Assalamualaikum w.b.t..
Saya tahu peperiksaan kian hampir dan saya tidak punya banyak masa untuk melakukan perkara2 yang bukan dalam kepentingan. Menulis entry di blog ini, bagi saya ia tidak pernah mensia2kan masa saya. Kerana saya tahu, ini adalah salah satu cara saya boleh menyumbang untuk Islam. Jika tidak banyak, sedikit itulah yang akan saya jadikan jawapan saat Allah bertanya Apakah yang telah kamu buat untuk Islam? di Sana kelak.
Berperang di medan Jihad? Saya yakin ini juga adalah salah satu Jihad. Jihad menolong agama Allah.
Semalam, seorang rakan memberi juadah makanan kepada sahabat2 serumah saya. Mereka kata, sempena ulang tahun kelahiran beliau. Syukur Alhamdulillah.. Beliau tidak kekok untuk berkongsi rezeki dan kesyukuran bersama sahabat2 dan rakan2nya yang lain. Saya doakan semoga beliau di beri umur yang bermanfaat, ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang memenuhi segala kecukupan dalam hidupnya.
Semalam juga sahabat serumah saya mencadangkan kami serumah menonton video yang telah di download dari internet. Video tersebut bertajuk 'Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyah'. Saya teruja dan terharu. Teruja kerana video tersebut memaparkan sejarah2 kejatuhan Empayar Khilafah. Terharu kerana sahabat saya sangat memahami bahawa saya memang kurang cenderung untuk mengetahui sejarah lebih2 lagi melaui pembacaan. Saya lebih cenderung melihat dan mendengar kerana saya lebih mudah mengingati apa yang saya dengar dan lihat. Jazakillahu khairan kathiraa..
Saya menjangkakan video tersebut hanya menceritakan tentang sejarah 'Kejatuhan Empayar Uthmaniyah dan Kesannya' seperti tajuk yang tertera. Hakikatnya..ia lebih dari itu..ia lebih daripada itu apabila..
Makanan yang berada di tangan saya terlepas. Selera saya tiba2 hilang entah ke mana. Mata saya tertacap pegun pada skrin komputer. Fikiran saya hanya tertumpu pada saudara di Palestin. Hati saya sebak. Dan airmata saya bukan lagi menitis, bahkan mengalir laju.
Lebih memedihkan hati apabila kata2 ini menampar gegendang telinga dan menyentak urat dan nadi saya :
Al-Aqsa mengharapkan, menyeru dan memanggil kaum Muslimin
Dan anak-anak di tanah Isra' Rasulullah SAW dibunuh oleh kaum Yahudi
Seolah-olah mereka ini bagaikan serangga..
Dan mereka menyeru kepada Ummah.. "LINDUNGI KAMI.."
Dan kaum wanita mencucurkan airmata mereka di masjidil Aqsa..
Mereka menjadi balu, mereka di bunuh
Dan kemuliaan mereka dicabuli di atas bumi mereka
LANTAS APAKAH YANG DILAKUKAN OLEH KAUM MUSLIMIN?!
Kaum Muslimin di Baitul Maqdis telah meminta pertolongan dari kalian
Daripada pemimpin kaum Muslimin yang khianat
Dan dari anak-anak umat Islam
Yang mendakwa bahawa mereka ini merupakan para pengikut Rasulullah Al-Mustafa SAW..
LANTAS APAKAH YANG DILAKUKAN OLEH UMAT ISLAM?!
APA YANG DILAKUKAN OLEH UMAT ISLAM?!
APAKAH UMAT INI MENGIKUTI APA YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH?
APAKAH MEREKA MELAKUKAN APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH MUHAMMAD RASULULLAH SAW?
TIDAK SAMA SEKALI!!
Dan saya bertanya keada kalian wahai kaum Muslimin..
Saya bertanya kepada kalian..
BAGAIMANAKAH KELAK KALIAN AKAN BERHADAPAN DENGAN ALLAH SWT DI HARI KIAMAT?
Ketika kalian berdiri di hadapan Allah SWT
Yang mengetahui segala yang tersurat dan tersirat
BAGAIMANAKAH KALIAN AKAN BERHADAPAN DENGAN ALLAH?
Ketika mana yang bersama dengan kalian adalah seorang anak dari kaum Muslimin di Palestin
Dia berkata : Ya Allah..Ya Tuhan..Aku telah meminta pertolongan dari umat Islam..Namun umat Islam tidak menjawab panggilanku..
Laa haula walaa quwwata illa billah..
Hati saya meraung. Mengenangkan anak2 itu..
Ketika saya dengan selesa di hangatkan oleh heater di saat musim sejuk yang mencengkam, bagaimana pula nasib mereka di sana? meringkuk kesejukan di kaki lima..
Ketika saya menjamah makanan yang sedap2, apakah yang di jamah oleh mereka?
Di saat saya bergembira dan berjenaka dengan rakan2, adakah mereka mampu walaupun untuk tersenyum? Pastin hanya erangan dan airmata..
Di saat saya dengan tenang dan gembira melakukan perkara2 yang saya suka, mereka pasti sedang menyorok ketakutan kan?
Tetapi aneh mereka tidak menyorok..mereka sebaliknya gagah bangun berJIHAD dan menentang syaitan2 Zionis! Mereka tidak takut!
Maka adakah sekarang saya mampu untuk tersenyum, bergelak ketawa, berjenaka, dan hanya duduk diam? Saya tidak mampu..
Saya mencadangkan para pembaca menonton video ini sehingga penghujungnya. Bukan sahaja mencadangkan malah saya menggalakkan para pembaca agar menonton video ini sehingga ke hujungnya..Jika ayat2 saya ini tidak memberi kesan pada anda untuk meluangkan masa menonton video ini, saya MERAYU..saya merayu...luangkanlah sedikit masa anda untuk menonton video ini sehingga hujungnya.
Video ini terbahagi kepada 4 part. Di bawah ini adalah yang pertama. Untuk yang seterusnya, saya yakin anda tahu bagaimana cara untuk mendapatkanya..
Wahai Allah..bantulah saudaraku di Palestin. Bangkitkanlah kami dari lena yang panjang ini untuk membantu mereka..Jadikanlah kemenangan milik kami..Dan jadikanlah kehancuran milik musuh2 kami..Amin..Ya Rabbal Alamin...
Haram Berlaku Zalim Terhadap Kaum Yang Lain
-
Keadilan Islam adalah mutlak tanpa mengira kaum dan keadaan, kerana itu
Islam merupakan agama yang sesuai untuk semua kaum dan bangsa, malah Islam
tidak p...
3 comments:
Maka, selaklah kembali lembaran sejarah. Baru kita sedar dan faham apa yang berlaku dan puncanya. Jangan jadikan isu Palestin sebagai isu. Isu sejuk, kita pun lupa. Hakikatnya bukan isu Palestin sahaja, tapi nasib malang umat Islam yang ditindas kafir laknatullah di seluruh dunia.
Tq for Sharing..
Video ini,perlu cik kiki hafal..
Dan hari esok,kami mahu lihat, cik kiki berdiri dihadapan kami utk ceritakan kembali apa yang telah berlaku..
Stand For Islam..Insyallah!
Bersemangat!
To Sahabat Serumah : InsyaAllah..saya harap semangat ini tidak semu dan akan terus kekal dalam diri ini.Saya sedang belajar untuk membaca.Teruslah membantu saya wahai sahabat2 serumahku Imtiyaz! huuu~ Jom kita cari lebih banyak video!
To Encik Hijau : Saya akan cuba. Semangat!
Post a Comment