Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, October 21, 2011

Kita dan Palestin

Assalamualaikum wbt.



Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk membebaskan bumi Palestin, maka anda sebenarnya masih tidak faham-faham isu Palestin. Palestin bukan hanya soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajiban. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu... Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikan-Nya itu. Tiada Muslim yang tidak mengambil bahagian dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.

Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W. Dari tiga bumi suci-Nya (tanah haram), Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman oleh umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing-masing yangmendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan mereka ialah di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haram-Nya itu adalah milik hamba-Nya yang bertaqwa yang berada di atas jalan-Nya yang lurus iaitu Islam, agama tauhid Nabi Ibrahim al Hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga-tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujah mutlak untuk memilikinya.

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan-angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak-anak Tuhan yang diberkati akan segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenar dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan serta azam baru di awal tahun baru Hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru itu harapan, azam, keyakinan dan masa depan umat Islam harus sentiasa dilumpuhkan serta dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal berputus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan Tuhannya. Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan kepada Tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin, dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnah-Nya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi. Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian dari konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri? Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fisabiliLlah.

Setiap daripada kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin. Jika 10'000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM 100 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa kerdil di hadapan berbilion dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM 1 juta banyak, tetapi ia adalah sedikit jika dibandingkan dengan 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajipan agama, umat Islam di Malaysia mestilah mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Allah tidak menerima RM 100 yang kita keluarkan itu. Allah Taala menerima taqwa di dalam dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan redha-Nya. Ertinya, bukanlah RM 1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada berjuta-juta bilangan umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hamba-Nya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalan-Nya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM 1 juta atau lebih ke Palestin. 1'000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa, sudah cukup untuk menghasilkan RM 1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10'000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM 10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahala-Nya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing-masing di Masjid Nabawi, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan dengan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di balaisah di hadapan rumah anda.

Bukan negara-negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih-buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya. Sudikah setiap daripada kita mendaftarkan diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta taqwa di dada anda.

Biarlah perancangan dan segala takhtitaat membebaskan bumi Palestin itu kita serahkan kepada pakarnya, terutama para pejuang di medan jihad. Kita patut mengetahuinya. Yang lebih penting, kita laksanakan kewajiban kita sendiri. Berjihad dengan harta kita untuk Palestin, atau dengan harta, nyawa dan segenap kepunyaan yang kita ada untuk membebaskan umat daripada benteng yang memisahkannya daripada Islam yang sebenar.


source


0 comments: