Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, April 20, 2009

Dusta Dalam Senda

Assalamualaikum wbt.

Malam itu seperti malam2 sebelumnya. Usai makan, kami berjemaah bersama menunaikan kefardhuan ke atas kami sebagai hamba-Nya. Selesai solat, ruang makan kecoh dengan pelbagai aksi demi mengejar masa. Waktu sangat singkat. Kami perlu cepat menuju ke kelas tusyen. Namun begitulah sehari-harian. Pelbagai kewajipan yang menghambat setiap seorang dari kami serta masa yang terus berjalan membuatkan kami sering terkejar-kejar. Namun itulah antara nikmat kehidupan sebagai pelajar. Yang akan di kenang jika kita bukan lagi di gelar pelajar kelak.



"Mumun, kepala badak tercabut!"

Saya membeliakkan mata. Cuba bergurau dengan salah seorang ahli bait saya. Key-chain Badak yang tergantung di begnya saya genggam dengan tangan saya. Berpura-pura seperti badan badak tertanggal dari kepalanya.

"Alaa.."

Mumun memberi respon sambil menunjukkan mimik muka yang saja di buat-buat tanda melayan gurauan saya.

Mumun atau nama sebenarnya Asma adalah ahli bait yang paling rapat dengan saya. Bukan mendiskriminasi ahli bait yang lain, tetapi saya lebih banyak menghabiskan waktu bersama-sama dengannya berbanding ahli bait yang lain. Ke sekolah bersama, keluar bersama, bermain bersama dan banyak lagi bersama-sama. Mumun adalah sekadar salah satu panggilan manja saya kepadanya. Dia panggil saya Bulat. Isk, sabar je.

"Ececei..tipu je. Hehe.."

Saya tersengih. Saya tahu dia tahu saya hanya bergurau. Kami gelak bersama.

"Ustaz kata bergurau tak boleh menipu.." seorang lagi ahli bait saya, Aimi yang ketika itu bersama kami menunggu ahli bait yang lain turun tiba2 bersuara. Mungkin dia terdengar gurauan saya dengan Asma.

"Ye ke Aimi?" saya pantas memberi respon.

"A'ah. Rasulullah ada cakap." balas Aimi sambil mengangguk.

"Alamak! Tak tahu..Astagfirullah al azim..Astafirullah al azim..Astagfirullah al azim.." saya cepat2 beristigfar sebanyak yang mungkin.
"Ya Allah.. Mumun, saya tertipu awak. Sowry..saya tak tahu..Saya tak berniat pun.."

Saya memandang Asma menyatakan rasa kesal. Betul saya hanya mahu mengusik tanpa berniat untuk menipu atau merisaukannya. Dan betul saya tidak tahu perbuatan itu adalah salah dan mengundang dosa.

"Ish,takpe.. saya tahu je awak main2." balas Asma yang sememangnya mudah memaafkan.

"Terimah kasih Aimi sebab beritahu..huhu.." saya memandang Aimi sambil tersenyum. Senyuman saya di balas penuh kasih.

Begitulah indahnya ukhuwwah yang terbina. Saling mengingatkan antara satu sama lain.

Pulang dari kelas tusyen, saya cepat2 mengambil buku Adab-Adab Islam Dalam Kehidupan Seharian yang sedang saya baca waktu itu. Melihat kalau2 ada adab yang berkaitan dengan bergurau.

Ya, ada! Terletak di pertengahan indeks. Saya lompatkan bacaan saya kerana pada masa itu saya baru saja memulakan bacaan bab ke tiga buku tersebut : Adab-Adab Di Jalan.


Berdusta Semasa Bergurau Senda


Kebanyakan dari kita kini kadangkala tidak mengambil berat tentang bergurau senda sehinggakan terkadang kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya telah pun berdusta atau dengan kata lainnya menipu dalam bergurau sedangkan berdusta itu tidak dibenarkan oleh Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda : "Aku penjamin sebuah rumah di dalam syurga untuk mereka yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar, dan sebuah rumah di tengah syurga untuk mereka yang meninggalkan dusta walaupun dia bergurau dan sebuah rumah di dalam syurga yang paling tinggi martabatnya untuk mereka yang baik akhlaknya". (Riwayat at-Thabrani)

Rasulullah s.a.w sentiasa benar dalam percakapan Baginda tidak kira samada semasa Baginda bergurau senda atau ketika bersungguh-sungguh.

Sabda Baginda s.a.w : "Sesungguhnya aku bergurau senda dan aku tidak berkata kecualilah perkara benar". (Riwayat at-Thabrani)

Saya sendiri apabila di semak2 kembali, ternyata banyak juga gurauan saya berlapik tipuan. Semoga Allah mengampuni dosa2 saya.

Marilah kita sama2 mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w. yang di gelar Al-Amin kerana kebenaran Baginda. Kerana menurut Aisyah r.a katanya : "Tiada akhlak yang paling dibenci oleh Rasulullah s.a.w melainkan berdusta". (Riwayat Ibnu Hibban)


Nota Kaki*

Kawan : Maafkan saya andai ada dusta dalam senda.
Imtiyaz : Andai ku temu perkataan terbaik melainkan Terima Kasih, perkataan itu adalah untuk kamu. Jazakumulahu khairan kathira di atas segala tazkirah dan ilmu yang di kongsi.
Mansouriyyin : Salam Imtihan dari saya Syaidatul Syakila Binti Aini.



0 comments: