Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 29, 2009

Aku dan Muridku

Assalamualaikum w.b.t...


"Okay teacher nak semua hantar esok okay?" lantang suara si pengajar di hadapan.

"Alaaaaa...banyak sangat laa teacher..saya mesti tak buat. Saya malaslah nak buat!"

Itulah diantara babak2 'pedih' yang mencabar kesabaran saya sepanjang saya bertugas sebagai Guru ganti di sebuah sekolah rendah di tempat saya pada musim cuti yang lalu.

Pengalaman menjadi Guru betul2 mancabar minda dan kesabaran saya. Sehinggakan pada hari terakhir saya berkhidmat, seorang rakan Guru bertanya kepada saya : "Nanti cuti2 kalau takde kerja, datang la sini lagi..Mengajar budak2. Macam mana? Seronok jadi Cikgu?"

Saya tersenyum dan membalas : "InsyaAllah lah kak..kalau saya berpeluang dan kalau saya TIDAK SERIK"

Susah sebenarnya jadi Guru yang tidak bertauliah ni. Antara cabaran paling besar adalah saya gagal menerima mereka sebagai murid yang tahap pemikiran mereka masih lagi belum se'level' dengan saya.

Saya berumur 20 tahun. Mereka berumur 10 tahun. Saya belajar dalam bidang Medic yang mendedahkan pemikiran saya kepada keadaan 'picking up everything immediately'. Mereka pula hanyalah murid sekolah rendah yang baru mahu belajar menyelesaikan masalah2 berkaitan operasi. Maka pada mulanya saya 'terlupa' untuk mengikut rentak mereka. Saya 'menari syok sendiri' dengan rentak saya.

Pada minggu pertama, apa yang diajar oleh saya, mereka semua tidak faham. Saya beri latihan yang banyak, diluar kemampuan mereka untuk mereka selesaikan pada masa yang saya tetapkan, tanpa saya sedari. Saya beri mereka soalan2 dan contoh2 yang saya rasakan 'kacang' tetapi sebenarnya susah bagi mereka. Tergelak saya bila terfikirkan kembali.Selepas seminggu atau lebih, barulah saya tahu cara terbaik untuk mengajar dan memahamkan mereka. Masa itu, barulah sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku.


"Teacher!" panggil seorang murid. Saya menoleh. Dia menunjukkan 'thumbs-up' kepada saya. Saya kerutkan dahi tanda tidak mengerti.

"Teacher cantiklah hari ini. Betul2 macam ustazah! Good2!" begitu bersemangat sekali dia memuji saya. Saya hanya menggelengkan kepala dan tersenyum. "Oh, thank you for the compliment by the way, Nazrul."

Lagi antara babak berbeza yang saya alami..
Bukan pujian yang mahu saya 'hight-light' kan di sini..Tetapi betapa 'sekular'nya pandangan mereka terhadap cara pemakaian saya pada masa itu. Berjubah dan bertudung labuh memberi imej 'ustazah' pada kanak2 berumur sepuluh tahun. Perkataan 'macam ustazah' itu terbit kerana saya mengajar subjek Matematik tetapi berpakaian seperti 'ustazah'. Dan perkataan 'betul2 macam ustazah' itu mungkin terbit kerana sebelum itu saya berbaju kurung dan pada hari itu saya mengenakan jubah.

Betapa IMEJ memberi impak yang besar pada pemikiran seorang kanak2.

Itu belum lagi apabila saya saja2 bercerita dengan mereka. Selalunya kisah Nabi2 menjadi pilihan. Kadang2 saya ajarkan mereka sebaris doa bersama maksud doa tersebut. Ada juga mulut nakal yang bertanya "Kawan2..kita ni tengah belajar Mathematic ke...belajar Pendidikan Agama Islam?"

Nah..

Satu lagi pandangan sekular dari seorang kanak2 berumur sepuluh tahun. Saya membalas : "Kenapa Daniel..? Belajar tentang Islam mesti hanya pada waktu Pendidikan Agama Islam sahaja ke..?"

Lembut suara saya. Tidak berniat untuk marah seorang budak yang hanya berumur sepuluh tahun yang bercakap hanya berlandaskan rasa ingin tahu, bukan berlandaskan rasional. Jadi saya tidak rasa dia 'memerli' saya, sebaliknya bertanya kerana keliru.

Saya cuba untuk mengubah cara pemikiran mereka sepanjang 2 bulan saya mengajar. Asas agama yang nyata berbeza dalam diri setiap individu kecil itu memberi sedikit cabaran. Tambahan pula, ada diantara mereka yang bersekolah Agama pada sesi petang, ada yang tidak. Ehmm..Saya tidak menyentuh isu2 besar. Rukun Islam, Rukun Iman, solat 5 waktu, berbuat baik pada ibu bapa dan menghormati guru2. Itulah antara yang saya tekankan.

Sedih..Sedih apabila mengenangkan pengetahuan agama mereka tidak sama seperti saya semasa saya berumur 10 tahun.

Saya tidak menyalahkan si kecil. Kerana apalah yang mereka tahu. Mereka hanya mendapat apa sahaja yang diberi kepada mereka. Jika baik yang diberi, maka baiklah yang mereka dapat. Jika buruk yang diberi, maka sebaliknyalah yang akan berlaku.

Mungkin pembaca dapat mengagak, siapakah yang berfungsi BESAR dalam situasi seperti ini. Sudah semesti Guru.

Entry kali ini sebenarnya saya ingin menekankan betapa besarnya fungsi GURU dalam membentuk peribadi insan kecil. Mengapa? Kerana saya tahu, pembaca blog saya bukanlah hanya terdiri daripada kawan2 Medic saya sahaja, mungkin ada juga kawan2 di luar sana yang bakal menjadi Guru yang 'tersinggah' di blog ini.

Pernah saya bertanya kepada kawan sekelas saya yang cita2nya pada masa itu ingin menjadi seorang Guru. "Kenapa awak nak jadi cikgu?"

"Mak ayah aku kan Cikgu..So aku tengok diorang kerja macam best je. Duit banyak, kerja tak ade lah teruk sangat. Cuti pun banyak. Asalkan cuti sekolah je, cikgu pun cuti. Public holiday je, cikgu pun cuti. Kan best tu? Boleh aku pegi jalan2 dengan suami dan anak2 aku selalu nanti."

Itu jawapan dia beberapa tahun dahulu. Sebelum dia diterima mana2 pusat pengajian atau maktab perguruan. Kini dia dalam proses untuk menjadi seorang Guru. Bukan dia sahaja, malah ramai diantara kawan baik saya semasa di sekolah dulu, sekarang sedang mengikuti pengajian perguruan. Jika saya bertanya soalan yang sama ketika ini, saya berharap dia tidak akan memberi jawapan yang sama. Malah semoga lebih baik dan lebih futuristik. Lebih berwawasan!

Wahai bakal2 Guru sekalian, bukalah mata anda. Bukan sahaja bangsa dan negara memerlukan anda untuk membentuk modal insan yang cemerlang kelak, Islam juga sangat memerlukan anda untuk membentuk ulama' dan khalifah di dunia akhir zaman ini.



Dunia kini ketandusan individu yang hebat setanding cendekiawan2 Muslim terdahulu seperti Muhammad Ibnu Musa Al-Khawarizmi, Abu Ali al-Hussain ibn Sina, Muhammad ibn Zakariyya ar Razi, Abu Yusuf Yaqub ibn Ishaq al-Kindi dan ramai lagi. Janganlah kita hanya menjadikah sejarah sebagai satu hujah kebanggaan, tetapi tidak pernah mencuba untuk mengulang sejarah yang gemilang itu.

Cetuskanlah minda intelek yang islamik dalam diri anda sekarang supaya kelak anda boleh mewariskan segala ilmu yang berkaitan, kepada pelajar2 dan murid2 anda. Guru adalah antara figura terbaik dalam diri si kecil selepas kedua ibubapa mereka. Apa yang seorang Guru katakan, mereka akan terima bulat2 dan sematkan dalam minda mereka. Gunalah peluang ini sebaiknya. Janganlah hanya sekadar melepas batuk di tangga.

Kepada bakal2 doktor seperti saya pula, kita juga punya tanggungjawab yang sama dalam masyarakat. Tugas kita bukanlah hanya sekadar untuk merawat kecederaan fizikal masyarakat semata2, malah peluang untuk merawat kecederaan mental dan pemikiran mereka juga adalah sangat besar.

Seorang pelajar Medic tidaklah hanya terhad kepada ilmu Medicnya sahaja untuk merawat pesakit. Seorang pelajar Agama tidaklah hanya terhad kepada pegetahuan agamanya sahaja untuk menyampaikan risalah dakwah. Seorang guru Matematik tidaklah terhad kepada ilmu matematiknya sahaja untuk memberi ilmu kepada anak2 murid.

Seorang petani tidak semestinya hanya perlu tahu cara menanam pokok untuk mendapat hasil tani yang baik. Mereka malahan perlu tahu apakah jenis benih yang sesuai, tanah yang sesuai, iklim yang sesuai, baja yang sesuai dan sebagainya untuk mendapatkan pohon yang rendang dan buah yang lebat. Tidakkah itu semua merangkumi bukan sahaja ilmu pertanian? Malahan ilmu geografi, kimia, geologi dan lain2 pengetahuan.

Ilmu Allah tersangatlah luas sehinggakan segala laut yang ada di bumi ini jika dikumpulkan dan dijadikan dakwat untuk menulis ilmu Allah, pasti tidak akan pernah cukup. Marilah kita mengutip seberapa banyak ilmu yang ada ini supaya kelak kita boleh beramal dengannya dan menyampaikan kepada manusia2 diluar sana. Kerana salah satu amalan yang tidak akan putus biarpun kita sudah bersemadi di liang lahad adalah ILMU YANG BERMANFAAT.


InsyaAllah..jika saya berpeluang sekali lagi untuk menjadi seorang pengajar, saya akan mengusahakan satu percubaan yang lebih baik untuk memberi pendekatan kepada murid2 saya tetang perkara2 yang mereka perlu tahu dan pelajari. Bukan hanya sekadar ilmu akademik, malahan lebih daripada itu.. Saya mahu mereka menjadi lebih baik dari diri saya sendiri.
Bagaimanakah pula anda wahai bakal Guru?

7 comments:

Anonymous said...

artikel yang bagus.selalu teringat mase sekolah,kena tuduh kedekut ilmu sebab tak pandai mengajar kawan2.masuk u pun same gak.
harap2 boleh berubah..

Anonymous said...

Salam...
Sangat menusuk di hati kerana dlu, saya juga antara org2 yg memikirkan kelebihan2 meenjadi seorng guru...Bukan memudah mendidik..Didikan itu dh beri makna yg sgt mendalam, bkn setakat mengikut silibus... Byk lg aspek pendidikan yg perlu seorg guru dalami..Lg2 guru sek ren..pening kepala...
Sgt bermanfaat entry ni...Bak kata2 sorng kwn, Life is an academy...

teacherpiqah said...

yup...thanks akie!!
i guess this post also has touched me to d deepest..as iALLAH im one of the future teacher..n again..i agree of d situation yg berlaku skrg..kat mane2 skola pun same..
tp alhamdulillah dcni...walaupun ktorg blaja utk menjadi seorg guru b.inggeris..lecturer2 dcni masih mmberi penekanan agama dan moral dlm kelas..its like,its not wut ull be teaching in d class..tp its how ull teach d children..n kbtulan,dcni sye ade mngikuti satu program usrah dan kakak naqibah itu sndr seorg guru b.inggeris yg bru blk dr UK..die sndr brkongsi pngalaman bgmana utk menerap nilai2 islami ktk pengajran d dalam kelas..sgt kagum la dgn die..
huu..i wonder,mcmane la keadaan slepas 4thn mendatang..berjayakah sye utk mnjd sorg guru yg bukan hnye sorg teacher smta2..tp..i wish to b d one yg bermanfaat utk agamanye..*_*

Perokok Soleh said...

berjalan....dan akhir sampai disini..

kunci kejayaan seorang guru adlah psycology..lalalalala
bagi aku...
seorng guru lebih berpengaruh dari ibubapa jika dapat mempengaruhi anak2x muridnya..

menjadi guru beshh dan lagi besh kalau student itu comey,lalalalaa

ps:kadang2x anak muridku lagi mulia dariku...lalalala

Anonymous said...

bagus awak menulis... tapi saya perlu be fair. x semua guru bagus dan x bagus, juga begitu sebaliknya pada student. syeikh saya, al-ustaz dr. fathyuddin al-bayanuni sebut: الأستاذ جيد والطلاب ذكي! (ustaz yg bgs dan pelajar yg pintar!) so, ni adalah kunci dua2 pihak berjaya dalam P&P. wallahu a'lam

Anonymous said...

Keep it up being a good Teacher & Doctor!!
World waiting for you!!


p/s:dlm gambar bersama anak-anak comel tu..teacher tenggelam keeee???

- ismisyakila - said...

Assalamualaikum wbt..

To Huzayfah & Syafiqah : Thank you for ur concern as regards this matter.May u both be a good teacher one day insyaAllah..good luck for the endeavour! (^__^)

To perokoksoleh : u are abcolutely right. Psychology is the main life subject to be concuered so as to control ourselves & others.

To Abu Hafiz : Thank you for ur opinion.But I am little bit disagree about the latter though.This post isnt about fairness or biasness.And I am totally concern about the future becoming teacher rather than the present one. And thank God if those teachers can choose the 'pintar' student only to be tought.Student sometimes 'pintar' in their studies but not basically 'pintar' in their attitude and manners.Teacher shall be the 'pintar' one first.To prepare themselves well to deal with whatever condition comes.