Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Tuesday, April 14, 2009

Sandaran Hati

Assalamualaikum wbt.



terpuruk ku di sini
terangi yang sepi
dan ku tahu pasti
Kau menemani
dalam hidupku

kesendirianku


Malam itu penuh dengan kegelisahan. Semuanya serba tidak kena. Hati ini sesak. Sesesak Bandaraya Kuala Lumpur di waktu kemuncak. Di tambah pula dengan rasa bersalah kepada mushrif yang menemani sepergian ke klinik gigi dan juga pulangnya. Maafkan kami jika memberi susah. Allah sahaja yang mampu membalas dengan kebaikan yang lebih banyak InsyaAllah..
Dr. Nasem yang tampak letih hari ini, menambahkan keletihan menuggu giliran untuk menerima rawatan. Mahu atau tidak, malam itu perlu diselesaikan juga urusan di klinik gigi kerana peperiksaan yang bakal menjelang akan sempat mengundang rindu pada warga klinik.

Diri masih terkapai2. Mencari-cari punca agar boleh di perbetulkan kembali apa yang salah dan di tambah kembali apa yang berkurang.


"Tomorrow will be the last day for all of you to study the jars. Study well"

Kata2 Doktor Pathology yang seakan menyentak jantung saya. Kalaulah muka ini di kartukan, pasti lower jaw akan akan jatuh sehingga menyentuh lantai mozac muzium itu.

"Masya Allah..biar betul?!" bisik hati saya. Risau bertandang. Banyak lagi jar yang saya tidak tilik. Bukan mengulang tilik tetapi BELUM PERNAH tilik. Kesal bertandang. Kalaulah rasa malas itu tidak saya manjakan, pasti saya seiring dengan rakan2 sekelas yang lain, yang datang ke muzium hanya untuk mengulang hafalan untuk mengukuhkan memori bagi setiap jar.

Malam sebelum itu baru sahaja saya dikejutkan dengan soalan praktikal Microbiology yang saya kira standard mengulangkajinya sama seperti hendak menduduki peperiksaan akhir.

"Biar betul?!" seakan menjadi perkataan favorite saya sejak akhir2 ini. Masakan tidak, setiap perkara pun pasti berubah secara mendadak dan tiba2. Jika ianya semakin mudah, sudah pasti saya boleh tersengih lebar menunjukkan barisan gigi. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Saya tidak mampu lagi menarik nafas lega.


"Wahai orang yang beriman, mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang2 yang sabar" (al-Baqarah:183)

Fasobrun jamil..sabar itu indah.

Mencari dan terus mencari..


We develop from what we are thinking

Antara salah satu frasa yang saya pegang. Maksudnya mudah. Jika kita fikirkan sesuatu perkara itu susah, maka susahlah ia. Jika kita fikirkan ianya mudah, maka InsyaAllah terbentang luaslah jalan kemudahan itu di depan mata. What we think are accountable. Ia adalah psikologi diri yang membawa manfaat.

Anda yang membaca post ini mungkin menginterpretasikan sesuatu yang negatif tentang diri saya seperti :

"Teruknya dia ni..dah nak exam pun boleh main2.."

"Ape tah..dulu bukan main lagi bersemangat. Sekarang, hancus."

Ya, saya tahu. Perkara sebegini akan berlaku. Saya lemah. Graf hidup saya ada turun naiknya. Ada turunnya bersama naik. Dan Ada naiknya bersama turun. Bukanlah sentiasa menaik mahupun sejajar. Saya bukanlah robot tetapi manusia yang dikurnia akal, nafsu dan emosi. Emosi predominate kerana saya adalah perempuan yang sering berkeputusan berpaksikan emosi lebih daripada rasional. Tetapi ini bukan bermakna emosi ini boleh diperlekehkan. Dan bukanla bermakna tindak tanduk insan bernama perempuan kalah dari segi kerasionalan. Hati-hati.


Mencari dan terus mencari..

"Jangan manjakan stress.Do something to overcome and cope with the stress!"

"Diri kita adalah motivator terbaik untuk diri kita"

"We are what we repeatedly do. We develop from our habit. Excellence then is not an act but a habit"

"Kenali diri sendiri. Kelemahan dan kelebihan diri. Then minimize our weakness and optimize our strength. Or we can use our strength to compensate our weakness"

"Berputus asa sebelum berjuang adalah kegagalan yan paling teruk"

Teringat kembali antara kata2 yang keluar dari mulut saya sendiri ketika mana saya diminta berucap pada mana2 sesi motivasi. Telinga saya yang jaraknya lebih dekat dari telinga2 orang sekeliling saya menjadikan saya pendengar pertama pada kata2 tersebut. Kini saya berusaha memberi peringatan pada diri sendiri yang seakan rapuh dan fragile. Yang pasti akan pecah bila2 masa sahaja jika jatuh terhempas.

Mencari dan terus mencari..

Saya mencari kalau2 ada alasan2 yang relevan untuk saya berputus asa. Atau mungkin alasan2 yang relevan untuk saya malas dan melayan rasa malas itu. Malangnya saya tidak jumpa satu pun.

Malangkah?

Tidak..

Malahan sebaliknya saya terjumpa alasan2 yang meminta saya untuk tidak terus statik.Cita2 yang saya genggam bukan sahaja milik saya seorang. Tanggungjawab yang terpundak di bahu saya bukanlah kecil dan remeh.

"This is for Islam!"

Antara bait kata Dr. Hamid yang menempelak kembali hasutan2 jahat di gegendang telinga saya.

"Study well..Everyone is waiting for you..Mama and Ayah sentiasa mendoakan.."

Antara bait kata ayahbonda yang bukan sahaja sebagai peringatan bahkan gunungan harapan.


Terlalu banyak kata2 yang perlu di kota. Juga terlalu banyak janji2 yang perlu di tunai. Maka tiada alasan untuk saya berterusan begini.

"Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya" (al-Isra':34)


Saya perlu dinamik. Bergerak dan terus bergerak. Bagun kembali jika terjatuh. Tidak boleh tertinggalkan dan di tinggalkan.

"Jangan direnung letihnya usaha tetapi renunglah manisnya sebuah kejayaan"

Ya, ini berjaya mengembalikan spirit yang hilang.



teringat ku teringat pada
janjiMu ku terikat
hanya sekejap ku berdiri
kulakukan sepenuh hati
peduli ku peduli
siang dan malam yang berganti
pedihku ini tak ada arti
jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
sandaran hati


1 comments:

Anonymous said...

sabar2,syakila boleh buat...