Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, August 24, 2010

'Nikah Khitbah' The Best Solution

Assalamualaikum wbt.

'Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi'

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu
terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.

"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.

sumber

5 comments:

~dek ama~ said...

salam..kakak..huhu..cam ne baby..??sihat..??hope mak ny pon sihat..btw,slmt mnyambut ramadhan..miss u dear..tc..
p/s:doakn kami(yr2)najah belaka..

WanitaMustanir said...

Salam, kiki..

Selamat hari raya, maaf zahir batin..

Islam diturunkan untuk mengatur kehidupan dan penyelesaian permasalahan manusia dan kehidupan. Masalah penzinaan dan buang bayi perlu dilihat secara realiti dan apakah akar kepada punca masalah ? Adakah penyelesaian yang dicetuskan dapat menyelesaikan akarnya atau hanya merawat cabangnya/simptomnya sahaja? Ibarat menyemai benih untuk menumbuhkan pokok yang cantik bunga dan lebat buahnya. Jika cantik benihnya maka suburlah pokoknya dengan buah yang rimbun dan masak ranum. Jika jelek benihnya, maka sudah pasti bunga dan buahnya pasti sejelek benihnya.

Begitu jugalah realiti kehidupan sekarang. Punca masalah buang anak dan penzinaan yang berleluasa adalah berakar dari sistem pemerintahan yang sedia adanya rapuh, rosak dan jelek. Ya , saya setuju dengan konsep taysiruz ziwaj ie permudahkan proses perkahwinan. Bahkan memang itulah yang diajarkan dalam Islam. Tetapi yang menjadi persoalan, bagaimanakah nikah khitbah boleh mencegah penzinaan secara realistik ? Saya sendiri pun keliru.

Perkahwinan adalah wasilah untuk melestarikan hubungan antara pasangan lelaki dan wanita samada secara zahir mahupun batin. Sementara nikah khitbah yang similar dengan nikah gantung pula tidak membenarkan pasangan tinggal bersama dalam tempoh tertentu. Bukankah ini sama sahaja seperti tidak bernikah ? bagaimana pula sekira dalam tempoh pasangan tidak tinggal bersama, salah seorang daripadanya berkeinginan nafsu syahwatnya? Tidakkah ada kemungkinan pasangan ini boleh sahaja melakukan hubungan sulit dengan orang lain yang bukan dinikahinya kerana ingin melepaskan nafsunya?

Dalam realiti kehidupan sekarang, di mana sistem pergaulan yang tidak dijaga dan diatur dengan baik oleh pemerintah, bagaimana mungkin masalah penzinaan ini dapat dicegah? Bagaimanakah nikah khitbah dapat menyelesaikan bila mana ramainya pasangan yang sudah berkahwin juga berzina? Malah ramai saja bapa, abang yang melakukan hubungan sulit dengan anak atau adik kandungnya? Adakah bayi yang dibuang berpunca dari pasangan yang belum bernikah sahaja? Justeru, masalah penzinaan perlulah dilihat secara menyeluruh dan bukannya partial.

WanitaMustanir said...

Salam kiki,

selamat hari raya, maaf zahir batin..

smbungn..

Noorul Hidayah said...

kakak ida nikah khitbah dulu..hee..nikah gantung,sbb masing2 busy dgn kerjaya.insyaAllah kahwin pd 30hb januari ni..kak akie doakan ek..kak akie kawin dulu dari kakak ida..heh heh!

p/s: comeinya baby thariq..sebijik cam muka kak akie.semoga jadi anak yg soleh..aminn ^_^