Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, July 1, 2010

Miscellaneous

Assalamualaikum wbt.



Hari ini abang pergi. Esok, abang akan pergi lagi. Minggu hadapan, abang juga akan pergi lagi. Begitulah hari-hari yang seterusnya dan akan datang. Abang pergi bukan ke mana-mana tetapi bekerja untuk Islam. Dan saya di rumah, menguntum rindu dan menanti dengan penuh kasih serta doa yang tak pernah putus agar abang selamat pergi dan pulang serta dipermudahkan oleh Allah akan setiap urusannya.

Bak kata pepatah, sayang isteri tinggal-tinggalkan.. Saya tidak mahu dan cuba untuk tidak mengeluh kerana inilah sunnah orang berjuang. Tugas dan peranan abang lebih banyak diluar dan saya yang ditinggalkan di rumah, juga punya peranan. Ya Allah, jika satu hari nanti dengan ketentuanmu aku tak mampu lagi membantu abang dalam perjuangannya, aku berharap agar janganlah sehingga aku membantutkan perjuangannya pula.

Tidak dinafikan setiap kali abang tiada di rumah, semangat saya untuk study sedikit berkurangan. Apakan daya, rasa rindu mencuit jentik hati saya ini. Berapa banyak contengan 'i miss u' atau 'i love u' tercoret di kertas-kertas. Ah, rindu rasanya melihat gelagat abang menjenguk jika saya study atau main-main. Rindu juga rasanya mendengar suara abang yang buat-buat garang menegur saya yang sedang bermain atau bermalas-malasan "sayang..studyyyy!!!".

Rindu juga saat meja study kami berlaga dan tanpa sepatah kata, saya senyum dan saya menunjukkan pada abang perkataan 'I LOVE U' yang saya tulis di kertas dan abang membalasnya dengan senyuman dan mengangkat buku yang ada bertulis 'I LOVE U' juga. Juga rindu saat-saat saya curi-curi menconteng buku study abang dengan kata-kata cinta dan semangat dan abang juga berbuat perkara yang sama.

Ah, betul-betul di lamun cinta!


Hampir 5 bulan melayari bahtera perkahwinan, mengajar saya banyak perkara yang baru. Dan saya merasakan bahawa, detik-detik dalam hidup saya lebih bermakna. Jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang, banyak bezanya. Saya bukan hanya bercakap tentang cinta, hati dan perasaan, tetapi betapa hampir setiap masa saya dapat digunakan dan terisi dengan perkara yang berfaedah. Alhamdulillah, syukurlilllah..

Musim peperiksaan yang masih belum berakhir kadang-kadang menguji diri sendiri. Apa lagi soal masa yang pendek. Jika semasa bujang dahulu, hampir 24 jam saya terperangkap di dalam bilik untuk study. Letih study, saya tidur atau berehat. Jika lapar, cari makan sendiri. Jika waktu giliran untuk memasak, akan ambil masa sedikit untuk memasak. Waktu solat jemaah, keluar solat jemaah. Tiba hari peperiksaan, baru keluar berjumpa dengan matahari dan angin luar. Jika musim peperiksaan itu 3 bulan, maka 3 bulanlah rutin yang sama akan berulang.

Tetapi sekarang segalanya berbeza. Setiap masa perlu dibahagi dengan baik. Hak-hak rumahtangga perlu dipenuhi. Hak diri sendiri, hak suami dan hak anak (biarpun belum lahir tetapi tetap punya hak-hak tertentu yang perlu ditunaikan). Namun tidak pernah sedikit pun kerisauan ketidakcukupan masa untuk study mencekam hati saya. Dan alhamdulillah setakat hari ini, semuanya berlalu dengan baik. Dan semoga ia berterusan sehingga bila-bila pun insyaAllah. Mungkin inilah sakinah, mawaddah dan rahmah yang Allah janjikan. MashaAllah Tabarakallah..

Menjadi yang terbaik dan melakukan yang terbaik dalam setiap perkara bukanlah mudah. Saya masih setahun jagung untuk bercerita panjang tentang rumahtangga. Tetapi menjadi isteri dan bakal menjadi ibu, membuka banyak ruang untuk saya muhasabah diri setiap kekurangan yang ada pada diri dan juga membuka lebih ruang untuk saya memperbaiki diri tanpa seribu macam alasan dan halangan.

Setiap wanita mengimpikan untuk menjadi isteri yang solehah dan saya tidak terkecuali. Kunci syurga bagi wanita adalah mentaati suami. Dan mentaati suami bukanlah semudah yang disangka namun Syurgalah yang menjadi pendorong kita untuk mempersembahkan yang terbaik buat suami pada setiap masa. Siapa tak mahu syurga? Dan untuk menjadi wanita solehah adalah merupakan satu process, bukan event.

Process yang dimaksudkan adalah ruang masa yang tak pernah berpenghujung. Dan dalam ruang masa itu, kita perlu berusaha dan mencuba untuk membentuk dan meningkatkan kesolehan dalam diri kita dalam setiap masa dan perkara yang kita lakukan. Juga untuk bermuhasabah seterusnya memperbaiki dan menutup lompong kerosakan yang ada. Kerana iman kita, ada turun naiknya. Dan kita akan tahu hasilnya di hari pembalasan kelak.

Masa yang berlalu saya rasakan begitu cepat sekali. Alhamdulillah, usia kandungan saya sudahpun mencecah 22 weeks. Baby juga semakin active doing martial arts dan beribadah inside the womb. Dan semakin dekat dengan waktu melahirkan, semakin hati ini bercampur baur dengan perasaan. Tidak sabar, takut, tidak bersedia dan sebagainya.


Saya tahu perlu banyak bermuhasabah dan memperbaiki diri. Mengimpikan zuriat yang soleh/ah, saya perlu mendidik diri untuk menjadi solehah terlebih dahulu. Mengimpikan zuriat yang mempunyai akhlak dan pekerti yang baik, saya perlu mendidik diri dengan akhlak dan pekerti yang baik terlebih dahulu. Mengimpikan zuriat yang mencintai Al-Quran dan Sunnah, saya perlu mendidik diri untuk mencintainya dulu. Mengimpikan zuriat yang sentiasa terjaga dan terpelihara setiap sudut dalam hidupnya, saya perlu membentuk qudwah yang hasanah serta biah yang solehah terlebih dahulu.

Ya, semuanya bermula dengan ibubapa. Dan saya serta suami perlu mulakan dengan diri kami terlebih dahulu. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.


Di mana saja anda berada, doakan agar zuriat ini lahir dengan elok dan sempurna ,terdidik dengan kefahaman agama yang sahih dan akhlak yang baik, hatinya sentiasa subur dengan keimanan dan ketaqwaan, menjadikan Al-Quran dan Sunnah pegangan hidupnya, menjadikan akhirat sebagai kecintaannya, menjadikan Rasulullah dan para ulama' sebagai idolanya, menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah kelak serta menjadikan Syurga dan Syahid sebagai cita-citanya yang teragung.

InsyaAllah..

6 comments:

que sera sera said...

assalamuallaikum...

sronoknya baca crita awak...:)

moga anak yg bakal lahir mjadi mujahid/mujahidah yg memberi manfaat pd org lain + Islam...:)

sllu fikir married n getting pregnant masa student mcm more to mustahil...tp bila baca,rasa mcm it's not that impossible...^^

take care of ur baby k!!^^

Nurul Izza said...

assalamualaikum

=)) mabuk teruk ada pro n con

pro :

-baby lahir insyaAllah sihat dari penyakit jantung

con :

ibu yang menderita

tapi.. kalau di lihat pd sudut positif, ia adalah kaffarah

sabar byk2..

: salam perkenalan =)

diba said...

wah..smoga brbhagia selalu..ya sodiqati akie..pgang baby gaye cm anak die..he

Anonymous said...

jangan bersedih :) semoga ALLAH sentiasa bersama mu

'Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang,akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang'

(^__^)

Unknown said...

agak-agak la wey~ kesian kt kami yg xleh nak kawen ni.. dh la tgh exam ni. tension2

Anonymous said...

to AbdAllah

assobru minal iman..
insyaAllah..mujahadah2 ^,^