Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sunday, March 29, 2009

The Black Attire

Assalamualaikum w.b.t

Malam kian larut. Jalanan yang kini sepi kadangkala disulami dengan gelak tawa anak remaja arab mahupun suara ammu menjual zabadi. Saya masih terkebil-kebil memandang lambakan buku dan nota. Jika ikutkan hati yang bersemangat, semuanya ingin saya baca serentak tetapi sudah pasti itu semua di luar kemampuan. Jika ikutkan rasa hati yang seakan putus asa pula, ingin saja ditinggalkan semua dan berkelubung dengan comforter dan melelapkan mata. Mudah, habis cerita. Tetapi dek kerana terngiang-ngiang pesan bonda di kampung, saya gagahkan juga menyelak secebis dua helaian.

"Inikan berjihad.." itu kata bonda setiap kali saya mengadu betapa letihnya saya bahkan semua orang ketika exam kian menjelang. Dan setiap kali kata itu diluah, saya kembali mengumpul semangat yang luntur. Betapa jihad ini saya kira jauh lebih mudah dan selesa bahkan membawa kepada kesenangan saya pada masa hadapan. Jika mahu dibandingkan jihad sebenar anak-anak dan pemuda-pemuda di Palestin melawan musuh Allah, saya malu sendiri. Layakkah saya untuk futur? Mudahnya saya mengeluh berputus asa.

Ah, saya tidak akan semudah itu berputus asa. Hampir 3 tahun telah saya lalui dan masih ada 3 tahun lagi berbaki. Saya menarik nafas sedalamnya. Saya mesti teruskan usaha. MESTI!

Setiap kali menyenarai pendekkan perkara yang perlu dibuat, topic yang perlu dibaca dan kerja yang tergendalai, senarai pendek itu menjadi panjang. Banyaklah pula. Ehmm..kuncinya adalah bergerak sekarang tanpa perlu bertangguh.

Tersengih sendiri saya apabila perlu memujuk hati. Bermacam cara dicuba. Antaranya :
  • Saya tanamkan rasa 'dengki' melihat kawan-kawan yang giat menghafal jar dan menilik slide pathology supaya saya tidak ketinggalan dalam persaingan sesama kami. Maka digagahkan jua kaki ini meangkah ke museum seawal pagi. Tapi kadang2 missed juga.
  • Kalau agak2 rasa malas menguasai diri dan fikiran, saya angan-angankan betapa indahnya tatkala menatap kejayaan selepas berkeringat meloloskan diri di celah pak arab ketika melihat result yang ditampal tayangkan di kawasan universiti. Bestnya perasaan itu. Nak rasa lagi!
Berkesan ke? Cubalah!

Oh, minggu lepas, kami para muslimat wore black attire semata-mata mahu menjayakan sesi penggambaran bersama rakan2 sekelas. Sudah agak lama rasanya tidak bergambar bersama. Biarpun tidak semuanya ada, tetapi majoriti kami tetap bergambar bersama. Since pictures worth thousand words, enjoy the pieces of our memory.

di dalam lecture hall

di luar kelas

the models

Tahu apa tandanya apabila kami bergambar bersama? Tandanya sesi persekolahan tahun ini bakal berakhir tidak lama lagi. Syahdu pula rasanya. Semoga kami tetap akan bersama naik tahun tanpa berkurang walau seorang pun. Insya'allah..

Kepada kawan2 yang membaca entry ini, good luck for the endeavours!

Monday, March 23, 2009

A Break

Assalamualaikum wbt.


Letih, risau, stress dan bermacam-macam perasaan bercampur menjadi satu. Saya tahu, semua pun begitu. Final exam hanya 2 bulan sahaja jaraknya dari sekarang. Practical exam, 2 minggu dari sekarang. Mujur, semalam sepulangnya saya dari Cairo atas urusan tertentu, sahabat serumah memaklumkan bahawa practial exam ditangguhkan. Syukur Alhamdulillah..saya sedikit lega. Sekurang-kurangnya saya ada 5 hari extra.

Demi sebuah cita2 murni


Rasa seperti sekejap sahaja masa berlalu. Rasa seperti baru sahaja pulang dari bercuti di Malaysia. Rasa seperti baru sahaja mengenal subjek Pharma, Patho, Microb dan Parasit. Rasa seperti baru sahaja menikmati suhu musm sejuk. Betul, rasa seperti semua perkara baru sahaja berlaku. Saya kini rupa-rupanya sudah berada di hujung tahun 3 pengajian. Tak sabar rasanya menunggu September. Bergelar pelajar tahun 4 dan melangkah ke hospital. Semoga Allah permudahkan segalanya. Pulang ke Malaysia? Saya masih belum buat keputusan. Biarlah masa dan rezeki yang menentukan.


Rumah selangor



Cairo yang sibuk

Semalam, usai selesai berurusan di Rumah Selangor, saya bersama sahabat saya menziarahi kakak kami yang baru sahaja melahirkan seorang bayi comel dan montel Aisyah Humaira lebih kurang dua bulan yang lalu. Tahniah kepada kakak. Semoga Aisyah Humaira membesar dengan sihat,bijak dan solehah (^_^) .Sempat bergambar dengan si tembam itu.




Si montel Aisya Humaira

N/B : Post ini sekadar mengisi waktu rehat. Kembali berjuang 2 minit selepas mengepost entry ini.

Friday, March 20, 2009

KAWAN

KAWAN
oleh : ismisyakila (www.ismisyakila.blogspot.com)

Di satu pagi yang hening...

Dipeluknya beg yang satu itu. Talinya sudah terputus. Ah, sudah dua kali beg itu berperangai begitu. Mujur kedua-dua kali itu dalam perjalanannya pulang ke rumah. Tidaklah dia terkial-kial. Harga sekilo epal dibayar. Nota LE100 bertukar tangan. Mujur 'Ammu punya fakkah. Nota LE20 dipulangkan pada 'Ammu. 'Ammu seolah faham. Menyeluk kembali koceknya, mengganti nota yang penuh dengan selotape itu dengan 2 nota LE10 yang baru.

Dia melangkah pulang bersama sahabat seperjuangan. Pulang dari medan perjuangannya yang kedua. Kakinya melangkah dengan penuh hati-hati. Bimbang-bimbang kasutnya berbunyi. Ah, kasut yang satu itu, dibeli untuk memudahkannya melangkah dengan selesa. Tetapi lain pula jadinya. Hatinya berniat untuk bertukar pada yang baru namun dompetnya kini kontang. Sandal kesayanganya pula sudah putus. Maka mahu atau tidak terpaksalah dia menyarung kasut yang satu itu. Biarlah dulu..ada anak-anak arab yang berkaki ayam. Siapalah dia untuk mengeluh. Jadikanlah aku hamba yang bersyukur wahai Tuhanku.

"Aku menghantar mesej pada kawanku semalam.." dia membuka bicara pada sahabat. Memandang wajah sahabat yang langkahnya sentiasa seiring dengannya.

"Engkau masih berharap?" sahabat bertanya.

"Sudah pasti. Aku tidak ingin memutuskan silaturrahim yang ada. Bukankah nabi kita tidak suka? Aku masih sayangkannya." dia menjawab tenang. Dia tidak pasti adakah dirinya cuba dibela? Sahabat cuma mengangguk.

Ya..Dia masih sayangkan kawannya itu. Biarpun kawannya itu tidak sama dengan sahabat-sahabat seperjuangannya yang dia kira lebih memahami dirinya, kehendaknya, cita-citanya dan matlamatnya. Jauh sekali kawan itu jika mahu dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang di jalan yang dipilihnya. Tetapi dia masih sayangkan kawannya. Malah senatiasa mengasihi..

Sejak dari kecil dia punya ramai kawan. Biarpun dia kurang bercakap namun masih ada yang datang menghulurkan tangan persahabatan. Dia menyambut baik tanpa pernah menolak. Dia berusaha menjadi kawan yang baik. Menyambut bicara dan gelak tawa kawan-kawan dan sentiasa menjaga hati kawan-kawan. Namun masa merubah segala, dia kini tercampak jauh dari kawan-kawannya. Tercampak di bumi para Anbia. Bumi kinanah yang tersimpan berjuta hikmah.

Salam..

Jendela Yahoo Messenger bergetar dek nota BUZZ! berwarna merah. Itu kawannya.

Kawan : Terima kasih di atas artikelmu itu. Penulisannya bagus sekali. Engkaukah pengarangnya? Cuma.. aku kurang bersetuju. Tidak semua orang sama.

Dia faham apa yang dibicarakan oleh kawannya itu. Semalam dia menyebarkan link blognya pada kawan-kawan di Malaysia. Dia menulis tentang cinta moden si dara dan teruna. Penulisannya agak panjang tetapi dia berusaha untuk menjadikannya padat menarik kerana sasarannya bukanlah mereka-mereka yang berusaha mencari demi memperbaiki diri tetapi lebih kepada mereka-mereka yang hanyut dibuai cinta palsu syaitan durjana.

Dia hiba melihat perlakuan kawan-kawan sama gender dengannya. Mudahnya tubuh mereka dikelek lelaki yang entah siapa-siapa. Bukanlah ayah mereka. Bukan pula abang kandung mereka. Bukan juga adik kandung mereka. Bukan mahram merekalah senang cerita. Lelaki yang entah siapa-siapa.

Beraninya dia menilai begitu. Entah-entah memang saudara lelaki mereka?

Tidak! Sungguh dia tidak pasti wanita-wanita yang lain tetapi dia sangat pasti akan kawannya. Dia kenal kawan-kawannya. Dia tahu ibu bapa dan adik beradik kawan-kawannya. Dia tahu banyak tentang kehidupan kawan-kawannya. Kerana mereka dulu bagai isi dengan kuku. Makan sepinggan. Tidur sebantal. Rahsia dikongsi. Suka mahupun duka. Masa-masa awal remaja diisi penuh dengan kegirangan dan keseronokan. Seronoknya berkawan.

Cuma bezanya sekarang semuanya tidak lagi begitu. Usai pengajian menengah berakhir, mereka membawa haluan masing-masing berbekalkan keputusan SPM. Kini dia dan kawan-kawanya terpisah dek jarak berbatu-batu. Tetapi mereka tetap kawan-kawan dia. Kerana itu dia cuba menegur. Masakan dia ingin lihat kawan-kawan yang dikasihi rosak dan terjerumus ke lembah maksiat? Dia tidak sanggup. Benar tidak sanggup.

Dia : Mengapa engkau kata begitu kawanku?

Ada senyum terukir dibibirnya ketika menaip. Hatinya sedikit berbunga. Seronok kerana penulisannya direspon. Ini bermakna penulisannya bukan dibaca sia-sia tanpa interpretasi bijak si organ bernama otak. Jalan dakwahnya kini lebih mudah. Dia hanya perlu pandai bermain kata agar kawannya itu menjadi pemikir yang bagus.

Kawan : Engkau tahu kan? Aku punya teman lelaki. Aku merasakan bahawa aku perlukan dia di sisiku. Aku perlukan teman berbicara.

Dia : Mengapa mesti dia? Aku? Aku kan ada? Bukankah aku teman baikmu? Bezanya aku wanita. Tetapi itukan lebih baik? Engkau lebih bebas bercerita apa sahaja.

Kawan : Ah, Engkau terlalu jauh. Engkau terlalu sibuk dengan pelajaranmu.

Dia : Bagaimana dengan dia? Dia tidak sibuk dengan pelajarannya?

Kawan : Kadang sibuk juga. Tetapi dia sentiasa punya masa untukku. Saat aku perlukan seseorang, dia sentiasa akan ada.

Dia : Kenapa mesti dia? Bukankah teman rapat kita juga satu kolej denganmu? Adakah dia terlalu sibuk sehingga tiada masa denganmu? Bukankah dia masih rapat denganmu seperti dulu?

Kawan : Ya..tapi dia lain..

Dia : Maksud engkau? Lain bagaimana?

Kawan : Dia kini jarang memahamiku. Ah, dia pun sama saja. Sibuk dengan kenalan-kenalan lelakinya. Jadi dapatkah kau bayangkan betapa sibuknya dia berbanding aku?

Astagfirullah hal azim..Dia mengucap panjang. Hatinya ditusuk hiba. Mengapakah mereka semua begini.

BUZZ!

Dia : Maafkan aku kawanku. Jika kerana pemergianku jauh dari kamu berdua membuatkan kamu jadi begini.

Kawan : Jadi 'begini'? 'Begini' bagaimana?

Dia : Engkau muhasabahlah diri. Engkau dikurnia akal yang bijak untuk berfikir. Sulit untuk aku katakan di sini. Aku tidak mahu hatimu terguris. Artikel semalam, mungkin kau memahami. Kawan, jika engkau punya masalah, datanglah mengadu kepadaku. Aku akan peruntukkan masa untukmu. Jika aku tiada, mengadulah pada Allah. Dia Maha Mendengar. Malah Dia sentiasa ada masa untukmu. Dia akan beri apa sahaja menurut keperluanmu. Asalkan kau mengadu.

Kawan : Engkau sudah berubah. Sudah banyak berubah.

Dia : Aku? Berubah? Apakah yang berubah?

Kawan : Entahlah. Mungkin engkau sudah alim berbanding yang aku kenal dulu. Aku selalu rasakan seperti kami tidak layak berkawan denganmu lagi. Mungkin sahaja kau membenci kami.

Dia : Astagfirullah al azim..Masya Allah..Mengapa kau berkata begitu? Aku tidak pernah berubah. Aku cuma kembali pada fitrah. Adakah ia terlalu besar bagimu?

Kawan : Entahlah. Mungkin juga begitu. Cuma aku tidak biasa. Aku rindu pada dirimu yang dulu. Yang mendengar setiap ceritaku. Yang menyokong bicaraku. Tetapi sekarang seolah-olah kau menjauhiku. Memusuhiku.

Oh Tuhan..adakah aku yang bersalah? Kuatkanlah hatiku ini di jalan-Mu. Biarlah pahit dan payah manapun, Tetapkanlah hatiku ini..

Dia : Maafkan aku kawan. Maafkan aku. Aku cuma berpihak pada kebenaran biarpun ia payah. Mungkin engau tidak sedar bahawa engkau sebenarnya membuat sedikit kesilapan. Aku terlalu menyayangimu lalu cuba mendekatimu dan kembali mengingatkanmu. Salahkah aku?

Kawan : Engkau bolehlah bercakap begitu kerana engkau belum merasa manisnya cinta.

Dia : Pernahkah engkau merasa cinta termanis lebih manis daripada kemanisan cinta yang engkau rasakan itu?

Kawan : Katakan padaku.

Dia : Cinta pada Tuhanmu dan Rasulmu.

Kawan : Mestilah aku cinta. Apa yang kau tahu? Siapalah engkau untuk menilai cintaku?

Dia : Jika benar engkau cinta pada Tuhanmu dan Rasulmu, mustahil engkau rasakan cintamu bersama temanmu itu manis.

Kawan : Mengapa tidak?

Dia : Aku pelik!

Bagaimana engkau boleh merasakan membelakangi perintah Tuhanmu itu manis?

Bagaimana engkau boleh merasakan bersama dengan lelaki yang bukan halal bagimu itu manis?

Bagaimana engkau boleh merasakan berpegangan tangan dan duduk rapat dengan lelaki yang entah siapa-siapa itu manis?

Mustahil engkau tidak tahu semua itu dosa?

Bagaimana engkau boleh merasakan dosa itu manis?

BUZZ!

Dia : Aku butuh penjelasanmu kawanku.

Kawan has singed out at 3.30am.

Ah, kawannya cuba lari dari dia. Tidak mengapalah. Dia sedikit lega. Segalanya sudah terluah. Dia tidak berhenti meminta dan memohon pada Rabbnya agar kawannya diberi hidayah. Semoga kawannya matang dalam berfikir. Tidak seperti kanak-kanak yang bahagia mendapat sebatang lollipop tetapi kemudiannya lalai dek warna warni lollipop itu dan tenggelam dek kemanisan lollipop itu sehingga terlupa berterima kasih pada si ayah yang membelikan lollipop tersebut.

Sehingga sekarang dia tidak punya jawapan. Kawannya seolah melarikan diri daripadanya. Dia buntu mencari jalan. Telefonnya tidak berangkat. Emelnya tidak berbalas. Mesejnya juga sepi. Dia tidak mahu silaturrahim itu putus. Dia masih sayangkan kawannya. Terlalu sayang.

"Jangan futur sahabatku. Ingatkah engkau pada kecintaan kita Baginda Rasulullah yang dakwahnya itu lebih payah? Kita jauh lebih senang. Cemuhan ini hanyalah secebis dari cemuhan yang dilemparkan pada Baginda. Kita tidak dilempar najis. Kita tidak hunus pedang. Kita tidak dicaci maki dengan teruk. Ketika Baginda bersedih, Allah memujuk Baginda dalam surah-Nya al-Insyirah :

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Bukankah kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?. dan kami pun telah menurunkan beban darimu. yang memberatkan punggungmu. dan kami tinggalkan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. sesungguhnya bersama kesuitan ada kemudahan. maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

Sadaqallahul azim..

La tahzan ya sahabati. Kita bersama dalam perjuangan ini. Masa hadapan lebih banyak lagi rintangan yang kita tidak pernah tahu. Laluilah masa yang susah ini. Sekurang-kurangnya ia mengajarmu erti sabar."

Dia cepat-cepat beristigfar. Bibirnya terkumat kamit menyebut nama Agung. Kepalanya didongak ke langit pagi yang kian mencerah, mencari ketenangan dan kekuatan yang kian surut. Langkahnya masih beralun. Kali ini tidak lagi longlai. Wahai Allah..kurniakanlah hambamu ini ketenangan, kekuatan dan kesabaran.

Amin..

Tuesday, March 17, 2009

KAMU TAHU?

Assalamualaikum wbt.

Kamu tahu?

Pagi tadi selepas bangun dari tidur, saya menyemak kembali daily planning dan list to-do saya. Ada tanda merah di satu column. Rupanya saya berniat untuk post entry mengenai solat sempena "STAND WITH SOLAT, COVER WITH HIJAB" campaign yang dianjurkan oleh Unit Hisbah Perubatan Cawangan Mansurah (PCM). Kempen tersebut telah berakhir semalam tetapi kewajipan untuk saling menasihati tentang SOLAT dan HIJAB tidak akan pernah berhenti.

Maka saya rasa perlu saya postkan entry tersebut.

Saya buka kembali buku Mickey Mouse yang selalu saya bawa ke program2 ilmu. Menyelak
kembali penulisan yang saya sampaikan pada sesi Smart Circle yang lepas, KELEBIHAN SOLAT.



Kamu tahu?

SOLAT adalah tiang agama. Jika tegak tiang solat itu, maka tertegaklah agama kita. Jika condong tiang itu maka condonglah agama kita. SOLAT adalah kewajipan ang wajib dilkukan oleh setap muslim dalam setiap keadaan selagi akalnya masih waras.

Kamu tahu?

Di dalam Al-Quran, perkataan 'aqama' yang bermaksud perintah mengerjakan dan mendirikan soalt disebut lebih di 25 tempat. Perkataan 'as-solat' pula di sebut lebih daripada 70 kali yang antaranya terdapat di dalam Surah An-Nisa : 103 : "Seterusnya apabila kamu selesai menyempurnakan solatmu, ingatlah Allah ketika kamu berdiri, pada waktu duduk dan ketika berbaring. Kemudian, apabila kamu telah merasa aman, maka kamu laksanakanlah solat itu (sebagaimana biasa).Sungguh, solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ats orang2 yang beriman."

Kamu tahu?

Perintah solat adalah amat unik dan istimewa. Ia berbeza dengan perintah2 yang lain seperti zakat, puasa, haji dan sebagainya yang disampaikan melalui wahyu Al-Quran dengan malaikat Jibril sebagai perantaraan.

Tetapi SOLAT diperintahkan secara terus kepada Rasulullah s.a.w di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra' Mikraj. Jadi sekarang, dapatkah kamu bayangkan betapa solat itu amatlah penting dan bermakna?

Kamu tahu?

SOLAT adalah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Rasulullah s.a.w bersabda :
"Amal pertama akan dihisab bagi seorang hamba di hari akhirat adalah SOLATnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain." (Thabrani)

Kamu tahu?

SOLAT adalah penting..Kerana :

1.Solat dapat mengingatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah.

"Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingati Aku" (Surah Taha : 14)

2.Solat dapat menghapus dosa.

Dari Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : Sembahyang 5 waktu dan sembahyang Jumaat sehingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang2 itu, selama dijauhinya dosa2 besar (Hadis Riwayat Muslim)

3.Solat dapat mencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

"Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah di wahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakan solat, Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan ketahuilah mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Ankabut : 45)

4.Solat dapat memberi keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup.

"Sungguh beruntung orang2 yang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah Al-Mukminun : 1-2)

Kamu tahu?

Solat yang khusyuk boleh mendamaikan jiwa, mengawal tekanan perasaan dan menjadikan tubuh badan kita sihat dan cergas. Rasulullah s.a.w sediri ,ketika Baginda berhadapan dengan masalah, Baginda akan memperbanyakkan solat kerana bagi Baginda, solat adalah amalan penyejuk hati.


Kamu tahu?

Solat adalah amalan yang paling Allah sukai.

Daripada Abi Amr Asy-Syabani katanya, Abdullah Ibn Mas'ud pernah bertaya kepada Rasulullah s.a.w : Apakah amalan yang paling Allah sukai? Nabi s.a.w menjawab : "Solat tepat pada waktunya". Ia bertanya lagi : "Kemudian apa?" Baginda menjawab : "Melakukan kebaikan kepada ibu bapa". Ia bertanya lagi : "Kemudian apa?" Baginda menjawab : "Melakukan jihad pada agama Allah s.w.t". (Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Kamu tahu?

Dalam buku 'Apa Ertinya Saya Menganuti Islam' karangan Fathi Yakan ada menyatakan 'Saya mestilah muslim dari sudut ibadah'. Dalam sudut ibadah, kita antaranya perlu berasa TAMAK dalam beribadah. Bak kata bonda saya, apabila kita sudah dapat yang baik,kita mahu yang lebih baik. Apabila kita sudah dapat yang lebih baik, kita mahu yang terbaik. Begitulah kita perlu ada rasa tamak dalam beribadah.

Kamu tahu?

Saya mengingatkan diri saya khususnya serta kamu juga umumnya, marilah kita menunaikan solat dengan sebaiknya. Marilah kita memperelokkan lagi solat kita. Mariah kita tambahkan lagi ibadah dengan solat2 sunat. Marilah kita biasakan diri kita dengan solat agar kita sentasa tenang dan terpelihara.

Sekarang kamu tahu?

Monday, March 16, 2009

It comes again and again.

Assalamualaikum wbt.

This evening, when I asked Doctor about practical examinations, she told me that the schedule was came out. So on my way back home, my friends and I did some skodeng at Shu'un Tullab (students department), find out high and low for the mentioned examination's schedule. I then approached the malaysians crowd assuming that they were looking at the schedule since their heads were all like kura-kura keluar dari cengkerangnya. Guess what?

  • Parasitology : 11th April 2009
  • Pharmacology : 14th April 2009
  • Microbiology : 15th April 2009
  • Pathology : 16th April 2009

The exams will be less than month from now! What a joke? (okay this is not joke. its for real)

And for this becoming Saturday (21st March 2009), we'll sit for Pharmacology Clinical Cases test.

My feelings are now intermingled by the exams.

Since my preparations at this moment are merely about 5% (diulangi : 5 peratus sahaja!) , I've decided to give this blog a rest. I have to manage my time properly. I need to prepare the remaining 95% so as to pass my practical papers with flying colors. I was actually threatened by NO MUMTAZ, NO MALAYSIA as well.

Do pray for all of our successes friends!

"Wahai Allah, permudahkalah segala urusan kami."

Tuesday, March 10, 2009

Takkan Berpaling Dari Mu

Assalamualaikum wbt.



Saya mudah tertarik dengan lagu2 dari seberang yang antaranya mempunyai lirik yang betul2 meluahkan rasa hati ini. Juga kadangkala sebagai motivasi atau muhasabah diri. Maka bersama post ringkas kali ini, saya sertakan bersama lirik lagu yang terdapat pada blog ini. (ayat macam karangan official letter pulak)




Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasa Mu
Yang tak kan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Terima kasih ku padamu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya Dirimu yang tahu besar rasa cintaku pada Mu
Oh Tuhan anugerah Mu tak pernah berhenti
selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
dan satu janjiku tak kan berpaling dari Mu

Ya Allah..


Ku kan sisihkan semua aral melintang di hadapanku
Dan buat terang suluh jalan hidupku Melangkah

Terima kasih ku padamu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya Dirimu yang tahu besar rasa cintaku pada Mu
Oh Tuhan anugerah Mu tak pernah berhenti
selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
dan satu janjiku tak kan berpaling dari Mu

by: Rossa
OST Munajah Cinta

Monday, March 9, 2009

Muhasabah CInta

Assalamualaikum w.b.t..


Musim kini mula berubah. Hujan yang lebat beberapa hari lepas mungkin adalah tanda berakhirnya musim sejuk di bumi Anbia' ini. Ramai yang sudah mula batuk dan sakit tekak. Fenomena biasa apabila bertukarnya musim. Siang sudah semakin panjang dan malam pula semakin pendek. Heater sudah mula disimpan dan diganti pula dengan kipas. Baju panas mula di simpan rapi di dalam almari. Menanti untuk di sarung semula pada musim sejuk akan datang.


Visa saya sudah tamat tempoh 3 bulan lamanya. Saya pun pelik mengapa saya masih selamba. Jika sebelum ini masalah pembayaran yuran yang belum selesai menghalang saya untuk memperbaharui visa, alasan itu kini sudah tidak relevan lagi untuk saya menangguhkan urusan pembaharuan visa kerana yuran saya sudahpun berbayar. Kesempitan masa pula kini menjadi alasan.


Saya menghubungi rumah semalam. Ayah bertanya tentang visa. Mengetahui saya masih belum memperbaharui visa, ayah membebel. Saya cuba memberi alasan. Namun semua itu adalah alasan. Benar salah saya. Hal penting sebegitu tidak patut saya remehkan. Selepas itu saya berjanji pada ayah untuk mempercepatkan urusan pembaharuan visa. Rasa cuak dan risau mula menyelubungi diri kerana pasti saya dimarahi oleh ammu kerana sudah lama sangat visa saya tamat tempoh. Sempat berpesan pada ayah dan mama di akhir perbualan :"Doakan urusan akak dipermudahkan ye? Risau la pulak tiba2.."


Pagi tadi saya ke Jawazat (Pejabat Imigresen) seawal pukul 8 pagi. Segala dokumen saya telah persiapkan awal2 lagi cuma tidak berkesempatan untuk ke Jawazat. Sesampainya saya di Jawazat, saya di beritahu urusan pembaharuan visa tidak boleh dibuat pada hari ini. Sebab mengapa saya tidak tahu. Ammu Jawazat ada beritahu mengapa tetapi kerana saya yang agak tidak faham bahasa arab, sekadar mengangguk tanda faham urusan tidak boleh dibuat hari ini."Meshi..meshi..". Disuruhnya saya datang kembali esok. Saya bertanya "Bukrah mush agaza?" (esok bukan cuti ke?). Pelik! Esok bukan ke cuti Maulidurrasul ke? "La! Enti gai bukrah insyaAllah.." (Tidak..kamu datang esok insyaAllah..). Saya sekadar mengangguk tanda faham dan berlalu pergi. Tetapi dahi saya masih berkerut. "Biar betul ammu ni. Esok kan cuti?"


Hari ini adalah 12 Rabiul Awal 1430. Salah satu tarikh besar dalam kalendar Islam. Minggu lepas ketika Dr yang mengajar kami Microbiology berkata di akhir lecture : "Okay I'll stop here. We'll continue next week. But Monday is holiday. We'll continue after that", reflex spontan saya dan beberapa orang rakan sekelas yang lain adalah "yeay!" kerana hari cuti adalah hari yang ditunggu2 oleh kami.


Namun bukanlah isu cuti yang ingin saya ketengahkan di sini. Tetapi muhasabah cinta kita pada Kekasih Allah yang satu itu. Sejak kecil lagi kita telah didedahkan tentang Sirah Rasulullah s.a.w tetapi adakah kita betul2 menghayatinya? Rasulullah adalah manusia yang dicipta dengan sebaik2 akhlak tetapi adakah kita mencontohi akhlak Baginda? Rasulullah adalah kecintaan sahabat2 Baginda pada zamannya tetapi adakah cinta kita pada Rasulullah s.a.w mencapai cinta para sahabat pada Baginda?


Itulah antara persoalan2 yang saya persoalkan pada diri saya sendiri sebagai muhasabah untuk diri yang sering alpa dan lupa ini. Saya membuka kembali lembaran kisah2 Baginda sepanjang hayat Baginda bermula dari lahirnya Baginda sehingga Baginda wafat dan juga kisah2 para Sahabat yang sentiasa berada di sisi Baginda semasa hayat Baginda. Menyemak kembali setakat manakah diri ini mencintai Kekasih Allah itu. Setiap kisah yang disoroti membawa rasa syahdu dalam diri. Rasa sebak hadir dan kadangkala mengundang titisan air mata. Adakah diri ini mampu mencintai Baginda Rasulullah seperti kasih dan cintanya sahabat2 Baginda Rasulullah sa.w pada Baginda?


Antara kisah yang memberi kesan adalah kisah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, sahabat terbilang yang paling akrab dan paling di sayangi oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakar r.a telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah s.aw. Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar r.a, dapat kita ketahui dari satu dialog yang terjadi antara baginda Rasulullah dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah s.aw pernah suatu hari menanyakan Rasullah : "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab : "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya."


Semasa peristiwa Hijrah umat Islam ke Madinah di atas perintah Allah ketika berlakunya kekejaman orang2 Quraisy terhadap umat Islam, Saiyidina Abu Bakar bersama2 Rasulullah bersembunyi di dalam Gua Thur. Pada masa itu Saiyidina Abu Bakar merasa gelisah kalau2 mereka di jumpai oleh pihak musuh. Apabila ditanya oleh Baginda Rasulullah, Saiyidina Abu Bakar menjawab : "Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang manusia biasa. Tapi andai kata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan yang akan tegak pula ialah kezaliman."


Berlaku juga semasa penyembunyian mereka berdua itu, Saiyidina Abu Bakar memangku kepala Baginda Rasulullah ketika Baginda tidur. Melihatkan ada sebuah lubang yang dikhuatiri ada binatang berbisa di dalamnya, Saiyidina Abu Bakar menutup lubang tersebut dengan tapak tangannya. Bimbang jika binatang berbisa menyengat Rasulullah. Semasa menutup lubang tersebut, tangannya di patuk ular berbisa yang mendiami lubang tersebut. Sakitnya terasa tetapi beliau hanya mendiamkan diri sehinggalah beliau menitiskan air mata dan air mata tersebut jatuh ke atas muka Rasulullah yang berada di pangkuannya. Begitulah kasihnya Saiyidina Abu Bakar r.a pada Rasulullah s.a.w. Banyak lagi kisah2 Saiyidina Abu Bakar yang boleh dijadikan pedoman. Masya Allah..Bagaimanakah pula cinta kita pada Rasulullah? Adakah sehebat cinta Saiyidina Abu Bakar r.a terhadap Rasulullah s.aw?


Berlaku juga satu peristiwa dikalangan sahabat Rasulullah sa.w beberapa peristiwa yang menunjukkan kecintaan mereka pada Kekasih Allah yang satu itu. Antaranya adalah kisah Khubaib bin 'Ady, iaitu seorang sahabat Nabi yang dijatuhi hukuman mati oleh pemimpin Quraisy tanpa sebarang alasan.


Apabila beliau hendak disalib, para peminpim Quraisy bertanya kepada beliau : "Sukakah engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?". Jawab Khubaib bin 'Ady : "Aku tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan anak2ku, sementara Muhammad tertusuk duri..". Begitulah jawapan Khubaib bin 'Ady. Betapa cintanya beliau pada Rasulullah sehingga tidak sanggup melihat Baginda di tusuk duri apatah lagi di salib dan di bunuh. Dirinya di korbankan demi kekasihnya itu.


Bagaimana dengan cinta kita pada Baginda Rasulullah s.a.w? Adakah pernah kita mempertahankan Baginda Rasulullah s.a.w ketika Baginda dihina?


Kita mungkin tidak sempat bertemu dengan Rasulullah s.a.w semasa hayat Baginda namun tahukah anda apakah yang Baginda perkatakan tentang kita umat Bgainda di akhir zaman ini? :

Pernah satu ketika , sedang Rasulullah s.a.w berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba2 bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Apabila ditanyakan oleh Saiyidina Abu Bakar r.a, Baginda menyatakan bahawa Baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai Ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saiyidina Abu Bakar bertanya : "Bukankah kami ini Ikhwanmu?". Baginda menjawab : "Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku. Ikhwanku itu adalah mereka yanag belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan mencintaiku.Aku sangat rindu bertemu mereka.."


Adakah patut kita menjadikan tidak pernah bertemu Baginda Rasulullah sebagai alasan untuk kita tidak mencintai Baginda? Jawapannya pastilah tidak. Malahan sepatutnya, tidak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda membuatkan kita rasa lebih rindu untuk bertemu dengan Baginda. Ya, saya rindu Kekasih Allah yang satu itu. Semoga rindu ini membawa kepada cinta yang membawa kepada pertemuan di akhirat kelak.


Semasa kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w, berita yang tersebar menggegarkan Madinah. Ramai para sahabat yang besar dan mereka yang terdahulu memeluk Islam mendengar sehingga hilang kewarasan akalnya. Ada dikalangan mereka yang lidahnya kelu. Ada yang jatuh lumpuh tak daya untuk bergerak. Sehinggakan Umar al-Khatab menghunus pedangnya dan melarang orang ramai mengatakan Rasulullah s.a.w telah wafat. Hanya Saiyidina Abu Bakar sahaja yang teguh imannya.


Saiyidina Abu Bakar r.a masuk menziarahi Rasulullah s.a.w sedang Baginda kaku diselubungi selimut di atas katilnya. Beliau lantas mengucupi Baginda seraya berkata : "Aku tebus kamu dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah! Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati. Kematian yang Allah suratkan kepadamu telah kamu rasai. Kamu tidak ditimpa kematian lagi selepas ini untik selama2nya. Wahai Rasulullah, ingatilah kami disisi Tuhanmu."


Kemudian Abu Bakar keluar menemui orang ramai dan berkata : "Wahai manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati." Kemudia beliau membacakan ayat ke 114 surah Ali- Imran.


Begitulah fenomena yang berlaku di kalangan sahabat ketika kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w. Ia berlaku kerana mereka amat mencintai Rasulullah s.a.w. Cinta mereka itu menyerap sehingga ke dalam darah dan urat saraf mereka. Bagaimanakah cinta kita wahai sahabat2 sekalian? Apakah cinta kita pada Rasulullah melebihi cinta kita pada dunia ini? Apakah pula cinta di dunia ini yang boleh mencapai kehebatan cinta para sahabat yang baik ini terhadap Baginda Rasulullah s.a.w? Bagaimana pula cinta kita pada Baginda? Bagaimana?


Marilah sama2 kita muhasabah kembali cinta kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. Bersempena kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w ini, marilah juga kita bersama2 memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar, Rasulullah s.a.w. Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).


Sollu 'ala Rasulullah s.a.w..

Saturday, March 7, 2009

"Ma, I'm thinking of....."

Assalamualaikum wbt..

"Kak Kiki bila nak kahwin?"
Satu soalan keluar dari mulut seorang adik semalam. Saya sedikit terkejut dengan soalan yang tiba2 itu di tengah2 orang ramai. Riak wajahnya tenang menandakan soalan itu serius bukanlah sekadar usikan atau gurauan. Saya membuntangkan mata sebagai reaksi reflex kepada soalan beliau kemudian saya senyum. Hampir gelak tetapi saya tahan.

"Kenapa tanya soalan macam tu? Awak nak kahwin ke?" saya membalas.
Memancing jika soalan yang terluah itu hanyalah sebagai pembuka bicara kepada niat yang terbuku di hatinya. Namun sangkaan saya sedikit meleset.
"Eh takdelah..sekadar bertanya."
Dia tersenyum. Saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan beliau. Bagaimana boleh secara tiba2 dia bertanya. Pasti ada sesuatu.

"Ye ke...awak ada dengar2 akak nak kahwin ke?" saya bertanya.
Kerana soalan 'bila mahu kahwin' sudah tidak asing lagi ditanyakan kepada saya. Sudah boleh dikategorikan sebagai common question. Saya tidak tahu adakah kerana di dahi saya terdapat cop 'saya mahu kahwin' ataupun 'saya akan kahwin' sehingga saya sering di usik dengan soalan sebegitu.

Soalan yang selalunya saya anggap sebagai usikan dan gurauan itu saya jawab dengan skema jawapan yang ringkas : "InsyaAllah..I'm waiting for the right person and the right time to come. We'll wait and see".

"Eh takdelah..saja je nak tanya" si adik menangkis persoalan saya.
"Takkan Kak Kiki tak nak kahwin kan? hehe." beliau tersengih.
Tersengih barangkali, kerana saya tidak nampak riak muka beliau yang terlindung di sebalik niqab hitam miliknya. Hanya kenyitan matanya itu yang jelas.
"Isk, tanya pasal kahwin pulak kat tengah2 orang ramai macam ni. Nanti akak datang rumah ye? Dah lama tak sembang banyak2".
Kami kemudian berpisah mengikut haluan masing2.

Perkahwin bukan lagi sebuah isu yang remeh dan enteng bagi mereka yang seusia dengan saya. Umur 21 tahun yang di kategorikan sebagai 'young adult' adalah satu fasa pra-dewasa yang membawa kepada interpretasi buah fikiran yang matang.Termasuklah soal perkahwinan lebih2 lagi bagi mereka yang mengharapkan cinta suci yang berlandaskan hukum syarak. Pasti perkahwinan menjadi pilihan bukanlah berkepit kesana kemari tanpa apa2 ikatan yang sah.

Menjawab kepada soalan bila saya mahu kahwin, jawapan saya masih sama iaitu menanti "The right person and the right time". Siapa tidak mahu berkahwin. Berkahwin adalah ibadah, salah satu sunnah Rasullullah s.a.w yang selari dengan kehendak dan fitrah manusia. Menolak perkahwinan bererti menolak fitrah dan sunatullah. Jadi mengapa mahu menolak kepada perkahwinan?




Namun bagi saya, isu berkahwin bukanlah satu isu yang mudah atau yang boleh dipermudahkan. Mengapa? Kerana berkahwin ini besar isunya seperti besarnya niat untuk berkahwin itu sendiri. Jadi persediaan mestilah BESAR juga.

"Ma, I'm thinking of marriage.."
Luah saya pada bonda selepas bercakap lama ketika menghubunginya berapa bulan yang lalu.
"Dengan siapa?" she asked me spontaneously. Terkejut mungkin kerana soal kahwin dibicara semula. Itu bukan kali pertama saya bercakap soal kahwin tetapi kali kedua. Tapi kali ini saya lebih serius barangkali.
"Tak tahu lagi.." balas saya.
"Jangan pakai tangkap muat je.." pesan bonda.

Yes, I'm thinking about marriage. But probably not to marry anybody this real soon. Ia sebenarnya lebih kepada :"Saya bersedia untuk lebih fokus dalam membuat persediaan untuk berkahwin". Itulah yang saya cuba jelaskan pada bonda dan alhamdulillah bonda faham dan merestui niat hati saya.



Sifir hidup saya bermula dengan matlamat dan kemahuan yang jelas. Matlamat dan kemahuan yang jelas membantu saya dalam merangka strategi dengan baik. Strategi yang baik mendorong saya dalam memperkasakan usaha demi mencapai sesuatu yang terbaik.
'If you fail to plan, you plan to fail'.
Salah satu word of wisdom mudah yang saya pegang. Tidak kiralah dalam apa sahaja kehendak dan situasi, jangka masa pendek atau panjang, saya menggunakan sifir ini. Dan sudah pasti, saya lebih banyak mempraktikkan sifir ini dalam study saya.

Mematlamatkan perkahwinan tidak bermakna saya menolak matlamat lain yang lebih utama iaitu menghabiskan study tepat pada masanya. Matlamat utama masih lagi yang utama. Cuma kini saya menambah lagi matlamat jangka masa panjang saya.
Bermatlamatknn perkahwinan bermaksud saya perlu mula berusaha mempersiapkan diri untuk matlamat itu. Dan itulah apa yang saya mahu dan perlu mula lakukan sekarang. Menyedari berkahwin memerlukan persediaan rapi terutama dalam aspek ilmu dan pentarbiahan diri, saya perlu mula bergerak berpaksikan fokus yang lebih baik.

Saya perlu membuat persiapan ilmu untuk membina keluarga yang madani dan bahagia. Saya perlu melatih diri agar bersifat sabar dan tenang dalam setiap perkara dan dalam membuat keputusan. Saya perlu mentarbiah diri agar boleh menjadi sayap kiri yang melengkapkan perjuangan si ketua keluarga dan membantu jalan dakwahnya. Saya perlu bersedia untuk menerima zuriat dan perlu bersedia untuk mendidik mereka agar mereka membesar dalam keadaan mengenal Allah s.w.t.





Perkara sebegitu bukanlah mudah. Oleh kerana itu ketika saya mula berfikir tentang perkahwinan, saya menjadikan ia matlamat yang ingin dicapai agar saya lebih fokus untuk berusaha mempersiapkan diri dengan segala kecukupan dan kelengkapan dan kerapian untuk bergelar isteri pada sang suami dan ibu pada anak2 saya.


Lebih2 lagi perkahwinan bukanlah sahaja demi memelihara diri daripada maksiat dan nafsu syahwat bahkan perkahwinan juga adalah untuk melahiran zuriat dan meneruskan kesinambungan keturunan. Di situlah perlunya persiapan yang lengkap dan mantap.

Saya kadang kala takut apabila terfikirkan sesuatu..
Takut untuk melahirkan zuriat di zaman akan datang yang saya tidak tahu bagaimana situasi dan keadaannya. Adakah lebih baik dari sekarang atau sebaliknya? Dengan pengaruh2 asing yang kian melarat, akhlak dan moral yang semakin miskin dan juga masalah jenayah yang kian meningkat hari demi hari. Adakah saya mampu mentarbiah amanah2 yang Allah berikan itu dengan baik dan sesempurna mungkin? Adakah saya mampu menjadikan mereka harta saya yang paling berharga di akhirat kelak?





Ditambah pula dengan karier saya pada masa akan datang yang masih tidak dapat saya bayangkan bagaimana keadaannya yang sebenar. Adakah saya punya cukup masa untuk anak2? Adakah saya berpeluang melihat setiap perkembangan mereka sepanjang proses mereka membesar? Adakah saya mampu mendidik dan mentarbiah mereka sepertimana kedua ibubapa mendidik saya atau mungkin lebih daripada itu? Adakah saya mampu merawat jiwa zahir dan batin anak2 ketika diperlukan? Oh, saya betul2 risau.



Rasa takut dan risau itulah yang mendorong diri saya untuk berusaha sebaik mungkin mempercukupkan diri agar bersedia mendidik anak2 saya dengan sebaik2 didikan. Sepertimana apabila bapa Imam Shafie ditanya bagaimana beliau mendidik Imam Shafie sehingga menjadi seorang manusia yang hebat. Beliau menjawab "Aku mula mendidiknya sejak 40 tahun sebelum kelahirannya lagi".
Bukankah ini bermaksud, didikan dan pentarbiahan anak bermula daripada diri dan peribadi si ibubapa lagi?
Untuk mendapat zuriat yang baik, diri kita perlu baik terlebih dahulu. Seperti juga jika ingin menanam pokok yang elok, mestilah tanahnya juga elok. Jika tanahnya elok, campaklah apa sahaja biji benih sekalipun maka akan hiduplah benih tersebut menjadi pohon yang subur dan menghijau. Apatah lagi jika benih tadi di siram dengan air yang cukup, dibaja dengan secukupnya dan dijaga dengan penuh rapi, pasti saja pokok itu tampak lebih cantik dan indah.

Saya pernah melalui satu saat yang sukar dalam hidup saya. Saya pernah tergesa dalam berjalan sehingga terlupa melihat peta. Akibatnya, saya terjatuh di dalam lubang yang sempit dan dalam.
Terkadang terasa diri amat tidak bijak apabila masih tetap berada di dalam lubang yang sempit dan dalam itu tanpa pernah berusaha untuk memanjat kembali diding lubang itu untuk keluar. Syukur saya cepat tersedar untuk cuba keluar.
Pada waktu itu saya tidak kisah lagi biarlah badan saya calar balar, terluka dan meninggalkan parut sekali pun, yang penting saya perlu keluar keluar dari lubang sempit itu. Dan alhamdulillah, saya berjaya.
Dan kini, apabila sudah dapat keluar, saya cuba membersihkan kotoran tanah yang melekat dan saya berjanji untuk tidak jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua. Seperti mana Sabda Baginda Rasulullah s.a.w : "Seorang Mukmin (orang yang beriman) tidak akan disengat dari lubang yang sama sebanyak dua kali" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dan lubang itu menjadi pengajaran yang bermakna buat saya.


.Kini bermatlamatkan matlamat yang lebih jelas, saya cuba untuk menyusun strategi yang lebih baik. Saya perlu menyediakan peta yang besar dan jelas. Saya perlu menyediakan lampu suluh dengan harapan lampu suluh tersebut dapat membantu menerangi jalan saya jika jalan itu gelap. Saya perlu menyediakan bekalan air dan makanan yang cukup agar saya tidak lapar dalam perjalanan. Saya perlu membina stamina dan kekuatan yang tinggi agar saya tidak pancit di tengah jalan. Dan saya tidak boleh sombong bertanya dengan orang yang lebih mengetahui jika saya tersesat jalan. Apa yang pasti, segala persiapan perlulah cukup lengkap agar saya dapat sampai kepada matlamat dan tujuan saya dalam keadaan baik dan sempurna.

Jika ditanya sekarang adakah saya sudah bersedia kepada sebuah perkahwinan, saya masih belum pasti. Tidaklah saya tidak bersedia tetapi tidaklah pula sangat bersedia. Jawapan yang pasti adalah, saya masih dalam usaha mempersiapkan diri dan usaha ini mungkin tidak akan pernah henti. Saya bertawakkal pada-Nya di atas usaha2 ini kerana Dia lah yang Maha Tahu. Apa yang saya yakini, 'the right time' InsyaAllah akan tiba dan mungkin pada masa itulah tandanya persiapan dan persediaan saya itu sudahpun meyakinkan.

Ada ungkapan yang mengatakan sukarnya mencari lelaki yang soleh sama seperti mencari gagak putih. Ada benarnya. Ramai di sekeliling saya yang berkata : "Usah sibuk mengharap dan berkehendakkan suami yang soleh tetapi subuklah bina ciri2 solehah dalam dirimu terlebih dahulu".
Dan untuk mencari 'the right person' saya mestilah berusaha ke arah untuk menjadi 'the right person' juga. Barulah usaha dan kehendak itu seimbang.




Rasulullah s.a.w bersabda :"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinlah. Jika kamu tidak laksanakan, akan menjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas." (Riwayat Tarmizi).

Dan penantian "the right person and the right time" kini bermula seiring dengan bermulanya diri ini mengorak langkah untuk merealisasikan strategi dan memperkasakan usaha demi mencapai satu matlamat yang murni. InsyaAllah...

Friday, March 6, 2009

Nikmat-Nya

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang Menghidupkan dan Mematikan.

Hari ini hari Jumaat. Hari yang kebiasaannya sibuk kini agak lapang. Selalunya waktu2 begini saya pasti bersama2 adik2 SC saya. Tapi hari ini diadakan Sports Day peringkat PERUBATAN menyebabkan SC terpaksa ditangguhkan. Niatnya mahu jalankan SC malam tadi memandangkan hari ini mereka akan sibuk bersukan. Tetapi ada tetamu dari cawangan lain yang ingin bermalam di rumah adik2 demi meraikan hari sukan pada hari ini maka terpaksa ditangguhkan lagi. Saya memilih untuk tidak menyertai sukan. Bukan tidak menyokong program yang dianjurkan tetapi saya betul2 perlukan masa untuk study saya yang banyak tertangguh.

Seakan tidak percaya exam semakin dekat membuatkan saya sedikit stress. Semester kedua ini saya rasakan diri saya agak lembap dan kurang motivasi diri. Bermacam2 faktor membuatkan diri ini stress. Kelas, masa, aktiviti, study dan diri sendiri. Saya cuba bina kekuatan diri. Menghadiri program motivasi. Berbincang dengan kawan2. Dan membuat sesuatu yang saya suka. Dan bermacam lagi.

Saya bukanlah jenis yang hanya duduk dalam bilik bersama2 buku dan study 24 jam tanpa henti. Saya sukakan aktiviti2 luar. Menghadiri apa2 program yang saya rasakan bermanfaat. Namun apabila mengetahui limit diri dan hak2 lain yang perlu ditunai, maka saya perlu mengehadkan aktiviti saya mengikut masa dan keupayaan. Yang pasti, tiada istilah cuti di hujung minggu sejak akhir2 ini. Saya tidak boleh mengeluh kerana inilah jalan yang saya pilih. Sebenarnya, jika saya merasakan diri saya sibuk, masih ramai lagi yang lebih sibuk dari saya. Biarlah sibuk sekarang agar tidak muncul lompong kosong di hari Sibuk sana.

Semalam saya ponteng 2 kuliah kerana tidak sihat. Rasa amat rugi kerana ianya hanyalah menambah hutang2 study yang belum langsai. Membaca sendiri tidak sama dengan menghadiri kuliah. Melalui kuliah, kita lebih cepat tangkap, faham dan ingat. Membaca sendiri di rumah selama berjam-jam tidak akan pernah sama kualitinya dengan jika kita duduk dan mendengar lecturer mengajar selama sejam. Mujur saya menyertai tuition class untuk subjek tersebut. Sekurang2nya saya pasti topic pada hari itu akan diajar kembali semasa tuition nanti.

Saya sedikit kecewa kerana kelas tuition Patho terpaksa dibatalkan kerana hanya 7 orang sahaja yang mahu menyertai kelas tersebut. Kelas memerlukan sekurang2nya 15 orang untuk berjalan seperti biasa. Doctor menolak untuk mengajar kami yang bilangannya hanya separuh sahaja dari yang dia mahu. Sedihnya! Subjek Patho tu nak tunggu saya baca dan belek buku sendiri memang payah. Tidak sama baca sendiri dengan Doctor ajar. Biarlah Doctor mengajar laju pun sampai saya tidak sempat langsung memandang buku tetapi sekurang2nya saya dapat 80% kefahaman berbanding membaca sendiri yang mungkin hanya 20% sahaja kefahaman. Itupun kadang2 salah faham. Untuk mendapat 60% peratus lagi, perlu ulang2 banyak kali.




Pernah tak dengar kata2 ini :"The first step in the acquisition of wisdom is SILENCE, the second is LISTENING, the third MEMORY, the fourth PRACTICE, the fifth TEACHING others".
Saya pegang kata2 ini kerana memang benar, jika kita ikut step ini, kita akan mudah faham dan ingat. Lebih2 lagi saya bukanlah seorang yang cenderung membaca tulisan2 yang berjela2. Saya lebih mudah faham jika mendengar berbanding melalui bacaan. Dan saya lebih mudah hafal melaui diagram tidak kiralah gambar, carta, peta minda etc. Saya jarang menghafal teks tetapi saya boleh menjawab berdasarkan gambar2 dan diagram yang saya lihat.

Semalam juga saya menghadiri perjumpaan group Nuqaba'. Para2 Nuqaba' telah dibahagikan kepada kumpulan2 kecil untuk berbincang tentang syllabus yang hendak disampaikan kepada adik2 SC dengan lebih berkesan. Saya diamanahkan untuk menjadi ketua bagi group saya bersama2 8 orang sahabat yang lain. Ketua berfungsi memastikan segalanya berjalan dengan baik dan teratur serta mencapai matlamat penubuhan kumpulan kecil ini iaitu berbincang dan berkongsi ilmu untuk disampaikan pula pada adik2. Alhamdulillah, sahabat2 banyak membantu dan memberi kerjasama serta komitmen yang sangat baik menjadikan kerja lebih mudah.
Perbincangan syllabus yang pertama semalam saya rasakan amat seronok. Kami membincangkan tajuk Iman dan Taat.




Iman adalah satu elemen penting yang membawa kepada ketaatan. Maka siapakan orang yang beriman? Orang yang beriman adalah orang yang mengenal keMahaEsaan Allah, sifat2-Nya yang hakiki, undang2-Nya dan pembalasan-Nya kepada hamba2-Nya pada hari kiamat berkenaan dengan perbuatan mereka, dan kemudian meyakini semua itu, adalah mu'min sebenar.

"Mengenal Allah, mentauhidkan-Nya dan membersihkan-Nya daripada sesuatu yang mengotorkannya adalah aqidah yang tinggi dalam Islam" - Al Syahid Imam Hasan Al-Banna.



Suka untuk saya bawakan Hadith ke-2 dalam Syarah Hadith 40 Imam Nawawi :

Daripada Saidina Umar r.a beliau berkata : " Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda2 perjalanan jauh dan tiada seorangpun dintara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w.

Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah s.a.w dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua pahanya, lantas dia berkata : Wahai Muhammad! Ceritakan kepadaku tentang Islam". Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: "Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, kam menunaikan zakat, kamu berpuasa di bulan Ramadan dan menunakan haji jika kamu mampu mengerjakannya". Lelaki itu berkata: "Benarlah kamu!" Kami merasa hairan terhadapnya ; dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya.



Lelaki itu berkata lagi : "Ceritakan kepadaku tentang iman". Baginda s.a.w berkata : "Bahawa kamu beriman dengan Allah, para malaikat-Nya, kitab2-Nya, rasul2-Nya, hari kiamat dan kamu beriman dengan kadar baik dan buruk-Nya". Lelaki itu berkata: "BEnarlah kamu!"

Dia berkata lagi: "Ceritakan kepadaku tentang ihsan". Baginda s.a.w menjawab: "Bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah2 kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Allah melihat kamu."

Lelaki itu berkata lagi : "Ceritakan kepadaku tentang kiamat". Baginda menjawab: "Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya".

Lelaki itu berkata lagi : "Ceritakan kepadaku tentang tanda2nya". Baginda menjawab : "Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan penggembala kambing berlumba2 membina bangunan."

Kemudian lelaki itupun pergi. Maka aku pun menunggu beberapa hari. Kemudian Rasulullah s.aw berkata : " Wahai Umar! Tahukah kamu siapaka orang yang bertanya itu."

Aku menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah s.a.w : " Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu "

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab 'Iman'. Hadith no. 8.

Ibnu Daqiq al-'Iid berkata : "Hadis ini adalah hadis yang merangkumi semua amalan zahir dan batin. Ilmu2 syariat semuanya merujuk dan lahir darpada hadis ini. Ia seperti ibu kepada sunnah kerana ia mengandungi himpunan ilmu2 sunnah, seperti mana al-Fatihah dinamakan Ummul Quran keran ia mengandungi himpunan pengertian al-Quran."

(sumber dan rujukan : Kitab Syarah Hadis Imam Nawawi terbitan PMRAM)

Dari hadith di atas kita tahu apakah itu Islam dan apakah itu Iman.

Islam dan Iman itu juga secara ringkasnya adalah Rukun Islam dan Rukun Iman yang sejak kecil lagi kita sudah menghafalnya kan?

Teringat masa kecil dahulu, saya dan abang saya sering bersaing siapa yang lebih cepat menghafal doa dalam solat, bacaan dalam solat, surah2 lazim dan macam2 lagi termasuklah rukun islam dan rukun iman. Dan saya selalu menjadi juara walaupun kadangkala kalah.

Teringat lagi ketika saya bertanya ayah :"Ayah2..kenapa kita mesti sembahyang?" Ayah menjawab: "Kitakan orang islam..orang islam mesti sembahyang". Apabila dididik untuk berpuasa di bulan ramadan saya bertanya lagi : "Kenapa kita kena puasa?" Dan jawapan yang diberi adalah sama : "Kitakan orang islam..orang islam mesti lah kena puasa". Dan pada masa itu saya solat dan berpuasa kerana saya orang islam.

Dan hakikat sebenar pada masa itu adalah saya tidak faham lagi bahawa solat dan berpuasa adalah antara salah satu bentuk pengabdian, penyerahan dan tunduknya kita kepada Allah selari dengan maksud Islam dari segi bahasa.

Sayangnya orang sekarang, mereka mengaku muslim tetapi jarang sekali menjalankan kewajipan seorang muslim yang sebenar. Menjadikan solat sebagai satu perkara yang remeh dan menjadikan berpuasa di bulan ramadan sebagai adat kebiasaan di bulan ramadan. Orang semua berpuasa, kita pun puasalah! Kadang2 langsung tidak berpuasa tanpa sebarang keuzuran. Tapi bila ke bazar ramadan, borong segala macam makanan!
Memetik kata2 yang terdapat dalam buku syllabus kami: "Diibaratkan hubunga iman dan islam itu adalah seperti benih dan pokok. Sebatang pokok tidak akan tumbuh jika tiada benih. Boleh jadi juga benih yang di letakkan di dalam tanah tidak tumbuh. Jika tumbuh pula, boleh jadi pokok itu cacat kerana tanah yang kurang baik mahupun kekurangan air. Dan boleh jadi juga ia tumbuh dengan subur dan menghijau kerana cukup segala keperluannya. Begitulah juga tidak mungkin seorang manusia itu menjadi muslim apabila di hatinya tiada iman. Jika punya iman, kadangkala islamnya tidak sempurna kerana kurangnya tekad dan ilmu. Dan ada juga yang iman dan islam mereka sempurna kerana cukup segala keperluannya dari segi tekad dan ilmu."

Saya sendiri sebagai manusia terkadang lupa. Merasakan diri ini benar walaupun hakikatnya salah. Kalaupun mengikut suruhan Allah tetapi kadang2 masih juga melakukan larangan-Nya dalam tidak sedar. Astagfirullah al azim..Di situlah perlunya muhasabah diri setiap masa. Menjadikan mati, hari kiamat, syurga dan neraka sebagai peringatan.





"Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dar kegelapan kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung2nya adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya" (Al-Baqarah : 257)

Ya Allah...
Teringin sekali saya untuk mencintai Allah dengan sebenar2 cinta yang melebihi segalanya. Seperti Rabiatul Adawiyah yang cintanya pada Allah sehingga mencapai tahap ma'rifatullah. Teringin juga untuk menjadi ikhwan Rasullullah yang mencintainya sepenuh hati seperti sabda Baginda s.a.w : "Ikhwanku itu adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman dan mencintaiku."
Sempena 12 Rabiulawal yang bakal menjelang, marilah kita bersama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.w agar kita tergolong di kalangan umat Baginda yang mendapat syafa'at di akhirat kelak. InsyaAllah..


"Ya Allah.. jadikanlah hamba-Mu ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman."

Wednesday, March 4, 2009

I AM SICK

Assalamualaikum wbt.

I have to mention that I am suffering from chronic illness. That is why I failed to post any entry lately. I hope that I will get well soon so as to live my life normally again. Do pray for my recovery. Thank you.



ISCHEMIC TIME DISEASE

Incidence : predominates in 3rd year Mansoura medical students.

Aetiology : Time management incompetence

Predisposing factor :

  1. Works congestion
  2. Increase daily activities
  3. Acute sloth infection
  4. Exogenous and endogenous motivational deficiencies
  5. Secondary exhaustitis
Mode of infection : under investigation

Complications :
  1. Exacerbation of diseases
  2. Direct spread to brain causing neurological disturbances -eg: headache, drowsiness, insomnia, vertigo..etc
  3. Collapse
  4. Flushing of the face + hypertension
  5. Turn to infarction
  6. Thought obstruction
  7. Massive emotional necrosis

Clinical course : unpredictable, the patients may show spontaneous remission, or have an indolent course or may show progressive diligent cell failure.

Prognosis :
  1. Few cases died halfway.
  2. Many cases survive and develope scarred memories.