Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, August 30, 2010

Child Education In Islam

Assalamualaikum wbt.



Dahulu, masa dalam tempoh khitbah, tunang saya ada menghadiahkan saya sesuatu. Masa terima hadiah dari tunang saya, hati melonjak gembira tapi depan tunang saya, saya control ayu je lah kan. "Terima kasih Ustaz..susah-susah je bagi hadiah..". Muka tunang saya pun 'pink' malu-malu masa tu. Ye lah, kami berjumpa pun untuk urusan perkahwinan je masa tu. Sebelum khitbah pun, setahun sekali je terjumpa. Tu pun kalau ada apa-apa program anjuran persatuan. Jadi mestilah malu-malu bila jumpa kan?

Naik je atas rumah, masuk bilik, terus buka hadiah yang berbalut cantik tu. Buka kemas-kemas lagi tu. Wrapper pun masih ada lagi dalam simpanan. Ye lah, hadiah pertama dari tunang tersayang kan. Excited lah saya!

Rupa-rupanya tunang saya hadiahkan saya sebuah buku. Child Education In Islam by 'Abdullah Nasih 'Ulwan. Buku ni versi asalnya adalah bahasa Arab tapi tunang saya macam faham-faham je saya tak reti baca kitab bahasa Arab macam dia. Jadi dia pun beri yang English Version.


Apa yang lebih sweet, di hujung penjuru page 1st buku tu, tunang saya tulis dalam bahasa Arab "Min Khitbatik - Abdul Kadir Umar" (Daripada tunangmu - Abdul Kadir Umar). Dan di hujung penjuru page last buku tu, "Ila khitbati - Syakila Bint Aini" (Kepada tunangku - Syakila Bint Aini). Tapi tunang saya ni salah eja pula nama saya dalam bahasa Arab. Tapi saya cakap dalam hati takpe... nanti dah kahwin, saya betulkan.

Masa dapat buku tu, saya sempat baca introduction je sebab dah nak exam round. Saya tertarik dengan antara quote 'Abdullah Nasih 'Ulwan dalam intronya :

"What is the way to reformation and what is the starting point to reform the good society?
The answer lies in the word "education" which encompasses many meanings,concepts and fields.
This education of children is a branch of individual education in which Islam calls to prepare and reform him to be a useful and good member of society."

-'Abdullah Nasih 'Ulwan

Membuatkan saya tak sabar rasanya nak baca keseluruhan content buku tu. Sebab orang kata, kalau nak kahwin ni, bacaan jangan terhadkan pada bacaan bagaimana nak jadi isteri /suami sahaja, tapi kena juga baca bahaan bacaan berkaitan keluarga, anak-anak dan cara didikan anak-anak.

Teori tu betul sebab tak lama lepas kahwin, saya pun pregnant. Alhamdulillah.. Jadi kena la marathon baca buku berkaitan tarbiyyah anak-anak kan. Tetapi oleh kerana saya kurang minat membaca, jadi proses membaca itu pun lambat dan terlambat. Mula-mula bercita-cita nak khatam buku ni after final exam 4th year. Tapi sampai sekarang pun, baru baca 65 pages from 412 pages. huhu.

Tunang saya yang sekarang dah jadi suami saya pula selalu bagi semangat untuk baca buku ni "Sayang baca..lepastu syarah kat Abang okay..". Saya pun angguk-angguk penuh semangat. Tapi tak syarah-syarah pun.

Tapi hari ni.. saya rasa teruja sebab Madrasah Imam Nawawi akan anjurkan kelas tafaqquh untuk bincangkan buku ni. Jadi boleh la pergi kan? Dengar tok guru syarah lagi best. Instructor ni pun bestfriend abang.



Jadi kepada sesiapa yang berada di bumi Mansurah ni, jika berkelapangan pada 1 Sept, datanglah beramai-ramai ke Darul Rahmah untuk dengar syarah kitab ni, sebagai persediaan untuk menjadi ibubapa. Jangan bertangguh dalam membuat persediaan untuk mendidik anak-anak!

Abang pesan, kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan buku ni, boleh dapatkan di Maktabah Dar Al-Salam di Cairo.


Saturday, August 28, 2010

Ma'idah Rahman

Assalamualaikum wbt.

Pernah tak dengar Ma'idah Rahman?



Saya pun baru tahu those words Ramadan ini. Lebih tepat lagi, Ramadan lepas kahwin ni. Ma'idah Rahman ni kalau kita translate by word maksudnya 'Juadah Pemurah'.

Ma'idah Rahman ni sebenarnya adalah juadah iftor (berbuka puasa) yang disediakan oleh individu-individu pemurah kepada orang ramai secara percuma. Seronoknya berpuasa di Mesir ni salah satunya kerana wujudnya Ma'idah Rahman ni. Ma'idah Rahman ini dijamu pada sesiapa sahaja tidak mengenal umur, jantina, status dan pangkat. Jadi secara tak langsung, orang yang miskin terbela, orang biasa juga turut sama berpeluang merasakan Ma'idah Rahman ni.


Kalau anda sedang menaiki kenderaan pada waktu-waktu hampir dengan berbuka puasa, akan ada juga orang bagi makanan dan minuman percuma di jalan raya. Ma'idah Rahman juga dijamu di masjid-masjid, kedai-kedai ataupun tempat-tempat tertentu.



Sungguh, mereka menyambut baik seruan Rasulullah s.a.w dalam hadith Baginda :

Daripada Zaid bin Khalid al-]uhani RA daripada Rasulullah SAW sabdanya:

"Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu."

(Hadis riwayat Imam Tirmidzi )

Kagum melihat kesungguhan mereka menyediakan juadah berbuka bagi orang yang berpuasa. Kesungguhan mereka bukanlah kerana nama, pangkat ataupun apa-apa kepentingan dunia. Mereka ikhlas. Mereka hidangkan yang terbaik. Memberi layanan terbaik.

Kalau di Malaysia, suasana begini jarang - jarang dilihat kan? Kalau ada pun di akhir Ramadan. Itu pun untuk golongan tertentu sahaja. Itupun panggil media and press. Jadi tak sama.

Pelajar-pelajar Malaysia di sini juga selalunya mendapat jemputan berbuka dari orang Arab Mesir. Mereka biasanya akan menyediakan pengangkutan bagi menjemput kami ke tempat berbuka puasa. Layanan mereka sangat-sangat baik dan bagus. Mereka sangat menghormati tetamu yang bertandang ke tempat mereka. Itulah antara kelebihan penduduk Arab Mesir.

Sebenarnya, banyak lagi kelainan Ramadan di sini yang sangat menyeronokkan. Yang pasti, semua orang akan merindui suasana ini jika sudah pulang selamanya ke Malaysia kelak. Tak percaya? Tengoklah nanti!

Entry kali ini letak gambar banyak sikit khas untuk tatapan family Selangor dan Kedah.


Bersiap nak pergi mana?


Masih berdua (^_^)


30 weeks pregnant :)

Soy Juice : 1st Product of Darul Taqwa

Assalamualaikum wbt.

Tick Tock. Tick Tock.

Hari ini sudah 18 Ramadan 1431H. Sekejap kan masa berlalu? Kita sudahpun melepasi separuh masa pertama Ramadan dan kini berada di separuh masa kedua Ramadan. Kalau main apa-apa sukan, masa separuh kedua inilah yang kita akan buat yang terbaik untuk score banyak dalam pertandingan. Masa ini kita akan buat yang terbaik untuk menang dalam perlawanan. Bagaimana pula separuh masa kedua Ramadan kita? Adakah kita semakin bersungguh-sungguh atau sebaliknya?

Muhasabah. Muhasabah. Muhasabah.

Maafkan saya kalau blog ini nampak macam topsy-turvy. Abang changed the template for me as the previous one looks dull and boring. Abang kata, tak kena dengan personality saya. He knows me better day after day apparently. Tapi saya ini masih kurang rajen untuk menyusun atur balik thingy yang kat tepi-tepi ni.

Alhamdulillah bussiness Air Soya keluaran Darul Taqwa berjalan lancar. It starts when Abang made the soya for me and baby because he was kinda worry about me yang tak mahu telan milk and any dairy products. Tak sangka air soya abang sedap. hehe. So I suggest him to sell the air soya sempena Ramadan ni. Mesti ramai nak beli sebab air soya juga antara pilihan pertama saya untuk berbuka puasa di bulan Ramadan ni.

Maka bermulalah perniagaan air soya yang semakin hari semakin hangat sambutannya. Abang conquer the soya making and me conduct the packaging.

Bagi sesiapa yang sedang menelan saliva membaca paragraph ini, bolehlah buat tempahan soya pada kami. heheh. Sebungkus LE 4 and sebotol LE 7 sahaja. InsyaAllah, kebersihan soya terjamin. Produk HALAL keluaran Muslim. Kualiti akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Berminat?

Boleh contact Ust Kadir : 0108818061 @ Saya : 0111688143 atau
YM kami di : musafir_ilmu84@yahoo.com atau tens_twelve88@yahoo.com.

Jualan dan tempahan insyaAllah berlangsung sepanjang tahun bukan saja hanya sepanjang Ramadan ini. Boleh juga menempah untuk majlis-majlis tertentu. Harga pukal boleh dirunding.

Ok, bolehlah tengok gambar-gambar di bawah ini. Antara proses-proses dan produk soya keluaran Darul Taqwa :


1. proses memasak


2. proses penyejukan


3. packaging process


4. siap untuk dijual

5. versi bungkusan plastik


p/s : Seronok juga berniaga ni rupanya. Banyak manfaat. Lagipun ianya sunnah Rasulullah s.a.w. Well..thinking of another product of Darul Taqwa. HALAL product by Muslim!

Tuesday, August 24, 2010

'Nikah Khitbah' The Best Solution

Assalamualaikum wbt.

'Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi'

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu
terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.

"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.

sumber

Sunday, August 15, 2010

Hati Apakah Itu?

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.. Telah 5 hari Ramadan berlalu. Terngiang-ngiang kata-kata suami saat beliau sedang membancuh air di dapur untuk berbuka puasa.

"Masuknya kita ke syurga bukan kerana banyaknya amalan kita. Tetapi kerana Rahmat Allah semata-mata. Jadi di bulan Ramadan yang mulia ini, yang telah Allah janjikan Rahmat di awalnya, marilah kita sama-sama merebut peluang mencari Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala!"

Saya tersengih-sengih sendiri sambil mengangguk-aggukkan kepala membenarkan kalamnya. Tona suaranya yang tinggi dan mendayu serta bersemangat lagak seorang penceramah yang sedang berceramah di depan audien yang ramai, mencuit hati saya. ha ha ha. abang.. abang..

Semalam kami tonton Buletin Utama bersama. Salah satu medium untuk mengetahui berita-berita terkini yang berlaku di Malaysia. Lagi kes yang menjelikkan dan menyampahkan di laporkan. Apa lagi kalau bukan kes buang bayi.

Bermacam-macam rasa bercampur baur ketika melihat janin yang tidak berdosa mati bergelimpangan di dalam tong sampah. Sedih, kasihan pada bayi tersebut. Geram, marah, benci, rasa nak lempang je mak bayi tu.

Apakah harga nyawa seorang manusia sehingga berlaku sebegitu rupa?



Ayam pun tahu marah kalau kita usik anak dia yang jalan terkedek-kedek di belakang ibunya.

Kera di hutan pun tahu menggendong, mendodoi dan menyusukan anaknya.

Macam manalah rupa ibu si bayi terbuang tu yang lebih teruk dari ayam dan kera. Langsung tak berperasaan dan tak berperikemanusiaan.

Maafkan saya jika ia kedengaran sedikit kasar. Saya geram geram dan geram.

Sedikit lega apabila kerajaan mengambil inisiatif menjalankan hukuman Penjara 30 tahun bagi kes Cubaan Membunuh Bayi dan Hukuman Gantung bagi kes Bunuh Bayi. Ia berbeza sedikit dari hukuman sebelum ini di bawah Akta Kanak-Kanak yang hukumannya hanya penjara 10 tahun.

Namun,untuk penyelesaian yang berkesan, apa yang perlu ditangani adalah dari akar umbinya. Sepatutnya, mana-mana acara bersifat keramaian, sambutan atau pesta yang mana berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dikawal dan seeloknya tidak berlaku.

Ibu bapa juga perlu ambil peranan dalam mendidik anak-anak mereka terutama anak perempuan tentang cara bergaul serta menerapkan di dilam minda dan pemikiran merka betapa maruah diri itu amatlah mahal dan perlu di jaga oleh mereka.

Apa yang paling penting, kembali kepada Islam. Menerapkan ciri-ciri Islam yang sebenar dan isikandunganya ke dalam kehidupan setiap Muslim. Menegakkan syariat-syariat Islamiyah dalam segenap sudut dan aspek. InsyaAllah, perkara begini bukan sahaja dapat di bendung, malah mungkin sahaja kadar kes yang di laporkan akan mencecah kepada angka ZERO.

Pening.. pening..

Anda boleh tonton video di bawah ini. Betapa anugerah Allah ini dicipta dengan penuh keajaiban, melalui fasa-fasa tertentu dalam hidupnya. Sehingga betapa perasaan keibuan ini tak dapat diungkapkan oleh kata-kata. Perasaan kasih, sayang, cinta dan belas kasihan terbit seawal hari-hari pertama mengetahui diri ini mengandungkan zuriat kurniaan Allah.



Jadi, tak faham bagaimana tergamak anak kecil ini dicampak ke dalam tong sampah yang busuk dan jelek itu? Atau pun di biar bergelimpangan di tengah-tengah tanah berumput. Atau pun di biar di lubang tandas yang kotor dan jijik itu. Hati apakah itu?









Friday, August 13, 2010

Idea Bernas, Kerja 'Beras'.

Assalamualaikum wbt.




Kekok.

Mungkin itulah perkataan terbaik. Ya, saya seolah kekok untuk menulis kembali di A Muslimah Meddie after the merely long hiatus before this. Saya merasakan bahawa saya tidak lagi menjiwai setiap penulisan saya. Kerana saya menulis kerana saya rasa saya perlu menulis. untuk tidak membiarkan blog ini kosong dan sunyi. Bukanlah menulis untuk memberitahu dan mencetus mahu. Tiada jiwa.

The Ruhul Jadid.

Roh yang baru. Semangat yang baru. Itu yang saya perlukan.

Abang pernah mencadangkan saya untuk menjadi penulis. Saya hanya tergelak mendengar. Saya tidak pandai menulis sebenarnya. Saya pernah ditawarkan untuk menulis sebuah artikel oleh seseorang untuk majalah rasmi PCM, Mansouriyyin. Menurutnya, dia sukakan tulisan saya dan blog saya, ramai pembacanya.

Saya terima. Memandangkan ini peluang baru dan pasti dapat memberi pengalaman yang baru. Saya buat homework untuk tulisan tersebut. Saya mula untuk menaip. Berkali-kali, namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Saya kemudian menolak tawaran tersebut dan menawarkan pada sahabat saya yang lain untuk menulis artikel tersebut. Baru saya tahu, saya tak pandai menulis.

Tapi tak mengapa, saya tahu saya punya kelebihan lain. Yang boleh diasah hingga berkilat. Dan saya harap kilatan itu menyilau menerangi salah satu cabang dakwah. Ya, kita perlu membawa risalah Islam dengan apa jua cara sekalipun. Baik melalui percakapan, penulisan, lukisan, karikatur etc.

Semalam saya sempat berbincang dengan kawan2 tentang Fiqh Aulawiyat. Pelbagai situasi dibincangkan, pelbagai pandangan dilontarkan. Kata seorang kawan, semua orang boleh bagi pandangan masing2. Sama ada berdasarkan ilmu atau emosi atau pengalaman atau sebagainya.

Bagi saya Fiqh Aulawiyat ini sesuatu yang mudah untuk kita bagi pandangan "oh, kita mestilah dahulukan yang ini berbanding yang ini..kerana ini bla..bla..bla..". Cuba pergi pada perlaksanaan. Ah, tak semudah itu.


Antara soalan paling kita tahu jawapannya tapi susah perlaksanaannya adalah : Pertembungan antara pulang ke Malaysia atas permintaan family dengan amal Islami atau kerja-kerja penting yang memerlukan kita stay di Mesir.

Kalau anda, anda jawab apa?

Kalau anda faham Fiqh Aulawiyat, mesti anda tahu jawapannya kan? Tapi selalunya kehendak kita sentiasa menang. Kita nak sangat balik Malaysia. Alasan kita, permintaan family. Sedangkan kadang-kadang family tak kisah pun. Ataupun sebenarnya tiada pun keperluan mendesak untuk kita balik ke Malaysia dan bercuti sampai berbulan-bulan lamanya. Sedangkan kerja-kerja di sini bertimbun banyaknya. Cuti sikit-sikit dah la kan?

Sebenarnya suasana Malaysia menggiurkan kita. Lebih-lebih lagi keadaan Mesir yang serba kekurangan ini menyebabkan kita malas nak duduk lama-lama disini. Makanan tak sedap. Warga tempatan yang menyakitkan kepala. Atmosfera yang berdebu. Panas yang membakar. Nanti kena jadi adhoc aktiviti. Dan macam-macam lagi.

Ye..ye.. kita selalu nampak yang buruk-buruk je kat Mesir ni. Kita tak cari pun suasana Mesir yang menggiurkan.

Erm..kalau ada orang baca entry ni, mesti ada yang nak argue kan?

Tapi kalau anda faham Fiqh Aulawiyat, anda akan berfikir sebelum argue.

Dulu saya tak tahu dan tak faham pun Fiqh Aulawiyat ni. Sekarang ni bila dah tahu dan faham sikit2, saya mula banyak berfikir kalau nak lakukan sesuatu perkara. Dalam konteks ini, kita tak lebihkan win-win situation, tapi kita mancari kebaikan yang lebih besar dan minimize keburukan.

Tapi tu lah, student medic ni kalau tak balik Malaysia masa summer break, semua orang akan tanya pelik. "Eh, kenapa tak balik?" Al-maklumlah, rata-rata student medic ni banyak duit sampai tak tahu nak salurkan ke mana. Peliknya kalau tak balik Malaysia kan? Saya pun tak faham kenapa situasi ini jadi pelik. Pelik!

Eh, tapi jangan silap, tak semua student medic bayak duit ye.



Entah ke mana dah saya mengarut.

Ketahuilah, kerja kita banyak tapi tenaga kerja kita kurang. Saya berharap agar adik-adik baru yang bakal menjejakkan kaki ke bumi Mansurah ini tidak lama lagi, sanggup berganding tenaga membantu PCM dan memberi komitmen yang baik. Begitu juga adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang yang lama.

Banyak komen, cadangan dan pandangan yang diberikan sungguh bernas. Tetapi bila minta tolong bekerja, sungguh 'beras'. Kenapa 'beras'? Ye lah, kalau kita lapar, kita ada beras, takkan kita nak makan beras je kan? Kena la masak biar jadi nasi, barulah kenyang. Macam tu lah juga kalau idea je banyak, kalau tak sanggup nak laksanakan, tak jadi apa.

Idea Bernas, Kerja Beras.



Tuesday, August 10, 2010

Booster Ramadan


Assalamualaikum wbt.

Salam bulan yang mulia.

Bulan yang dinanti-nantikan oleh segenap umat Islam tak kira di mana berada. Bulan yang menjanjikan pahala-pahala amalan yang berlipat kali ganda. Bulan yang mana pintu-pintu syurga terbuka luas dan pintu-pintu neraka tertutup rapat. Bulan di mana syaitan-syaitan dibelenggu. Bulan yang di permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan di akhirnya pembebasan dari api neraka. Itulah Ramadan Al-Mubarak. Ramadan penuh berkat.

Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Semalam saat saya sibuk di dapur, suami sibuk mengemas rumah. Menyapu, membersih, menyusun atur dan mengganti karpet. 'Mengilatkan' rumah demi menyambut Ramadan. Menjadikan suasana rumah lebih selesa dan menenangkan untuk beribadah di bulan Ramadan.

Langit Mansurah juga redup seakan menyambut mesra hari malam Ramadan yang pertama. Ucapan 'Ramadan Kareem' meniti di bibir-bibir manusia tika menyambut salam rakan taulan di jalanan. Allahu akram!

Seronoknya Ramadan!

Today my pregnancy reachs it's 28th weeks, the first week of third trimester. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang sentiasa melindungi kami. Baby moves actively but today its become 'hyper', membuatkan saya kurang selesa untuk duduk atau berbaring. Abang kata baby excited nak sambut Ramadan. Sangat soleh hendaknya anak ummi dan abi ni nak puasa and tarawikh sama-sama ye. Clever baby :)

Bermacam-macam perkara berlaku sejak post yang terakhir. Cuma, saya sedikit culas untuk mencoret di sini.

Result exam sudah lama keluar. Bukan lagi menjadi berita hangat saat ini. Berita Ramadan adalah lebih hangat. Alhamdulillah, tahun ini Allah mengizinkan saya untuk mengecap nikmat kejayaan yang lebih baik dari tahun tahun lepas. Peratus meningkat, gred juga meningkat. Tanpa izin dan rahmat Allah, belum tentu saya dapat capai apa yang saya targetkan pada tahun ini. Maka syukur ini hanya selayaknya saya panjatkan padaNya.

Terima kasih mama ayah, mak baba dan sahabat-sahabat atas doa yang dipanjatkan. Mungkin ada barakah di situ. Dan tentunya insan penting dalam hidup saya, suami tercinta. Terima kasih Abang di atas sokongan, dorongan, semangat, doa dan segalanya. Hanya Allah saja yang tahu betapa mujahadahnya berjuang menempuh hari-hari peperiksaan serta persiapannya saat diri tergolong dalam 'vulnerable group'. Alhamdulillah, segalanya mudah.

Tahniah juga pada kawan-kawan sekelas di atas prestasi yang sungguh baik tahun ini. We're now officially 5th year students. Congratulations!

Sempat juga memeriahkan program KEKAL '10 anjuran PMRAM yang berlangsung selama 5 hari di Cairo. Saya rasa saya adalah peserta terbaik dalam memeriahkan Bazar KEKAL '10. :P Menikmati makanan makanan yang jarang-jarang didapati di Mesir antaranya Char Kuey Teow dan ABC. Juga sempat singgah ke Bazar Johor menikmati Mee Bandung, Chicken Skeleton (baca : Ayam Rangka) dan juga ABC sebelum hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama MB Kedah. Bazar adalah antara motivasi terbaik untuk saya ke Cairo menghadiri program bersama abang :P Terima kasih abang :)

Antara program anjuran KEKAL '10 : Booth Pameran

Juga sempat menziarahi Sofiyya, baby of Kak Huda and Ust Fadzil, one of the mutazawwijin Mansurah. Tak sabar nak ada baby sendiri juga!




Banyak lagi kerja-kerja yang perlu dibereskan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Unit Akademik PCM perlukan lebih perhatian. Begitu juga ahlinya. Saya perlukan extra energy. Betul-betul perlukan. Semoga Ramadan menjadi booster dose of extra energy yang saya cari. Sungguh, tiada kekuatan melainkan Allah. Semoga Allah meminjamkan sedikit kekuatan pada saya untuk terus melakukan kerja-kerja Islam tanpa secubit pun rasa culas dan putus asa.

Doakan saya terus kuat. Pregnant bukan alasan untuk tercicir dalam meneruskan amal Islami.

Buat adik-adik dan sahabat-sahabat yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan Dur Thani, semoga dipermudahkan urusanmu. Semoga Ramadan ini membawa seribu keberkatan di atas kesabaran dan usahamu. Ganbate neh!


“Oleh karena itu banyakkanlah yang 4 perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. 2 perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya. 2 perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga dan perlindungan dari neraka.”