Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 22, 2010

PSMB : Buatmu Pengembara

Assalamualaikum wbt.

Ada yang tertanya mengapa sudah lama tiada entry baru yang menggantikan mukasurat lama setiap kali blog ini dibuka. Maafkan saya. Kesibukan dunia menjadikan saya tidak sempat menulis. Semoga kesibukan dunia ini menjadi saham hasanah di akhirat kelak.

Saat menulis ini, saya berada di rumah junior. Singgah sebentar di sini menyelesaikan beberapa urusan berkenaan PSMB. Program Sambutan Mahasiswa Baru dalam bahasa panjangnya. Tenaga kerja yang kurang membuatkan saya tidak senang duduk berlenggang di rumah. Biarlah perut memboyot pun, selagi ada kudrat, saya mahu sentiasa cuba untuk membantu. Saya harap saya membantu bukan membantut. Andai membantut, gugurkanlah saya dan gantikan dengan yang lebih baik.

Abang juga semakin sibuk dan kini berpergian lagi. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Abang.

Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah untuk berpuasa penuh pada Ramadan yang lalu. Walaupun masih mabuk-mabuk kepayang (morning sickness masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk hilang), saya tetap berpuasa. Caregiver saya kata, tiada masalah untuk berpuasa. Fasting is good for you and your baby, katanya. Berterima kasih pada cinta hati saya kerana sentiasa memberi support.

Raya tahun ini, sambutannya berbeza dari tahun-tahun lain. Akan saya uploadkan gambar jika saya tiba di rumah nanti. Mungkin pada entri yang berbeza, khas edisi raya. Perlulah dicoret sedikit pengalaman manis beraya bersama suami tercinta kan? :)

Entri kali ini berkisar PSMB 2010/2011.

Ahlan wa sahlan kepada adik-adik yang baru tiba di Mesir. Khususnya bumi Mansurah. Seronok menerima kedatangan adik-adik baru.

Tahniah kerana anda terpilih untuk berada di sini. Bukan semua mendapat peluang yang sama. Semoga peluang ini dimanfaatkan sebaiknya. Apa yang pasti, perbetulkan dan luruskanlah niat anda semata-mata mencari redha Allah SWT. Dalam setiap aspek, dalam setiap perkara. InsyaAllah, segalanya akan menjadi mudah.

“Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah, nescaya benar-benar akan ditunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami”
(Surah Al-Ankabut : ayat 69)


Menjalani kehidupan di negara orang buat pertama kali bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai perkara baru perlu dibiasakan. Berjauhan dari keluarga, cuaca dan iklim yang berbeza, kerenah bangsa lain ang berbeza dengan adat dan budaya kita serta banyak lagi perkara lain.

Di sini tiada apa yang boleh dijadikan panduan dan rujukan melainkan pengalaman orang-orang lama. Banyakkanlah bertanya pada senior-senior, mereka akan sentiasa bersedia membantu dalam segala aspek.

Jangan lupa, kehadiran kita ke sini bukanlah kebetulan. Ianya adalah rancangan Allah semata-mata. Kita tidak pernah tahu apakah perancangan Allah yang seterusnya. Apa yang pasti, semua yang Allah aturkan adalah bersesuaian dengan kemampuan kita. Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan sentiasa memelihara kita.

Buat anda yang turut sama terpilih di jalan ini, kita adalah orang Islam yang kebetulannya adalah doktor, bukan doktor yang kebetulannya adalah Islam. Jadi, janganlah sesekali kita berpaling dari kehidupan Islam yang sebenar. Basahilah hati-hati yang kering dengan siraman Islam. Sampaikanlah risalah-risalah Islam. Sesungguhnya Islam itu mulia dan tiada yang lebih mulia daripadanya.

Buat adik-adik, selamat menjalani kehidupan baru. Buat abang dan kakak, selamat menyambut adik-adik baru.

1 comments:

Sharifah Shafinaz Adila said...

akie...ble due date?? wah..thniah..xsbaq nk tunggu ank kwn ak neh...