Assalamualaikum w.b.t..
Saat saya menyediakan entry ini, jarum panjang jam 'katak' di dinding bilik saya menunjukkan angka 3 pagi. Esok saya ada paper Pathology. Saya tahu ini memang kerja gila. Sepatutnya saat ini mata saya melekat pada buku. Tapi ada sesuatu yang perlu sampaikan pada pembaca. PERLU. Perkara ini sudah lama. Sudah lama menghantui fikiran saya malah mengganggu tidur saya dan menghilangkan selera makan saya. Tetapi hari ini, saya merasakan saya PERLU meluahkan apa yang saya rasa.
Semalam, saya sengaja meng'add' seorang rakan di laman saya. Saya kenal dia. Mana mungkin tidak kenal, dia famous. Kalah saya. Bukan ke'famous'annya yang saya mahu ceritakan di sini. Tetapi betapa kecewa, marah dan sedih saya ketika melihat gambar2 yang GAH terpamer. Astagfirullahah azim..mengucap panjang saya. Semoga Allah memberi dia hidayah.
Mungkin marah saya lebih kepada si dia. Tetapi rasa kecewa dan sedih itu datang apabila mengenang diri sendiri. Sedih dan kecewa kerana saya tahu apa yang si dia buat itu salah tetapi saya tak mampu mengubahnya. Saya tak mampu menasihatinya. Saya rasa tak mampu.
Ada benarnya hadis mengatakan "Sampaikanlah walau sepotong ayat..". SEPOTONG AYAT itu tampak mudah. Kedengaran mudah. Hakikatnya amat payah. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah s.a.w mahu menegakkan kalimah syahadah. Menyampaikan wahyu Allah, tidak semudah SEPOTONG AYAT. Sepotong ayat "Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah"..betapa banyak dugaan, cabaran, tentangan, cacian dan makian? Tetapi Rasulullah tak pernah berputus asa. Itu lah Rasulullah..Qudwah Hasanah. Tetapi saya? Allahuakbar..sedih hati saya.
Sebelum ini saya pernah terserempak dengan beberapa rakan yang tidak bertudung. Mulanya saya kenal mereka, bertudung. Sangat cantik. Kalah saya. Sehingga hati saya berkata : "Untungnya mereka di kurniakan Allah wajah yang cantik dan sedap di pandang mata. Semoga akhlaknya juga cantik sepertimana cantik kejadiannya."
Tetapi sekarang, sehelai kain yang menutupi mahkotanya itu sudah tiada. Saya terkejut. Yang amat! Dan mereka..Mereka cuba lari dari saya.
Mengapa lari?
Takut?
Siapa saya untuk kamu takut?
Dia, Dia yang sepatutnya kamu takutkan.
Mengapa lari?
Malu?
Sungguh tidak patut rasa malu itu kamu tunjukkan pada saya.
Malulah pada Dia.
Mungkin sekarang kamu boleh lari dari saya.
Tapi bolehkan kamu lari dari Dia?
Boleh?
Saya sedih. Saya sedih. Betul2 sedih. Sehingga menangis.
Saya pernah berjanji, setiap kalimahNya yang saya pelajari, saya mahu mengimani dengan sebaik2 iman.
Saya tahu firmanNya : "Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru ( berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang daripada segala salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang2 yang berjaya." (Ali Imran : 104)
Saya mahu menjadi salah seorang yang berada di puak itu. Kerana Allah kata, mereka yang bersifat demikian adalah orang2 yang berjaya. Saya mahu jadi orang yang berjaya. Namun nyatanya, bukan mudah untuk saya menjadi orang yang berjaya. Bukan mudah. Walaupun saya mungkin tidak dapat menjadi orang yang berjaya, saya tidak mahu menjadi orang yang gagal. Dalam situasi sekarang, berjayakah saya untuk tidak menjadi orang yang gagal?
Tahun lepas, saya di pilih dan di amanahkan untuk menjadi Penolong Ketua Biro Kebajikan Perubatan Cawangan Mansurah Sesi 07/08. Sehingga sekarang saya masih memohon pada Allah agar Dia mengampunkan dosa saya. Kerana saya tidak menjalankan amanah dengan baik. Saya tidak menjaga kebajikan ahli2 saya. Mungkin kebajikan zahir mereka saya tunaikan. Tapi itupun ada yang kurang. Tetapi kebajikan batin mereka? Sungguh, saya terlepas pandang. Ya Allah yang Maha Pengampun, saya betul2 berdosa. Ampunilah saya.
Jika saya punya kuasa memutar kembali masa, akan saya jalankan amanah itu sebaiknya. Tetapi mustahil bukan? Biarlah pengalaman ini menjadi sebaik2 pengajaran buat saya dan orang lain. Sungguh amanah yang kecil itu amatlah berat. Saya takut, saya takut jika kelak saya di tanya oleh Allah, saya gugup. Saya takut.
Entry kali ini betul2 dari hati saya. Semua yang saya coretkan di sini, adalah asli. Original dari hati saya.
Sepanjang menjadi AJK juga, kami banyak bermesyuarat. Setiap kali habis mesuarat, setiap orang di beri peluang untuk berkata sepatah dua. Seperti biasa, pasti ada seorang akan berkata : "Jangan lupa tujuan utama kita berada di sini. Kita di sini untuk belajar. Persatuan itu persatuan juga. Belajar yang utama."
Betul..saya tak nafikan tujuan saya berada di sini untuk belajar. Masakan saya lupa. Ingat mudah ke saya nak datang sini? Menagih simpati mama dan ayah saya agar membiayai pengajian saya yang mahal ini. Tetapi perkataan belajar itu sangat sempit buat saya. Saya datang sini bukan untuk belajar, tetapi untuk menuntut Ilmu. Tidak kira ilmu apa. Berpersatuan juga ilmu. Jatuh bangun juga ilmu. Banyak lagi ilmu2 yang sehingga hari ini tidak menang tangan saya untuk mengutip dan mempelajarinya. Bukan sahaja ilmu medic, banyak lagi!
Banyaknya ilmu saya mahu kejar. TAPI saya tidak mahu tamak. Saya tidak mahu berilmu sahaja, tetapi saya tidak beramal dengan ilmu itu. Ilmu tanpa amal, seperti pokok tanpa buah. Pokok yang tidak berbuah tidak dapat menyumbang apa2 pada orang lain. Jika seorang musafir singgah di pokok saya, mungkin sahaja pokok saya lebat dengan daun2 ilmu yang membolehkan musafir berteduh. Tetapi kalau saya miskin dengan amal, pokok saya tidak berbuah. Saya tidak boleh beri apa2 pada musafir yang lapar. Saya gagal untuk mengenyangkan musafir. Sudah pasti musafir tadi susah untuk meneruskan pejalanannya dalam keadaan lapar.
Allah ada berfirman dalam surah Al - Asr. Surah itu pendek. 3 ayat sahaja. Jika saya mengejar masa, saya akan baca surah ini dalam solat. Jika menutup majlis2 ilmu pun saya baca surah ini. Allah bersumpah dengan masa. Allah beri nasihat pada saya dan semua hambanya:
" Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (al-Asr : 1-3)
Setiap kali baca surah ini, saya berjanji pada diri saya. Saya tak mahu menjadi orang yang rugi. Saya mahu jadi orang beriman. Saya mahu jadi orang yang mengerjakan kebajikan. Saya mahu jadi orang yang menasihati dalam kebenaran. Saya mahu jadi orang yang menasihati dalam kesabaran. Saya tidak mahu menjadi orang yang RUGI!
Tetapi apa yang saya dah buat sehingga hari ini? Adakah saya sudah menepati empat syarat untuk tidak menjadi orang yang rugi?
Saya masih merasakan saya gagal untuk menasihatkan orang ke jalan kebenaran. Adakah saya orang yang rugi?
Setiap kali saya mendengar tazkirah dari kawan2, mereka sering mengingatkan tanggungjawab kita sebagai manusia.Setiap kali soalan :"Apa tujuan Allah jadikan kita di dunia ini?" .Pastinya jawapan lazim yang saya dengar adalah : "Untuk menjadi khalifah di bumi ini".
Lupakah kita bahawa Allah tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Allah? Betul...Betul Allah taklifkan kita untuk jadi khalifah di bumi ini. Gunung pun tak sanggup terima taklifan itu. Tetapi anehnya, manusia sanggup.
Saya mahu sahaja tanya kepada pemberi jawapan, "Fahamkah dia maksud sebenar khalifah?" Saya muak mendengar jawapan itu. Mereka kerap bagi jawapan yang sama tetapi mereka tak pernah menghayati erti sebenar khalifah. Tanggungjawab mereka lebih kepada diri sendiri. Sedangkan khalifah itu tanggungjawabnya lebih daripada itu.
Ya, saya mahu jadi hamba yang bertaqwa. Saya mahu menjadi khalifah. Saya mahu jalankan tanggungjawab yang Allah berikan pada saya. Tetapi saban hari saya menangis, patutlah gunung dan segala yang ada di bumi ini tak mahu terima taklifan itu, berat sungguh sebenarnya. Amat berat.
Menjadi khalifah bukan perkara yang mudah. Ambil sahaja satu contoh tanggungjawab kita sebagai manusia kepada manusia yang lain. Allah selalu sebut dalam Quran tentang Amar makruf dan Nahi Mungkar. Allah akan dahulukan dengan ayat "Wahai orang2 yang beriman..".
Semak balik diri..Berjayakan kita menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran? Berjayakan kita untuk manjadi orang yang beriman dengan sebenar-benar iman?
Saya mahu jadi orang yang beriman. Saya mahu menyeru manusia kepada kebaikan. Saya mahu melarang mereka dari berbuat kejahatan.
Tapi tidak mudah! Kadang2 diri sendiri menjadi penghalang. Kerana kadang2 saya juga buat jahat. Saya juga tidak baik.
Saya selalu memotivasikan diri saya. Memang jalan ini tidak mudah Syakila. Lihat sahaja Nabi2 terdahulu. Ujian mereka lebih besar. Nabi Nuh dengan kaumnya yang degil tdak mahu beriman. Isterinya juga tidak mahu beriman. Nabi Hud denga kaum 'Ad. Nabi Saleh dengan kaum Samud. Nabi Musa dengan Bani Israel. Nabi Lut..Nabi Syuaib..dan banyak lagi.
Ingat tak sabda Rasulullah SAW? : " Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka tegahlah dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu, maka (tegahlah) dengan lidahnya dan sekiranya ia tidak mampu, maka (tegahlah) dengan hatinya, maka sesungguhnya yang demikian (tegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman."
Saya selalu dengar hadis ini. Kadang2 saya menjadikan alasan, "Oh tidak mengapa, tegah dengan hati pun dah okay..~" Sampai bila saya mahu tegah dengan hati sahaja? Saya tidak mahu menjadi orang yang selemah-lemah iman!
Saya tidak mahu hanya jaguh di blog.. Jaguh di medan penulisan..Menulis itu ini..Bercakap itu ini...Saya tidak mahu hanya jaguh di dalam kelas.. berjaya menjawab semua pertanyaan doktor. Saya tidak mahu hanya jaguh di bidang perubatan..Menguasai segala ilmu perubatan..Berjaya merawat manusia2 yang sakit..tetapi REALITInya, saya adalah orang yang gagal, saya adalah orang yang rugi, saya adalah orang yang lemah imannya. Saya tidak mahu menjadi pokok yang tidak berbuah.
"Wahai orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" (as-Saff : 2)
Itu antara pertanyaan Allah. Saat ini apa jawapan saya? Tiada jawapan. Ini baru di dunia. Bagaimana ketika di Sana nanti. Ketika mulut kita terkunci, hanya anggota yang berkata2. Hanya amalan yang berkata2.Masa itu tiada apa yang boleh di kesalkan. Takutnya saya.
Semoga Allah memberi saya dan kawan2 saya kekuatan. Semoga entry ini menjadi muhasabah pada saya, pada semua diluar sana. Fikirkan kembali, apakah TUJUAN HIDUP?
Video ini, mungkin boleh mengingatkan kembali tujuan hidup kita dan mengembalikan semangat yang kian pudar.InsyaAllah...
Haram Berlaku Zalim Terhadap Kaum Yang Lain
-
Keadilan Islam adalah mutlak tanpa mengira kaum dan keadaan, kerana itu
Islam merupakan agama yang sesuai untuk semua kaum dan bangsa, malah Islam
tidak p...
2 comments:
slurp...
Berderau seyh darah aku...
Sungguh aku tak mampu nak buat amar ma'ruf dan nahi munkar...
Berapa ramai kawan aku yg tk pakai tdg tp aku tak mampu nak tegur...
just rasa tak suka lam diri ni...
hai lemahnye iman...
nice post...
amar ma'ruf nahi mungkar bukan kerja mudah terutama zaman skarg. tu perlu nye rakan2 satu kepala.perlunya jemaah. kerja berjamaah. good luck to you. still boleh salurkan kepada mereka yang diberatkan secara khusus terus atas tugas ini.bantu mereka laksana kan tanggung jawab berat ni.
Post a Comment