Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, March 17, 2009

KAMU TAHU?

Assalamualaikum wbt.

Kamu tahu?

Pagi tadi selepas bangun dari tidur, saya menyemak kembali daily planning dan list to-do saya. Ada tanda merah di satu column. Rupanya saya berniat untuk post entry mengenai solat sempena "STAND WITH SOLAT, COVER WITH HIJAB" campaign yang dianjurkan oleh Unit Hisbah Perubatan Cawangan Mansurah (PCM). Kempen tersebut telah berakhir semalam tetapi kewajipan untuk saling menasihati tentang SOLAT dan HIJAB tidak akan pernah berhenti.

Maka saya rasa perlu saya postkan entry tersebut.

Saya buka kembali buku Mickey Mouse yang selalu saya bawa ke program2 ilmu. Menyelak
kembali penulisan yang saya sampaikan pada sesi Smart Circle yang lepas, KELEBIHAN SOLAT.



Kamu tahu?

SOLAT adalah tiang agama. Jika tegak tiang solat itu, maka tertegaklah agama kita. Jika condong tiang itu maka condonglah agama kita. SOLAT adalah kewajipan ang wajib dilkukan oleh setap muslim dalam setiap keadaan selagi akalnya masih waras.

Kamu tahu?

Di dalam Al-Quran, perkataan 'aqama' yang bermaksud perintah mengerjakan dan mendirikan soalt disebut lebih di 25 tempat. Perkataan 'as-solat' pula di sebut lebih daripada 70 kali yang antaranya terdapat di dalam Surah An-Nisa : 103 : "Seterusnya apabila kamu selesai menyempurnakan solatmu, ingatlah Allah ketika kamu berdiri, pada waktu duduk dan ketika berbaring. Kemudian, apabila kamu telah merasa aman, maka kamu laksanakanlah solat itu (sebagaimana biasa).Sungguh, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ats orang2 yang beriman."

Kamu tahu?

Perintah solat adalah amat unik dan istimewa. Ia berbeza dengan perintah2 yang lain seperti zakat, puasa, haji dan sebagainya yang disampaikan melalui wahyu Al-Quran dengan malaikat Jibril sebagai perantaraan.

Tetapi SOLAT diperintahkan secara terus kepada Rasulullah s.a.w di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra' Mikraj. Jadi sekarang, dapatkah kamu bayangkan betapa solat itu amatlah penting dan bermakna?

Kamu tahu?

SOLAT adalah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Amal pertama akan dihisab bagi seorang hamba di hari akhirat adalah SOLATnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain." (Thabrani)

Kamu tahu?

SOLAT adalah penting..Kerana :

1.Solat dapat mengingatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah.

"Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingati Aku" (Surah Taha : 14)

2.Solat dapat menghapus dosa.

Dari Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : Sembahyang 5 waktu dan sembahyang Jumaat sehingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang2 itu, selama dijauhinya dosa2 besar (Hadis Riwayat Muslim)

3.Solat dapat mencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

"Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah di wahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakan solat, Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan ketahuilah mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Ankabut : 45)

4.Solat dapat memberi keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup.

"Sungguh beruntung orang2 yang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah Al-Mukminun : 1-2)

Kamu tahu?

Solat yang khusyuk boleh mendamaikan jiwa, mengawal tekanan perasaan dan menjadikan tubuh badan kita sihat dan cergas. Rasulullah s.a.w sediri ,ketika Baginda berhadapan dengan masalah, Baginda akan memperbanyakkan solat kerana bagi Baginda, solat adalah amalan penyejuk hati.


Kamu tahu?

Solat adalah amalan yang paling Allah sukai.

Daripada Abi Amr Asy-Syabani katanya, Abdullah Ibn Mas'ud pernah bertaya kepada Rasulullah s.a.w : Apakah amalan yang paling Allah sukai? Nabi s.a.w menjawab : "Solat tepat pada waktunya". Ia bertanya lagi : "Kemudian apa?" Baginda menjawab : "Melakukan kebaikan kepada ibu bapa". Ia bertanya lagi : "Kemudian apa?" Baginda menjawab : "Melakukan jihad pada agama Allah s.w.t". (Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Kamu tahu?

Dalam buku 'Apa Ertinya Saya Menganuti Islam' karangan Fathi Yakan ada menyatakan 'Saya mestilah muslim dari sudut ibadah'. Dalam sudut ibadah, kita antaranya perlu berasa TAMAK dalam beribadah. Bak kata bonda saya, apabila kita sudah dapat yang baik,kita mahu yang lebih baik. Apabila kita sudah dapat yang lebih baik, kita mahu yang terbaik. Begitulah kita perlu ada rasa tamak dalam beribadah.

Kamu tahu?

Saya mengingatkan diri saya khususnya serta kamu juga umumnya, marilah kita menunaikan solat dengan sebaiknya. Marilah kita memperelokkan lagi solat kita. Mariah kita tambahkan lagi ibadah dengan solat2 sunat. Marilah kita biasakan diri kita dengan solat agar kita sentasa tenang dan terpelihara.

Sekarang kamu tahu?

4 comments:

Anonymous said...

salam...
sy jez singgah n found out u'd a nice posted blog~~(^^,)
jez sy nk tnya...bout hijab ni...
um...
perlu ke sorang pompuan 2 pakai tudung labuh?
i mean if die tutup aurat even w0ut pakai tdung labuh @ tudung besar,is it still mcm x sempurna?

- ismisyakila - said...

wa'alaikumsalam wbt..

ehm..this is fm my self-opinion.If we check back the definition of female's aurat is to cover all over the body except our face and around the palm.

Bertudung labuh bukanlah syaratnya. Namun Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 31:"..dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)..".

Labuhkanlah tudung melepasi dada. Ianya lebih baik. Orang kata, lebih manis.

Tudung juga sebenarnya berfungsi sebagai penghijab kita dari melakukan perkara yang kurang baik juga sebagai penghijab dari akhlak yang kurang sopan.

To be frank, from my self-experiences, bertudung lebih labuh membuatkan saya lebih tenang dan lebih yakin untuk melangkah di khalayak ramai dan berurusan dengan muslimin.

Untuk lebih jelas, boleh baca di laman blog sahabat saya www.cikhijau.blogspot.com tentang hijab@tudung.

Erm,by the way, thanks for dropping by. DO more visit as long as this blog is beneficial. U r welcome for any comments n opinions.(^_^)

wsalam..

Anonymous said...

thanks...;)

sy sbenanye tgh mcari jwpn utk sume ni...
sy nk kumpul kekuatan semula nk brubah...

sy pernah dekat dengan sume ni but sumthing happen yg buat sy tawar hati nk brubah pakai tudung besar...

sy rs x adil utk seseorg 2 dinilai keimanan n kebaikan hanya diatas sehelai tudung...sy hormat org yg pakai tudung besar n labuh...even sy sllu bharap sy akan jd salah seorg dr golongan ni 1 hari nnt...cuma bila sesuatu jd pd diri sy bkaitan tudung ni,sy jd sedih n tawar hati...

tp sy nk cuba brubah n skrg sy nk kumpul balik kekuatan sy yg penah ada dulu...moga Allah permudahkan...doakan sy...

thanks again...
salam....

Anonymous said...

salam jez. alhamdulillah if awak nak berubah kpd yg lbih baik. nasihat saya awak carilah kekuatan dgn cara berkumpul dlm kalangan org2 yg nak berubah gak. tak jadi if mulut kata nak berubah tp persekitaran dan kengkawan kita masih sama. cuba hayati lagu nasyid "tumbuk hati" dan laksanakn 5 perkara yg dinyatakan didlm bait nya.wasallm.