Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, April 9, 2009

PERELOK

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini..

Burung sedang berkicau-kicau. Membawa fikiran ke kampung halaman. Syahdu menerpa. Beberapa hari lepas saya call rumah. Hmm..line malaysia tidak okay (confident je). Evoiz okay je. Baru je nak initiate light converse dengan mama, putus. Baru je nak mengadu penat, putus. Saya kemudian berputus asa. Terus membawa diri, tidur.

Sebelum ni dah beberapa kali menaip entry untuk di post. Tapi semuanya berakhir di draft. Kerana in the middle of typing, teringat beberapa chapters yang belum cover, dan tiba2 terasa masa amat2lah berharga. Maka stop typing dan pergi ke meja.

Hari tu ayah mesej bertanya khabar. Juga mengadu handphonenya rosak gagal berfungsi. Gara2 dikerjakan oleh orang dewasa pramatang di rumah. Saya membalas dengan sesuatu yang tidak berkaitan. Bukannya memujuk ayah tetapi saya pula mengadu macam2. Sian ayah.. (huu) Lepas tu ayah tak balas dah. Mungkin sebab dah habis mesyuarat.
Sebab..ayah selalu bagi mesej time tengah2 mesyuarat. Ayah kata, kalau mesyuarat tu boring, ayah tiba2 teringat nak mesej kakak. Ape la ayah ni. Suke buat lawak. Sepuluh jam selepas tu baru balas kembali.

Leher saya kejang. Salah satu tanda stress. Nak kata study banyak pun tak juga. Stress bukan sebab study tapi mungkin stress sebab diri ini tak study kot.

Mengadu pada ayah : "Akak stress. Tidur pun dah tak betul. Time worth everything to be wasted right now. Huu. Help me..''

Ayah replied : "Takpe..bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.."

Kenapa tidur juga di tangga pertama yang saya adu? Kerana tidur amat berharga buat saya.

Saya pernah berkata pada kawan baik saya : "Aku nak study gigih2 la sekarang. tak tidur pun takpe. Senang kalau prepare awal2. Bila dah dekat2 nak exam nanti boleh la tidur banyak sikit".

Maka ini adalah konsep 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian' yang dimanifestokan oleh ayah. hoho.

Jangan tiru pemikiran ini. Ini adalah pemikiran senget seorang yang bernama Cik Kiki. Saya tidak mengenalinya.

Saya baru study slide Patho 10 keping je daripada 70 keping. Ini amat merunsingkan diri saya. Kerana MALAS la punca perkara ini berlaku. Dan malas itu datang dari diri saya. Maka ini semua salah saya. Ape nak jadi Syakila? (saya nak jadi doktor..)

Saya bertanya tips pada kawan2 bagaimana cara paling efektif nak study slides. Slide Patho agak susah berbanding slide Parasit mahupun Microb. Nasib baik Pharma takde slide. Tapi apa nak tahu apa diorang kata?

"Alaa..tipulah Kiki. Aku tak percaya. Aku tak percaya ko baru study 10 slides."

Aduh. Stress bertambah. Tiada siapa percaya siapa bab2 banyak mana dah study. Sedangkan itu hakikat sebenar. huu. Sampai hati tak percaya. Betullah ni!

I should stop blaming myself and others. Dan sepatutnya bergerak. Bukankah itu lebih bagus?

Pergi museum Patho tengok Jars (Patho lagi..). Ada satu jar ni :


  • Specimen : Cut section of Lung

  • Description : bla bla bla..

  • Diagnosis : Lobar Pneumonia (Stage of Hepatization)

Apa yang istimewa?

Pada Lung tersebut terdapat bintik2 hitam yang di sebut Anthracosis. Anthracosis terjadi kerana pemilik Lung itu merokok. (moral : jangan merokok).

Sedang menilik jar tersebut, teringat kata seorang kawan saya:

"Bayangkan titik2 hitam tu la yang deposited (tak tahu bahasa melayunye ape) kat hati kita dek kerana kita buat dosa dan maksiat. Satu dosa, satu titik. Lepas tu lama2 banyak dosa, bertitik-titik. Sampailah titik hitam tu menutupi seluruh hati kita. Masa tu, kita dah susah nak dapat Taufik dan Hidayah dari Allah. Sebab hati dah gelap."

Saya terus tertunduk beristigfar. Takut. Nauzubillahi min zalik!

Saya teringat kata2 Imam Ghazali : Apabila bangun dari tidur, berfikirlah sejenak apa yang patut aku lakukan supaya dosa2 lepas terhapus.

Saya cuba praktikkan dalam kehidupan saya. Ye lah, banyak dosa kan. Isk3.

Sebelum tidur berfikir : Apa kebaikan yang aku buat hari ini? Apa pula dosa2 yang aku buat hari ini?

Selalunya, mazmumah lebih banyak dari mahmudah. Begitulah saya, manusia yang kerdil lagi hina. Kebaikan dibuat tetapi keburukan tidak dihindari. Bersifat Manhiyyat sememangnya bukan mudah. Dan Manhiyyat itu adalah salah satu ciri orang bertaqwa. Dan saya? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Usai bangun tidur berfikir kembali : Bagaimana nak compensate dosa dengan pahala? Apa yang patut aku lakukan supaya dosa2 lepas terhapus?

Ermm..

Paling mudah, beristigfar la kan. Yang mudah itu mestilah dah terus buat semasa sebelum tidur tu. Semasa yang kita dah terfikir keburukan yang kita buat pada siang hari itu.

Kemudian apa lagi boleh buat?

Solat sunat taubat.

Dan kemudian ?

Berjanji tidak akan mengulangi dosa dan kesilapan yang sama. (Taubat Nasuha)

Dan kita mestilah berusaha sehabis baik untuk tidak mengulangi dosa yang sama.


Apa yang saya mahu bawakan di sini?

Ianya adalah berkenaan pentingnya MUHASABAH DIRI.

Ada satu kata2 yang saya tak tahu dari mana sumbernya. Tapi sebab isinya bagus, boleh la pegang kan.


-Manusia yang pada hari ini lebih buruk daripada hari2 sebelumnya adalah manusia yang rugi.-


Mahu ke jadi orang rugi?

Tak mahu..

Bagaimana nak tahu kita pada hari ini adakah lebih baik daripada hari2 sebelumnya?

Dengan bermuhasabah la kan? Betul tak?

Setelah menyedari hati dan diri ini selalu sahaja dikuasai oleh sifat2 mazmumah, maka saya menjalankan kempen FREE MAZMUMAH untuk diri saya sendiri. Tapi kalau anda nak join boleh je. No biggie.


  • Campaign : FREE MAZMUMAH
  • Aim : Minimize sifat2 mazmumah dalam diri dan hati seterusnya menghapuskan terus sifat itu.
  • Duration : all the time without exemption even a minute.
  • Strategies :

1.Berusaha berusaha dan berusaha membendung dan menangani sifat mazmumah

2.Menyusuli sifat2 itu dengan kebaikan dan istighfar cepat2 kalau terjadi juga.

3.Sentiasa muhasabah diri.

4.Berkempen pada orang lain (im doing it now. am i? tee heee..)

5.Anda boleh tambah sendiri yang ke 5 dan seterusnya. hoho.


Post ini nampaknya sedikit entah apa2 kan? Mungkin sebab otak ini bercelaru. Kesian otak.. Anyhow, ambillah mana2 yang baik dan abaikan mana2 yang mengarut tu. Selamat Study warga Mansurah. Dan Selamat Sejahtera warga2 lain.


"Wahai Allah..perelokkanlah akhlakku sebagaimana Engkau memperelokkan kejadianku"

0 comments: