Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, January 29, 2009

Aku dan Muridku

Assalamualaikum w.b.t...


"Okay teacher nak semua hantar esok okay?" lantang suara si pengajar di hadapan.

"Alaaaaa...banyak sangat laa teacher..saya mesti tak buat. Saya malaslah nak buat!"

Itulah diantara babak2 'pedih' yang mencabar kesabaran saya sepanjang saya bertugas sebagai Guru ganti di sebuah sekolah rendah di tempat saya pada musim cuti yang lalu.

Pengalaman menjadi Guru betul2 mancabar minda dan kesabaran saya. Sehinggakan pada hari terakhir saya berkhidmat, seorang rakan Guru bertanya kepada saya : "Nanti cuti2 kalau takde kerja, datang la sini lagi..Mengajar budak2. Macam mana? Seronok jadi Cikgu?"

Saya tersenyum dan membalas : "InsyaAllah lah kak..kalau saya berpeluang dan kalau saya TIDAK SERIK"

Susah sebenarnya jadi Guru yang tidak bertauliah ni. Antara cabaran paling besar adalah saya gagal menerima mereka sebagai murid yang tahap pemikiran mereka masih lagi belum se'level' dengan saya.

Saya berumur 20 tahun. Mereka berumur 10 tahun. Saya belajar dalam bidang Medic yang mendedahkan pemikiran saya kepada keadaan 'picking up everything immediately'. Mereka pula hanyalah murid sekolah rendah yang baru mahu belajar menyelesaikan masalah2 berkaitan operasi. Maka pada mulanya saya 'terlupa' untuk mengikut rentak mereka. Saya 'menari syok sendiri' dengan rentak saya.

Pada minggu pertama, apa yang diajar oleh saya, mereka semua tidak faham. Saya beri latihan yang banyak, diluar kemampuan mereka untuk mereka selesaikan pada masa yang saya tetapkan, tanpa saya sedari. Saya beri mereka soalan2 dan contoh2 yang saya rasakan 'kacang' tetapi sebenarnya susah bagi mereka. Tergelak saya bila terfikirkan kembali.Selepas seminggu atau lebih, barulah saya tahu cara terbaik untuk mengajar dan memahamkan mereka. Masa itu, barulah sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku.


"Teacher!" panggil seorang murid. Saya menoleh. Dia menunjukkan 'thumbs-up' kepada saya. Saya kerutkan dahi tanda tidak mengerti.

"Teacher cantiklah hari ini. Betul2 macam ustazah! Good2!" begitu bersemangat sekali dia memuji saya. Saya hanya menggelengkan kepala dan tersenyum. "Oh, thank you for the compliment by the way, Nazrul."

Lagi antara babak berbeza yang saya alami..
Bukan pujian yang mahu saya 'hight-light' kan di sini..Tetapi betapa 'sekular'nya pandangan mereka terhadap cara pemakaian saya pada masa itu. Berjubah dan bertudung labuh memberi imej 'ustazah' pada kanak2 berumur sepuluh tahun. Perkataan 'macam ustazah' itu terbit kerana saya mengajar subjek Matematik tetapi berpakaian seperti 'ustazah'. Dan perkataan 'betul2 macam ustazah' itu mungkin terbit kerana sebelum itu saya berbaju kurung dan pada hari itu saya mengenakan jubah.

Betapa IMEJ memberi impak yang besar pada pemikiran seorang kanak2.

Itu belum lagi apabila saya saja2 bercerita dengan mereka. Selalunya kisah Nabi2 menjadi pilihan. Kadang2 saya ajarkan mereka sebaris doa bersama maksud doa tersebut. Ada juga mulut nakal yang bertanya "Kawan2..kita ni tengah belajar Mathematic ke...belajar Pendidikan Agama Islam?"

Nah..

Satu lagi pandangan sekular dari seorang kanak2 berumur sepuluh tahun. Saya membalas : "Kenapa Daniel..? Belajar tentang Islam mesti hanya pada waktu Pendidikan Agama Islam sahaja ke..?"

Lembut suara saya. Tidak berniat untuk marah seorang budak yang hanya berumur sepuluh tahun yang bercakap hanya berlandaskan rasa ingin tahu, bukan berlandaskan rasional. Jadi saya tidak rasa dia 'memerli' saya, sebaliknya bertanya kerana keliru.

Saya cuba untuk mengubah cara pemikiran mereka sepanjang 2 bulan saya mengajar. Asas agama yang nyata berbeza dalam diri setiap individu kecil itu memberi sedikit cabaran. Tambahan pula, ada diantara mereka yang bersekolah Agama pada sesi petang, ada yang tidak. Ehmm..Saya tidak menyentuh isu2 besar. Rukun Islam, Rukun Iman, solat 5 waktu, berbuat baik pada ibu bapa dan menghormati guru2. Itulah antara yang saya tekankan.

Sedih..Sedih apabila mengenangkan pengetahuan agama mereka tidak sama seperti saya semasa saya berumur 10 tahun.

Saya tidak menyalahkan si kecil. Kerana apalah yang mereka tahu. Mereka hanya mendapat apa sahaja yang diberi kepada mereka. Jika baik yang diberi, maka baiklah yang mereka dapat. Jika buruk yang diberi, maka sebaliknyalah yang akan berlaku.

Mungkin pembaca dapat mengagak, siapakah yang berfungsi BESAR dalam situasi seperti ini. Sudah semesti Guru.

Entry kali ini sebenarnya saya ingin menekankan betapa besarnya fungsi GURU dalam membentuk peribadi insan kecil. Mengapa? Kerana saya tahu, pembaca blog saya bukanlah hanya terdiri daripada kawan2 Medic saya sahaja, mungkin ada juga kawan2 di luar sana yang bakal menjadi Guru yang 'tersinggah' di blog ini.

Pernah saya bertanya kepada kawan sekelas saya yang cita2nya pada masa itu ingin menjadi seorang Guru. "Kenapa awak nak jadi cikgu?"

"Mak ayah aku kan Cikgu..So aku tengok diorang kerja macam best je. Duit banyak, kerja tak ade lah teruk sangat. Cuti pun banyak. Asalkan cuti sekolah je, cikgu pun cuti. Public holiday je, cikgu pun cuti. Kan best tu? Boleh aku pegi jalan2 dengan suami dan anak2 aku selalu nanti."

Itu jawapan dia beberapa tahun dahulu. Sebelum dia diterima mana2 pusat pengajian atau maktab perguruan. Kini dia dalam proses untuk menjadi seorang Guru. Bukan dia sahaja, malah ramai diantara kawan baik saya semasa di sekolah dulu, sekarang sedang mengikuti pengajian perguruan. Jika saya bertanya soalan yang sama ketika ini, saya berharap dia tidak akan memberi jawapan yang sama. Malah semoga lebih baik dan lebih futuristik. Lebih berwawasan!

Wahai bakal2 Guru sekalian, bukalah mata anda. Bukan sahaja bangsa dan negara memerlukan anda untuk membentuk modal insan yang cemerlang kelak, Islam juga sangat memerlukan anda untuk membentuk ulama' dan khalifah di dunia akhir zaman ini.



Dunia kini ketandusan individu yang hebat setanding cendekiawan2 Muslim terdahulu seperti Muhammad Ibnu Musa Al-Khawarizmi, Abu Ali al-Hussain ibn Sina, Muhammad ibn Zakariyya ar Razi, Abu Yusuf Yaqub ibn Ishaq al-Kindi dan ramai lagi. Janganlah kita hanya menjadikah sejarah sebagai satu hujah kebanggaan, tetapi tidak pernah mencuba untuk mengulang sejarah yang gemilang itu.

Cetuskanlah minda intelek yang islamik dalam diri anda sekarang supaya kelak anda boleh mewariskan segala ilmu yang berkaitan, kepada pelajar2 dan murid2 anda. Guru adalah antara figura terbaik dalam diri si kecil selepas kedua ibubapa mereka. Apa yang seorang Guru katakan, mereka akan terima bulat2 dan sematkan dalam minda mereka. Gunalah peluang ini sebaiknya. Janganlah hanya sekadar melepas batuk di tangga.

Kepada bakal2 doktor seperti saya pula, kita juga punya tanggungjawab yang sama dalam masyarakat. Tugas kita bukanlah hanya sekadar untuk merawat kecederaan fizikal masyarakat semata2, malah peluang untuk merawat kecederaan mental dan pemikiran mereka juga adalah sangat besar.

Seorang pelajar Medic tidaklah hanya terhad kepada ilmu Medicnya sahaja untuk merawat pesakit. Seorang pelajar Agama tidaklah hanya terhad kepada pegetahuan agamanya sahaja untuk menyampaikan risalah dakwah. Seorang guru Matematik tidaklah terhad kepada ilmu matematiknya sahaja untuk memberi ilmu kepada anak2 murid.

Seorang petani tidak semestinya hanya perlu tahu cara menanam pokok untuk mendapat hasil tani yang baik. Mereka malahan perlu tahu apakah jenis benih yang sesuai, tanah yang sesuai, iklim yang sesuai, baja yang sesuai dan sebagainya untuk mendapatkan pohon yang rendang dan buah yang lebat. Tidakkah itu semua merangkumi bukan sahaja ilmu pertanian? Malahan ilmu geografi, kimia, geologi dan lain2 pengetahuan.

Ilmu Allah tersangatlah luas sehinggakan segala laut yang ada di bumi ini jika dikumpulkan dan dijadikan dakwat untuk menulis ilmu Allah, pasti tidak akan pernah cukup. Marilah kita mengutip seberapa banyak ilmu yang ada ini supaya kelak kita boleh beramal dengannya dan menyampaikan kepada manusia2 diluar sana. Kerana salah satu amalan yang tidak akan putus biarpun kita sudah bersemadi di liang lahad adalah ILMU YANG BERMANFAAT.


InsyaAllah..jika saya berpeluang sekali lagi untuk menjadi seorang pengajar, saya akan mengusahakan satu percubaan yang lebih baik untuk memberi pendekatan kepada murid2 saya tetang perkara2 yang mereka perlu tahu dan pelajari. Bukan hanya sekadar ilmu akademik, malahan lebih daripada itu.. Saya mahu mereka menjadi lebih baik dari diri saya sendiri.
Bagaimanakah pula anda wahai bakal Guru?

Tuesday, January 27, 2009

Belajar Menghargai

Assalamualaikum w.b.t

Pagi ini semasa saya sedang membaca, perut saya tiba2 lapar. Bukan tiba2 sebenarnya. Bangun dari tidur lagi saya terasa lapar tetapi saya tidak melayan rasa lapar. Saya hanya minum se'mug' kopi dan makan sebiji buah limau. Tapi ia hanya mampu menutup rasa lapar saya sekejap sahaja.

Saya ke dapur. Saya memang sudah siap2 menanak nasi semasa membuat kopi tadi. Macam dah boleh agak saya mesti cari nasi juga akhirnya. Mujur saya beli telur pagi tadi. Ada lah lauk. Saya goreng telur dadar dan goreng bilis bersama bawang yang di letakkan sedikit madu hitam. Sedap rasanya!

Sedang khusyuk makan, saya menguis2 bilis. Kalau mama tahu pasti dia berleter. Semasa saya kecil saya tidak di ajar untuk makan bilis. Kurang berkhasiat kata mama. Kalau saya curi2 makan pun, saya asingkan kepala bilis. Takut bebal kata orang tua.

Teringat semasa saya di darjah lima. Kami berpindah ke rumah baru yang ayah dirikan di tanahnya di kampung. Ayah belikan saya dan abang basikal baru. Basikal racing warna merah. Ayah minta kami berbasikal ke sekolah. Ayah kata biar rasa sedikit payah untuk ke sekolah. Ayah dulu jalan kaki saja. Jarak dari rumah atuk ke sekolah masa tu berkilo-kilo meter. Lagipun rakan2 di kampung itu semua berbasikal. Sikit sekali yang ke sekolah dengan transport. Bas sekolah tidak ada.

Saya berjanji dengan seorang kawan untuk berbasikal ke sekolah bersama2. Ain namanya. Setiap hari saya ke rumah Ain yang on the way ke sekolah agama. Sekolah agama kami sesi petang.

"Assalamualaikum...Ain..o0oo Ain.." itulah jeritan saya setiap kali sampai di rumah ain.

Rumah Ain kecik je. Adik beradik Ain ramai. 7 orang seingat saya. Semua kecik2. Abah Ain kerja kebun. Mak Ain tukang jahit.

"Syaidatul, kejap ye. Ain belum makan nasik.." Ain menjeguh kepala. Saya lebih selesa kawan2 memanggil saya Syaidatul. Nama Syakila saya rasakan agak moden pada masa itu.

"Masuk la dulu Syaidatul.." Mak Ain menjemput saya masuk.

Matahari tengah hari yang terik membuatkan saya masuk tanpa berlengah. Saya lihat Ain membawa pinggan berisi nasi putih. Banyak. Ain tidak makan seorang. Ain mengajak adik2nya yang kecil makan sekali. Mereka berkerumun di sekeliling Ain. Mak Ain sibuk dengan jahitan pada masa itu. Ain yang menyuap adiknya satu persatu. Saya mengintai Ain berlaukkan apa. Ikan bilis.. Ikan bilis? Ikan bilis sahaja?

"Ain..ambikkan Syaidatul ni nasik. Makan sama2.." Mak Ain bersuara.

"Eh takpe. Kite dah makan kat rumah tadi.." saya cepat2 menjawab.

"Mak masak ape?" Mak Ain bertanya. Saya menjadi serba salah untk menjawab. Melihatkan Ain yang hanya berlaukkan bilis goreng, tak sampai hati rasanya hendak beritahu saya makan ayam masak merah dengan sayur tumis tadi. Takkan saya mahu menipu?

"Ehmm..mama goreng telur tadi. Kite makan dengan kicap." Saya tiada pilihan. Saya menipu. Tipu darurat.

"Mak...Ain pergi dulu.." Ain sudah selesai makan. Di hulur tangan untuk bersalam dengan maknya. Saya pun bersalam dengan mak Ain.

"Duit belanja ada lagi?" Mak Ain bertanya di muka pintu. Ain mengangguk. Saya tak pasti Ain betul2 ada duit belanja atau tidak. Sebab setiap kali waktu rehat, tak pernah pula saya nampak Ain ke kantin. Kalau tidak duduk di kelas, dia akan bermain bersama kawan2 kami di luar kelas.

Balik saja ke rumah, saya bertanya mama. "Mama kenape mama tak goreng ikan bilis? Ikan bilis tak sedap ke?"

Mama kata :"Budak2 mesti makan makanan berkhasiat. Penuh zat dan protein. Barulah badan sihat. Otak pun pandai. Ikan bilis tu khasiatnya tiada.."

"oo00oooo.." saya membalas dengan mulut terlopong2. Betul saya tidak pernah makan bilis setakat hari itu. Kalau tidak ayam, mama masak ikan. Paling kurang telur. Sayur wajib makan!

Kesian Ain. Kesian Ain dengan adik2 Ain. Dia makan makanan tak berkhasiat rupanya.Patutlah Ain selalu dapat nombor banyak2 setiap kali periksa. Saya makan makanan berkhasiat. Sebab tu boleh dapat nombor depan2. Itu saja fikiran saya pada masa itu. Kesian Ain.
Tapi sekarang saya tak tahu dimana Ain dan sedang buat apa. Belajar lagikah? Atau sudah bekerja? Atau sudah berkahwin? Kerana kami sudah berpindah ke tempat lain. Lost contact.

Semasa saya balik ke Malaysia beberapa bulan yang lepas, saya perasan mama suka beli nuggets and fries. Sebab kami adik beradik selalu ke dapur dan soalan yang sama selalu keluar : "Ehmm..nak makan ape ye?". Jadi mama sengaja membeli. Bila tengok kat fridge ada benda2 tu, goreng dan makanlah. Patutlah semua 'sihat2'. Sakit jantung baru tahu! Isk3.

Adik yang 'sihat' walafiat..



Satu hari saya duduk di meja makan bersama mama. Saya makan fries yang adik saya goreng. Saya cakap pada mama : "Dulu akak dengan abang masa kecik2, sampai teringin nak makan fries, nuggets, drummets etc kan ma?"

Nak katanya jarang sekali kami berpeluang makan benda2 macam tu. Tak tahulah kerana mama dan ayah kurang mampu nak sediakan atau apa. Sebab mungkin makanan2 sebegini mahal di zaman2 saya. Maka bila sangat teringin dan meminta ayah belikan, barulah ayah belikan.

"Diorang ni (merujuk pada adik2 saya), nak apa semua dapat.Nak makan itu? dapat...nak makan ini? dapat...Nak mainan? dapat... Nak Bidaman? dapat..tapi belajar malas jugak!" sempat saya melepas geram pada adik2 saya. Adik yang sedang leka mencicah nugget dengan sos tersengih mendengar kata2 saya.

"Tapi akak rasa, mesti Zul dan adik2nya jarang makan makanan macam ni kan? Jom ma kita belikan.Kesian diorang.."

Zul adalah sepupu saya. Sebaya adik bongsu saya. Adik2nya empat orang. Keluarganya tak sesenang kami. Senang cerita, kondisi dia dengan adik saya, amat berbeza.Adik saya anak bongsu yang di manja. Dia anak sulung yang penuh tanggungjawab. Adik saya selalu dapat mainan2 terbaru yang keluar di TV, dia hanya tumpang bermain di rumah kami. Adik saya ke sekolah di hantar dan di ambil. Keras sekali larangan mama untuk membiarkan adik berbasikal ke sekolah. Zul ke sekolah berbasikal. Kalau saya kesian, saya pelawa untuk hantar dan ambil dia sekali dengan adik. Tetapi Zul tidak kurang pandainya.Mereka berdua berada di kelas yang pertama.


Adik (belakang), Hafizam (depan adik), Zul (berbaju biru),Wahida dan Alif. Gambar ini di ambil semasa saya menawarkan diri untuk mengajar mereka tuition semasa cuti sekolah.

Pernah sekali saya sengaja pergi ke rumahnya, situasinya lebih kurang Ain. Cuma yang berbeza, tidaklah akan bilis. Lebih baik dari bilis, tapi untuk rasa makanan seperti drummet or nugget or fries, sudah tentu jarang sekali. Dan seperti yang di katakan, saya kotakan. Saya mengajak Zul dan adik2nya datang kerumah untuk makan bersama.

Kesimpulan dari cerita ini, kalau kita rasakan bahawa kita susah, ada lagi mereka di luar sana mahupun di sekeliling kita yang lebih susah. Mungkin kita sepatutnya menukar keluhan2 kita dengan ucapan syukur Alhamdulillah.


Belajarlah untuk menghargai setiap apa yang kita miliki sekarang. Kerana mungkin apa yang kita ada sekarang, adalah sesuatu yang mereka inginkan tetapi tidak pernah merasakan.. Hargailah apa yang kita capai sekarang. Kerana mungkin apa yang kita capai sekarang, adalah cita2 mereka yang tidak pernah kesampaian.


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(ar-Rahman : 13)

Monday, January 26, 2009

Semua Tentang Saya

Assalamualaikum w.b.t..

Saat saya menyediakan entry ini, jarum panjang jam 'katak' di dinding bilik saya menunjukkan angka 3 pagi. Esok saya ada paper Pathology. Saya tahu ini memang kerja gila. Sepatutnya saat ini mata saya melekat pada buku. Tapi ada sesuatu yang perlu sampaikan pada pembaca. PERLU. Perkara ini sudah lama. Sudah lama menghantui fikiran saya malah mengganggu tidur saya dan menghilangkan selera makan saya. Tetapi hari ini, saya merasakan saya PERLU meluahkan apa yang saya rasa.

Semalam, saya sengaja meng'add' seorang rakan di laman saya. Saya kenal dia. Mana mungkin tidak kenal, dia famous. Kalah saya. Bukan ke'famous'annya yang saya mahu ceritakan di sini. Tetapi betapa kecewa, marah dan sedih saya ketika melihat gambar2 yang GAH terpamer. Astagfirullahah azim..mengucap panjang saya. Semoga Allah memberi dia hidayah.

Mungkin marah saya lebih kepada si dia. Tetapi rasa kecewa dan sedih itu datang apabila mengenang diri sendiri. Sedih dan kecewa kerana saya tahu apa yang si dia buat itu salah tetapi saya tak mampu mengubahnya. Saya tak mampu menasihatinya. Saya rasa tak mampu.

Ada benarnya hadis mengatakan "Sampaikanlah walau sepotong ayat..". SEPOTONG AYAT itu tampak mudah. Kedengaran mudah. Hakikatnya amat payah. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah s.a.w mahu menegakkan kalimah syahadah. Menyampaikan wahyu Allah, tidak semudah SEPOTONG AYAT. Sepotong ayat "Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah"..betapa banyak dugaan, cabaran, tentangan, cacian dan makian? Tetapi Rasulullah tak pernah berputus asa. Itu lah Rasulullah..Qudwah Hasanah. Tetapi saya? Allahuakbar..sedih hati saya.

Sebelum ini saya pernah terserempak dengan beberapa rakan yang tidak bertudung. Mulanya saya kenal mereka, bertudung. Sangat cantik. Kalah saya. Sehingga hati saya berkata : "Untungnya mereka di kurniakan Allah wajah yang cantik dan sedap di pandang mata. Semoga akhlaknya juga cantik sepertimana cantik kejadiannya."

Tetapi sekarang, sehelai kain yang menutupi mahkotanya itu sudah tiada. Saya terkejut. Yang amat! Dan mereka..Mereka cuba lari dari saya.

Mengapa lari?
Takut?
Siapa saya untuk kamu takut?
Dia, Dia yang sepatutnya kamu takutkan.
Mengapa lari?
Malu?
Sungguh tidak patut rasa malu itu kamu tunjukkan pada saya.
Malulah pada Dia.
Mungkin sekarang kamu boleh lari dari saya.
Tapi bolehkan kamu lari dari Dia?
Boleh?

Saya sedih. Saya sedih. Betul2 sedih. Sehingga menangis.

Saya pernah berjanji, setiap kalimahNya yang saya pelajari, saya mahu mengimani dengan sebaik2 iman.

Saya tahu firmanNya : "Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru ( berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang daripada segala salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang2 yang berjaya." (Ali Imran : 104)

Saya mahu menjadi salah seorang yang berada di puak itu. Kerana Allah kata, mereka yang bersifat demikian adalah orang2 yang berjaya. Saya mahu jadi orang yang berjaya. Namun nyatanya, bukan mudah untuk saya menjadi orang yang berjaya. Bukan mudah. Walaupun saya mungkin tidak dapat menjadi orang yang berjaya, saya tidak mahu menjadi orang yang gagal. Dalam situasi sekarang, berjayakah saya untuk tidak menjadi orang yang gagal?

Tahun lepas, saya di pilih dan di amanahkan untuk menjadi Penolong Ketua Biro Kebajikan Perubatan Cawangan Mansurah Sesi 07/08. Sehingga sekarang saya masih memohon pada Allah agar Dia mengampunkan dosa saya. Kerana saya tidak menjalankan amanah dengan baik. Saya tidak menjaga kebajikan ahli2 saya. Mungkin kebajikan zahir mereka saya tunaikan. Tapi itupun ada yang kurang. Tetapi kebajikan batin mereka? Sungguh, saya terlepas pandang. Ya Allah yang Maha Pengampun, saya betul2 berdosa. Ampunilah saya.

Jika saya punya kuasa memutar kembali masa, akan saya jalankan amanah itu sebaiknya. Tetapi mustahil bukan? Biarlah pengalaman ini menjadi sebaik2 pengajaran buat saya dan orang lain. Sungguh amanah yang kecil itu amatlah berat. Saya takut, saya takut jika kelak saya di tanya oleh Allah, saya gugup. Saya takut.

Entry kali ini betul2 dari hati saya. Semua yang saya coretkan di sini, adalah asli. Original dari hati saya.

Sepanjang menjadi AJK juga, kami banyak bermesyuarat. Setiap kali habis mesuarat, setiap orang di beri peluang untuk berkata sepatah dua. Seperti biasa, pasti ada seorang akan berkata : "Jangan lupa tujuan utama kita berada di sini. Kita di sini untuk belajar. Persatuan itu persatuan juga. Belajar yang utama."

Betul..saya tak nafikan tujuan saya berada di sini untuk belajar. Masakan saya lupa. Ingat mudah ke saya nak datang sini? Menagih simpati mama dan ayah saya agar membiayai pengajian saya yang mahal ini. Tetapi perkataan belajar itu sangat sempit buat saya. Saya datang sini bukan untuk belajar, tetapi untuk menuntut Ilmu. Tidak kira ilmu apa. Berpersatuan juga ilmu. Jatuh bangun juga ilmu. Banyak lagi ilmu2 yang sehingga hari ini tidak menang tangan saya untuk mengutip dan mempelajarinya. Bukan sahaja ilmu medic, banyak lagi!

Banyaknya ilmu saya mahu kejar. TAPI saya tidak mahu tamak. Saya tidak mahu berilmu sahaja, tetapi saya tidak beramal dengan ilmu itu. Ilmu tanpa amal, seperti pokok tanpa buah. Pokok yang tidak berbuah tidak dapat menyumbang apa2 pada orang lain. Jika seorang musafir singgah di pokok saya, mungkin sahaja pokok saya lebat dengan daun2 ilmu yang membolehkan musafir berteduh. Tetapi kalau saya miskin dengan amal, pokok saya tidak berbuah. Saya tidak boleh beri apa2 pada musafir yang lapar. Saya gagal untuk mengenyangkan musafir. Sudah pasti musafir tadi susah untuk meneruskan pejalanannya dalam keadaan lapar.

Allah ada berfirman dalam surah Al - Asr. Surah itu pendek. 3 ayat sahaja. Jika saya mengejar masa, saya akan baca surah ini dalam solat. Jika menutup majlis2 ilmu pun saya baca surah ini. Allah bersumpah dengan masa. Allah beri nasihat pada saya dan semua hambanya:

" Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (al-Asr : 1-3)

Setiap kali baca surah ini, saya berjanji pada diri saya. Saya tak mahu menjadi orang yang rugi. Saya mahu jadi orang beriman. Saya mahu jadi orang yang mengerjakan kebajikan. Saya mahu jadi orang yang menasihati dalam kebenaran. Saya mahu jadi orang yang menasihati dalam kesabaran. Saya tidak mahu menjadi orang yang RUGI!

Tetapi apa yang saya dah buat sehingga hari ini? Adakah saya sudah menepati empat syarat untuk tidak menjadi orang yang rugi?

Saya masih merasakan saya gagal untuk menasihatkan orang ke jalan kebenaran. Adakah saya orang yang rugi?

Setiap kali saya mendengar tazkirah dari kawan2, mereka sering mengingatkan tanggungjawab kita sebagai manusia.Setiap kali soalan :"Apa tujuan Allah jadikan kita di dunia ini?" .Pastinya jawapan lazim yang saya dengar adalah : "Untuk menjadi khalifah di bumi ini".

Lupakah kita bahawa Allah tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Allah? Betul...Betul Allah taklifkan kita untuk jadi khalifah di bumi ini. Gunung pun tak sanggup terima taklifan itu. Tetapi anehnya, manusia sanggup.

Saya mahu sahaja tanya kepada pemberi jawapan, "Fahamkah dia maksud sebenar khalifah?" Saya muak mendengar jawapan itu. Mereka kerap bagi jawapan yang sama tetapi mereka tak pernah menghayati erti sebenar khalifah. Tanggungjawab mereka lebih kepada diri sendiri. Sedangkan khalifah itu tanggungjawabnya lebih daripada itu.

Ya, saya mahu jadi hamba yang bertaqwa. Saya mahu menjadi khalifah. Saya mahu jalankan tanggungjawab yang Allah berikan pada saya. Tetapi saban hari saya menangis, patutlah gunung dan segala yang ada di bumi ini tak mahu terima taklifan itu, berat sungguh sebenarnya. Amat berat.

Menjadi khalifah bukan perkara yang mudah. Ambil sahaja satu contoh tanggungjawab kita sebagai manusia kepada manusia yang lain. Allah selalu sebut dalam Quran tentang Amar makruf dan Nahi Mungkar. Allah akan dahulukan dengan ayat "Wahai orang2 yang beriman..".

Semak balik diri..Berjayakan kita menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran? Berjayakan kita untuk manjadi orang yang beriman dengan sebenar-benar iman?

Saya mahu jadi orang yang beriman. Saya mahu menyeru manusia kepada kebaikan. Saya mahu melarang mereka dari berbuat kejahatan.

Tapi tidak mudah! Kadang2 diri sendiri menjadi penghalang. Kerana kadang2 saya juga buat jahat. Saya juga tidak baik.

Saya selalu memotivasikan diri saya. Memang jalan ini tidak mudah Syakila. Lihat sahaja Nabi2 terdahulu. Ujian mereka lebih besar. Nabi Nuh dengan kaumnya yang degil tdak mahu beriman. Isterinya juga tidak mahu beriman. Nabi Hud denga kaum 'Ad. Nabi Saleh dengan kaum Samud. Nabi Musa dengan Bani Israel. Nabi Lut..Nabi Syuaib..dan banyak lagi.

Ingat tak sabda Rasulullah SAW? : " Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka tegahlah dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu, maka (tegahlah) dengan lidahnya dan sekiranya ia tidak mampu, maka (tegahlah) dengan hatinya, maka sesungguhnya yang demikian (tegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman."

Saya selalu dengar hadis ini. Kadang2 saya menjadikan alasan, "Oh tidak mengapa, tegah dengan hati pun dah okay..~" Sampai bila saya mahu tegah dengan hati sahaja? Saya tidak mahu menjadi orang yang selemah-lemah iman!

Saya tidak mahu hanya jaguh di blog.. Jaguh di medan penulisan..Menulis itu ini..Bercakap itu ini...Saya tidak mahu hanya jaguh di dalam kelas.. berjaya menjawab semua pertanyaan doktor. Saya tidak mahu hanya jaguh di bidang perubatan..Menguasai segala ilmu perubatan..Berjaya merawat manusia2 yang sakit..tetapi REALITInya, saya adalah orang yang gagal, saya adalah orang yang rugi, saya adalah orang yang lemah imannya. Saya tidak mahu menjadi pokok yang tidak berbuah.

"Wahai orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" (as-Saff : 2)

Itu antara pertanyaan Allah. Saat ini apa jawapan saya? Tiada jawapan. Ini baru di dunia. Bagaimana ketika di Sana nanti. Ketika mulut kita terkunci, hanya anggota yang berkata2. Hanya amalan yang berkata2.Masa itu tiada apa yang boleh di kesalkan. Takutnya saya.

Semoga Allah memberi saya dan kawan2 saya kekuatan. Semoga entry ini menjadi muhasabah pada saya, pada semua diluar sana. Fikirkan kembali, apakah TUJUAN HIDUP?

Video ini, mungkin boleh mengingatkan kembali tujuan hidup kita dan mengembalikan semangat yang kian pudar.InsyaAllah...


Saturday, January 24, 2009

SIRAP dan COKE

Assalamualaikum w.b.t..


Pagi ini, semasa saya check mailbox saya, darah saya tersirap. Astagfirullahal azim...Ya Allah, jantung saya tiba2 berdegup kencang. Marah! Tapi mengapa? Ini jawapannya :



----- Forwarded Message ----


From: Hatta Hatta mailto:hatta636@yahoo.%20com
To: Syakila mailto:tens_twelve88@yahoo.com
Sent: Monday, January 19, 2009 5:29:10 PM
Subject: Iklan Coke Yg Biadap.

Iklan 'Coke' Di Eropah...... . ..

Perhatikan Iklan di bawah, apa pandangan anda..? Ini adalah petikan di antara iklan iklan 'Coke' yang di terbitkan di Eropah







Renung renungkan lah wahai saudara saudari.

Jika anda cintakan MARUAH ISLAM, sebarkanlah.

Kita ANTI YAHUDI Tapi mengapa kita masih terus menyokong produk ini.

Biadap sungguh mereka MEMPERSENDAKAN Islam.

Masih Nak Minum Coke Lagi?


MELAMPAU BUKAN?

SAYA BENCI YAHUDI!

Friday, January 23, 2009

Doa buat Mama

Assalamualaikum w.b.t.

Entah kenapa hari ini rindu saya pada seseorang seakan tidak tertahan lagi. Setiap hari saya merinduinya. Tetapi, akan ada satu masa saya terasa sangat rindu. Hari ini salah satu dari hari tersebut.

Saya rindu masa2 kami bersama. Saya rindu saat dia melayan saya yang sangat keletah berbicara. Tidak kiralah isu apa sekalipun, tidak pernah dia menolak untuk mendengar. Malah tumpuannya penuh. Mengiyakan setiap butir bicara saya. Cuma kalau saya salah, dia pasti akan mencelah. Dia penasihat terbaik saya.

Banyak perkara kami berkongsi bersama. Saya sangat senang bercerita apa saja dengannya. Tiada lagi rahsia.

Sepanjang saya membesar, banyak perkara yang saya belajar darinya. Tingkah lakunya. Pemikirannya. Keyakinannya. Kesabarannya. Ketabahannya. Kini perlahan2 meresap dalam jiwa saya. Ringkasnya, dalam diri saya, jika tidak banyak pun, pasti ada sedikit tentang dirinya.

Dia pernah melalui saat2 sukar dalam hidupnya. Saya tahu. Kerana dia tidak pernah berahsia. Siapa lagi ingin dia berkongsi cerita jika bukan saya? Mungkin saya tidak boleh menjadi penasihat yang baik , juga penyelesai terbaik, tetapi saya cuba menjadi pendengar tebaik. Saya mahu lapangkan hatinya. Saya tak mahu dia sedih. Saya mahu dia tahu, selain Allah, saya juga ada di sisinya. Dari situ saya tahu, dialah antara orang paling tabah pernah saya temui.

Susah untuk saya berenggang dengannya. Saya suka dengar suaranya. Saya suka bersama2 dengannya. Saya suka menatap wajahnya. Dia pernah bertanya, mengapa saya selalu memandang wajahnya sedemikian rupa? Saya tersenyum dan berkata padanya, dalam dunia ini, ada tiga perkara yang jika saya tengok, pasti saya dapat pahala. Pertama, Ka'abah. Kedua, Al-Quran. Ketiga, pastilah dia!. Sejak dari hari itu, dia tidak pernah lagi bertanya. Dia memahami kelakuan 'pelik' saya itu.

Pernah saya bertanya tidakkah dia rindu saya tika kami berjauhan. Dia tersenyum. Entahlah katanya. Mungkin sebab saya kerap menghubunginya, maka dia tidak pernah rasa saya jauh darinya. Malahan sentiasa rasa dekat. Tapi say tetap rindu padanya. Biarpun ketika sedang bercakap dengannya. Saya rindu ketenangan dan keseronokan menatap wajahnya.Saya rindu untuk memeluknya sekuuuuuuat hati. Saya rindu untuk tidur bersebelahan denganya. Saya rindu masa2 bersamanya. Saya rindu dia!

Saya bangga punyai dia dalam hidup saya. Saya berharap dia juga bangga memiliki saya dalam hidupnya. Selalu saya bersyukur kerana Allah mengurniakan dia kepada saya. Dan saya sentiasa berdoa, semoga rahmat Allah sentiasa bersamanya.

Teringat semasa kami berpeluang berjumpa setelah sekian lama. Setiap hari saya mahu dekat dengannya. Ke mana saja dia pergi, saya mahu ikut bersama. Setiap malam kami duduk bersama. Bercerita dan bercerita. Dan seperti biasa, dia lebih banyak mendengar. Saya banyak berbicara. Yang pastinya, petahnya saya berbicara adalah seperti kepetahannya. Dia tidak suka bercakap2 kosong. Begitu juga saya. Percakapannya penuh dengan senyum dan tawa kecil. Begitu juga saya.

Rindunya saya pada dia! Dan doa ini saya hadiahkan untuknya tanda kasih dan rindu saya pada dia.

"Wahai Allah, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangiku sedari aku kecil"




Belaian Ibu - Hijjaz

Thursday, January 22, 2009

Dia dan Rindunya

Assalamualaikum w.b.t.


"Wahai Allah Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu, (yang akan ku laksanakan dengan) segala kemampuanku, dan aku berlindung padaMu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan, aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku, dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau."

Amin..Ya Rabbal Alamin...

Airmatanya di biar membasahi pipi. Airmata itu sangat bernilai baginya. Airmata itu sangat di rinduinya. Mana mungkin di usap. Di biarkan kering sendiri.



Beberapa tahun lalu...



"Tapi kenapa sekarang? Kenapa sekarang baru Allah nak uji?" Dia seakan putus asa. Kata2nya yang berlandaskan emosi semata, meragut secebis imannya.

"Astagfirullah al azim..sejak bila kamu jadi orang yang berputus asa pada Allah? Mama dan Ayah tak pernah ajar macam ni."

Ya memang..Dia tidak pernah di ajar untuk berputus asa pada Pemberi. Malah di ajar untuk bersyukur dan redha padaNya. Tapi entah mengapa, kali ini pasak itu goyah. Dia seakan tidak mampu untuk menerima ketentuanNya saat ini.

"Mungkin rezeki kamu bukan di sini. Mama yakin ada hikmah di situ. Yakinlah pada Allah."

Ayah masih tidak berkata apa. Mungkin bagi Ayah apa yang ada sudah cukup. Mungkin itu yang terbaik. Ya, mungkin itu yang terbaik.

"Ayah.." Dia meraih simpati ayah. Risau kalau2 Ayah kecewa dengan dirinya. Keran dia tahu, dialah harapan Ayah. Dia tidak peduli pandangan orang sekeliling yang tertumpu pada meja makan yang mereka duduki. Dia hanya sedih. Sedih.

" Ayah tahu anak ayah sudah berusaha. Kamu kata kamu bertawakkal kan? Kotakan kata2 kamu.. Bertawakkal padaNya bermaksud redha dengan ketentuanNya setelah berusaha. Sekarang dimana letaknya redha itu?"

Dia tertunduk. Malu sendiri dengan dirinya.

Ya Allah..ampuni aku. Aku selalu berdoa padaMu. Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Maka aku pohon Kau beri yang terbaik. Biarpun yang terbaik itu tidak semuanya yang aku mahu. Kerana aku mahu beriman dengan firmanMu, wahyu yang Kau turunkan pada RasulMu.


"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah : 216)


Tetapi sekarang aku mungkir. Betapa ujian ini berat bagiku. Mungkin ujian ini tidak seberat ujianMu pada nabi2Mu. Mungkin juga ujian ini tidak seberat ujianMu pada wanita2 pilihanMu. Namun mengapa ujian ini kurasakan berat bagiku? Adakah aku terlupa azamku untuk menjadi setabah Serikandi2 terdahulu?

Sekeping kertas di tanganya di genggam erat. Kecewa. Keputusan itu tidak memungkinkan dia meneruskan cita2nya untuk belajar di luar negara. Apa lagi bidang pilihannya menaruh keputusan yang cemerlang sebagai tiket.

Dia sendiri tidak faham. Keputusan percubaannya cukup meyakinkan. Cukup meyakinkan siapa sahaja bahawa dia pasti akan beri yang lebih baik pada peperiksaan yang sebenar.

Namun betul, Perancangan Azza Wajalla mengatasi segalanya..

Dia teringat pada satu daripada rukun Iman 'Percaya pada Qada dan Qadar'.
Allah kini menguji imannya. Allah menguji kepercayaannya pada Qada' dan Qadar.

Kepercayaannya kian pulih. Semangatnya bertandang kembali. Dia ingin jadi orang yang beriman!



"Assalamualaikum. Awak, tadi sekolah call. Minta saya datang ke pejabat. 6 students dapat offer isi borang untuk mohon belajar Medic di Mesir. Nama awak ada. Sekolah minta ambil borang tersebut secepat mungkin."

Ringkas sahaja mesej sahabat itu. Dia tidak jelas. Bukan tidak jelas, tetapi tidak percaya.

"Borang? Borang apa? Mohon belajar Medic? I'm blur." Di balas kembali mesej tersebut. Hatinya penuh dengan harapan. Belajar Medic, di Mesir!

Cepat2 dia mendail nombor Ayah. Mahu di khabarkan berita itu. Berita yang tidak pernah dia sangka. Sungguh, Allah Maha Pemurah. Hatinya berbunga dengan harapan. Semoga Allah menunjukkan hikmahNya.



"Saya akan potong markah kamu!" tegas suara Guru. Dia terkejut. "Kenapa cikgu?"

"Saya dah pesan jangan meniru. Kamu tak dengar arahan saya?."

Dia termangu. "Tapi saya tak meniru cikgu.."

"Awak beri kawan awak tiru jawapan awak. Itu di kira meniru. Meniru dan memberi tiru. Hukumannya sama."

Cikgu berlalu tanpa sempat dia berkata. Hatinya di pagut rasa risau. Habislah markah Kimianya. Biarpun cuma Kuiz,tetapi menyumbang markah pada CGPA.

"Cikgu, saya minta maaf. Saya mengaku saya beri tiru." dia meraih simpati Guru. Di kolej ini, semua pengajar di panggil Cikgu. Tidak ubah seperti di sekolah. Dia tidak kisah apa saja panggilan untuk si pengajar. Yang pasti mereka tetap guru yang memberi ilmu. Dan dia damba redha seorang Guru.

"Habis tu awak nak saya buat apa? Nasib baik saya hanya potong markah awak. Niat saya nak cancel terus!"

Dia mula sebak. Menangis. Dia tidak kisah markahnya di potong, Cuma dia kisah apabila ada rasa marah Guru pada dirinya. Dia risau.

"Saya tak sedap hati cikgu marah saya.." suranya tidak jelas kerana sebak.

"Kalau awak tak puas hati, saya lagi tak puas hati."

Ya Allah..kata2 TAK SEDAP HATI, rupa2nya Guru salah dengar sebagai TAK PUAS HATI.

"Cikgu, saya kata saya tak sedap hati, bukan tak puas hati.." Guru buat tidak endah. Marahnya bertambah mungkin kerana kata2 TAK PUAS HATI yang terkeluar dari mulut dia.

Kepada Allah dia sujud. Memohon ampun. Andai dia menyakiti hati Guru.

Keputusan pertengahan semester keluar. Dia sedikit kecewa.

Mathematic - A+
Biology - A+
Chemistry - C+
English - A+

Dia tidak terkejut seperti rakan2nya yang nyata terkejut dengan keputusannya. Dia yang mengajar rakan yang tidak faham. Mengapa dia dapat C+? Betulkah apa yang mereka lihat?

Dia tidak terkejut. Kerana dia tahu sebabnya. Dia cuma kecewa. Kerana rupa-rupanya marah Guru masih belum reda.

Sebelum ini dia pernah mengadu pada Tuhannya, dia rindu dirinya di uji. Kerana ujian mengingatkan dia padaNya. Keran ujian membuatkan dia rasa lebih dekat padaNya. Dia tidak mahu terleka. Dia mahu sentiasa ingat padaNya, agar Dia juga ingat pada dirinya. Dia rindu ujian.



"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku." (al-Baqarah : 152)

Mungkin inilah ujianNya..


"Esok ayah bertolak ke Kedah. Sabtu hadapan kita bertolak ke Mesir. Permohonan kamu dah di terima"

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Ucapan syukur yang rasanya masih tidak cukup untuk menyatakan rasa syukurnya pada Maha Pemberi.

Betul kata Mama, setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Mungkin hikmahnya bukan pada masa itu, tetapi akan datang jua pada suatu masa yang kadangkala kita sendiri tidak pernah sedar. Ingin dia contohi keyakinan Mama. Keyakinan yang tiada tara, pada Penciptanya, juga Pencipta dia.

Syukur di atas hikmah ujianNya. Syukur di atas rezekiNya.



"Sungguh TuhanMu melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki) ; sungguh, Dia Maha Mengetahui, maha melihat hamba-hambaNya." (al-Isra' : 30)



Di tadahnya air mutlak. Menyucikan hadas.

"Sahaja aku sembahyang sunat syukur dua rakaat kerana Allah Ta'ala"



"Ya Allah..baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Ya Allah..tunjukkanlah kami kepada perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya ; dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu batil supaya kami meninggalkannya."

Amin..Amin..Ya Rabbal Alamin..


Kini...

Dia di uji kembali.

Dengan amanah2 yang masih belum terlaksana. Dengan janji2 yang mesih belum terkota. Datang pula ujian yang tidak kurang hebatnya.

Dia tidak mahu melatah lagi. Kerana dia memilih untuk beriman dengan firman Allah yang seterusnya dengan sebaik2 iman.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." (al-Insyirah :5&6)

"Sesungguhnya salatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam." (al-An'am : 162)

Doaku khas untuk dia :



"Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu pimpinan, pemeliharaan, perlindungan dan kecukupan.."

Monday, January 19, 2009

Frederic Oumar Kanoute Lagenda Baru

Assalamualaikum w.b.t..

Ingatkah anda pada berita mengenai seorang pemain bola sepak Frederic Kanoute yang menayangkan baju tertera perkataan PALESTINA selepas menjaringkan gol untuk pasukannya?



Saya terbaca tentang berita mengenai beliau di IslamOnline.net. Wah, kagum rasanya dengan beliau yang telah bergelar Muslim sejak 10 tahun yang lalu. Sumbangan beliau melebihi saya yang bergelar Muslim sejak lahir lagi.

Beliau telah menyelamatkan sebuah bangunan yang di jadikan masjid oleh penduduk Muslim di Seville dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 700,000USD yang sebelumnya terpaksa di jual kerana telah tamat kontrak pemilikan. Jumlah tersebut bersamaan dengan jumlah pendapatannya selama setahun.

Kanoute juga berjaya membuktikan kecemerlangannya dalam arena bola sepak apabila meraih kejuaraan dengan menjaringkan 20 gol sepanjang liga setanding dengan lagenda bola sepak,Ronaldinho.

Kanoute juga menubuhkan yayasan untuk membantu anak2 yatim di tanah airnya, Mali.

Pada Ramadhan yang lepas, Kanoute mengejutkan para peminat bola sepak Spanish dengan aksinya yang cemerlang biarpun beliau berpuasa.

Kanoute yang lazimnya menunaikan kewajipan solat biarpun di locker room, menolak untuk memakai jersi kelabnya yang di taja oleh sebuah syarikat internet perjudian kerana judi di larang oleh Islam. Bagaimaapun kelabnya meyediakan jersi khas untuk beliau.







Ikuti kisah menarik tetang Frederic Kanoute melalui berita di bawah ini:

MADRID — Malian Muslim footballer Frederic Kanoute, the striker of Spain's Seville FC, has saved the only mosque in the southern Spanish city of Seville from closure.

Kanoute has paid 510,860 euros (some $700,000) so that fellow Muslims in Seville would not find themselves without a mosque, reported Agence France-Presse (AFP) Thursday, December 13.

The privately owned mosque was due to be sold after a contract to use the premises by the local Muslim population had expired.

But Kanoute stepped in to purchase the building.

The 30-year-old striker has not made any comment on the matter.

But city authorities have confirmed that the property has been registered in Kanoute's name, according to the BBC Sport.

It is estimated that Kanoute has spent almost a year's salary to buy the mosque.

Kanoute, , one of the finalists for the 2007 BBC African Footballer of the Year award, moved in 2005 from French champion Lyon to Seville FC, the 2006-07 Spanish league's third and the holder of last season's cup championship.

Grateful Spanish Muslims said they really appreciate Kanoute's moving gesture.

"If it had not been for Kanoute then we would not have had a mosque on Fridays, which is the most holy day of the week for Muslims," a spokesman for the Islamic Community of Spain was quoted as saying by BBC Sport.

Kanoute, who has also created a foundation in his motherland Mali to help orphans, reverted to Islam 10 years ago.

Last Ramadan, he impressed Spanish football fans by his unique performance though he was fasting.

Kanoute was crowned last year the league's top scorer with 20 goals, outperforming football legends such as Brazilian Ronaldinho.



Kanoute, a practicing Muslim who regularly performs his prayers even in the locker room, refused last season to wear a jersey advertising for an internet gambling site, because gambling is forbidden in Islam.

His team had to give him a brand-free jersey until he accepted wearing the sponsored jersey in return for money to an Islamic charity.

Saturday, January 17, 2009

Exam dan Fitrah

Assalamualaikum w.b.t..



Jadual di atas yang saya jadikan desktop background sejak 2 minggu yang lalu cukup untuk mengingatkan diri ini bahawa exam hanya sejengkal dari saya. Seperti biasa, apabila menjelang exam, kebanyakan student akan 'bertapa' di rumah. Membuat persiapan rapi untuk exam. Alangkah beruntungya kita jika kita berusaha membuat persediaan serapi mungkin untuk menghadapi kematian sebagaimana kita membat persediaan seperti nak exam ni.


Masing2 tidak berani untuk keluar biarpun untuk membeli sebungkus Indomee di kedai bawah. Tapi tetap ada Ikhwah yang berjemaah di masjid. Alhamdulillah...Bagus mereka ni.Saya dengki bahagian itu. Di atas sebab2 keselamatan, kami Muslimah tidak di benarkan untuk berjemaah di masjid. Baik pada hari2 biasa mahupun pada Hari Raya.


Hanya satu sahaja peluang yang kami ada, solat di Surau Fakulti. Jika saya punya peluang untuk berjemaah bersama, saya tidak akan sia2kan. Tetapi jarang sekali kami berpeluang. Waktu Zohor yang masuk pada jam 12.04 hanya memungkinkan kami solat sejurus selepas azan tanpa sempat menuggu jemaah. Kami mengejar kelas yang bersambung pada pukul 12 selepas break selama 2 jam. Kadang2 kami solat selepas kelas pertama tamat.


Sejak akhir2 ini saya sengaja datang ke fakulti untuk berjumpa Doktor dan untuk berjemaah di surau. Sejak kejadian di Palestin bermula, imam akan membaca Qunut Nazilah selepas iktidal di rakaat akhir. Saya hanya faham beberapa bait doa dari keseluruhan doa. Hanya sebak meniti di dada sedang imam dan jemaah lain menangis. Rugi pula rasanya tidak faham bahasa Arab. Namun saya tetap mengaminkan dengan penuh kesungguhan.


اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

EXAM

Buat rakan2 seperjuangan di Mansurah, maafkan saya kerana tidak sempat berkongsi maklumat tentang peperiksaan. Ramai yang YM saya bertanyakan soalan yang sama "Kiki, aku dengar ko jumpa Head of each Department tanya tentang exam. Bagitahu la aku. Aku cuak ni." Saya tersengih. Mana pula mereka dapat tahu.


Baiklah, oleh kerana saya kurang jelas dengan format exam yang berubah 100% pada tahun ini maka saya membuat keputusan untuk bertanya sendiri kepada Head of each Department. Saya hanya berpeluang berjumpa dengan Head of Pathology and Parasitology Department. (Itu pun malu2 sebab ramai Doktor2 berkumpul dalam bilik mereka). Manakala untuk subjek Microbiology dan Pharmacology, saya hanya berjumpa dengan Doktor yang mengajar kami di kuliah sahaja. Berikut adalah maklumat yang mungkin membantu :


  • Pathology : 40 MCQ and 20 True False questions. 50 markah kesemuanya. Tajuk2 dalam General Pathology SAHAJA. Oleh kerana department tidak mengeluarkan buku MCQ mereka sendiri maka Dr. Nadia menasihatkan supaya STUDY HARD!.

  • Parasitology : Not sure how many questions. But yang pasti soalan akan keluar dari buku MCQ. Untuk short notes questions, hanya Entamoeba yang akan masuk sehingga Free Living Amoeba. Tekankan Pathogenesis, Diagnosis, and Life Cycle. Tapi jangan tinggal yang lain pula. Semua pun penting.

  • Microbiology : Semua soalan yang ada dalam buku MCQ akan masuk kecuali tajuk Virology. Di beri jaminan soalan akan keluar dari buku tersebut. MCQ ang Cross Match questions.

  • Pharmacology : 30 MCQ dan 30 Short Notes. Setiap satu soalan short notes tu,1 markah. Saya bertanya apakah yang perlu saya tekankan untuk menjawab short notes qs dgn baik? Doktor kata untuk General Pharma, DEFINITIONS. Untuk yang lain, cuba untuk faham CAUSES why those drug CONTRAINDICATED, COMBINED. Nasihat personal dari saya, baca dan faham semua. Pharma ni sgt banyak dan kadang2 mengelirukan. Jangan ambil mudah. Lihat saja exam2 yang sebelum ini bagaimana kan?

Semoga exam ini dapat meningkatkan KETAQWAAN kita pada Allah. Tajdidkan kembali niat kita menuntut ilmu. Ilmu ini milik Allah. Dia berhak memberi dan berhak untuk tarik kembali bila2 masa sahaja.

Teringat pesanan Dr. Tamer (Dr microbiology), STUDY, EXAM dan RESULT adalah 3 proses yang berbeza. Bagaimana untuk combine ketiga2 proses ini? Jawapannya satu : ALLAH.


"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan jangalah kamu ingkar kepada-Ku" (Al-Baqarah : 152)



"Cukuplah Allah bagiku , tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku BERTAWAKKAL dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung" (At-Taubah : 129)

Friday, January 16, 2009

Kronologi Ringkas Palestin

Assalamualaikum w.b.t..

Berikut adalah kronologi ringkas tentang bagaimana bermulanya pendudukan Israel di Palestin.


(klik photo untuk paparan lebih jelas)


sumber : http://muzir.wordpress.com/
untuk sejarah lengkap, anda boleh dapatkan maklumat di laman blog Ustaz Salman Maskuri

Bergegaslah.Bertaubatlah.

Assalamualaikum w.b.t..



"(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): Ke manakah hendak melarikan diri? Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan. Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, Walaupun dia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri)."
(AlQiyamah: 10-15)

Hidup Hanya Sementara - Ungu



Artist : UnguLirik Lagu : Ungu - Hidup Hanya Sementara
Ungu - Hidup Hanya Sementara

Mungkinkah kita hidup untuk selamanya
Mungkinkah kita mati membawa harta
Mungkinkah kita 'kan jadi penghuni surga
Ataukah kita kekal didalam neraka

Hidup kita bukanlah akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat ajal menjemput kita
Siapkah kita menghadap kepada-Nya

Bergegaslah siapkanlah semua
Waktu kita tinggal sebentar saja
Bergegaslah perbanyak amal ibadah
Hidup di dunia hanyalah sementara

Ketahuilah selama kita hidup didunia
Kerjakanlah segala perintahnya jauhilah larangannya
Mengertilah malaikat tlah datang menjemput kita
Takkan ada lagi kesempatan 'tuk mengucap kata taubat

Bergegaslah
Bertaubatlah
Bergegaslah
Bertaubatlah..
wahai manusia

Thursday, January 15, 2009

Song for Gaza by Michael Heart

Assalamualaikum w.b.t..

At the moment that I feel like shouting my deep sigh out, over the heaps of MCQs to cover, somebody hits my YM by which a link appear. I basically ignore any recent links but not that time because of the word GAZA is there. Since I dont want to miss anything about Gaza and Palestine, I click the link and the You Tube page takes place. It is a video of a song. "We will not go down - Song for Gaza". My sluggish net throw my kesabaran away. I refresh and re-refresh many times. Alhamdulillah, seb baik boleh. I browse for the lyric which is not associated with the video. Lets watch the video and sing together. Hehehe.





WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

source : http://michaelheart.com/Song_for_Gaza.html

Tuesday, January 13, 2009

Peace, Propaganda and The Promise Land

Assalamualaikum w.b.t..

Saya tidak dapat menulis panjang untuk entry kali ini kerana MCQ yang masih banyak sedang menanti. Saya ingin kongsi video yang pernah kami serumah tonton bersama. Secara ringkasnya, video ini menceritakan tetang bagaimana Israel menipu dunia dan lebih2 lagi rakyat Amerika dengan mencetuskan Konflik Perang dan Konflik Propaganda.

Terbahagi kepada 2 part, ini agak panjang tetapi percayalah, anda tidak akan rasa rugi.

Monday, January 12, 2009

Saya Tidak mampu..

Assalamualaikum w.b.t..

Saya tahu peperiksaan kian hampir dan saya tidak punya banyak masa untuk melakukan perkara2 yang bukan dalam kepentingan. Menulis entry di blog ini, bagi saya ia tidak pernah mensia2kan masa saya. Kerana saya tahu, ini adalah salah satu cara saya boleh menyumbang untuk Islam. Jika tidak banyak, sedikit itulah yang akan saya jadikan jawapan saat Allah bertanya Apakah yang telah kamu buat untuk Islam? di Sana kelak.

Berperang di medan Jihad? Saya yakin ini juga adalah salah satu Jihad. Jihad menolong agama Allah.

Semalam, seorang rakan memberi juadah makanan kepada sahabat2 serumah saya. Mereka kata, sempena ulang tahun kelahiran beliau. Syukur Alhamdulillah.. Beliau tidak kekok untuk berkongsi rezeki dan kesyukuran bersama sahabat2 dan rakan2nya yang lain. Saya doakan semoga beliau di beri umur yang bermanfaat, ilmu yang bermanfaat dan rezeki yang memenuhi segala kecukupan dalam hidupnya.

Semalam juga sahabat serumah saya mencadangkan kami serumah menonton video yang telah di download dari internet. Video tersebut bertajuk 'Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyah'. Saya teruja dan terharu. Teruja kerana video tersebut memaparkan sejarah2 kejatuhan Empayar Khilafah. Terharu kerana sahabat saya sangat memahami bahawa saya memang kurang cenderung untuk mengetahui sejarah lebih2 lagi melaui pembacaan. Saya lebih cenderung melihat dan mendengar kerana saya lebih mudah mengingati apa yang saya dengar dan lihat. Jazakillahu khairan kathiraa..

Saya menjangkakan video tersebut hanya menceritakan tentang sejarah 'Kejatuhan Empayar Uthmaniyah dan Kesannya' seperti tajuk yang tertera. Hakikatnya..ia lebih dari itu..ia lebih daripada itu apabila..

Makanan yang berada di tangan saya terlepas. Selera saya tiba2 hilang entah ke mana. Mata saya tertacap pegun pada skrin komputer. Fikiran saya hanya tertumpu pada saudara di Palestin. Hati saya sebak. Dan airmata saya bukan lagi menitis, bahkan mengalir laju.

Lebih memedihkan hati apabila kata2 ini menampar gegendang telinga dan menyentak urat dan nadi saya :

Al-Aqsa mengharapkan, menyeru dan memanggil kaum Muslimin
Dan anak-anak di tanah Isra' Rasulullah SAW dibunuh oleh kaum Yahudi
Seolah-olah mereka ini bagaikan serangga..
Dan mereka menyeru kepada Ummah.. "LINDUNGI KAMI.."

Dan kaum wanita mencucurkan airmata mereka di masjidil Aqsa..
Mereka menjadi balu, mereka di bunuh
Dan kemuliaan mereka dicabuli di atas bumi mereka
LANTAS APAKAH YANG DILAKUKAN OLEH KAUM MUSLIMIN?!

Kaum Muslimin di Baitul Maqdis telah meminta pertolongan dari kalian
Daripada pemimpin kaum Muslimin yang khianat
Dan dari anak-anak umat Islam
Yang mendakwa bahawa mereka ini merupakan para pengikut Rasulullah Al-Mustafa SAW..
LANTAS APAKAH YANG DILAKUKAN OLEH UMAT ISLAM?!
APA YANG DILAKUKAN OLEH UMAT ISLAM?!

APAKAH UMAT INI MENGIKUTI APA YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH?
APAKAH MEREKA MELAKUKAN APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH MUHAMMAD RASULULLAH SAW?
TIDAK SAMA SEKALI!!

Dan saya bertanya keada kalian wahai kaum Muslimin..
Saya bertanya kepada kalian..
BAGAIMANAKAH KELAK KALIAN AKAN BERHADAPAN DENGAN ALLAH SWT DI HARI KIAMAT?

Ketika kalian berdiri di hadapan Allah SWT
Yang mengetahui segala yang tersurat dan tersirat
BAGAIMANAKAH KALIAN AKAN BERHADAPAN DENGAN ALLAH?
Ketika mana yang bersama dengan kalian adalah seorang anak dari kaum Muslimin di Palestin
Dia berkata : Ya Allah..Ya Tuhan..Aku telah meminta pertolongan dari umat Islam..Namun umat Islam tidak menjawab panggilanku..

Laa haula walaa quwwata illa billah..

Hati saya meraung. Mengenangkan anak2 itu..

Ketika saya dengan selesa di hangatkan oleh heater di saat musim sejuk yang mencengkam, bagaimana pula nasib mereka di sana? meringkuk kesejukan di kaki lima..

Ketika saya menjamah makanan yang sedap2, apakah yang di jamah oleh mereka?

Di saat saya bergembira dan berjenaka dengan rakan2, adakah mereka mampu walaupun untuk tersenyum? Pastin hanya erangan dan airmata..

Di saat saya dengan tenang dan gembira melakukan perkara2 yang saya suka, mereka pasti sedang menyorok ketakutan kan?

Tetapi aneh mereka tidak menyorok..mereka sebaliknya gagah bangun berJIHAD dan menentang syaitan2 Zionis! Mereka tidak takut!

Maka adakah sekarang saya mampu untuk tersenyum, bergelak ketawa, berjenaka, dan hanya duduk diam? Saya tidak mampu..

Saya mencadangkan para pembaca menonton video ini sehingga penghujungnya. Bukan sahaja mencadangkan malah saya menggalakkan para pembaca agar menonton video ini sehingga ke hujungnya..Jika ayat2 saya ini tidak memberi kesan pada anda untuk meluangkan masa menonton video ini, saya MERAYU..saya merayu...luangkanlah sedikit masa anda untuk menonton video ini sehingga hujungnya.

Video ini terbahagi kepada 4 part. Di bawah ini adalah yang pertama. Untuk yang seterusnya, saya yakin anda tahu bagaimana cara untuk mendapatkanya..





Wahai Allah..bantulah saudaraku di Palestin. Bangkitkanlah kami dari lena yang panjang ini untuk membantu mereka..Jadikanlah kemenangan milik kami..Dan jadikanlah kehancuran milik musuh2 kami..Amin..Ya Rabbal Alamin...

Sunday, January 11, 2009

The Vent of my Heart

Assalamualaikum w.b.t..

I know this is something I cannot control and perhaps it is a test but I really need to talk (not complain) about this.But seriously,I am too tired for those stuff which keep on hitting my brain.I dont know which one is more tiring.Juggling medicine or having to be burdened with my 20-year-old conflicts.

Exams are not too distance from today or even now. But I totally have no idea why do I feel like my heart arent there for the examinations. Some other thing takes place. Palestine.

Palestina prolongs my sleep latency. Palestina takes my heart with them away from others. Even if I walk on the street, I didnt realize what revolves around me except Palestine. I talked less with my friends and colleagues that made them asked me wether I am okay. I am okay. It probably because my thougt arent with them, which made me ignore. I know its not suppose to be this way because my MEDICINE also is one of my JIHAD battle. I musnt give it up.

My Egyptian friend came to me today when I attended Egyptian's class for examination's briefing. Her name is Asma and I love her for Allah. I shaked her hand with my sincerest Salam over our ukhuwwah. I dont know her too much. But I can feel the bond even I just meet her once in a year.

She then asked me about the flyers of Gaza on my hand, which are distributed for us before. Do I know about what happen to Gaza? I nodded with smile. She tried her best to tell me and my friends (Malaysian) about the Gaza. Her English isnt that well for me to understand. But its not a big deal I guess. Things she wants to inform me about Gaza, are more important.

And for the first time, my tears was easily dropped upon Gaza. She didnt tell too much about Gaza. But my soul is there with Gaza, I felt touched even if I watch the pictures of Israel's crime over Palestinians.

She then asked us, "Do you know about 4 things that Allah will asked everyone during Yaumul Qiyamah?"

"I dont know"

She told us in Arabic. And she tried to translate it for us. The four things Allah will asked are :

  • Umuruhu - your lifetime..what do you do with them for the sake of Allah and for Islam?
  • Syababuhu - your youth..what do you do with them for the sake of Allah and for Islam?
  • Maaluhu - your properties..what do you do with them for the sake of Allah and Islam?
  • Amaluhu - your deed..what do you do with them for the sake of Allah and Islam?

I feel like something with very sharp end stabbing my heart. What did I do with them? If Qiamat comes now, can I answer Him if I dont comply those things I SHOULD do?

I asked her to write the phrase in Arabic over my flyer. So that I can read it and do Muhasabah when needed.

O Allah..lend me Your strength. I know I couldnt do Jihad the way of Muslims in Palestine do. But I beg and plead upon my knee, Allah please..please..gives me the best Mujahadah for this Jihad. I hope I can prepare well for exam and do better in exam.

Dear Palestine, my soul and duaa' are with you..and InsyaAllah will always with you..

Saturday, January 10, 2009

KEHAMBAAN dan KEKHALIFAHAN

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah pagi tadi saya dan sahabat2 sebatch selesai melakukan aktiviti Qiam Jamaie bersempena exam yang bakal menjelang sepuluh hari lagi. Rindu untuk berkumpul bersama kini terubat. Bergurau senda bergelak ketawa seperti adik beradik cukup untuk mereleasekan rasa stress dan tertekan dalam diri masing2. Rasa sayang dan ukhuwwah yang sudah lama berputik kini kian mekar. Semoga Allah terus merahmati kami dengan kasih sayangNya.

Usai bacaan Yaasin secara berjemaah, sedikit pengisian di adakan sebelum kami tidur secara berjemaah juga. Seperti biasa, bilangan yang mendengar lebih banyak berbanding yang berkata2. Tidak mengapa, labih baik diam dan mendengar daripada berkata2 kosong.

Salah seorang sahabat dari kalangan kami ada mnyentuh tentang KEHAMBAAN dan KEKHALIFAHAN. Saya tahu ianya sesuatu yang berbeza. Inputnya kurang jelas dan agak bercelaru kerana beliau mengaitkan dengan situsi kami dalam bidang perubatan membuatkan saya sedikit kurang puas dengan penjelasan yang di berikan.

Saya tidak puas kerana saya sendiri belum faham perbezaan antara KEHAMBAAN dan KEKHALIFAHAN maka mana mungkin saya dapat mengaitkan fungsi kedua2 tersebut dalam kehidupan yang saya alami sekarang. Mana mungkin tiang akan berpasak kukuh jika tanah belum kuat untuk mencengkam. Isk, titik muhasabah seterusnya. Maka saya google di internet, untuk memuaskan hati dan memenuhi serta menambah kefahaman saya yang tidak jelas.

KEHAMBAAN DAN KEKHALIFAHAN

Tujuan manusia dihidupkan adalah untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah-Nya. Tugas atau peranan manusia di sisi Tuhan ada dua.

Pertama, sebagai hamba Allah, dan kedua, sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Allah ada berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku."

Mengabdikan diri di sini bermaksud memperhambakan diri iaitu membuat segala sesuatu hanya kerana Allah SWT.

Mengabdikan diri ada dua bentuk:


  1. Pertama, sebagai HAMBA, manusia perlu melaksanakan ibadah-ibadah yang berbentuk khususiah.
  2. Kedua, sebagai KHALIFAH perlu pula menunaikan ibadah-ibadah yang berbentuk umumiah.

Dalam ertikata yang lain, manusia perlu menegakkan dua fardhu iaitu sebagai hamba, dia perlu menegakkan fardhu ain dan sebagai khalifah pula dia perlu menegakkan fardhu kifayah.

Allah ada juga berfirman:
"Akan ditimpa kehinaan di mana sahaja kamu berada melainkan kamu menegakkan dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas)."

Boleh juga dikatakan bahawa sebagai hamba, manusia perlu menegakkan tamadun rohaniah dan sebagai khalifah, manusia perlu menegakkan tamadun lahiriah.

KATEGORI HAMBA DAN KHALIFAH

Dalam hendak menjadi hamba dan khalifah Allah ini, manusia terbahagi kepada berbagai tahap dan kategori, iaitu:


  1. * Ada manusia yang langsung tidak tahu dan tidak sedar bahawa mereka itu adalah hamba dan khalifah Tuhan. Golongan ini ialah golongan kafir terutama golongan komunis yang menolak terus akan kewujudan Tuhan. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka suka di muka bumi ini dan mereka menggantikan tempat Tuhan dengan nafsu mereka sendiri. Allah berfirman di dalam Al Quran: "Tidakkah engkau lihat mereka yang mengangkat nafsu mereka sebagai Tuhan mereka."
  2. * Ada golongan manusia yang tahu mereka adalah hamba dan juga khalifah Allah. Akan tetapi mereka hanya setakat tahu dan tidak lebih dari itu. Ilmu mereka tentang itu hanya bersemadi di akal fikiran mereka sahaja. Oleh yang demikian, mereka tidak ada kekuatan dan mereka cuai untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Mereka adalah golongan awamul muslimin atau orang Islam biasa.
  3. * Golongan yang seterusnya ialah manusia yang bukan sahaja setakat tahu tapi sudah mampu merasakan bahawa mereka itu hamba Allah sekaligus khalifah Allah di muka bumi ini. Disebabkan perkara tersebut telah meresap ke hati dan dapat dirasakan, maka golongan ini ada kekuatan dan lebih komited. Namun demikian kekuatan rasa-rasa ini berbeza-beza. Ada golongan yang rasa kehambaan dan kekhalifahan mereka itu biasa atau sederhana sahaja. Dengan itu mereka sedikit sebanyak dapat memperhambakan diri kepada Allah dan dapat pula bertanggung jawab sebagai khalifah Allah sesuai dengan kedudukan dan kemampuan mereka masing-masing. Inilah orang-orang soleh atau golongan Ashabul Yamin (golongan kanan).
  4. * Ada golongan yang rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan mereka lebih dalam dan lebih tajam. Justeru itu mereka lebih kuat dan lebih komited. Peranan mereka sebagai hamba dan sebagai khalifah juga lebih besar dan lebih hebat kalau dibandingkan dengan orang-orang soleh. Mereka ini ialah orang-orang Muqarrobin (orang-orang yang hampir dengan Allah).
  5. * Ada pula golongan yang tenggelam dalam rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan mereka. Tidak ada lagi kepentingan yang lain bagi orang-orang yang seperti ini melainkan Allah semata-mata. Inilah golongan As Siddiqin (yang benar).
  6. * Dalam pada itu ada pula golongan manusia yang rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan mereka tidak seimbang. Ada yang rasa kehambaan mereka lebih menonjol. Dengan demikian mereka banyak terdorong untuk beribadah, berwirid, berzikir, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya. Peranan mereka sebagai khalifah kurang. Mereka ini ahli-ahli ibadah atau golongan abid.
  7. * Ada pula manusia yang rasa kekhalifahan mereka pula lebih menonjol. Mereka ini banyak terdorong untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan dan kepimpinan selaras dengan syariat Tuhan. Ibadah mereka sederhana sahaja. Mereka ini golongan pemimpin yang baik.

GOLONGAN MANAKAH KITA?

Tepuklah dada, tanyalah iman.

Marilah kita sama-sama memupuk dan menajamkan rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan ini kerana rasa-rasa inilah yang menjadi kekuatan bagi kita untuk melaksanakan peranan kita sebagai hamba dan sekaligus sebagai khalifah Allah.

Setakat mana rasa-rasa ini dapat ditajamkan, maka setakat itulah dapat kita berperanan. Di dalam konteks yang sama, setakat mana kita dapat berperanan sebagai hamba dan sebagai khalifah, ia menjadi kayu ukur setakat mana sebenarnya tahap rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan yang ada di dalam hati kita.

Friday, January 9, 2009

Boikot TESCO

Assalamualaikum w.b.t..
Hari ini saya menerima email dari cousin saya yang di forward dari kenalannya mungkin.


Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News> (http://www.ljn.co.uk/) diedarkan secara
percuma di kesemua> cawangan Tesco di seluruh England.> > Ini ialah
akhbar Yahudi yang memberikan sokongan> secara terbuka untuk regim ganas
Zionis di Israel.> > Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari
keluarga> Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco> diambli daripada
nama isterinya Tessa Cohen.> > Disamping mempromosi produk Israel di
rangkaian> pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah> membuat
perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian> Israel yang berjumlah jutaan
dollar.> > Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal> dunia
pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah> Perkuburan Yahudi Willesden,
London,England.> > Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat>
"search" di internet dengan menaip "Tesco> Jewish" dan> anda akan dapat
pelbagai laman web Yahudi> yang dikaitkan dengan Tesco.> > Keputusan
ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong> Yahudi dengan mempertingkatkan
ekonomi mereka apabila> anda membeli belah di Tesco.>


Email ringkas ini cukup untuk memberitahu kita satu perkara "DO STOP SHOPPING AT TESCO". Memandangkan Tesco adalah antara favourite penduduk Malaysia (termasuk family saya sendiri) kerana harganya yang murah, ramai yang membeli belah di Tesco.
Bebaskan Palestin!

N/B : Saya tahu memang sukar untuk memboikot. Tetapi ingatlah, jika kita tidak berbuat sebegitu, maka ia bermakna kita telah membunuh saudara2 kita dengan tangan kita sendiri. Pesanan buat diri*

TITIK MUHASABAH DIRI

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah. Syukurku pada Allah di atas nikmat dan karuniaNya. Beberapa hari ini saya mencari2 isu yang terbaik untuk saya post kan dalam blog ini untuk tatapan pembaca. Memilih untuk tidak berkata2 kosong membuatkan saya sedikit ketandusan idea. Pagi ini saya mengadakan Smart Circle (SC), rutin setiap hujung minggu. Alhamdulillah... satu perjumpaan yang sangat menarik dengan input2 yang menarik.

PALESTIN.

Pada asalnya sahabat saya yang bersama2 saya menerajui SC ini, ingin memulakan syllabus yang telah di tetapkan. Tetapi atas sebab2 tertentu kami menangguhkan dahulu. Dan sahabat saya memilih untuk berbincang mengenai isu semasa. Apa lagi jika bukan Palestin.

Sahabat saya banyak bercerita tentang perkara yang saya tidak tahu. Membaca bukanlah hobi dan kebiasaan saya, maka pengetahuan saya amatlah terbatas. Kecenderunga saya lebih kepada mendengar dan melihat tetapi bukan membaca. Saya tahu apa yang berlaku tetapi saya kurang mencuba untuk mencari dan menokok apa yang patut melalui pembacaan. Natijahnya, saya agak ketinggalan dalam banyak perkara.



"Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan
manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat
Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti
keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar
dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A'raaf 7:
179]

Astagfirullah al azim...

Bila di fikir kembali, saya seolah kejam terhadap diri sendiri dan suadara2 saya. Kerana jika saya tidak tahu, saya tidak berusaha untuk tahu. Lebih kejam apabila saya tahu tetapi saya tidak peduli. Wahai Allah..ampuni aku. Wahai saudara2ku..maafkan aku. Dan ini merupakan salah satu titik muhasabah buat diri saya. Terima kasih yang teramat buat beliau.

APA YANG BERLAKU?

Dunia sekarang sangat sibuk tentang isu Palestin-Israel. Baik di akhbar2 tempatan mahupun antarabangsa, stesen televisyen tempatan dan antarabangsa, Palestin-Israel merupakan berita utama di muka hadapan. Apabila bilangan yang syahid dan tercedera kian meningkat, dunia mula ambil tahu kerana sifat perikemanusiaan mereka.

MENGAPA PERLU TAHU?

Sahabat saya memulakan perbincangan kami dengan sebuah pertanyaan.

MENGAPA KITA PERLU AMBIL TAHU TENTANG PALESTIN?

Kerana isu Palestin kini bukanlah sekadar isu AGAMA yang hanya perlu di ambil tahu oleh Muslim sejagat tetapi ia kini menjadi isu KEMANUSIAAN yang perlu di ambil tahu oleh seseorang yang di label sebagai manusia. Jadi tiada alasan mengapa kita tidak perlu tahu. Kerana kita adalah orang berAGAMA dan kita adalah MANUSIA. Jika anda sehingga kini adalah manusia, cerdiklah dalam mencari untuk mengerti apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik isu ini.

SEJARAH.

Saya sendiri secara jujurnya tidak mengetahui sangat sejarah kebangkitan Israel. MAsih mencari, menambah maklumat dan memahami. Tetapi ia jelas di sebut didalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 4-7 :

" Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu, "Kamu pasti akan berbuat kerosakan di bumi ini DUA KALI dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar." Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang perkasa, lalau mereka bermaharajalela di kampung2. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka, Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak2 dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk kamu sendiri. Apabila datang ssat hukuman (kejahatan) yang kedua, (Kami bangkitkan musuhmu) untuk menyuramkan wajahmu lalu mereka masuk ke dalam masjid (Masjidil Aqsa), sebagaimana ketika mereka memasukinya pertama kali dan mereka membinasakan apa saja yang mereka kuasai."


Subhanallah..ayat di atas cukup untuk menceritakan sejarah permulaan dan pengakhiran yang bakal berlaku. Maka adakah ini bermakna kita tidak perlu berbuat apa2?

Kebangkitan pertama telah berlaku pada zaman Saidina Umar. Kita masih menanti kebangkitan kedua. Siapakah yang akan muncul untuk membalas segala kejahatan Yahudi hari ini. Adakah Imam Mahdi yang akan menang walaupun hanya menggunakan tombak sebagai senjata? Jika turunnya Imam Mahdi, maka itulah antara petunjuk bahawa kiamat semakin dekat. Maka adakah pula telah bersedia amalan kita untuk menghadapi hari itu?

MUSLIMS ARE WEAKEN.

Teringat kejadian yang berlaku semasa sedang belajar tusyen Pathology. Pada masa itu di luar kelas, terdapat segelintir orang Mesir yang bergelak ketawa. Doktor tiba2 menghentikan pengajaran dan menggelengkan kepala.

Dengan sinis beliau berkata " Numbers died at Palestine and Egyptians here, they still can laugh."

Saya tersenyum tawar. Agak 'terasa' dengan kata2 sinis yang saya rasa bukan hanya ditujukan pada Egyptian, malahan pada semua. Lebih2 lagi diri ini.

"What about Malaysian? What do you do? You are all hand to hand, and say Innalillahi wainnailaihi rajiun...?"

Kami tersengih. Tawar. Tidak tahu respon apa yang terbaik pada waktu ini.

" If Israeli come here, what will you do? Withstand or escape?"

Satu lagi soalan yang saya sendiri tidak boleh menjawab. Adakah saya akan kekal berjuang dan syahid di jalan ini ataupun saya akan pergi 'menyelamatkan diri' atas kepentingan sendiri? Dan dengan nada gurauan Doctor menyambung..

"You Malaysians will stay and Egyptians will move..!" kami ketawa.

"You know the fact that Muslims are weaken. Islam persist as such but Muslims are weaken. They declare themselves are Muslims but they are not actually Islam..Hah! What about you? Muslims only or Muslims with Islam..?"

Dan kami menjawab bersama " Muslims with Islam insyaAllah.." Doctor menyambut "InsyaAllah.."

Seperjalanan pulang dari kelas, saya terus berfikir dan berfikir. Adakah Islam itu adalah peganganku hanya pada nama? Ataukah Islam itu telah aku pasakkan dalam diri ini? Jika ya, sejauh manakah sensitiviti aku sebagai Muslim terhadap Muslim yang lain?

Satu lagi titik muhasabah buat diri ini..Nyatanya, ia satu konflik jiwa yang tidak berkesudahan.

APA YANG MAMPU AKU BUAT?

Soalan ini sering menganggu benak fikiran saya. Setiap kali membaca berita perkembanagn tentang Palestine, hati tidak akan berhenti menyumpah2 Israel. Tetapi adakah cukup sekadar itu?

Mungkin banyak usaha kita yang boleh membantu. Biarpun tampak kecil, besar nilainya di mata yang menghargai.

DOA, TAUBAT, BOIKOT, DERMA, SEBAR.

Itulah antara perkataan utama yang di tekankan oleh seorang pelajar Egyptian semasa memberi sedikit ceramah sebelum mengutip derma untuk Palestin di dalam kelas.

DOA - sepertimana yang kita tahu, doa adalah senjata orang Islam. Jika doa rakyat Palestin tidak di qabulkan oleh Allah, semoga doa seluruh umat manusia di dalam dunia ini di qabulkan oleh Allah. Berdoalah sebanyak mungkin.

TAUBAT - bertaubatlah kerana berkemungkinan ini adalah salah satu hukuman yang di berikan oleh Allah pada kita umat akhir zaman yang sering ingkar akan suruhanNya dan melampaui batas laranganNya.

BOIKOT - hentikan membeli barang2 yang di keluarkan pleh syarikat2 yang di pelopori oleh Amerika dan Yahudi. Kerana Amerika adlah penyumbang ekonomi utama pada Israel. Dan Amerika pernah memberi bantuan senjata berbilai 10 billion secara percuma kepada Israel!

DERMA - infakkanlah harta kita ke jalan Allah dengan menderma demi membantu perjuangan2 mujahid di Palestin.

SEBAR - sebarkanlah tentang isu ini dan mengapa kita perlu ambil tahu isu ini pada rakan2 dan orang2 di sekeliling mereka. Fahamkan mereka dan ajaklah mereka untuk bersama membantu Palestine dengan doa, taubat, boikot, derma dan sebar juga.


N/B : saya berharap, setiap insan yang lebih baik akan pengetahuannya jangan hanya menekan kelompok yang tidak tahu di atas keterbatasan pengetahuan mereka. teruskanlah usaha bercerita dan memahamkan mereka. Kerana mereka sudah mempunyai rasa dan kesedaran, cuma mungkin belum jumpa titik untuk bergerak.