Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday, August 28, 2010

Ma'idah Rahman

Assalamualaikum wbt.

Pernah tak dengar Ma'idah Rahman?



Saya pun baru tahu those words Ramadan ini. Lebih tepat lagi, Ramadan lepas kahwin ni. Ma'idah Rahman ni kalau kita translate by word maksudnya 'Juadah Pemurah'.

Ma'idah Rahman ni sebenarnya adalah juadah iftor (berbuka puasa) yang disediakan oleh individu-individu pemurah kepada orang ramai secara percuma. Seronoknya berpuasa di Mesir ni salah satunya kerana wujudnya Ma'idah Rahman ni. Ma'idah Rahman ini dijamu pada sesiapa sahaja tidak mengenal umur, jantina, status dan pangkat. Jadi secara tak langsung, orang yang miskin terbela, orang biasa juga turut sama berpeluang merasakan Ma'idah Rahman ni.


Kalau anda sedang menaiki kenderaan pada waktu-waktu hampir dengan berbuka puasa, akan ada juga orang bagi makanan dan minuman percuma di jalan raya. Ma'idah Rahman juga dijamu di masjid-masjid, kedai-kedai ataupun tempat-tempat tertentu.



Sungguh, mereka menyambut baik seruan Rasulullah s.a.w dalam hadith Baginda :

Daripada Zaid bin Khalid al-]uhani RA daripada Rasulullah SAW sabdanya:

"Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu."

(Hadis riwayat Imam Tirmidzi )

Kagum melihat kesungguhan mereka menyediakan juadah berbuka bagi orang yang berpuasa. Kesungguhan mereka bukanlah kerana nama, pangkat ataupun apa-apa kepentingan dunia. Mereka ikhlas. Mereka hidangkan yang terbaik. Memberi layanan terbaik.

Kalau di Malaysia, suasana begini jarang - jarang dilihat kan? Kalau ada pun di akhir Ramadan. Itu pun untuk golongan tertentu sahaja. Itupun panggil media and press. Jadi tak sama.

Pelajar-pelajar Malaysia di sini juga selalunya mendapat jemputan berbuka dari orang Arab Mesir. Mereka biasanya akan menyediakan pengangkutan bagi menjemput kami ke tempat berbuka puasa. Layanan mereka sangat-sangat baik dan bagus. Mereka sangat menghormati tetamu yang bertandang ke tempat mereka. Itulah antara kelebihan penduduk Arab Mesir.

Sebenarnya, banyak lagi kelainan Ramadan di sini yang sangat menyeronokkan. Yang pasti, semua orang akan merindui suasana ini jika sudah pulang selamanya ke Malaysia kelak. Tak percaya? Tengoklah nanti!

Entry kali ini letak gambar banyak sikit khas untuk tatapan family Selangor dan Kedah.


Bersiap nak pergi mana?


Masih berdua (^_^)


30 weeks pregnant :)

4 comments:

Mami Hadeef said...

muat lagi pakai baju kurung mase 30 weeks?? anim dulu, 20 weeks pun dah ketat dh baju.. huhu.. kenaikan mendadak betul berat badan =)

- ismisyakila - said...

haa..tu la pasal muat lagi~ berat badan pun x naik sgt. dari hari tu 54kg je. kalau kat m'sia mesti dh kena sound dengan nurse.huhu.

orang tengok pun tak caye dah 7 months dah.

tapi ada kawan tu, sampai 9 bulan pun boleh lagi pakai baju kurung. lagi dahasyat.

Muhammad Ibn Ma'arof said...

Assalamualaikum...Selamat nmenjalani ibadah puasa.Nak tanya sapa nama Ustaz ni yer.Pernah tengok kat mesir dulu tapi tak tahu nama.

- ismisyakila - said...

wa'alaikumsalam

Ramadan Kareem.

Nama ust Abdul Kadir Bin Umar.