Assalamualaikum w.b.t..
Musim kini mula berubah. Hujan yang lebat beberapa hari lepas mungkin adalah tanda berakhirnya musim sejuk di bumi Anbia' ini. Ramai yang sudah mula batuk dan sakit tekak. Fenomena biasa apabila bertukarnya musim. Siang sudah semakin panjang dan malam pula semakin pendek. Heater sudah mula disimpan dan diganti pula dengan kipas. Baju panas mula di simpan rapi di dalam almari. Menanti untuk di sarung semula pada musim sejuk akan datang.
Visa saya sudah tamat tempoh 3 bulan lamanya. Saya pun pelik mengapa saya masih selamba. Jika sebelum ini masalah pembayaran yuran yang belum selesai menghalang saya untuk memperbaharui visa, alasan itu kini sudah tidak relevan lagi untuk saya menangguhkan urusan pembaharuan visa kerana yuran saya sudahpun berbayar. Kesempitan masa pula kini menjadi alasan.
Saya menghubungi rumah semalam. Ayah bertanya tentang visa. Mengetahui saya masih belum memperbaharui visa, ayah membebel. Saya cuba memberi alasan. Namun semua itu adalah alasan. Benar salah saya. Hal penting sebegitu tidak patut saya remehkan. Selepas itu saya berjanji pada ayah untuk mempercepatkan urusan pembaharuan visa. Rasa cuak dan risau mula menyelubungi diri kerana pasti saya dimarahi oleh ammu kerana sudah lama sangat visa saya tamat tempoh. Sempat berpesan pada ayah dan mama di akhir perbualan :"Doakan urusan akak dipermudahkan ye? Risau la pulak tiba2.."
Pagi tadi saya ke Jawazat (Pejabat Imigresen) seawal pukul 8 pagi. Segala dokumen saya telah persiapkan awal2 lagi cuma tidak berkesempatan untuk ke Jawazat. Sesampainya saya di Jawazat, saya di beritahu urusan pembaharuan visa tidak boleh dibuat pada hari ini. Sebab mengapa saya tidak tahu. Ammu Jawazat ada beritahu mengapa tetapi kerana saya yang agak tidak faham bahasa arab, sekadar mengangguk tanda faham urusan tidak boleh dibuat hari ini."Meshi..meshi..". Disuruhnya saya datang kembali esok. Saya bertanya "Bukrah mush agaza?" (esok bukan cuti ke?). Pelik! Esok bukan ke cuti Maulidurrasul ke? "La! Enti gai bukrah insyaAllah.." (Tidak..kamu datang esok insyaAllah..). Saya sekadar mengangguk tanda faham dan berlalu pergi. Tetapi dahi saya masih berkerut. "Biar betul ammu ni. Esok kan cuti?"
Hari ini adalah 12 Rabiul Awal 1430. Salah satu tarikh besar dalam kalendar Islam. Minggu lepas ketika Dr yang mengajar kami Microbiology berkata di akhir lecture : "Okay I'll stop here. We'll continue next week. But Monday is holiday. We'll continue after that", reflex spontan saya dan beberapa orang rakan sekelas yang lain adalah "yeay!" kerana hari cuti adalah hari yang ditunggu2 oleh kami.
Namun bukanlah isu cuti yang ingin saya ketengahkan di sini. Tetapi muhasabah cinta kita pada Kekasih Allah yang satu itu. Sejak kecil lagi kita telah didedahkan tentang Sirah Rasulullah s.a.w tetapi adakah kita betul2 menghayatinya? Rasulullah adalah manusia yang dicipta dengan sebaik2 akhlak tetapi adakah kita mencontohi akhlak Baginda? Rasulullah adalah kecintaan sahabat2 Baginda pada zamannya tetapi adakah cinta kita pada Rasulullah s.a.w mencapai cinta para sahabat pada Baginda?
Itulah antara persoalan2 yang saya persoalkan pada diri saya sendiri sebagai muhasabah untuk diri yang sering alpa dan lupa ini. Saya membuka kembali lembaran kisah2 Baginda sepanjang hayat Baginda bermula dari lahirnya Baginda sehingga Baginda wafat dan juga kisah2 para Sahabat yang sentiasa berada di sisi Baginda semasa hayat Baginda. Menyemak kembali setakat manakah diri ini mencintai Kekasih Allah itu. Setiap kisah yang disoroti membawa rasa syahdu dalam diri. Rasa sebak hadir dan kadangkala mengundang titisan air mata. Adakah diri ini mampu mencintai Baginda Rasulullah seperti kasih dan cintanya sahabat2 Baginda Rasulullah sa.w pada Baginda?
Antara kisah yang memberi kesan adalah kisah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, sahabat terbilang yang paling akrab dan paling di sayangi oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakar r.a telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah s.aw. Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar r.a, dapat kita ketahui dari satu dialog yang terjadi antara baginda Rasulullah dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah s.aw pernah suatu hari menanyakan Rasullah : "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab : "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya."
Semasa peristiwa Hijrah umat Islam ke Madinah di atas perintah Allah ketika berlakunya kekejaman orang2 Quraisy terhadap umat Islam, Saiyidina Abu Bakar bersama2 Rasulullah bersembunyi di dalam Gua Thur. Pada masa itu Saiyidina Abu Bakar merasa gelisah kalau2 mereka di jumpai oleh pihak musuh. Apabila ditanya oleh Baginda Rasulullah, Saiyidina Abu Bakar menjawab : "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andai kata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman."
Berlaku juga semasa penyembunyian mereka berdua itu, Saiyidina Abu Bakar memangku kepala Baginda Rasulullah ketika Baginda tidur. Melihatkan ada sebuah lubang yang dikhuatiri ada binatang berbisa di dalamnya, Saiyidina Abu Bakar menutup lubang tersebut dengan tapak tangannya. Bimbang jika binatang berbisa menyengat Rasulullah. Semasa menutup lubang tersebut, tangannya di patuk ular berbisa yang mendiami lubang tersebut. Sakitnya terasa tetapi beliau hanya mendiamkan diri sehinggalah beliau menitiskan air mata dan air mata tersebut jatuh ke atas muka Rasulullah yang berada di pangkuannya. Begitulah kasihnya Saiyidina Abu Bakar r.a pada Rasulullah s.a.w. Banyak lagi kisah2 Saiyidina Abu Bakar yang boleh dijadikan pedoman. Masya Allah..Bagaimanakah pula cinta kita pada Rasulullah? Adakah sehebat cinta Saiyidina Abu Bakar r.a terhadap Rasulullah s.aw?
Berlaku juga satu peristiwa dikalangan sahabat Rasulullah sa.w beberapa peristiwa yang menunjukkan kecintaan mereka pada Kekasih Allah yang satu itu. Antaranya adalah kisah Khubaib bin 'Ady, iaitu seorang sahabat Nabi yang dijatuhi hukuman mati oleh pemimpin Quraisy tanpa sebarang alasan.
Apabila beliau hendak disalib, para peminpim Quraisy bertanya kepada beliau : "Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?". Jawab Khubaib bin 'Ady : "Aku tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak2ku, sementara Muhammad tertusuk duri..". Begitulah jawapan Khubaib bin 'Ady. Betapa cintanya beliau pada Rasulullah sehingga tidak sanggup melihat Baginda di tusuk duri apatah lagi di salib dan di bunuh. Dirinya di korbankan demi kekasihnya itu.
Bagaimana dengan cinta kita pada Baginda Rasulullah s.a.w? Adakah pernah kita mempertahankan Baginda Rasulullah s.a.w ketika Baginda dihina?
Kita mungkin tidak sempat bertemu dengan Rasulullah s.a.w semasa hayat Baginda namun tahukah anda apakah yang Baginda perkatakan tentang kita umat Bgainda di akhir zaman ini? :
Pernah satu ketika , sedang Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Apabila ditanyakan oleh Saiyidina Abu Bakar r.a, Baginda menyatakan bahawa Baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai Ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saiyidina Abu Bakar bertanya : "Bukankah kami ini Ikhwanmu?". Baginda menjawab : "Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku. Ikhwanku itu adalah mereka yanag belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan mencintaiku.Aku sangat rindu bertemu mereka.."
Adakah patut kita menjadikan tidak pernah bertemu Baginda Rasulullah sebagai alasan untuk kita tidak mencintai Baginda? Jawapannya pastilah tidak. Malahan sepatutnya, tidak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda membuatkan kita rasa lebih rindu untuk bertemu dengan Baginda. Ya, saya rindu Kekasih Allah yang satu itu. Semoga rindu ini membawa kepada cinta yang membawa kepada pertemuan di akhirat kelak.
Semasa kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w, berita yang tersebar menggegarkan Madinah. Ramai para sahabat yang besar dan mereka yang terdahulu memeluk Islam mendengar sehingga hilang kewarasan akalnya. Ada dikalangan mereka yang lidahnya kelu. Ada yang jatuh lumpuh tak daya untuk bergerak. Sehinggakan Umar al-Khatab menghunus pedangnya dan melarang orang ramai mengatakan Rasulullah s.a.w telah wafat. Hanya Saiyidina Abu Bakar sahaja yang teguh imannya.
Saiyidina Abu Bakar r.a masuk menziarahi Rasulullah s.a.w sedang Baginda kaku diselubungi selimut di atas katilnya. Beliau lantas mengucupi Baginda seraya berkata : "Aku tebus kamu dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah! Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati. Kematian yang Allah suratkan kepadamu telah kamu rasai. Kamu tidak ditimpa kematian lagi selepas ini untik selama2nya. Wahai Rasulullah, ingatilah kami disisi Tuhanmu."
Kemudian Abu Bakar keluar menemui orang ramai dan berkata : "Wahai manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati." Kemudia beliau membacakan ayat ke 114 surah Ali- Imran.
Begitulah fenomena yang berlaku di kalangan sahabat ketika kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w. Ia berlaku kerana mereka amat mencintai Rasulullah s.a.w. Cinta mereka itu menyerap sehingga ke dalam darah dan urat saraf mereka. Bagaimanakah cinta kita wahai sahabat2 sekalian? Apakah cinta kita pada Rasulullah melebihi cinta kita pada dunia ini? Apakah pula cinta di dunia ini yang boleh mencapai kehebatan cinta para sahabat yang baik ini terhadap Baginda Rasulullah s.a.w? Bagaimana pula cinta kita pada Baginda? Bagaimana?
Marilah sama2 kita muhasabah kembali cinta kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. Bersempena kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w ini, marilah juga kita bersama2 memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar, Rasulullah s.a.w. Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).
Sollu 'ala Rasulullah s.a.w..

0 comments:
Post a Comment