Assalamualaikum wbt.
KELAS
Pagi ini, kami pergi ke kelas seperti biasa after a week school-leave due to sudden Swine Flu Outbreak among our Com-Med lecturers (syafakumullahu syifa'an aajilan). After almost an hour waiting for Doctor yang tidak kunjung tiba, kami masing-masing tertanya-tanya adakah hari ini masih cuti. Maka salah seorang dari kami bertanya kepada pakcik penjaga dewan yang sedari tadi duduk di hadapan dan memainkan bacaan Al-Quran dari komputer di dalam dewan kuliah kami.
Kelakarnya, setelah hampir sejam menuggu, barulah pakcik tadi beritahu class masih belum bermula. Sekarang masih dalam fatrah cuti. Huhu. Pakcik, kenapa 'awal' sangat beritahu?
CUTI FREE
Pada awalnya, saya sedikit tidak puas hati dengan cuti yang tiba-tiba ini. huhu. Tetapi cepat saja Allah mengingatkan saya kembali dengan memberikan hikmah yang cukup baik buat saya. Beberapa urusan penting selesai dek kerana cuti yang tiba-tiba ini. Sungguh, perancangan Allah itu yang terbaik.
Seminggu cuti free bukanlah masa untuk berehat-rehatan seperti yang diangan-angankan. Begitu juga cuti hujung minggu yang pada tahun ini hanya pada hari Jumaat. Saya rasa, hari saya lebih relax pada hari kuliah. Namun hari yang sibuk memberi kepuasan pada saya. Masa saya tersusun dengan lebih baik, saya punya masa yang lebih berkualiti dan tiada pembaziran masa berlaku.
SIBUK
Siapa kata dengan sibuk bekerja, kita tiada masa untuk study? Semuanya terpulang pada disiplin diri masing-masing. Saya juga masih belajar untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin dengan masa. Dan saya sendiri merasakan sememangnya payah jika ia berkaitan dengan masa. Masa kita tidak akan pernah bertambah. Namun masa itu milik Allah, dia akan berikan kelebihan masa pada sesiapa yang dikehendakinya. Mahu atau tidak, kita perlu bijak menguruskan masa yang ada agar tidak berlalu sia-sia.
Lapangnya kita tidak bermaksud kita boleh menggunakan kelapangan kita 100% untuk study. Lapangnya kita juga tidak menjamin 100% kelapangan kita itu diisi dengan perkara yang berfaedah. Lapangnya saya, saya akan tidur, dengar lagu, watch movie dan bermacam-macam perkara lagi yang saya tak suka nak buat tapi saya buat juga. Teruk kan? Sebab tu saya lebih suka sibuk.
Saya ambil tuition Forensic. Doctor yang mengajar kami namanya Dr. Ekramy. Dia sangat2 menekankan agar kami study bersungguh-sungguh. Saya yakin dia seorang yang sangat sibuk. Dia adalah Doctor yang masih bertugas di hospital. Dan dalam masa yang sama juga, dia sedang menyambung pelajarannya dan menghadiri kelas-kelasnya. Tapi, dia sangat bagus. Dia mengajar kami tanpa merujuk mana2 buku atau nota. Masih lagi menghadiri kelas dan mengajar kami pada waktu yang dijanjikan.
Sibuk belajar tidak boleh kita jadikan alasan untuk kita meninggalkan jalan dakwah. Dakwah ini satu kewajipan yang nak atau tidak, kita kena buat. Tidak kiralah dakwah fardhiah ke, dakwah jam'iyah ke. Kita kena, mesti dan perlu buat. Manusia memang selalu sibuk. Apa yang membezakan adalah samada kesibukan kita itu adalah kesibukan dunia atau kesibukan akhirat.
Sibuk kita di mana?
Jika kita lihat, figure-figure hebat dalam medan dakwah seperti Syeikh Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan, Sayyid Qutb, Sayyid Sabiq dan ramai lagi, ketika mereka di dalam penjara, mereka menulis buku-buku yang menjadi rujukan umat Islam kini. Mereka juga menulis risalah-risalah dakwah yang bagus-bagus. Masa-masa mereka di dalam penjara selama betahun-tahun tu, mereka tidak sia-siakan sedikit pun. Tidak juga menjadi alasan mereka untuk tidak terus menyumbang dan bergiat dalam lapangan dakwah ini.
Lapang kita bagaimana? Apakah sumbangan kita pada Islam?
TANGGUH
Ada seorang adik bertanya pada sahabat saya dan pada masa itu saya berada di sebelah mereka. Dia bertanya boleh tak jika selama enam tahun ini dia nak sibuk study betul2 sahaja dan sibuk menuntut ilmu2 yang menjadi nilai tambah padanya sahaja tanpa menggalas tanggungjawab lain sebagai contoh terdekat, menjadi Mentor.
Adik ni, dia ada kefahaman tentang dakwah tetapi dia nak tangguhkannya sehingga dia selesai study dahulu dan selepas menggulung ijazah Perubatan.
"Ermm..kalau macam tu awak nak develop soft-skill di mana?," tanya sahabat saya. Saya mengganguk bersetuju dengan soalan yang diajukan kepada adik tersebut. Saya juga akan bertanya soalan yang sama.
Ramai orang tersilap. Soft-skill dakwah ini tidak akan tercetus dengan sendirinya. Ia perlu dibina dari masa ke semasa. Ramai orang yang berilmu tapi tak semestinya mampu menyampaikan ilmunya secara terang-terangan pada orang lain. Ramai juga orang yang pandai bercakap tetapi tidak punya ilmu yang banyak.
So why not we take both of them simultaneously? Isn't that a win-win situations?
Saya sendiri tidak punya banyak ilmu. Kadang-kadang pergi majlis ilmu pun malas. huhu. Nak buat SC pun malas. huhu. Tapi dalam masa yang sama saya tidak mahu mensia-siakan kelebihan dan anugerah yang Allah berikan pada saya begitu sahaja tanpa membantu deen Allah yang suci ini. Jadi mahu atau tidak, malas atau rajin, saya perlu mujahadah untuk menuntut ilmu semampu mungkin, memahami Islam secara keseluruhannya, mengaplikasikan dalam kehidupan dan seterusnya memahamkan orang lain tentang Islam yang sebenar.
Kalau ikutkan, saya nak sangat hantar surat tarik diri semasa nama saya naik menjadi calon AJK PCM sesi 09/10. Tetapi apabila saya renung dan fikirkan kembali, mungkin inilah cara terbaik yang Allah aturkan buat saya agar saya dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam jalan asing yang saya pilih ini. Tiba-tiba jadi AJK Akademik pula. Erm, siapa kata via academic kita tidak boleh jalankan amanah dakwah?
ACADEMIC?
Academic adalah salah satu cabang education. Education ini luas. Ada direct and indirect. Academic is an direct education which we gain from school, university etc. Education ni sangat penting untuk lahirkan individu Muslim yang hebat.
Dalam buku Child Education in Islam karangan Syeikh Dr. 'Abdullah Nasih 'Ulwan, dalam muqaddimahnya dia mengajukan satu persoalan : "What is the way to reformation and what is the starting point to reform the good society?"
Nak tahu apa jawapan beliau?
"The answer lies in the word "education" which encompasses many meanings, concepts and fields. It includes education of individual, the family, society and humanity. Under each meaning, there are other types and divisions. All these meanings aim at setting up noble societies and ideals."
Jadi apa kaitan dengan academic?
Our ultimate goal pada tahun ini adalah untuk memperkasakan akademik mahasiswa/wi Mansurah. Kita mahu lahirkan Doktor yang bagus akademik mereka. Penting ke bagus akademik ni?
Mestilah penting. Sebab bila akademik kita bagus, kita akan lebih yakin untuk menjadi seorang doktor yang bagus. Bila kita jadi doktor yang bagus, pesakit dan masyarakat akan percaya pada kita. Bila mereka percaya pada kita, senanglah kerja dakwah kita nanti.
QUALITY
Kalau anda belajar chapter Quality of Health Care (subject : Com-Med), salah satu component of quality is interpersonal relations by which means we have to be good so that to have a good relations between us and our patients. How to be good? By CREDIBILITY, RESPECT, RESPONSIVENESS and TRUST.
Kalau kita jadi doktor yang 'asal lepas' je, orang pun tidak akan beri kepercayaan pada kita even to give the correct and complete history apalagi to treat them. Ubat yang kita prescribe pun mereka takkan makan. Jangan lupa, masyarakat sekarang semua dah bijak. Teknologi juga dah maju. Mereka akan semak ubat yang kita prescribe tu dalam internet adakah betul ubat yang Doctors prescribe kepada mereka. Adakah berkaitan atau tidak dengan sakit yang mereka alami.
Jadi tiada alasan untuk kita tinggalkan akademik untuk dakwah atau tinggalkan dakwah untuk akademik. Ianya sama penting.
Faham ke?
NUTSHELL
In the nutshell, janganlah kita beralasan dengan macam-macam alasan untuk tinggalkan jalan dakwah ini. Dalam diri kita, mesti ada niat dan kemahuan untuk faham Islam dan sampaikan kefahaman Islam pada yang lain. There are too much soul to be saved to be healed. They're bleeding inside. Who gonna help them?
Where are we? What are we waiting for?