Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, January 27, 2009

Belajar Menghargai

Assalamualaikum w.b.t

Pagi ini semasa saya sedang membaca, perut saya tiba2 lapar. Bukan tiba2 sebenarnya. Bangun dari tidur lagi saya terasa lapar tetapi saya tidak melayan rasa lapar. Saya hanya minum se'mug' kopi dan makan sebiji buah limau. Tapi ia hanya mampu menutup rasa lapar saya sekejap sahaja.

Saya ke dapur. Saya memang sudah siap2 menanak nasi semasa membuat kopi tadi. Macam dah boleh agak saya mesti cari nasi juga akhirnya. Mujur saya beli telur pagi tadi. Ada lah lauk. Saya goreng telur dadar dan goreng bilis bersama bawang yang di letakkan sedikit madu hitam. Sedap rasanya!

Sedang khusyuk makan, saya menguis2 bilis. Kalau mama tahu pasti dia berleter. Semasa saya kecil saya tidak di ajar untuk makan bilis. Kurang berkhasiat kata mama. Kalau saya curi2 makan pun, saya asingkan kepala bilis. Takut bebal kata orang tua.

Teringat semasa saya di darjah lima. Kami berpindah ke rumah baru yang ayah dirikan di tanahnya di kampung. Ayah belikan saya dan abang basikal baru. Basikal racing warna merah. Ayah minta kami berbasikal ke sekolah. Ayah kata biar rasa sedikit payah untuk ke sekolah. Ayah dulu jalan kaki saja. Jarak dari rumah atuk ke sekolah masa tu berkilo-kilo meter. Lagipun rakan2 di kampung itu semua berbasikal. Sikit sekali yang ke sekolah dengan transport. Bas sekolah tidak ada.

Saya berjanji dengan seorang kawan untuk berbasikal ke sekolah bersama2. Ain namanya. Setiap hari saya ke rumah Ain yang on the way ke sekolah agama. Sekolah agama kami sesi petang.

"Assalamualaikum...Ain..o0oo Ain.." itulah jeritan saya setiap kali sampai di rumah ain.

Rumah Ain kecik je. Adik beradik Ain ramai. 7 orang seingat saya. Semua kecik2. Abah Ain kerja kebun. Mak Ain tukang jahit.

"Syaidatul, kejap ye. Ain belum makan nasik.." Ain menjeguh kepala. Saya lebih selesa kawan2 memanggil saya Syaidatul. Nama Syakila saya rasakan agak moden pada masa itu.

"Masuk la dulu Syaidatul.." Mak Ain menjemput saya masuk.

Matahari tengah hari yang terik membuatkan saya masuk tanpa berlengah. Saya lihat Ain membawa pinggan berisi nasi putih. Banyak. Ain tidak makan seorang. Ain mengajak adik2nya yang kecil makan sekali. Mereka berkerumun di sekeliling Ain. Mak Ain sibuk dengan jahitan pada masa itu. Ain yang menyuap adiknya satu persatu. Saya mengintai Ain berlaukkan apa. Ikan bilis.. Ikan bilis? Ikan bilis sahaja?

"Ain..ambikkan Syaidatul ni nasik. Makan sama2.." Mak Ain bersuara.

"Eh takpe. Kite dah makan kat rumah tadi.." saya cepat2 menjawab.

"Mak masak ape?" Mak Ain bertanya. Saya menjadi serba salah untk menjawab. Melihatkan Ain yang hanya berlaukkan bilis goreng, tak sampai hati rasanya hendak beritahu saya makan ayam masak merah dengan sayur tumis tadi. Takkan saya mahu menipu?

"Ehmm..mama goreng telur tadi. Kite makan dengan kicap." Saya tiada pilihan. Saya menipu. Tipu darurat.

"Mak...Ain pergi dulu.." Ain sudah selesai makan. Di hulur tangan untuk bersalam dengan maknya. Saya pun bersalam dengan mak Ain.

"Duit belanja ada lagi?" Mak Ain bertanya di muka pintu. Ain mengangguk. Saya tak pasti Ain betul2 ada duit belanja atau tidak. Sebab setiap kali waktu rehat, tak pernah pula saya nampak Ain ke kantin. Kalau tidak duduk di kelas, dia akan bermain bersama kawan2 kami di luar kelas.

Balik saja ke rumah, saya bertanya mama. "Mama kenape mama tak goreng ikan bilis? Ikan bilis tak sedap ke?"

Mama kata :"Budak2 mesti makan makanan berkhasiat. Penuh zat dan protein. Barulah badan sihat. Otak pun pandai. Ikan bilis tu khasiatnya tiada.."

"oo00oooo.." saya membalas dengan mulut terlopong2. Betul saya tidak pernah makan bilis setakat hari itu. Kalau tidak ayam, mama masak ikan. Paling kurang telur. Sayur wajib makan!

Kesian Ain. Kesian Ain dengan adik2 Ain. Dia makan makanan tak berkhasiat rupanya.Patutlah Ain selalu dapat nombor banyak2 setiap kali periksa. Saya makan makanan berkhasiat. Sebab tu boleh dapat nombor depan2. Itu saja fikiran saya pada masa itu. Kesian Ain.
Tapi sekarang saya tak tahu dimana Ain dan sedang buat apa. Belajar lagikah? Atau sudah bekerja? Atau sudah berkahwin? Kerana kami sudah berpindah ke tempat lain. Lost contact.

Semasa saya balik ke Malaysia beberapa bulan yang lepas, saya perasan mama suka beli nuggets and fries. Sebab kami adik beradik selalu ke dapur dan soalan yang sama selalu keluar : "Ehmm..nak makan ape ye?". Jadi mama sengaja membeli. Bila tengok kat fridge ada benda2 tu, goreng dan makanlah. Patutlah semua 'sihat2'. Sakit jantung baru tahu! Isk3.

Adik yang 'sihat' walafiat..



Satu hari saya duduk di meja makan bersama mama. Saya makan fries yang adik saya goreng. Saya cakap pada mama : "Dulu akak dengan abang masa kecik2, sampai teringin nak makan fries, nuggets, drummets etc kan ma?"

Nak katanya jarang sekali kami berpeluang makan benda2 macam tu. Tak tahulah kerana mama dan ayah kurang mampu nak sediakan atau apa. Sebab mungkin makanan2 sebegini mahal di zaman2 saya. Maka bila sangat teringin dan meminta ayah belikan, barulah ayah belikan.

"Diorang ni (merujuk pada adik2 saya), nak apa semua dapat.Nak makan itu? dapat...nak makan ini? dapat...Nak mainan? dapat... Nak Bidaman? dapat..tapi belajar malas jugak!" sempat saya melepas geram pada adik2 saya. Adik yang sedang leka mencicah nugget dengan sos tersengih mendengar kata2 saya.

"Tapi akak rasa, mesti Zul dan adik2nya jarang makan makanan macam ni kan? Jom ma kita belikan.Kesian diorang.."

Zul adalah sepupu saya. Sebaya adik bongsu saya. Adik2nya empat orang. Keluarganya tak sesenang kami. Senang cerita, kondisi dia dengan adik saya, amat berbeza.Adik saya anak bongsu yang di manja. Dia anak sulung yang penuh tanggungjawab. Adik saya selalu dapat mainan2 terbaru yang keluar di TV, dia hanya tumpang bermain di rumah kami. Adik saya ke sekolah di hantar dan di ambil. Keras sekali larangan mama untuk membiarkan adik berbasikal ke sekolah. Zul ke sekolah berbasikal. Kalau saya kesian, saya pelawa untuk hantar dan ambil dia sekali dengan adik. Tetapi Zul tidak kurang pandainya.Mereka berdua berada di kelas yang pertama.


Adik (belakang), Hafizam (depan adik), Zul (berbaju biru),Wahida dan Alif. Gambar ini di ambil semasa saya menawarkan diri untuk mengajar mereka tuition semasa cuti sekolah.

Pernah sekali saya sengaja pergi ke rumahnya, situasinya lebih kurang Ain. Cuma yang berbeza, tidaklah akan bilis. Lebih baik dari bilis, tapi untuk rasa makanan seperti drummet or nugget or fries, sudah tentu jarang sekali. Dan seperti yang di katakan, saya kotakan. Saya mengajak Zul dan adik2nya datang kerumah untuk makan bersama.

Kesimpulan dari cerita ini, kalau kita rasakan bahawa kita susah, ada lagi mereka di luar sana mahupun di sekeliling kita yang lebih susah. Mungkin kita sepatutnya menukar keluhan2 kita dengan ucapan syukur Alhamdulillah.


Belajarlah untuk menghargai setiap apa yang kita miliki sekarang. Kerana mungkin apa yang kita ada sekarang, adalah sesuatu yang mereka inginkan tetapi tidak pernah merasakan.. Hargailah apa yang kita capai sekarang. Kerana mungkin apa yang kita capai sekarang, adalah cita2 mereka yang tidak pernah kesampaian.


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(ar-Rahman : 13)

1 comments:

Anonymous said...

Salam,Syaidatul Syakila..Rindu kat kamu... Xtw nk ckp apa.Harap sihat selalu..Kekal dlm iman..Doakan saya juga...Salam sayang..

Bace post ni, saye teringat kwn saya di SMKASL dlu..Dia pon lost contact..Saye rindu dia..

Salam ukhuwwah..