Hari ni kami belajar tentang Lacrimal System (sistem airmata). Pada awalnya, dahi saya berkerut-kerut cuba memahami setipa patah kata yang Doktor ucapkan. Saya sangat bermasalah untuk menggunakan kedua-dua sistem otak saya dalam satu masa. Pertama, menggunakan vocabulary center untuk menterjemah perkataan arab tersebut menjadi bahasa yang otak saya fahami. Kedua, membenarkan otak saya memproses maklumat tentang apa yang saya belajar agar dapat saya fahami. Jadi, jika pelajaran di ajar dalam bahasa arab, saya bertukar menjadi seorang yang lambat sangat pick-up. huhu.
Saya lebih senang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua saya. Bukan kerana saya tidak suka bahasa arab. Saya suka sangat sangat bahasa arab. Dengan menguasai sedikit sebanyak bahasa arab, saya dapat faham beberapa bait patah perkataan ketika saya membaca Al-Quran. Saya tahu apa yang Al-Quran sedang ceritakan ketika saya membacanya. Saya harap sangat suatu hari nanti saya mahir bahasa arab. Bahasa arab itu kan Lughatul Jannah, bahasa syurga. Saya nak masuk syurga!
Okay, berbalik pada lecture of Lacrimal System tadi. huhu.. Saya akhirnya mengangkat tangan meminta Doktor menerangkan dalam bahasa inggeris. Doktor mula terangkan dalam bahasa inggeris dan lama kelamaan berbalik pada bahasa arab. huhu. Mujur Doktor gunakan perkataan-perkataan tertentu yang boleh la jugak saya faham. Tapi kadang-kadang tak faham juga. Saya bertanya banyak pada Doktor. Barulah Doktor terangkan lagi dengan lebih jelas.
Lacrimal System ni structure dia very simple. Ada secretory system dan drainage system. But it plays many important roles tau. Hebatkan Allah? Menjadikan setiap sesuatu, biarpun kecil, tetapi sangat bersistem juga tidak sia-sia. MasyaAllah!
Lacrimal System ni banyak fungsinya. Melindungi mata, supplies nutrition pada cornea (structure penting agar kita boleh melihat dengan baik), antibiotic dan sebagainya. Dan antara yang penting adalah, menghasilkan airmata ketika kita dalam keadaan beremosi.
Saya jealous sangat pada orang yang senang untuk menangis. Maksud saya, mudah untuk dia menangis dalam keadaan-keadaan tertentu. Contohnya masa solat, masa tadabbur Al-Quran, masa berdoa dan masa-masa yang sewaktu dengannya. Sebab saya rasa saya macam susah sangat nak menangis. huhu.
Saya tak takut kalau saya susah nak menangis sebab Lacrimal System saya rosak. Mungkin saya susah menangis sebab decrease secretion ataupun overdrainage ke. Ataupun saya susah nak menangis sebab saya tidak terlalu kuat beremosi. Tapi saya takut sangat-sangat kalau saya susah nak menangis sebab hati saya rosak. Hati saya keras. Hati saya degil.
Kalau Lacrimal System kita rosak, kita ada macam-macam cara perubatan yang moden untuk kita betulkan kembali Lacrimal System kita. Kalau system obstructed, kita boleh buat Probing. Kalau Probing tak jadi jugak, kita boleh buat Silicon Intubation. Kalau tak jadi jugak, kita boleh buat DCR.
Tapi kalau hati dan jiwa kita rosak?
Kalau kita ada mesin dan mesin itu rosak, kita cepat-cepat jumpa mekanik untuk baiki mesin kita. Kita takut sangat kalau mesin tu rosak lama-lama, akan tergendala urusan-urusan kita.
Macam tu juga kalau Lacrimal System kita tak berfungsi dengan baik. Mesti kita cepat-cepat jumpa Doktor untuk diagnose and treat whatever goes wrong. Tapi kita tak pernah pun gunakan usaha ini untuk memperbetul kerosakan diri, hati dan jiwa kita kan? Kita selalu lupa. Kita tak kisah pun kalau mesin dalam diri kita rosak. Kita tak berusaha pun untuk meminta petua-petua dan penawar dari Pencipta mesin manusia yang besar, mulia, halus berseni, mesin yang kita tak tahu pun liku-liku dan pintu-pintunya melainkan Pencipta kita.
"Sesungguhnya Allah amat mengetahui segala isi hati. Apakah Allah yang telah menciptakan (kamu) tidak mengetahui (isi hati kamu), sedangkan Dialah Yang Maha Halus dan Maha Mendalam Ilmunya" (Surah al-Mulk : 13-14)
Tiada perubatan moden yang boleh mengubati hati dan jiwa kita. Hati dan jiwa kita hanya akan terubat jika kita kembali kepada Pencipta kita. Allah sahaja ada penawarnya.
Kita akan sentiasa rasa bingung, sengsara, tidak lengkap dan tidak bahagia selagi kita tak betulkan mesin dalam diri kita. Manusia tidak akan bertemu dengan petunjuk dan hidayat, kerehatan dan kebahagiaan melainkan apabila fitrah kita yang rosak itu, dikembalikan kepada Pencipta Yang Maha Besar, sepertimana mesin-mesin yang murah itu dikembalikan kepada tukang-tukangnya yang kecil.
Tapi... kita selalu lupa kan? Lupa untuk tergesa-gesa membaiki hati dan jiwa kita.
Hurmm..
0 comments:
Post a Comment