Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, August 30, 2010

Child Education In Islam

Assalamualaikum wbt.



Dahulu, masa dalam tempoh khitbah, tunang saya ada menghadiahkan saya sesuatu. Masa terima hadiah dari tunang saya, hati melonjak gembira tapi depan tunang saya, saya control ayu je lah kan. "Terima kasih Ustaz..susah-susah je bagi hadiah..". Muka tunang saya pun 'pink' malu-malu masa tu. Ye lah, kami berjumpa pun untuk urusan perkahwinan je masa tu. Sebelum khitbah pun, setahun sekali je terjumpa. Tu pun kalau ada apa-apa program anjuran persatuan. Jadi mestilah malu-malu bila jumpa kan?

Naik je atas rumah, masuk bilik, terus buka hadiah yang berbalut cantik tu. Buka kemas-kemas lagi tu. Wrapper pun masih ada lagi dalam simpanan. Ye lah, hadiah pertama dari tunang tersayang kan. Excited lah saya!

Rupa-rupanya tunang saya hadiahkan saya sebuah buku. Child Education In Islam by 'Abdullah Nasih 'Ulwan. Buku ni versi asalnya adalah bahasa Arab tapi tunang saya macam faham-faham je saya tak reti baca kitab bahasa Arab macam dia. Jadi dia pun beri yang English Version.


Apa yang lebih sweet, di hujung penjuru page 1st buku tu, tunang saya tulis dalam bahasa Arab "Min Khitbatik - Abdul Kadir Umar" (Daripada tunangmu - Abdul Kadir Umar). Dan di hujung penjuru page last buku tu, "Ila khitbati - Syakila Bint Aini" (Kepada tunangku - Syakila Bint Aini). Tapi tunang saya ni salah eja pula nama saya dalam bahasa Arab. Tapi saya cakap dalam hati takpe... nanti dah kahwin, saya betulkan.

Masa dapat buku tu, saya sempat baca introduction je sebab dah nak exam round. Saya tertarik dengan antara quote 'Abdullah Nasih 'Ulwan dalam intronya :

"What is the way to reformation and what is the starting point to reform the good society?
The answer lies in the word "education" which encompasses many meanings,concepts and fields.
This education of children is a branch of individual education in which Islam calls to prepare and reform him to be a useful and good member of society."

-'Abdullah Nasih 'Ulwan

Membuatkan saya tak sabar rasanya nak baca keseluruhan content buku tu. Sebab orang kata, kalau nak kahwin ni, bacaan jangan terhadkan pada bacaan bagaimana nak jadi isteri /suami sahaja, tapi kena juga baca bahaan bacaan berkaitan keluarga, anak-anak dan cara didikan anak-anak.

Teori tu betul sebab tak lama lepas kahwin, saya pun pregnant. Alhamdulillah.. Jadi kena la marathon baca buku berkaitan tarbiyyah anak-anak kan. Tetapi oleh kerana saya kurang minat membaca, jadi proses membaca itu pun lambat dan terlambat. Mula-mula bercita-cita nak khatam buku ni after final exam 4th year. Tapi sampai sekarang pun, baru baca 65 pages from 412 pages. huhu.

Tunang saya yang sekarang dah jadi suami saya pula selalu bagi semangat untuk baca buku ni "Sayang baca..lepastu syarah kat Abang okay..". Saya pun angguk-angguk penuh semangat. Tapi tak syarah-syarah pun.

Tapi hari ni.. saya rasa teruja sebab Madrasah Imam Nawawi akan anjurkan kelas tafaqquh untuk bincangkan buku ni. Jadi boleh la pergi kan? Dengar tok guru syarah lagi best. Instructor ni pun bestfriend abang.



Jadi kepada sesiapa yang berada di bumi Mansurah ni, jika berkelapangan pada 1 Sept, datanglah beramai-ramai ke Darul Rahmah untuk dengar syarah kitab ni, sebagai persediaan untuk menjadi ibubapa. Jangan bertangguh dalam membuat persediaan untuk mendidik anak-anak!

Abang pesan, kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku ni, boleh dapatkan di Maktabah Dar Al-Salam di Cairo.


2 comments:

diba said...

wah..moge mnjadi ibu mithali;)

Ahyana Solehah said...

sweetnya,. :) slmt meningkatkan parenting skill kak! =)

truskan sharing ye.

-Dr Ahyana to-be.
Zaqziq :)