? semoga impian akak untuk bjumpa dgn syeikh2 di makbulkan..beruntung blajar oversea ni sbb dpt peluang jumpe org2 alim,btw..syukran atas perkongsian cerita imam ahmad td...skang ni tgah nk exam..pelbagai keserabutan boley muncul...er, lagi satu, sy mtk izin akak copy gmbr baby tomei ni ye... stress pun boley reduce tengok muke baby...^_^
-imah, iium-