Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. Telah 5 hari Ramadan berlalu. Terngiang-ngiang kata-kata suami saat beliau sedang membancuh air di dapur untuk berbuka puasa.
"Masuknya kita ke syurga bukan kerana banyaknya amalan kita. Tetapi kerana Rahmat Allah semata-mata. Jadi di bulan Ramadan yang mulia ini, yang telah Allah janjikan Rahmat di awalnya, marilah kita sama-sama merebut peluang mencari Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala!"
Saya tersengih-sengih sendiri sambil mengangguk-aggukkan kepala membenarkan kalamnya. Tona suaranya yang tinggi dan mendayu serta bersemangat lagak seorang penceramah yang sedang berceramah di depan audien yang ramai, mencuit hati saya. ha ha ha. abang.. abang..
Semalam kami tonton Buletin Utama bersama. Salah satu medium untuk mengetahui berita-berita terkini yang berlaku di Malaysia. Lagi kes yang menjelikkan dan menyampahkan di laporkan. Apa lagi kalau bukan kes buang bayi.
Bermacam-macam rasa bercampur baur ketika melihat janin yang tidak berdosa mati bergelimpangan di dalam tong sampah. Sedih, kasihan pada bayi tersebut. Geram, marah, benci, rasa nak lempang je mak bayi tu.
Apakah harga nyawa seorang manusia sehingga berlaku sebegitu rupa?
Ayam pun tahu marah kalau kita usik anak dia yang jalan terkedek-kedek di belakang ibunya.
Kera di hutan pun tahu menggendong, mendodoi dan menyusukan anaknya.
Macam manalah rupa ibu si bayi terbuang tu yang lebih teruk dari ayam dan kera. Langsung tak berperasaan dan tak berperikemanusiaan.
Maafkan saya jika ia kedengaran sedikit kasar. Saya geram geram dan geram.
Sedikit lega apabila kerajaan mengambil inisiatif menjalankan hukuman Penjara 30 tahun bagi kes Cubaan Membunuh Bayi dan Hukuman Gantung bagi kes Bunuh Bayi. Ia berbeza sedikit dari hukuman sebelum ini di bawah Akta Kanak-Kanak yang hukumannya hanya penjara 10 tahun.
Namun,untuk penyelesaian yang berkesan, apa yang perlu ditangani adalah dari akar umbinya. Sepatutnya, mana-mana acara bersifat keramaian, sambutan atau pesta yang mana berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dikawal dan seeloknya tidak berlaku.
Ibu bapa juga perlu ambil peranan dalam mendidik anak-anak mereka terutama anak perempuan tentang cara bergaul serta menerapkan di dilam minda dan pemikiran merka betapa maruah diri itu amatlah mahal dan perlu di jaga oleh mereka.
Apa yang paling penting, kembali kepada Islam. Menerapkan ciri-ciri Islam yang sebenar dan isikandunganya ke dalam kehidupan setiap Muslim. Menegakkan syariat-syariat Islamiyah dalam segenap sudut dan aspek. InsyaAllah, perkara begini bukan sahaja dapat di bendung, malah mungkin sahaja kadar kes yang di laporkan akan mencecah kepada angka ZERO.
Pening.. pening..
Anda boleh tonton video di bawah ini. Betapa anugerah Allah ini dicipta dengan penuh keajaiban, melalui fasa-fasa tertentu dalam hidupnya. Sehingga betapa perasaan keibuan ini tak dapat diungkapkan oleh kata-kata. Perasaan kasih, sayang, cinta dan belas kasihan terbit seawal hari-hari pertama mengetahui diri ini mengandungkan zuriat kurniaan Allah.
Jadi, tak faham bagaimana tergamak anak kecil ini dicampak ke dalam tong sampah yang busuk dan jelek itu? Atau pun di biar bergelimpangan di tengah-tengah tanah berumput. Atau pun di biar di lubang tandas yang kotor dan jijik itu. Hati apakah itu?
2 comments:
beza kan dgn baby yg kita mahukan.. baby kite, kite usap hari2 perut, panggil sayang, panggil dia lembut2.. kot2 baby yg tidak dimahukan ini hari2 kene maki kot, kene hamun ke hape.. kesian sungguh.. 9 bulan kene maki hamun, lepas lahir terus buang.. buat baby macam sampah.. geram sungguh pada golongan2 camni..
sori out of topic.
nak tumpang lalu bagitau KITE RINDU AWAK..hehe
Post a Comment