Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, March 7, 2009

"Ma, I'm thinking of....."

Assalamualaikum wbt..

"Kak Kiki bila nak kahwin?"
Satu soalan keluar dari mulut seorang adik semalam. Saya sedikit terkejut dengan soalan yang tiba2 itu di tengah2 orang ramai. Riak wajahnya tenang menandakan soalan itu serius bukanlah sekadar usikan atau gurauan. Saya membuntangkan mata sebagai reaksi reflex kepada soalan beliau kemudian saya senyum. Hampir gelak tetapi saya tahan.

"Kenapa tanya soalan macam tu? Awak nak kahwin ke?" saya membalas.
Memancing jika soalan yang terluah itu hanyalah sebagai pembuka bicara kepada niat yang terbuku di hatinya. Namun sangkaan saya sedikit meleset.
"Eh takdelah..sekadar bertanya."
Dia tersenyum. Saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan beliau. Bagaimana boleh secara tiba2 dia bertanya. Pasti ada sesuatu.

"Ye ke...awak ada dengar2 akak nak kahwin ke?" saya bertanya.
Kerana soalan 'bila mahu kahwin' sudah tidak asing lagi ditanyakan kepada saya. Sudah boleh dikategorikan sebagai common question. Saya tidak tahu adakah kerana di dahi saya terdapat cop 'saya mahu kahwin' ataupun 'saya akan kahwin' sehingga saya sering di usik dengan soalan sebegitu.

Soalan yang selalunya saya anggap sebagai usikan dan gurauan itu saya jawab dengan skema jawapan yang ringkas : "InsyaAllah..I'm waiting for the right person and the right time to come. We'll wait and see".

"Eh takdelah..saja je nak tanya" si adik menangkis persoalan saya.
"Takkan Kak Kiki tak nak kahwin kan? hehe." beliau tersengih.
Tersengih barangkali, kerana saya tidak nampak riak muka beliau yang terlindung di sebalik niqab hitam miliknya. Hanya kenyitan matanya itu yang jelas.
"Isk, tanya pasal kahwin pulak kat tengah2 orang ramai macam ni. Nanti akak datang rumah ye? Dah lama tak sembang banyak2".
Kami kemudian berpisah mengikut haluan masing2.

Perkahwin bukan lagi sebuah isu yang remeh dan enteng bagi mereka yang seusia dengan saya. Umur 21 tahun yang di kategorikan sebagai 'young adult' adalah satu fasa pra-dewasa yang membawa kepada interpretasi buah fikiran yang matang.Termasuklah soal perkahwinan lebih2 lagi bagi mereka yang mengharapkan cinta suci yang berlandaskan hukum syarak. Pasti perkahwinan menjadi pilihan bukanlah berkepit kesana kemari tanpa apa2 ikatan yang sah.

Menjawab kepada soalan bila saya mahu kahwin, jawapan saya masih sama iaitu menanti "The right person and the right time". Siapa tidak mahu berkahwin. Berkahwin adalah ibadah, salah satu sunnah Rasullullah s.a.w yang selari dengan kehendak dan fitrah manusia. Menolak perkahwinan bererti menolak fitrah dan sunatullah. Jadi mengapa mahu menolak kepada perkahwinan?




Namun bagi saya, isu berkahwin bukanlah satu isu yang mudah atau yang boleh dipermudahkan. Mengapa? Kerana berkahwin ini besar isunya seperti besarnya niat untuk berkahwin itu sendiri. Jadi persediaan mestilah BESAR juga.

"Ma, I'm thinking of marriage.."
Luah saya pada bonda selepas bercakap lama ketika menghubunginya berapa bulan yang lalu.
"Dengan siapa?" she asked me spontaneously. Terkejut mungkin kerana soal kahwin dibicara semula. Itu bukan kali pertama saya bercakap soal kahwin tetapi kali kedua. Tapi kali ini saya lebih serius barangkali.
"Tak tahu lagi.." balas saya.
"Jangan pakai tangkap muat je.." pesan bonda.

Yes, I'm thinking about marriage. But probably not to marry anybody this real soon. Ia sebenarnya lebih kepada :"Saya bersedia untuk lebih fokus dalam membuat persediaan untuk berkahwin". Itulah yang saya cuba jelaskan pada bonda dan alhamdulillah bonda faham dan merestui niat hati saya.



Sifir hidup saya bermula dengan matlamat dan kemahuan yang jelas. Matlamat dan kemahuan yang jelas membantu saya dalam merangka strategi dengan baik. Strategi yang baik mendorong saya dalam memperkasakan usaha demi mencapai sesuatu yang terbaik.
'If you fail to plan, you plan to fail'.
Salah satu word of wisdom mudah yang saya pegang. Tidak kiralah dalam apa sahaja kehendak dan situasi, jangka masa pendek atau panjang, saya menggunakan sifir ini. Dan sudah pasti, saya lebih banyak mempraktikkan sifir ini dalam study saya.

Mematlamatkan perkahwinan tidak bermakna saya menolak matlamat lain yang lebih utama iaitu menghabiskan study tepat pada masanya. Matlamat utama masih lagi yang utama. Cuma kini saya menambah lagi matlamat jangka masa panjang saya.
Bermatlamatknn perkahwinan bermaksud saya perlu mula berusaha mempersiapkan diri untuk matlamat itu. Dan itulah apa yang saya mahu dan perlu mula lakukan sekarang. Menyedari berkahwin memerlukan persediaan rapi terutama dalam aspek ilmu dan pentarbiahan diri, saya perlu mula bergerak berpaksikan fokus yang lebih baik.

Saya perlu membuat persiapan ilmu untuk membina keluarga yang madani dan bahagia. Saya perlu melatih diri agar bersifat sabar dan tenang dalam setiap perkara dan dalam membuat keputusan. Saya perlu mentarbiah diri agar boleh menjadi sayap kiri yang melengkapkan perjuangan si ketua keluarga dan membantu jalan dakwahnya. Saya perlu bersedia untuk menerima zuriat dan perlu bersedia untuk mendidik mereka agar mereka membesar dalam keadaan mengenal Allah s.w.t.





Perkara sebegitu bukanlah mudah. Oleh kerana itu ketika saya mula berfikir tentang perkahwinan, saya menjadikan ia matlamat yang ingin dicapai agar saya lebih fokus untuk berusaha mempersiapkan diri dengan segala kecukupan dan kelengkapan dan kerapian untuk bergelar isteri pada sang suami dan ibu pada anak2 saya.


Lebih2 lagi perkahwinan bukanlah sahaja demi memelihara diri daripada maksiat dan nafsu syahwat bahkan perkahwinan juga adalah untuk melahiran zuriat dan meneruskan kesinambungan keturunan. Di situlah perlunya persiapan yang lengkap dan mantap.

Saya kadang kala takut apabila terfikirkan sesuatu..
Takut untuk melahirkan zuriat di zaman akan datang yang saya tidak tahu bagaimana situasi dan keadaannya. Adakah lebih baik dari sekarang atau sebaliknya? Dengan pengaruh2 asing yang kian melarat, akhlak dan moral yang semakin miskin dan juga masalah jenayah yang kian meningkat hari demi hari. Adakah saya mampu mentarbiah amanah2 yang Allah berikan itu dengan baik dan sesempurna mungkin? Adakah saya mampu menjadikan mereka harta saya yang paling berharga di akhirat kelak?





Ditambah pula dengan karier saya pada masa akan datang yang masih tidak dapat saya bayangkan bagaimana keadaannya yang sebenar. Adakah saya punya cukup masa untuk anak2? Adakah saya berpeluang melihat setiap perkembangan mereka sepanjang proses mereka membesar? Adakah saya mampu mendidik dan mentarbiah mereka sepertimana kedua ibubapa mendidik saya atau mungkin lebih daripada itu? Adakah saya mampu merawat jiwa zahir dan batin anak2 ketika diperlukan? Oh, saya betul2 risau.



Rasa takut dan risau itulah yang mendorong diri saya untuk berusaha sebaik mungkin mempercukupkan diri agar bersedia mendidik anak2 saya dengan sebaik2 didikan. Sepertimana apabila bapa Imam Shafie ditanya bagaimana beliau mendidik Imam Shafie sehingga menjadi seorang manusia yang hebat. Beliau menjawab "Aku mula mendidiknya sejak 40 tahun sebelum kelahirannya lagi".
Bukankah ini bermaksud, didikan dan pentarbiahan anak bermula daripada diri dan peribadi si ibubapa lagi?
Untuk mendapat zuriat yang baik, diri kita perlu baik terlebih dahulu. Seperti juga jika ingin menanam pokok yang elok, mestilah tanahnya juga elok. Jika tanahnya elok, campaklah apa sahaja biji benih sekalipun maka akan hiduplah benih tersebut menjadi pohon yang subur dan menghijau. Apatah lagi jika benih tadi di siram dengan air yang cukup, dibaja dengan secukupnya dan dijaga dengan penuh rapi, pasti saja pokok itu tampak lebih cantik dan indah.

Saya pernah melalui satu saat yang sukar dalam hidup saya. Saya pernah tergesa dalam berjalan sehingga terlupa melihat peta. Akibatnya, saya terjatuh di dalam lubang yang sempit dan dalam.
Terkadang terasa diri amat tidak bijak apabila masih tetap berada di dalam lubang yang sempit dan dalam itu tanpa pernah berusaha untuk memanjat kembali diding lubang itu untuk keluar. Syukur saya cepat tersedar untuk cuba keluar.
Pada waktu itu saya tidak kisah lagi biarlah badan saya calar balar, terluka dan meninggalkan parut sekali pun, yang penting saya perlu keluar keluar dari lubang sempit itu. Dan alhamdulillah, saya berjaya.
Dan kini, apabila sudah dapat keluar, saya cuba membersihkan kotoran tanah yang melekat dan saya berjanji untuk tidak jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua. Seperti mana Sabda Baginda Rasulullah s.a.w : "Seorang Mukmin (orang yang beriman) tidak akan disengat dari lubang yang sama sebanyak dua kali" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dan lubang itu menjadi pengajaran yang bermakna buat saya.


.Kini bermatlamatkan matlamat yang lebih jelas, saya cuba untuk menyusun strategi yang lebih baik. Saya perlu menyediakan peta yang besar dan jelas. Saya perlu menyediakan lampu suluh dengan harapan lampu suluh tersebut dapat membantu menerangi jalan saya jika jalan itu gelap. Saya perlu menyediakan bekalan air dan makanan yang cukup agar saya tidak lapar dalam perjalanan. Saya perlu membina stamina dan kekuatan yang tinggi agar saya tidak pancit di tengah jalan. Dan saya tidak boleh sombong bertanya dengan orang yang lebih mengetahui jika saya tersesat jalan. Apa yang pasti, segala persiapan perlulah cukup lengkap agar saya dapat sampai kepada matlamat dan tujuan saya dalam keadaan baik dan sempurna.

Jika ditanya sekarang adakah saya sudah bersedia kepada sebuah perkahwinan, saya masih belum pasti. Tidaklah saya tidak bersedia tetapi tidaklah pula sangat bersedia. Jawapan yang pasti adalah, saya masih dalam usaha mempersiapkan diri dan usaha ini mungkin tidak akan pernah henti. Saya bertawakkal pada-Nya di atas usaha2 ini kerana Dia lah yang Maha Tahu. Apa yang saya yakini, 'the right time' InsyaAllah akan tiba dan mungkin pada masa itulah tandanya persiapan dan persediaan saya itu sudahpun meyakinkan.

Ada ungkapan yang mengatakan sukarnya mencari lelaki yang soleh sama seperti mencari gagak putih. Ada benarnya. Ramai di sekeliling saya yang berkata : "Usah sibuk mengharap dan berkehendakkan suami yang soleh tetapi subuklah bina ciri2 solehah dalam dirimu terlebih dahulu".
Dan untuk mencari 'the right person' saya mestilah berusaha ke arah untuk menjadi 'the right person' juga. Barulah usaha dan kehendak itu seimbang.




Rasulullah s.a.w bersabda :"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinlah. Jika kamu tidak laksanakan, akan menjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas." (Riwayat Tarmizi).

Dan penantian "the right person and the right time" kini bermula seiring dengan bermulanya diri ini mengorak langkah untuk merealisasikan strategi dan memperkasakan usaha demi mencapai satu matlamat yang murni. InsyaAllah...

8 comments:

Anonymous said...

sedih la plak bace.
dh nk kawen ke?

izzati.abdullah said...

wow kiki..i'm impress..huhu..berdebar,cuak dan segala macam rasa bercampur when i read this entry..yup bukan senang untuk menyediakan jalan ke arah RIGHT person..tp kite boleh bergerak ke arah itu dengan usaha..

so why not we prepare all the things and get ready for da right time..hehe

nice job actually sis..really like it!=)

Nur Nadhirah said...

kak syakila .. semoga berjaya ;)
klo dah nak kahwin jgn lupa bg tau. eheh. just kidding just kidding :D

- ismisyakila - said...

Assalamualaikum wbt.

to pekerja kontrak klinik : "dah nak kahwin ke?" bukanlah isu yang ingin di ketengahkan tetapi "dah bersedia untuk berkahwin ke?" itulah yang sebenarnya. Bersama muhasabah diri.

to kak zati : thank you kak zati. let's prepaare do not delay! heheh.

to nadhirah : what a joke dirah. but dont worry.. u r in one of my guests list. study molek!

Anonymous said...

الله المستعان يا أختي! حسبك الله ونعم الوكيل

Anonymous said...

salam
boleh tak nak tanya di manakah enti amik pic2 comel ni.. family..yang albimu tu..

mesti banyak yang lagi cantik kan..

ana nak simpan..

Anonymous said...

mana enti amik pic yang albimu tu..yang family tu.. comel la

boleh bagi tak web yang enti amik pic2 tu

syukran

- ismisyakila - said...

wa'alaikumsalam

maaf saya tak pasti source terbaik sebab gambar2 itu adalah hasil perkongsian dengan sahabat2 serumah.mungkin boleh google kot.