Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, March 6, 2009

Nikmat-Nya

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang Menghidupkan dan Mematikan.

Hari ini hari Jumaat. Hari yang kebiasaannya sibuk kini agak lapang. Selalunya waktu2 begini saya pasti bersama2 adik2 SC saya. Tapi hari ini diadakan Sports Day peringkat PERUBATAN menyebabkan SC terpaksa ditangguhkan. Niatnya mahu jalankan SC malam tadi memandangkan hari ini mereka akan sibuk bersukan. Tetapi ada tetamu dari cawangan lain yang ingin bermalam di rumah adik2 demi meraikan hari sukan pada hari ini maka terpaksa ditangguhkan lagi. Saya memilih untuk tidak menyertai sukan. Bukan tidak menyokong program yang dianjurkan tetapi saya betul2 perlukan masa untuk study saya yang banyak tertangguh.

Seakan tidak percaya exam semakin dekat membuatkan saya sedikit stress. Semester kedua ini saya rasakan diri saya agak lembap dan kurang motivasi diri. Bermacam2 faktor membuatkan diri ini stress. Kelas, masa, aktiviti, study dan diri sendiri. Saya cuba bina kekuatan diri. Menghadiri program motivasi. Berbincang dengan kawan2. Dan membuat sesuatu yang saya suka. Dan bermacam lagi.

Saya bukanlah jenis yang hanya duduk dalam bilik bersama2 buku dan study 24 jam tanpa henti. Saya sukakan aktiviti2 luar. Menghadiri apa2 program yang saya rasakan bermanfaat. Namun apabila mengetahui limit diri dan hak2 lain yang perlu ditunai, maka saya perlu mengehadkan aktiviti saya mengikut masa dan keupayaan. Yang pasti, tiada istilah cuti di hujung minggu sejak akhir2 ini. Saya tidak boleh mengeluh kerana inilah jalan yang saya pilih. Sebenarnya, jika saya merasakan diri saya sibuk, masih ramai lagi yang lebih sibuk dari saya. Biarlah sibuk sekarang agar tidak muncul lompong kosong di hari Sibuk sana.

Semalam saya ponteng 2 kuliah kerana tidak sihat. Rasa amat rugi kerana ianya hanyalah menambah hutang2 study yang belum langsai. Membaca sendiri tidak sama dengan menghadiri kuliah. Melalui kuliah, kita lebih cepat tangkap, faham dan ingat. Membaca sendiri di rumah selama berjam-jam tidak akan pernah sama kualitinya dengan jika kita duduk dan mendengar lecturer mengajar selama sejam. Mujur saya menyertai tuition class untuk subjek tersebut. Sekurang2nya saya pasti topic pada hari itu akan diajar kembali semasa tuition nanti.

Saya sedikit kecewa kerana kelas tuition Patho terpaksa dibatalkan kerana hanya 7 orang sahaja yang mahu menyertai kelas tersebut. Kelas memerlukan sekurang2nya 15 orang untuk berjalan seperti biasa. Doctor menolak untuk mengajar kami yang bilangannya hanya separuh sahaja dari yang dia mahu. Sedihnya! Subjek Patho tu nak tunggu saya baca dan belek buku sendiri memang payah. Tidak sama baca sendiri dengan Doctor ajar. Biarlah Doctor mengajar laju pun sampai saya tidak sempat langsung memandang buku tetapi sekurang2nya saya dapat 80% kefahaman berbanding membaca sendiri yang mungkin hanya 20% sahaja kefahaman. Itupun kadang2 salah faham. Untuk mendapat 60% peratus lagi, perlu ulang2 banyak kali.




Pernah tak dengar kata2 ini :"The first step in the acquisition of wisdom is SILENCE, the second is LISTENING, the third MEMORY, the fourth PRACTICE, the fifth TEACHING others".
Saya pegang kata2 ini kerana memang benar, jika kita ikut step ini, kita akan mudah faham dan ingat. Lebih2 lagi saya bukanlah seorang yang cenderung membaca tulisan2 yang berjela2. Saya lebih mudah faham jika mendengar berbanding melalui bacaan. Dan saya lebih mudah hafal melaui diagram tidak kiralah gambar, carta, peta minda etc. Saya jarang menghafal teks tetapi saya boleh menjawab berdasarkan gambar2 dan diagram yang saya lihat.

Semalam juga saya menghadiri perjumpaan group Nuqaba'. Para2 Nuqaba' telah dibahagikan kepada kumpulan2 kecil untuk berbincang tentang syllabus yang hendak disampaikan kepada adik2 SC dengan lebih berkesan. Saya diamanahkan untuk menjadi ketua bagi group saya bersama2 8 orang sahabat yang lain. Ketua berfungsi memastikan segalanya berjalan dengan baik dan teratur serta mencapai matlamat penubuhan kumpulan kecil ini iaitu berbincang dan berkongsi ilmu untuk disampaikan pula pada adik2. Alhamdulillah, sahabat2 banyak membantu dan memberi kerjasama serta komitmen yang sangat baik menjadikan kerja lebih mudah.
Perbincangan syllabus yang pertama semalam saya rasakan amat seronok. Kami membincangkan tajuk Iman dan Taat.




Iman adalah satu elemen penting yang membawa kepada ketaatan. Maka siapakan orang yang beriman? Orang yang beriman adalah orang yang mengenal keMahaEsaan Allah, sifat2-Nya yang hakiki, undang2-Nya dan pembalasan-Nya kepada hamba2-Nya pada hari kiamat berkenaan dengan perbuatan mereka, dan kemudian meyakini semua itu, adalah mu'min sebenar.

"Mengenal Allah, mentauhidkan-Nya dan membersihkan-Nya daripada sesuatu yang mengotorkannya adalah aqidah yang tinggi dalam Islam" - Al Syahid Imam Hasan Al-Banna.



Suka untuk saya bawakan Hadith ke-2 dalam Syarah Hadith 40 Imam Nawawi :

Daripada Saidina Umar r.a beliau berkata : " Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda2 perjalanan jauh dan tiada seorangpun dintara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w.

Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah s.a.w dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pahanya, lantas dia berkata : Wahai Muhammad! Ceritakan kepadaku tentang Islam". Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: "Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, kam menunaikan zakat, kamu berpuasa di bulan Ramadan dan menunakan haji jika kamu mampu mengerjakannya". Lelaki itu berkata: "Benarlah kamu!" Kami merasa hairan terhadapnya ; dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya.



Lelaki itu berkata lagi : "Ceritakan kepadaku tentang iman". Baginda s.a.w berkata : "Bahawa kamu beriman dengan Allah, para malaikat-Nya, kitab2-Nya, rasul2-Nya, hari kiamat dan kamu beriman dengan kadar baik dan buruk-Nya". Lelaki itu berkata: "BEnarlah kamu!"

Dia berkata lagi: "Ceritakan kepadaku tentang ihsan". Baginda s.a.w menjawab: "Bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah2 kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Allah melihat kamu."

Lelaki itu berkata lagi : "Ceritakan kepadaku tentang kiamat". Baginda menjawab: "Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya".

Lelaki itu berkata lagi : "Ceritakan kepadaku tentang tanda2nya". Baginda menjawab : "Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan penggembala kambing berlumba2 membina bangunan."

Kemudian lelaki itupun pergi. Maka aku pun menunggu beberapa hari. Kemudian Rasulullah s.aw berkata : " Wahai Umar! Tahukah kamu siapaka orang yang bertanya itu."

Aku menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah s.a.w : " Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu "

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab 'Iman'. Hadith no. 8.

Ibnu Daqiq al-'Iid berkata : "Hadis ini adalah hadis yang merangkumi semua amalan zahir dan batin. Ilmu2 syariat semuanya merujuk dan lahir darpada hadis ini. Ia seperti ibu kepada sunnah kerana ia mengandungi himpunan ilmu2 sunnah, seperti mana al-Fatihah dinamakan Ummul Quran keran ia mengandungi himpunan pengertian al-Quran."

(sumber dan rujukan : Kitab Syarah Hadis Imam Nawawi terbitan PMRAM)

Dari hadith di atas kita tahu apakah itu Islam dan apakah itu Iman.

Islam dan Iman itu juga secara ringkasnya adalah Rukun Islam dan Rukun Iman yang sejak kecil lagi kita sudah menghafalnya kan?

Teringat masa kecil dahulu, saya dan abang saya sering bersaing siapa yang lebih cepat menghafal doa dalam solat, bacaan dalam solat, surah2 lazim dan macam2 lagi termasuklah rukun islam dan rukun iman. Dan saya selalu menjadi juara walaupun kadangkala kalah.

Teringat lagi ketika saya bertanya ayah :"Ayah2..kenapa kita mesti sembahyang?" Ayah menjawab: "Kitakan orang islam..orang islam mesti sembahyang". Apabila dididik untuk berpuasa di bulan ramadan saya bertanya lagi : "Kenapa kita kena puasa?" Dan jawapan yang diberi adalah sama : "Kitakan orang islam..orang islam mesti lah kena puasa". Dan pada masa itu saya solat dan berpuasa kerana saya orang islam.

Dan hakikat sebenar pada masa itu adalah saya tidak faham lagi bahawa solat dan berpuasa adalah antara salah satu bentuk pengabdian, penyerahan dan tunduknya kita kepada Allah selari dengan maksud Islam dari segi bahasa.

Sayangnya orang sekarang, mereka mengaku muslim tetapi jarang sekali menjalankan kewajipan seorang muslim yang sebenar. Menjadikan solat sebagai satu perkara yang remeh dan menjadikan berpuasa di bulan ramadan sebagai adat kebiasaan di bulan ramadan. Orang semua berpuasa, kita pun puasalah! Kadang2 langsung tidak berpuasa tanpa sebarang keuzuran. Tapi bila ke bazar ramadan, borong segala macam makanan!
Memetik kata2 yang terdapat dalam buku syllabus kami: "Diibaratkan hubunga iman dan islam itu adalah seperti benih dan pokok. Sebatang pokok tidak akan tumbuh jika tiada benih. Boleh jadi juga benih yang di letakkan di dalam tanah tidak tumbuh. Jika tumbuh pula, boleh jadi pokok itu cacat kerana tanah yang kurang baik mahupun kekurangan air. Dan boleh jadi juga ia tumbuh dengan subur dan menghijau kerana cukup segala keperluannya. Begitulah juga tidak mungkin seorang manusia itu menjadi muslim apabila di hatinya tiada iman. Jika punya iman, kadangkala islamnya tidak sempurna kerana kurangnya tekad dan ilmu. Dan ada juga yang iman dan islam mereka sempurna kerana cukup segala keperluannya dari segi tekad dan ilmu."

Saya sendiri sebagai manusia terkadang lupa. Merasakan diri ini benar walaupun hakikatnya salah. Kalaupun mengikut suruhan Allah tetapi kadang2 masih juga melakukan larangan-Nya dalam tidak sedar. Astagfirullah al azim..Di situlah perlunya muhasabah diri setiap masa. Menjadikan mati, hari kiamat, syurga dan neraka sebagai peringatan.





"Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dar kegelapan kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung2nya adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya" (Al-Baqarah : 257)

Ya Allah...
Teringin sekali saya untuk mencintai Allah dengan sebenar2 cinta yang melebihi segalanya. Seperti Rabiatul Adawiyah yang cintanya pada Allah sehingga mencapai tahap ma'rifatullah. Teringin juga untuk menjadi ikhwan Rasullullah yang mencintainya sepenuh hati seperti sabda Baginda s.a.w : "Ikhwanku itu adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan mencintaiku."
Sempena 12 Rabiulawal yang bakal menjelang, marilah kita bersama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w agar kita tergolong di kalangan umat Baginda yang mendapat syafa'at di akhirat kelak. InsyaAllah..


"Ya Allah.. jadikanlah hamba-Mu ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman."

0 comments: