Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, May 14, 2009

Si Kecil dan Si Besar. Tangan siapa paling cantik?


Assalamualaikum wbt.


Post kedua pada hari ini. Tidak pernah2 dibuat oleh saya. Bukanlah teruja dengan sedikit masa yang lapang ini. Tetapi teruja dengan khabar kawan2 yang bukan di'dengar' tetapi di'lihat'. Dari mana lagi kalau bukan dari laman Friendster dan Facebook. Tahniah kawan2, anda semua berjaya membuat saya mengucap panjang dan beristighfar berkali-kali.


Tangan siapa paling cantik?


"Tangan Nini, Wahida dengan Kakak Syakila. Tangan siapa paling cantik?"

Soal saya pada dua sepupu kecil saya, Nini yang berusia 4 tahun dan Wahida yang berusia 5 tahun. Umur sahaja sedikit tetapi lagak mereka tidak seperti kanak2 kecil yang tidak mengerti apa. Pandai bergaya dan memilih gaya. Mungkin sedikit terpengaruh dengan sepupu2 perempuan yang lebih besar. Dan saya telah ditugaskan untuk 'mempengaruhi' mereka.


dari kiri : Wahida, Syakira, Kakak Syakila dan Nini



"Mana kita nampak tangan Kakak Syakila. Selak la legan baju tu..Asyik tutup aje."

Nini bersuara agak lantang. Bibirnya kecil tapi kata2nya petah. Semasa saya meninggalkannya dua tahun sebelum itu, alahai kecil lagi. Sekarang, banyak cakap. Macam 'mak nenek' kata atuk saya, Haha.


Wahida pula diam tersipu-sipu memandang saya. Saya perasan dia sedikit segan dengan saya. Walaupun menurut ibunya, ketika sepanjang dua tahun kami tidak berjumpa, sering dia bertanyakan pada Maknya dan Mak saya "mana Kakak Syakila mak?". Kerana dia agak manja dengan saya sebelum itu.

"Okay.." saya menyelak lengan dan merapatkan ketiga-tiga lengan kami selari.


"Sekarang siapa punya lagi cantik?" saya menyoal kembali.


"Mestila Kakak Syakila lagi cantik!" kedua mereka berkata serentak.


"Eh ye ka..? Taklah. Semua cantik. Tangan Kak Syakila..tangan Nini..tangan Wahida..semua cantik. Kita semua ada 5 jari cukup. Ada lengan.. Ada siku..Kan semua cantik dan sempurna?" kata saya.


"Tapi tangan Nini dengan Wahida gelap lah!" Wahida cepat2 menyahut sambil menarik tangannya dan disorokkan tangannya ke belakang.


"Ye ke? Macam mana boleh jadi gelap?" saya menguji.

"Sebab ayah kita dengan ibu kita gelap. Wak Ros (ibu saya) dengan Wak Aini (ayah saya) putih. Sebab tu Kakak Syakila boleh jadi putih!" jawab Nini pula.


Hahahaha. Tergelak saya. Makcik2 dan sepupu2 yang ada di sekeliling juga ketawa.


"Bukanlah. Tangan Kakak Syakila putih sebab Kakak Syakila tutup aurat.." Cik Zura, ibu kepada Nini mencelah.


"Kan Ibu suruh Nini pakai lengan panjang tapi Nini taknak kan? Nini nak pakai gown je. Sebab tu tangan dan kaki Nini gelap." sambung Cik Zura. Diam tak diam dia sebenarnya sedang mentarbiah anak perempuan sulungnya.


"Tapi Nini suka gown..Gown cantik la ibu.." Nini beralasan. Kan betul cakap atuk, pandai saja Nini berkata2. Tak padan kecil sepupuku itu.


Saya menarik Nini berdiri di hadapan saya. Kedua tangannya saya pegang.


"Nini, macam mana kan kalau tiba2 masa Nini tengah main masak2 macam semalam kan, tangan Nini melecur terkena air panas? Lepas tu kan, rambut Nini kena sambar api?" saya bertanya pada Nini.


"Habislah tangan Nini dah tak cantik. Lepas tu nanti Nini mesti jadi botak macam mamak" sambut Nini.


Hahaha. Mamak itu merujuk kepada seorang India Muslim, pemilik kedai runcit berdekatan dengan rumah atuk. Dia sememangnya botak.


"Haa..sebab tu la Kakak Syakila pakai macam ni. Sebab nanti, kalau Kakak Syakila pakai gown macam Nini, nanti dekat akhirat Allah bakar tangan dengan kaki Kakak Syakila sampai melecur sebab Kakak Syakila tak tutup aurat. Lepas tu Allah bakar rambut Kakak Syakila dengan api kalau Kakak Syakila tak pakai tudung. Heee..Nini takut tak? Kakak takut!!"


Saya 'berbahasa mudah' dengan Nini. Harap2 dia faham analogi pendek itu tadi. Kerana sebelum itu Cik Zura meminta saya bercakap dengannya kerana menurut Cik Zura, sebolehnya dia mahu mengajar Nini berlengan panjang dan bertudung tetapi Nini tetap berminat paka gown dan skirt.


"Heee..takutnya. Nini pun kena macam tu jugak ke kalau Nini pakai gown?" tanya Nini.


"Mestilah. Sebab Allah akan buat macam tu pada see..mua perempuan yang tak tutup aurat. Nini kan perempuan. Kalau Nini pakai gown, Nini pun kenalah bakar." saya membalas.





"Heee...Ibu ibu. Nanti Kakak nak suruh ayah belikan baju yang macam Kakak Syakila lah." Nini yang membahasakan 'kakak' dengan ibunya bersuara sedikit kuat.


"Tapi kakak nak yang warna pink ibu. Lepas tu nak tudung yang macam dalam cerita Soleha tau ibu!"


Hahaha. Adoi, masih lagi demand dan juga ada unsur2 pengaruh luar. Nasib baik cerita Soleha, cerita Indonesia yang menampilkan si cantik manis bertudung Indon itu.



Si Kecil dan Si Besar




Mudahnya menasihati dan memahamkan Si Kecil. Kerana hati mereka masih suci dan kosong. Kitalah yang mengisinya dan mencorakkannya seawal mungkin. Semoga Nini dan Wahida membesar dengan baik dan solehah serta istiqamah sehingga mereka besar.


Masalah timbul di kalangan Si Besar iaitu meraka yang merasakan diri mereka besar, matang dan boleh membuat keputusan sendiri. Ya, mereka sudah besar secara fizikal tetapi fikiran mereka masih belum baligh. Meraka tahu tapi TAK FAHAM BAHASA. Gaya moden menjadi ikutan. Pujian demi pujian membuatkan mereka terlupa dan terus hanyut.


Berpakaian sempurna mengikut ciri2 dan saranan Islam dikatakan kolot dan tak up-to-date. Lebih menyedihkan, dikatakan seperti orang tua. Pakaian mereka tu lah yang menampakkan mereka muda remaja dan vouge ya?


Semoga Allah melimpahkan Taufik da Hidayah-Nya ke dalam hati2 mereka. Agar mereka sedar dan celik. Agar mereka besar dan baligh.


Ingatlah, hati hanya akan tenang apabia kita berada betul di jalan-Nya.

3 comments:

arazma said...

didiklah anak2 sejak dari kecil lagi..seawal dalam kandungan..secepat ketika merancang utk mendapatkan zuriat.....
moga Allah kurniakan anak2 yg beriman dan beramal soleh buat kita..

- ismisyakila - said...

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih kak Azma. Betul tu mendidik seawal sebelum anak lahir.

Tapi yang dah lahir dan dah besor panjang ni macam mana pulak ye?

Bila ditegur kata kita menyibuk kehidupan peribadi mereka.

Bila tidak ditegur rasa hati tak keruan.

Adoi pening dibuatnya.Semoga Allah memberi taufik-Nya pada mereka.

ustazmadinah@yahoo.com said...

askum ,artikel yang baik , minta komen dan pandangan di blog saya yg baru dalam penulisan http://as-sahih.blogspot.com/

terima kasih ex universiti madinah

wassalam