Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, July 8, 2010

Bacalah Anakku

Assalamualaikum wbt.



Hari ni bersembang dengan abang tentang membaca. Abang tahu membaca bukan hobi saya. Ramai juga sahabat2 yang tahu. Saya lebih senang mendengar atau menonton. Audiovisual memudahkan saya untuk memahami dan menghadam sesuatu perkara, peristiwa, fakta etc. Dan ramai juga yang menasihatkan saya tentang membaca. Terbaru, abang lah.

Saya membaca. Tetapi pada masa2 tertentu sahaja. Terutama apabila saya ingin tahu tentang sesuatu. Saya akan memilih buku yang berkaitan dan membaca tentangnya. Saya lebih suka membaca artikel yang pendek berbanding yang panjang. Saya lebih suka membaca cerpen berbanding novel. Saya lebih suka membaca bahan bacaan yang ringan berbanding yang berat2. Saya lebih suka membaca cerita-cerita yang hidup berbanding fakta (lebih2 lagi sejarah). Tetapi sebenarnya saya lebih senang bertanya dan mendengar orang bercerita. Teruk kan?

Saya tahu kepentingan membaca. Saya tahu faedah membaca. Penurunan wahyu terawal pun bermula dengan seruan membaca. IQRA'. Kerana melalui pembacaan, ilmu dan tsaqafah kita akan bertambah. Apatah lagi jika kita berguru dalam bahan bacaan tertentu. Kita akan tahu tohor dan dalamnya ilmu seseorang itu melalui percakapan dan ucapannya. Perkataan dan ucapan orang yang berilmu itu sangat berbeza dengan orang yang cetek ilmunya. Dan orang yang berilmu itu, sifat mereka adalah cintakan ilmu dan salah satu caranya adalah dengan membaca.

Ya, memang tidak dinafikan lagi membaca sangat penting penting dan penting.

Saya mula terfikir-fikir. Saya mahukan anak-anak saya sukakan membaca. Menjadikan budaya membaca buku-buku ilmiah satu kebiasaan. Mengisi masa dengan membaca buku-buku ilmiah yang meningkatkan kefahaman dan tsaqafah. Bukan membaca komik ataupun buku yang entah apa-apa yang banyak dijual di pasaran sekarang.

Tetapi masalahnya, saya sendiri kurang membaca. huhu.

Saya juga mula terfikir-fikir. Suatu hari nanti, apabila anak membesar, sudah pasti rasa ingin tahu mereka menebal. Mereka pasti akan tanya saya bermacam-macam. Kalau saya kurang membaca, pasti ilmu saya yang cetek dan sedikit itu mengecewakan mereka. Takkan saya nak jawab, "Sorry sayang..Ummi tak tahu.." ataupun "Anak Ummi, cuba cari di internet ataupun baca buku kaza wa kaza.." atapun paling mudah dan kurang mengecawakan, "Cuba tanya Abi.." heheh.

Saya membaca tetapi membaca bukan kegemaran atau hobi saya. Saya cuba pupuk dengan pelbagai cara. Tapi memang payah! Ada banyak buku bersusun di rak buku dan kebanyakan buku-buku tersebut, saya belum baca. Kalau baca pun, tak pernah habis. Teruk.. teruk... Kalau ada orang datang rumah dan melihat buku-buku di rak, mereka akan minta izin untuk pinjam. Sebelum pinjam, mereka akan tanya verdict saya tentang buku tersebut. Dengan berat mulut saya akan jawab "Hehehe..saya pun belum baca/ baca tak habis..". Teruk.. teruk..

Tapi...buku medic yang tebal bertimbun tu, boleh je pun habis baca kan? Mungkin sebab ada exam. Kalau tak ada exam, mesti tak baca :P

Tapi sekarang saya dah cuba bacakan buku untuk baby. Baca kuat-kuat supaya baby dengar dan telinga sendiri dengar. Saya mulakan dengan buku Biografi Bercaya Muhammad Rasulullah. Buku tu dah lama dah beli tapi tak terbaca-baca. Hanya belek2 dan baca part-part tertentu yang menarik je. Teruk kan? Abang cadangkan saya bacakan Nurul Yakin tapi saya rasa Nurul Yakin terlalu berat nak bacakan untuk baby. (boleh ke camtu? hehe) Nurul Yakin pun saya tak khatam lagi. Takpe, Nurul Yakin will be the next on the row insyaAllah. Semoga istiqomah...

Semoga anak-anak tak ikut perangai Ummi yang kurang membaca ni. Ikutlah sifat Abi yang suka membaca dan mengambil tahu =)

Yalla IQRA'!

Kulluha liillahi Ta'ala..

3 comments:

Anonymous said...

buku saya pinjam dari awak separuh pun xsampai lagi.
teruk teruk. (-_-)

yalla,iqra
sama2 membaca,nanti nak anak mak pun rajin membaca jugak
*sindrom jeles org dapat anak*
hahah

WanitaMustanir said...

rupanya saya ingat saya sorang je tak suka membaca..

hee ^_^'

- ismisyakila - said...

siti : haha. at least ada jugak usaha nak baca buku tu kan? buku tu pun akak tak habis baca lagi.

WM : eh ramai pulak yang kurang gemar membaca. takpe.. sama2 menyokong insyaAllah :)