Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, January 30, 2010

Syahdu

Assalamualaikum wbt.


Berkali-kali saya ke rak buku. Cuba mengambil buku-buku untuk dimasukkan ke dalam kotak. Dan setiap kali itu juga, saya terhenti. Melipat kembali kotak dan letakan pada tempat asalnya. Kembali duduk bersila di tengah-tengah bilik dan memandang sekeliling. Hampir setiap hari keadaan yang sama berulang. Namun acapkali juga, niat untuk mengemas buku terlebih dahulu, terbantut begitu sahaja. Syahdu pula menerpa. Semangat hilang.



Sejak akhir-akhir ini, ahli beit saya kerap ke bilik saya. Solat berjemaah di sini, makan berjemaah di sini, lepak berjemaah di sini. Hampir setiap hari bersembang bergurau dan bertepuk tampar bersama di sini. Akhir-akhir ini juga, mereka kerap menjenguk saya. Satu persatu. Ada yang duduk depan heater (dila). Ada yang duduk menghadap laptop (umi). Ada yang duduk sahaja di tepi saya (asma). Kadang-kadang tanpa sepatah kata pun. Setelah puas duduk saja-saja (mungkin), mereka pun keluar.



Teringatkan gelagat mereka, saya jadi sayu sendiri. Kelakar pun ada. Sayang rasanya untuk tinggalkan Imtiyaz. Rumahnya, ahlinya juga kenangannya. 3 tahun bukan sekejap. Ah, emosi!


7 comments:

milamohamad said...

terasa syahdu juge rasanya(bergenang air mata)..
terbayang gelagat sorang2...
ukhuwah terlalu mresap dalam diri stiap imtiyaz..ians..kite yang tetamu dan pengunjung setia ni pon terasa kehilangan demi kehilangan ahli mahligai ini...

untuk asma..umi..dan dila... bersedia untuk segalanya ye..mungkin kehilangan ni lebih dirasai kn??
coz saya juga penah mengalaminya...kurang masa bersama..=)
~terasa sedikit kehilangan...
...hehehe..menambah kesyahduan

Ya Allah KAU mudahkanlah segala urusan sahabatku Syaidatul Syakila Aini

Anonymous said...

(-_-) sedih jgk

-xtau nk ckp ape

chenurulhusna said...

:)setiap pertemuan pasti ade perpisahan..setiap yg hidup,dikurniakan Allah taala pasangan masing2..hanya mase yg menentukan..cepat perpisahan itu atau lambat...cepat kebahagian itu atau lamabt..wslm..;)

yazmeen.alias said...

[i wrote sth super lengthy before. but ALL got deleted because of stupid internet connection. sigh ): but because im in a good mood, i decided to write a new one :)]

kiki. salam from malaysia and hi :)

i dont know why but i think i just know how you're feeling right now. the friendship u guys built is undoubtedly a special one. the ukhuwwah that bonds all 5 (6 including qayah :p) of u can be deeply felt by each and every one of imtiyaz. so, no wonder its so hard bidding goodbyes.

eventho they dont admit NOT feeling anything while letting u go, i believe that deep inside their heart, its aching painfully, for the fact that u guys wont see around each other as much. they just play it cool, pretending as if nothing happened. [because u guys have been experiencing it several times already, with qayah and aimi leaving imtiyaz]

but. aside being burdened with this dramatic farewell, i also believe that they will always want u to be happy and contented with this path u chose. rest assured, u guys can still rock on with gossiping, catching up each others life in class macam mak datin convention [percaye lahh. i've gone thru sth like this alot :)]

may my friend, syakila be granted by ALlah the strength she desperately needs before parting with her beloved imtiyaz :)

selamat berkemas and mendirikan rumah dan tangga!

to asma, umi, dila. jgn sedih-sedih tau. kalau nak nangis, bole je pegi tepi tingkap menghadap shalalah tu. kami sedia jadi crying shoulders. jangan bersedih because there are always sunshine and rainbow after the rain. masa korg pun akan tiba. masa tu, korg pun akan senyum pjg lebar mcm kiki ni jgk :p

izzati.abdullah said...

1st n foremost: air mata kluar bace post ini!huhu..btol cam milah kata.ahli imtiyaz lebih merasai.kita yang tetamu ni pun taw dan merasai camne ukhuwah mereka!(da cam rmh sy yg ke2..hehe,sume rmh org kut da jd rmh ke2 sy)

kiki, selamat berkemas.hargai setiap saat anda bersama imtiyaz dan setiap saat sebelum anda bertukar status.lps ni nk buat sume benda kena minta izin!

hope da all the progress will go n pass smoothly..may Allah help u..even i didn't do so much things to help u!

pasni bole jadi kaunselor kzaty lagi kan??

ya Allah bantulah dia, mudahkanlah urusannnya..ameen!:)

syifa hanifuddin said...

kak akie...kte pon sedeyh akk nak kawin....rase cam kehilangan..mase kte dpt tau akk nak kawin, kte x leh nak wat pape pon..termenung sane, termenung sini..x caye..kte x sempat pon nak g umah akk...insyaAllah klu sempat lps exam kte nak g umh akk wat kali pertama dan terakhir..lps ni, klu jmpe tgh jalan jer r kte leh jmpe..

- ismisyakila - said...

MasyaAllah..

Terima kasih semua for your plumb concern.

Haishh..Semua orang jangan la sedih-sedih cmni.. Nanti lagi berat hati ni huhu.

Takpe..nanti pergi kelas macam biasa kan.Lepastu nanti masih boleh jumpa di program2 PCM or PUTERIs.Untuk perkara2 yang bermanfaat, InsyaAllah diizinkan (^_^)*

Datang la rumah kami.InsyaAllah kami terima dengan hati terbuka.Tetamu itu kan membawa rahmat?

Terima kasih atas doa yang dititip. Kullu khair insyaAllah.

Kena kahwinkan Imtiyazians yang lain neh! kehs3.