Semalam torch saya hilang. Saya hampir menangis menahan geram sambil tangan menyelongkar setiap sudut bilik saya. Membelek setiap beg dan bekas pensil sambil mulut terkumat-kamit sendiri. Kadang-kadang pause sekejap cuba mengingati di mana kali terakhir saya bermain dengan torch saya. Mujur torch tersebut akan digunakan bermula minggu hadapan. Kalau tak, mesti saya tak bersemangat nak ke kelas.
Masa on the way ke kelas, saya beristigfar banyak kali bila teringat saya tidak sepatutnya menarik muka, rasa geram atau menangis apabila torch saya hilang. Perkataan yang lebih baik untuk disebut adalah "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un..". Ya, saya lupa. Selalu lupa. Selepas dari itu, hati saya tenang. Merelakan jika torch itu betul-betul hilang. Dan pada masa tu juga terus saya teringat, mungkin torch tu tercicir dalam dewan kuliah ketika saya letakkan ia di atas buku yang saya letak di atas kerusi bersebelahan saya. Masa saya ambil buku tu, mungkin torch tu terjatuh bawah kerusi dan saya tidak perasan. Ah, saya sendiri yang cuai.
Sayangnya, kami tidak menggunakan dewan kuliah yang sama lagi. Jadi, mana mungkin saya boleh mendapatkan kembali torch pertama saya itu. Saya pun pergi ke kedai untuk membeli torch yang baru. Saya dapat torch yang lebih baik dan lebih cantik dari torch yang lama dengan harga yang sama dengan torch yang hilang tu. Malah, kawan sekelas saya mendapatkannya dengan harga yang lebih tinggi.
Saya tersedar, saya lupa bahawa banyak perkara yang saya lalui sebelum ni, jika saya hadapi dengan sabar, natijahnya adalah sangat cantik jika saya sabar dan redha. Saya selalu lupa untuk bersabar dan redha. Kadang-kadang terlambat. Jika sesuatu berlaku pada saya, emosi selalu mengatasi akal yang rasional. Saya selalu lupa. Mungkin sebab itulah Allah mentarbiah saya banyak kali dengan perkara yang sama, kecil mahupun besar, supaya saya tidak lagi lupa. Supaya ibrahnya meresap dalam hati sehingga basah tidak kering lagi.
Pagi semalam, dek kerana kelas yang rupa-rupanya cuti pada hari Khamis, saya pulang ke rumah. Sempat saya menonton KCB II yang dah lama saya tangguhkan untuk saya tonton dek kerana tidak kesempatan masa. Masa orang duk bercerita tentang KCB II sebelum ni, saya hanya diam sebab saya tak tonton lagi cerita tu.
Saya cuba untuk tidak menonton kosong tanpa mengambil makna dan pengajaran. Jika tidak, masa yang saya luangkan itu akan menjadi sia-sia. KCB II ni sangat cantik jalan ceritanya. Sebenarnya, dalam hidup kita ni, kadang-kadang kita tak sedar pun bahawa segala perancangan yang kita buat sangat kerdil jika dibandingkan dengan perancangan Allah. Kita kadang-kadang lupa bahawa Allah itu adalah sebaik-baik perancang.
Siapa sangka pada akhirnya Anna Althafunnisa akan berkahwin dengan Khairul Azzam. Mungkin saja Anna boleh beranggapan bahawa Furqan itu jodoh terbaik buatnya. Tiada lagi harapan untuk dia bersama dengan orang pertama yang betul-betul menarik hatinya. Namun dia redha. Dan biarpun pahit kenyataan pada mulanya bahawa dia terpaksa bercerai dengan Furqan atas sebab yang sungguh menghiris hati, dia tetap bersabar. Dan pada akhirnya, Allah datangkan kenyataan yang lebih manis selepas itu. Dia dinikahkan dengan Khairul Azzam. Orang yang betul-betul dinanti untuk menjadi miliknya.
"Engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan selepas penceraian itu sesuatu perkara yang lain" (Surah at-Talaq : 1)
Sayyid Qutb ada berkata : "Segala sebab-sebab yang diketahui umum itu kadang-kadang melahirkan kesan-kesannya dan kadang-kadang tidak. Begitu juga muqaddimah/primisa yang dianggap orang sebagai pasti kadang-kadang melahirkan natijah dan kadang-kadang tidak. Kerana sebab-sebab dan muqaddimah-muqaddimah itu sendiri bukanlah berkuasa mewujudkan kesan-kesan dan natijah itu, malah iradat Allah yang bebas itulah yang mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu di samping mewujudkan sebab-sebab dan muqaddimah itu sendiri"
Kita selalu lupa bahawa tak semestinya apa yang kita mulakan akan berakhir seperti apa yang kita mahu dan harapkan. Kadang-kadang kita selalu syok sendiri dengan merasakan setiap apa yang kita rancang dan buat tu, adalah yang terbaik buat diri kita. Kita selalu lupa bahawa sebenarnya ada kuasa yang lebih besar Yang Maha Mengetahui setiap segala sesuatu. Tanpa izin-Nya, sesuatu perkara tak akan terjadi biarpun sekecil zarah.
"Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila dekehendaki Allah" (Surah al-Insan : 30)
Kita selalu lupa untuk bersabar, mencari dan menanti hikmah yang lebih baik lebih cantik. Kita selalu merungut kalau apa yang kita rancang tak berjalan dengan baik dan ada saja halangannya. Masa tu kita cepat sangat merengus, marah, berputus asa dan sebagainya. Kita selalu macam tu kan?
Sayyiq Qutb ada berkata lagi : "Orang beriman menggunakan sebab-sebab kerana ia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya. Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksnaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu-satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan."
Sepatutnya, bila kita melakukan sesuatu perkara kecil mahupun besar, perkara pertama yang kita perlu kita lakukan adalah berserah dan bergantung sepenuhnya pada Allah. Dari awal lagi kita kena yakin bahawa segala apa yang kita rancangkan itu, hasilnya adalah dari Allah. Tidak kiralah samada hasilnya itu nanti baik mahupun buruk, cepat atau lambat, mudah atau susah, positif ataupun negatif. Bila kita serah secara total pada Allah, apa pun natijahnya nanti, kita akan tetap sabar dan redha. Kita takkan merengus, menyesal, berputus asa dan sebagainya. Sebab kita yakin dan percaya, Allah sahaja Maha Mengetahui hikmah setiap perkara.
"Dan Allah itu berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya" (Surah Yusuf : 21)
Masa sudah semakin hampir. Kurang dari tiga minggu sahaja dari sekarang. Persiapan sedang rancak dibuat. Tapi saya masih keliru untuk meletakkan setiap perkara di tangga prioriti yang betul. Nampaknya, saya perlu menjadi lebih flexible setiap masa dan setiap perkara. Pergantungan kepada Allah itu yang utama. Semoga segalanya berjalan dengan baik dan sempurna. Amin ya Rabb.
Alhamdulillah Allah kurniakan pada saya ahli beit yang sangat sangat sangat membantu. Sentiasa memberi sokongan ketika saya hampir jatuh. Mengingatkan ketika saya lupa. Memberi idea ketika saya buntu. Mengisi kekosongan ketika ada yang lompong. Semua ini memberatkan hati saya untuk meninggalkan Imtiyaz. Tetapi disebabkan polisi mereka yang agak kejam, saya terpaksa meninggalkan mereka juga akhirnya. Tak mengapa, saya suka je. hihi.
Kepada adik-adik dan sahabat-sahabat, selamat menjalani peperiksaan. Semoga kecemerlangan menjadi milik kita semua. Mari sama-sama memperkasa akademik dan sahsiah kita agar kelak ia menjadi identiti kita sebagai Doktor Muslim yang bertaqwa lagi berkaliber insyaAllahh.. (^__^)'
9 comments:
Tabarakallah..
hanya doa yg mampu dipanjatkan moga "urusan" itu dipermudah oleh Allah swt..nanti jgn lupe jemput org Cairo,jiwa je kat cairo tp HATI kat Mansoura..hehehe...selamat menempuh alam yg pasti akan berbeza dari kehidupan sebelumnya memerlukan kesabaran,kekuatan dan keyakinan yg tinggi...
rabbuna yusahhil..lps ni kena berhati-hati.jgn misplace brg lagi..check dulu b4 u go back from class.
ye ke kiki utk kami2 yg blom ade jodoh bgs utk tonton kcb 2 ye??sy menyokong ahli beyt anda..jgn mrh..bgs utk mereka yg bakal tukar status..hahaha
byk pengajaran yg perlu diambil!:)
Salam.alfun mubarak dik..moga itulah jalan yang terbaik yang Allah hadiahkan untukmu.moga sentiasa kuat,tabah dan selamat mengharungi hidup baru.akak tumpang gembira untukmu...
selamat la tu ,semoga segala urusan dipermudahkan ALLAH... SEMOGA BAHAGIA hngga ke anak cucu... ALLAHukbar...selalu tgk dan jumpa "org tu" dtg solat di masjid samanoudi... heheh cari benda kot?heheh
Assalamualaikum wbt.
ibnu idris : terima kasih. insyaAllah x lupa.hehe.
kak jiji : kak jiji kena sokong saya laa! kak jiji pun sesuai tgk cite tu.kuang3.
husin husaini : jazakillah ya ukh.doakan doakan doakan :)
farhan : amin ya rabb. ye, si dia mencari sesuatu mungken.huhu.
fasbir sabron jameela :)
Salam
Tahniah ya.. semoga memperoleh kebahagiaan dunia akhirat. :)
KCb II tu donlod ke? bole kasi link nyer?
kak nahdia : fa sabrun jamil..jiddan! tapi nak merasakan kecantikan sabar tu susah jugak kan? huhu. muhasabah2*
irtiyah : jazakillahu khair :)
kainz : dapat dari kawan2. tak pernah daownload cerita sendiri :)
Post a Comment