Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, February 3, 2010

Counting Days

Assalamualaikum wbt.

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang Englau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat" (al-Fatihah : 5-7)

Tak sempat rasanya untuk menulis panjang. Namun perlu dicoretkan sedikit di sini, hari-hari terakhir sebelum bertukar status. Saat perasaan bercampur baur (takutnye.huhu.). Fikiran mencapah ke setiap sudut. Insomniac that annoys my mood and disrupt my sanity. Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin sibuk pula rasanya. Terpaksa berulang ke Cairo pada saat-saat akhir atas beberapa urusan dengan penaja, kelas yang mesti dihadiri dan tuition yang terlalu sayang untuk dikorbankan membuatkan saya merasakan punyai sangat sedikit masa-masa kosong untuk diisi dengan perkara berkaitan perkahwinan.


Terima kasih yang tak terhingga kepada ahli beit - Adilah, Asma dan Umi yang banyak sangat sangat sangat membantu (melayan bebelan dan kerenah yang tak berapa nak betul lately, menyusunkan jadual, sudi diajak ke sana ke mari, ermm.. banyak sangat sampai tak tertulis), Huriyyah @ HBT (banyak bantu urusan teknikal perkahwinan), Syamilah (banyak tolong backup kerja-kerja Unit Akademik buat masa ini.huhu.), the loving couples Aimi dan Izzat *plus baby (banyak menyumbang idea), PUTERIs yang diketuai oleh Nadiah dan Yaya (for take caring my pelamin idaman, hantaran juga majlis nikah) dan.. semestinya my fiance - encik bakal suami (sepertinya banyak yang dia buat sampai tak tertulis jua.huhu.) dan yang lain-lain yang membantu dalam diam (carikan rumah, bersihkan rumah, etc..).

And my very special thanks to my lovely family especially ayah, mama, mak dan baba and my other relatives.

*Macam terima anugerah pula.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar insyaAllah.




Rabbana 'alaika tawakkalna, wa ilaika anabna, wa ilaikal masir..

10 comments:

chenurulhusna said...

wah~kak kiki da umum secara besar2an da~;)

Tahniah:)

semoga bahagia hingga ke akhir hayat n semoga segalanye berjalan dgn lancar..:)

que sera sera said...

salam...

wah~dah nk kawin da?
tahniah...smoga bahagia kekal dunia n akhirat...:)

ape lah rs nya kawin muda ye?hee...
awak igtkan sy pd akak usrah sy...=)

Khaulah Al-Azwar said...

Salam dik...tahniah dah di ambang perkahwinan..tahniah,jodohmu tiba awal..moga segala keberkatan mengiringi perjalananmu dik...sedih jugak bila lihat orang lain dah bahagia hidup berumahtangga,tapi apakan daya apa yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya..selamat melayari bahtera hidup berumahtangga.doakan akak jua di malaysia ni ya,walaupun kita tidak mengenali tapi ukhuwwah islam telah menyatukan hati2 ni..akak dulu juga senior sana(kaherah)...

mimz said...

salam..
tahniah kak kiki...
akhirnya....
da gtau jgk...
hoho...
smoga kekal ke ank cucu...
peace~~

senyum sokmo....(^_^)

Anonymous said...

(^_^) tahniah..hehe,nk jgk komen kat sini pdhl jupo sokmo.agagaga

MIMZ,semoga bahagia ke akhir hayat ye,bukan ke anak cucu je. :D

be happy dear..i love u more than u love me babe ;)

nadz ruslan said...

wahhh tahniah! nanti jangan lupa tunjukj gambar akak.

:D semoga menjadi inspirasi kami2 di sini pulak. Hehe

mimz said...

kesilapan teknikal..
huhu~~
kedaifan diri diakui...
kna btul blik..
smoga b'kekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat...

peace~~

Farhan Azhar said...

Rabbana 'alaika tawakkalna, wa ilaika anabna, wa ilaikal masir..
semoga ape yg akan berlaku adalah yg terbaik pnjatkan doa byk2 supaya semua berjalan lancar, terima kasih kerana call bgtau w'pun saya dah thu,huhu... jaga diri ,praktikkan ape yg dilakukan dlm kerja2 selama ini dalam hidup anda kelak. salam sekalung TAHNIAH...

Muhamad Amirul bin Hasim said...

semoga kalian berbahagia. Selamat datang ke alam baru dalam dunia kehidupan. :)

kainz said...

semoga allah memberi berkah kepadamu dan ke atas mu serta mengumpulkan kamu berdua dlm kebaikan~ amin