Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sunday, March 29, 2009

The Black Attire

Assalamualaikum w.b.t

Malam kian larut. Jalanan yang kini sepi kadangkala disulami dengan gelak tawa anak remaja arab mahupun suara ammu menjual zabadi. Saya masih terkebil-kebil memandang lambakan buku dan nota. Jika ikutkan hati yang bersemangat, semuanya ingin saya baca serentak tetapi sudah pasti itu semua di luar kemampuan. Jika ikutkan rasa hati yang seakan putus asa pula, ingin saja ditinggalkan semua dan berkelubung dengan comforter dan melelapkan mata. Mudah, habis cerita. Tetapi dek kerana terngiang-ngiang pesan bonda di kampung, saya gagahkan juga menyelak secebis dua helaian.

"Inikan berjihad.." itu kata bonda setiap kali saya mengadu betapa letihnya saya bahkan semua orang ketika exam kian menjelang. Dan setiap kali kata itu diluah, saya kembali mengumpul semangat yang luntur. Betapa jihad ini saya kira jauh lebih mudah dan selesa bahkan membawa kepada kesenangan saya pada masa hadapan. Jika mahu dibandingkan jihad sebenar anak-anak dan pemuda-pemuda di Palestin melawan musuh Allah, saya malu sendiri. Layakkah saya untuk futur? Mudahnya saya mengeluh berputus asa.

Ah, saya tidak akan semudah itu berputus asa. Hampir 3 tahun telah saya lalui dan masih ada 3 tahun lagi berbaki. Saya menarik nafas sedalamnya. Saya mesti teruskan usaha. MESTI!

Setiap kali menyenarai pendekkan perkara yang perlu dibuat, topic yang perlu dibaca dan kerja yang tergendalai, senarai pendek itu menjadi panjang. Banyaklah pula. Ehmm..kuncinya adalah bergerak sekarang tanpa perlu bertangguh.

Tersengih sendiri saya apabila perlu memujuk hati. Bermacam cara dicuba. Antaranya :
  • Saya tanamkan rasa 'dengki' melihat kawan-kawan yang giat menghafal jar dan menilik slide pathology supaya saya tidak ketinggalan dalam persaingan sesama kami. Maka digagahkan jua kaki ini meangkah ke museum seawal pagi. Tapi kadang2 missed juga.
  • Kalau agak2 rasa malas menguasai diri dan fikiran, saya angan-angankan betapa indahnya tatkala menatap kejayaan selepas berkeringat meloloskan diri di celah pak arab ketika melihat result yang ditampal tayangkan di kawasan universiti. Bestnya perasaan itu. Nak rasa lagi!
Berkesan ke? Cubalah!

Oh, minggu lepas, kami para muslimat wore black attire semata-mata mahu menjayakan sesi penggambaran bersama rakan2 sekelas. Sudah agak lama rasanya tidak bergambar bersama. Biarpun tidak semuanya ada, tetapi majoriti kami tetap bergambar bersama. Since pictures worth thousand words, enjoy the pieces of our memory.

di dalam lecture hall

di luar kelas

the models

Tahu apa tandanya apabila kami bergambar bersama? Tandanya sesi persekolahan tahun ini bakal berakhir tidak lama lagi. Syahdu pula rasanya. Semoga kami tetap akan bersama naik tahun tanpa berkurang walau seorang pun. Insya'allah..

Kepada kawan2 yang membaca entry ini, good luck for the endeavours!

1 comments:

kkida @ 1001resipi said...

Salam, auntie nak tanya sikit. Bagus ke belajar perubatan di Mesir ni terutaman Universiti ini. Boleh ceritakan kepada auntie tak? terima kasih.