Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, August 13, 2010

Idea Bernas, Kerja 'Beras'.

Assalamualaikum wbt.




Kekok.

Mungkin itulah perkataan terbaik. Ya, saya seolah kekok untuk menulis kembali di A Muslimah Meddie after the merely long hiatus before this. Saya merasakan bahawa saya tidak lagi menjiwai setiap penulisan saya. Kerana saya menulis kerana saya rasa saya perlu menulis. untuk tidak membiarkan blog ini kosong dan sunyi. Bukanlah menulis untuk memberitahu dan mencetus mahu. Tiada jiwa.

The Ruhul Jadid.

Roh yang baru. Semangat yang baru. Itu yang saya perlukan.

Abang pernah mencadangkan saya untuk menjadi penulis. Saya hanya tergelak mendengar. Saya tidak pandai menulis sebenarnya. Saya pernah ditawarkan untuk menulis sebuah artikel oleh seseorang untuk majalah rasmi PCM, Mansouriyyin. Menurutnya, dia sukakan tulisan saya dan blog saya, ramai pembacanya.

Saya terima. Memandangkan ini peluang baru dan pasti dapat memberi pengalaman yang baru. Saya buat homework untuk tulisan tersebut. Saya mula untuk menaip. Berkali-kali, namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Saya kemudian menolak tawaran tersebut dan menawarkan pada sahabat saya yang lain untuk menulis artikel tersebut. Baru saya tahu, saya tak pandai menulis.

Tapi tak mengapa, saya tahu saya punya kelebihan lain. Yang boleh diasah hingga berkilat. Dan saya harap kilatan itu menyilau menerangi salah satu cabang dakwah. Ya, kita perlu membawa risalah Islam dengan apa jua cara sekalipun. Baik melalui percakapan, penulisan, lukisan, karikatur etc.

Semalam saya sempat berbincang dengan kawan2 tentang Fiqh Aulawiyat. Pelbagai situasi dibincangkan, pelbagai pandangan dilontarkan. Kata seorang kawan, semua orang boleh bagi pandangan masing2. Sama ada berdasarkan ilmu atau emosi atau pengalaman atau sebagainya.

Bagi saya Fiqh Aulawiyat ini sesuatu yang mudah untuk kita bagi pandangan "oh, kita mestilah dahulukan yang ini berbanding yang ini..kerana ini bla..bla..bla..". Cuba pergi pada perlaksanaan. Ah, tak semudah itu.


Antara soalan paling kita tahu jawapannya tapi susah perlaksanaannya adalah : Pertembungan antara pulang ke Malaysia atas permintaan family dengan amal Islami atau kerja-kerja penting yang memerlukan kita stay di Mesir.

Kalau anda, anda jawab apa?

Kalau anda faham Fiqh Aulawiyat, mesti anda tahu jawapannya kan? Tapi selalunya kehendak kita sentiasa menang. Kita nak sangat balik Malaysia. Alasan kita, permintaan family. Sedangkan kadang-kadang family tak kisah pun. Ataupun sebenarnya tiada pun keperluan mendesak untuk kita balik ke Malaysia dan bercuti sampai berbulan-bulan lamanya. Sedangkan kerja-kerja di sini bertimbun banyaknya. Cuti sikit-sikit dah la kan?

Sebenarnya suasana Malaysia menggiurkan kita. Lebih-lebih lagi keadaan Mesir yang serba kekurangan ini menyebabkan kita malas nak duduk lama-lama disini. Makanan tak sedap. Warga tempatan yang menyakitkan kepala. Atmosfera yang berdebu. Panas yang membakar. Nanti kena jadi adhoc aktiviti. Dan macam-macam lagi.

Ye..ye.. kita selalu nampak yang buruk-buruk je kat Mesir ni. Kita tak cari pun suasana Mesir yang menggiurkan.

Erm..kalau ada orang baca entry ni, mesti ada yang nak argue kan?

Tapi kalau anda faham Fiqh Aulawiyat, anda akan berfikir sebelum argue.

Dulu saya tak tahu dan tak faham pun Fiqh Aulawiyat ni. Sekarang ni bila dah tahu dan faham sikit2, saya mula banyak berfikir kalau nak lakukan sesuatu perkara. Dalam konteks ini, kita tak lebihkan win-win situation, tapi kita mancari kebaikan yang lebih besar dan minimize keburukan.

Tapi tu lah, student medic ni kalau tak balik Malaysia masa summer break, semua orang akan tanya pelik. "Eh, kenapa tak balik?" Al-maklumlah, rata-rata student medic ni banyak duit sampai tak tahu nak salurkan ke mana. Peliknya kalau tak balik Malaysia kan? Saya pun tak faham kenapa situasi ini jadi pelik. Pelik!

Eh, tapi jangan silap, tak semua student medic bayak duit ye.



Entah ke mana dah saya mengarut.

Ketahuilah, kerja kita banyak tapi tenaga kerja kita kurang. Saya berharap agar adik-adik baru yang bakal menjejakkan kaki ke bumi Mansurah ini tidak lama lagi, sanggup berganding tenaga membantu PCM dan memberi komitmen yang baik. Begitu juga adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang yang lama.

Banyak komen, cadangan dan pandangan yang diberikan sungguh bernas. Tetapi bila minta tolong bekerja, sungguh 'beras'. Kenapa 'beras'? Ye lah, kalau kita lapar, kita ada beras, takkan kita nak makan beras je kan? Kena la masak biar jadi nasi, barulah kenyang. Macam tu lah juga kalau idea je banyak, kalau tak sanggup nak laksanakan, tak jadi apa.

Idea Bernas, Kerja Beras.



4 comments:

Nur'Ain Illiyana said...

salam kak kiki...

idea bernas ===> mantap.
kerja beras ===> kenyang perut goyang kaki jelah jawabnya!!

pening lagi dgn mana yg nak di aulakan dulu...hohoho..kena duduk diam2 kena kaji balik semua benda.

Unknown said...

best!

ni baru sekepala ..

tp satu jerlah

jadilah pemikir bukan penunggu

kalau kamu adalah pemikir maka bebanan di Malaysia adalah lebih berat di Mesir ..

sebaliknya jika penunggu maka tiada faedahlah pulang ke Malaysia

ini khas untuk pejuang Islam je kot

- ismisyakila - said...

ain : kenyang perut goyang kaki tu bukan 'beras' dah tu. tu 'hampas' atau bahasa yang kasar sikit 'hampeh'

aizat : penuggu lagi ramai dari pemikir la ni.penunggu macam ni lagi ditakuti dari penuggu rumah hantu ke.. penuggu pokok tualang ke..

Ahyana Solehah said...

terbaik:)

x sabar nak pulang ke mesir dibuatnya. ^^