Jadual di atas yang saya jadikan desktop background sejak 2 minggu yang lalu cukup untuk mengingatkan diri ini bahawa exam hanya sejengkal dari saya. Seperti biasa, apabila menjelang exam, kebanyakan student akan 'bertapa' di rumah. Membuat persiapan rapi untuk exam. Alangkah beruntungya kita jika kita berusaha membuat persediaan serapi mungkin untuk menghadapi kematian sebagaimana kita membat persediaan seperti nak exam ni.
Masing2 tidak berani untuk keluar biarpun untuk membeli sebungkus Indomee di kedai bawah. Tapi tetap ada Ikhwah yang berjemaah di masjid. Alhamdulillah...Bagus mereka ni.Saya dengki bahagian itu. Di atas sebab2 keselamatan, kami Muslimah tidak di benarkan untuk berjemaah di masjid. Baik pada hari2 biasa mahupun pada Hari Raya.
Hanya satu sahaja peluang yang kami ada, solat di Surau Fakulti. Jika saya punya peluang untuk berjemaah bersama, saya tidak akan sia2kan. Tetapi jarang sekali kami berpeluang. Waktu Zohor yang masuk pada jam 12.04 hanya memungkinkan kami solat sejurus selepas azan tanpa sempat menuggu jemaah. Kami mengejar kelas yang bersambung pada pukul 12 selepas break selama 2 jam. Kadang2 kami solat selepas kelas pertama tamat.
Sejak akhir2 ini saya sengaja datang ke fakulti untuk berjumpa Doktor dan untuk berjemaah di surau. Sejak kejadian di Palestin bermula, imam akan membaca Qunut Nazilah selepas iktidal di rakaat akhir. Saya hanya faham beberapa bait doa dari keseluruhan doa. Hanya sebak meniti di dada sedang imam dan jemaah lain menangis. Rugi pula rasanya tidak faham bahasa Arab. Namun saya tetap mengaminkan dengan penuh kesungguhan.
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.
Erti :Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
Buat rakan2 seperjuangan di Mansurah, maafkan saya kerana tidak sempat berkongsi maklumat tentang peperiksaan. Ramai yang YM saya bertanyakan soalan yang sama "Kiki, aku dengar ko jumpa Head of each Department tanya tentang exam. Bagitahu la aku. Aku cuak ni." Saya tersengih. Mana pula mereka dapat tahu.
Baiklah, oleh kerana saya kurang jelas dengan format exam yang berubah 100% pada tahun ini maka saya membuat keputusan untuk bertanya sendiri kepada Head of each Department. Saya hanya berpeluang berjumpa dengan Head of Pathology and Parasitology Department. (Itu pun malu2 sebab ramai Doktor2 berkumpul dalam bilik mereka). Manakala untuk subjek Microbiology dan Pharmacology, saya hanya berjumpa dengan Doktor yang mengajar kami di kuliah sahaja. Berikut adalah maklumat yang mungkin membantu :
- Pathology : 40 MCQ and 20 True False questions. 50 markah kesemuanya. Tajuk2 dalam General Pathology SAHAJA. Oleh kerana department tidak mengeluarkan buku MCQ mereka sendiri maka Dr. Nadia menasihatkan supaya STUDY HARD!.
- Parasitology : Not sure how many questions. But yang pasti soalan akan keluar dari buku MCQ. Untuk short notes questions, hanya Entamoeba yang akan masuk sehingga Free Living Amoeba. Tekankan Pathogenesis, Diagnosis, and Life Cycle. Tapi jangan tinggal yang lain pula. Semua pun penting.
- Microbiology : Semua soalan yang ada dalam buku MCQ akan masuk kecuali tajuk Virology. Di beri jaminan soalan akan keluar dari buku tersebut. MCQ ang Cross Match questions.
- Pharmacology : 30 MCQ dan 30 Short Notes. Setiap satu soalan short notes tu,1 markah. Saya bertanya apakah yang perlu saya tekankan untuk menjawab short notes qs dgn baik? Doktor kata untuk General Pharma, DEFINITIONS. Untuk yang lain, cuba untuk faham CAUSES why those drug CONTRAINDICATED, COMBINED. Nasihat personal dari saya, baca dan faham semua. Pharma ni sgt banyak dan kadang2 mengelirukan. Jangan ambil mudah. Lihat saja exam2 yang sebelum ini bagaimana kan?
Semoga exam ini dapat meningkatkan KETAQWAAN kita pada Allah. Tajdidkan kembali niat kita menuntut ilmu. Ilmu ini milik Allah. Dia berhak memberi dan berhak untuk tarik kembali bila2 masa sahaja.
Teringat pesanan Dr. Tamer (Dr microbiology), STUDY, EXAM dan RESULT adalah 3 proses yang berbeza. Bagaimana untuk combine ketiga2 proses ini? Jawapannya satu : ALLAH.
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan jangalah kamu ingkar kepada-Ku" (Al-Baqarah : 152)
"Cukuplah Allah bagiku , tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku BERTAWAKKAL dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung" (At-Taubah : 129)
2 comments:
salam.
tahun keberapa ya? ketiga ya? semua subjek ni saya belajar masa sem pertama kat sini, Medan, Indonesia. sem 2 ni baru belajar anatomy, fisiology ntah apa lagi tu :D
apa2 pun, gudluck.. ma'at taufiq wannajah fil imtihan ya ukhti.. semoga dipermudahkan dalam imtihan dan segala bentuk ujian di dunia ini ;)
salam mujahadah,
Srikandi
wa'alaikumsalam w.b.t..
Yups 3rd yr.
Subject u mentioned before was taken during our 1st n 2nd yr career.
Awk 2nd sem ke? So I bet this is ur first yr.heheh.
Selamat berusaha Srikandi.
Syukran for the dedication anyway.(^__^)
Post a Comment