Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, January 23, 2009

Doa buat Mama

Assalamualaikum w.b.t.

Entah kenapa hari ini rindu saya pada seseorang seakan tidak tertahan lagi. Setiap hari saya merinduinya. Tetapi, akan ada satu masa saya terasa sangat rindu. Hari ini salah satu dari hari tersebut.

Saya rindu masa2 kami bersama. Saya rindu saat dia melayan saya yang sangat keletah berbicara. Tidak kiralah isu apa sekalipun, tidak pernah dia menolak untuk mendengar. Malah tumpuannya penuh. Mengiyakan setiap butir bicara saya. Cuma kalau saya salah, dia pasti akan mencelah. Dia penasihat terbaik saya.

Banyak perkara kami berkongsi bersama. Saya sangat senang bercerita apa saja dengannya. Tiada lagi rahsia.

Sepanjang saya membesar, banyak perkara yang saya belajar darinya. Tingkah lakunya. Pemikirannya. Keyakinannya. Kesabarannya. Ketabahannya. Kini perlahan2 meresap dalam jiwa saya. Ringkasnya, dalam diri saya, jika tidak banyak pun, pasti ada sedikit tentang dirinya.

Dia pernah melalui saat2 sukar dalam hidupnya. Saya tahu. Kerana dia tidak pernah berahsia. Siapa lagi ingin dia berkongsi cerita jika bukan saya? Mungkin saya tidak boleh menjadi penasihat yang baik , juga penyelesai terbaik, tetapi saya cuba menjadi pendengar tebaik. Saya mahu lapangkan hatinya. Saya tak mahu dia sedih. Saya mahu dia tahu, selain Allah, saya juga ada di sisinya. Dari situ saya tahu, dialah antara orang paling tabah pernah saya temui.

Susah untuk saya berenggang dengannya. Saya suka dengar suaranya. Saya suka bersama2 dengannya. Saya suka menatap wajahnya. Dia pernah bertanya, mengapa saya selalu memandang wajahnya sedemikian rupa? Saya tersenyum dan berkata padanya, dalam dunia ini, ada tiga perkara yang jika saya tengok, pasti saya dapat pahala. Pertama, Ka'abah. Kedua, Al-Quran. Ketiga, pastilah dia!. Sejak dari hari itu, dia tidak pernah lagi bertanya. Dia memahami kelakuan 'pelik' saya itu.

Pernah saya bertanya tidakkah dia rindu saya tika kami berjauhan. Dia tersenyum. Entahlah katanya. Mungkin sebab saya kerap menghubunginya, maka dia tidak pernah rasa saya jauh darinya. Malahan sentiasa rasa dekat. Tapi say tetap rindu padanya. Biarpun ketika sedang bercakap dengannya. Saya rindu ketenangan dan keseronokan menatap wajahnya.Saya rindu untuk memeluknya sekuuuuuuat hati. Saya rindu untuk tidur bersebelahan denganya. Saya rindu masa2 bersamanya. Saya rindu dia!

Saya bangga punyai dia dalam hidup saya. Saya berharap dia juga bangga memiliki saya dalam hidupnya. Selalu saya bersyukur kerana Allah mengurniakan dia kepada saya. Dan saya sentiasa berdoa, semoga rahmat Allah sentiasa bersamanya.

Teringat semasa kami berpeluang berjumpa setelah sekian lama. Setiap hari saya mahu dekat dengannya. Ke mana saja dia pergi, saya mahu ikut bersama. Setiap malam kami duduk bersama. Bercerita dan bercerita. Dan seperti biasa, dia lebih banyak mendengar. Saya banyak berbicara. Yang pastinya, petahnya saya berbicara adalah seperti kepetahannya. Dia tidak suka bercakap2 kosong. Begitu juga saya. Percakapannya penuh dengan senyum dan tawa kecil. Begitu juga saya.

Rindunya saya pada dia! Dan doa ini saya hadiahkan untuknya tanda kasih dan rindu saya pada dia.

"Wahai Allah, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangiku sedari aku kecil"




Belaian Ibu - Hijjaz

1 comments:

dirah said...

sedihnyaa. rindunya kak syakila dgn diaa.