Saat diri sedang bergelut dengan sakit kepala yang amat, dia mencari jalan penyelesaian selain tidur dengan harapan sakit ini akan kebah. Sudah puas dia tidur. Sudah puas juga menelan Panadol baik yang biasa mahupun extra. Hasilnya tetap sama. Cahaya yang menyentuh kornea mata meningkatkan lagi intensiti kesakitan. Dipadam cahaya itu. Bilik yang kelam kian malap.
Buku Com Med meminta agar dibelek, dibaca, diingat dan dihafal setiap butirnya. Lusa exam. Mild fever sebelum exam itu lazim bagi dia sejak dahulu lagi tapi kali ini sore throat dan persistent headache betul-betul menganggu kosentrasi. Siapa tidak risau?
Dia menghadap laptop pemberian ayahnya enam tahun dahulu. Walaupun bermacam kerenah, masih boleh diguna bahkan tetap berjasa. Ia merupakan hadiah termahal dan teristimewa saat itu walaupun keputusan PMRnya bukanlah straight As. Namun hadiah yang dipinta tetap diterima. Tak malu sungguh! Akan dijaga sebaiknya walupun sudah tidak boleh diguna kelak.
Dia terasa seperti sedang membuang masa. Dia membelek blog sahabat-sahabat seperjuangan. Bermula dengan blog-blog favoritenya. Dia tahu sejak internet rumah yang tak berapa nak betul kebelakangan ini, dia terlepas banyak isu terbaru. Bermula dari isu negara yang dijejaknya sekarang ini tidak membenarkan bantuan perubatan masuk ke Palestine, sehinggakan isu penyalahgunaan kalimah Allah di salah satu akhbar keluaran tanah airnya. Dia tidak mahu tertinggal. Muslim yang sebenar perlu tahu hal ehwal muslim yang lain. Biarlah dia tak pandai mengulas atau mengomen pun.
Belum lagi email yang berlambak-lambak di peti inbox. Maklumlah, zaman yang serba canggih ini, semua maklumat dan urusan surat menyurat akan terus singgah ke peti inbox. Bukan dikisahkan pemilik punya capaian internet di rumah mahupun tidak.
Kepala masih berdenyut-denyut. Diletakkan belakang telapak tangannya ke dahi. Sudah mula panas. Ah, pedulikan.
Dia membelek-belek lagi blog favorite milik sahabat-sahabat. Terhenti di blog Kak Afeera. Membaca entri terbarunya. Dia terhenti pada ayat : ''Tapi mengikut pandangan saya yang kerdil, mungkin juga nikah ini adalah solusi bagi dakwah, bagi wanita yang benar-benar sibuk dan bagi wanita yang memiliki banyak tanggungjawab. Allahu A'lam''.
Dia membaca berulang-ulang kali. Cuba untuk memahami. Ah, ternyata dia tidak faham. Dia membuka peti komen, niat untuk bertanya. Oh, rupanya ada yang terlebih dahulu bertanya. Dia membaca sambil menggangguk-angguk tanda faham.
Terpercik kerisauan di hati kecilnya. Bagaimanakah situasi masa hadapan yang dia bakal lalui nanti? Saat tanggungjawab melebihi masa yang dia ada. Kerjaya pilihannya juga jalan dakwah yang dipilihnya. Kerisauan yang dipendam selama ini bertambah-tambah. Mampukah dia memberi yang terbaik buat Rijal pilihan Allah buatnya? Ataukah kelak dia sanggup berkorban demi payung emas di Syurga nanti? Dia mahukan Syurga yang dijanjikan oleh Rabbnya. Ya, Syurga itu cita-citanya yang teragung. Dia selalu berangan, Oh, seronoknya jika dapat bersama 'musyrif abadi' sehingga ke Syurga.
Termangu-mangu sendirian. Terlalu awalkah untuk difikirkan?
Stop!
Com Med perlukan lebih perhatian saat ini. Utamakan yang utama.
Dia menyesal menangguhkan niat untuk membeli thermometer. Tak mengapa, ini saat terbaik untuk minta cool fever milik ahli beitnya yang telah dipromosi sejak sekembalinya mereka dari Malaysia. Diimport khas dari Malaysia. Cepatlah kebah. Agar dia boleh buat yang terbaik untuk Com Med. Juga yang terbaik untuk hari-hari penting dalam hidupnya.
Doakan yang terbaik buat dia. Wahai Allah, mudahkanlah urusannya juga berkatilah perjalananya.
15 comments:
Cool fever umi jangan dipromote di luar. Xcukup stok rasanya. Tabah ye sahabat.
Tu lah. Dapat separuh je. Kalau tak baik jugak esok, saya minta yg penuh. kehs3.
Tabah juga sahabat. Melayan kerenahku yang entah apa2.
get well soon dear:)
chaiyok2.
semoga semua yang diimpi tercapai ;)
saya juga mahu bersama 'musyrif abadi' sehingga ke syurga.ameen.(^_^)
insyaALLAH
good luck exm.luv u bebeh.:D
thanx dear. (^_^)
insyaAllah u'll get one soon. (^__~)v
love u more. wink*
Erm.. i dont really understand ur post.. bleh syarah lebih x?? aku = dia?? ke dia = dia, aku = aku?? aargh.. exam mmg mencelarukan otak~
kiki..syafakillah!
exam dulu!baru leh pk benda lain..hehe...aulakan ape yang aula..
hakim : orang baru berblog kena banyak lagi menuntut ni.hehe.
kak jiji: baikk.aulakan yang aula. :)
semoga selamat kak kiki:)
kiki~~~
duan ade terlepas ckp kt quia bout smthing...~
hehehe
tahniah!
^_^
now i get it!! post yg mcm risau-sedih surrounding ni, rupenye ade berita gembira disebaliknye.. TAHNIAH!! hehe
menunggu makan mkanan free dr kak kiki....
huhu...
opsSs.
guys.. what r u talking about hmm? (^_~)*
oh dear..u've changed the song..luv it ;)
Sapelah yg SANGAT beruntung tuh~
mkn free..
yuhuuu...=)
Post a Comment