Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, May 15, 2009

Realiti Cerita Hati

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan lagi untuk menulis. Dan insyaAllah pada hari ini saya akan bercerita serba sedikit tentang perjalanan hidup saya. Saya bukanlah seorang yang hebat sehinggakan kehidupan saya ingin saya canangkan. Saya hanyalah insan biasa yang penuh dengan kelemahan. Tetapi biarlah cerita insan biasa ini sedikit sebanyak boleh diambil pengajaran tidak kira dalam apa jua bentuk asalkan baik penilaiannya.

Kepada yang tidak pernah mengenali saya, saat saya menulis ini, saya merupakan seorang pelajar perubatan tahun 3 di Universiti Mansurah Mesir. Mungkin semua beranggapan pelajar perubatan adalah orang yang cerdik pintar. Tapi kenyataan itu bukanlah yang sesuai untuk saya. Tetapi insyaAllah, saya akan sentiasa bersyukur di atas segala yang Allah kurniakan buat saya.

Saya orang biasa yang tahap kepintaran juga biasa. Saya tidak pernah mencapai straight A's dalam semua peperiksaan saya bermula daripada UPSR, PMR mahupun SPM. Sehinggakan cita2 saya untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh tidak pernah kesampaian. Saya terus berada di sekolah menengah yang saya kira sangat berjasa kepada saya. Terima kasih tidak terhingga pada guru-guru dan warga sekolah kerana telah 'melahirkan' saya yang tidak seberapa ini.

Sejak saya berumur 10 tahun, saya bercita-cita menjadi seorang doktor. Saya sering mengulang cita2 itu berkali-kali di hadapan kedua ibubapa saya agar mereka tahu saya betul2 ingin menjadi seorang doktor. Pada masa itu, saya tidak tahu apakah niat sebenar saya ingin menjadi seorang doktor. Apa yang pasti, saya ingin menjadi seorang doktor.

Mungkin kerana cita2 yang kuat itu jugalah membuatkan saya tidak pernah berputus asa untuk berusaha sebaik mungkin demi mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Kerana saya tahu, untuk masuk ke sekolah perubatan, saya mesti medapatkan keputusan yang cemerlang. Sehinggalah peperiksaan SPM, saya hanya mendapat kurang dari 10 A dari 13 subjek yang saya ambil.

Sedih?

Ya saya sangat sedih ketika itu. Mereka di sekeliling beranggapan keputusan peperiksaan saya itu sudah cukup hebat dan memuaskan apatah lagi di kalangan keluarga besar saya, saya boleh di kira antara yang terpandai. Dan mereka juga berharap saya boleh memecah tradisi keluarga dengan menjadi seorang doktor. Setakat ini, kerjaya terhebat yang mempelopori susur galur keluarga kami adalah pensyarah dan jurutera. Belum ada lagi doktor.

Jadi mungkin anda boleh bayangkan di sini bahawa cita2 saya bukanlah sekadar cita2 perseorangan tetapi saya membawa cita2 kedua ibubapa saya dan juga keluarga besar saya. Sehingga kini, saya dijadikan contoh oleh pakcik2 dan makcik2 saya pada anak2 mereka. Berat tanggungjawab itu sebenarnya kerana bagi saya, biarlah mereka mencontohi bukan sahaja pencapaian saya dalam pelajaran. tetapi akhlak dan sahsiah saya juga. Sebab itu saya juga mencuba untuk menjadi yang terbaik bukan sahaja dalam pelajaran tetapi dari segi berakhlak dan bersahsiah.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana saya boleh sampai ke sini dan mengambil bidang perubatan biarpun pada mulanya saya menekankan keputusan SPM saya langsung tidak melayakkan saya untuk mengambil jurusan perubatan apatah lagi di luar negara.

Allah itu Maha Besar. Alhamdulillah saya punyai kedua ibubapa yang sangat supportive. Kecewa saya dengan keputusan saya itu, mereka pujuk. Saya dinasihati agar sentiasa berbaik sangka dengan Allah.

Pada mulanya, saya mendapat tawaran ke matrikulasi. Pastinya mama dan ayah sangat gembira. Mereka mengatakan inilah peluang saya. Saya masih boleh bermula untuk mencapai cita2 saya untuk mengambil bidang perubatan. Syaratnya, jangan berputus asa dan mencuba yang terbaik merebut peluang ini.

Saya terima tawaran matrikulasi tersebut yang juga merupakan matrikulasi pilihan pertama saya ketika saya mengisi borang UPU. Namun saban hari saya tetap menangis sendiri. Bukanlah saya menyesal atau berburuk sangka dengan Allah, tetapi betapa payahnya jalan2 yang saya lalui. Saya pohon agar Allah tetap memberi saya kekuatan dan semangat untuk saya menggapai cita2 dunia saya itu jika itu yang terbaik buat saya. Saya merayu agar Dia memudahkan jalan saya dan memelihara saya dari kegagalan dan kekecewaan.

Pengajian di matrikulasi sangat mencabar. Sehingga saya rasakan 4 flat itu tak mampu saya capai dan saya rasakan seperti ingin berputus asa. Setiap hari saya mesej ayah meminta kata2 semangat. Sehinggalah pada suatu hari, saya terima mesej dari kawan baik saya semasa di sekolah menengah dulu bahawa saya di minta untuk mengambil borang memohon belajar di Mesir dalam bidang perubatan. Hanya 6 orang sahaja yang di tawarkan untuk mengisi borang tersebut.

Saya mengucap syukur dan menghubungi ayah saya untuk mengambil borang tersebut. Pada minggu yang sama, ayah dan mama datang dari Selangor ke Kedah untuk saya mengisi borang tersebut. Urusan mengisi borang bukanlah semudah yang disangka. Pelbagai proses perlu di lalui. Ayah dan mama meminta saya untuk tidak risau dan meneruskan study di Matriks seperti biasa. Biar mereka yang menguruskan semuanya. Dari urusan mengambil cabutan sijil lahir di Ipoh sehingga urusan menterjemah di KL yang perlu dibuat dalam masa seminggu, sudah pasti membuatkan mereka begitu letih. Ya Allah, Engkau sahaja dapat membalas jasa2 mereka.

Setiap hari saya bangun malam dan berdoa agar Allah memperkenankan cita2 saya dan memudahkan segala urusan pada kali ini jika itu yang terbaik buat saya. Saya tetap belajar seperti biasa kerana belum pasti lagi saya akan di tawarkan belajar di Mesir. Yang ditawarkan pada saya adalah untuk mengisi borang memohon mendapatkan tempat belajar di Mesir bukanlah di tawarkan untuk belajar di Mesir.

Alhamdulillah Allah memperkenankan doa2 saya apabila ayah menghubungi saya mengatakan bahawa permohonan saya diterima. Saya perlu ke Mesir secepat yang mungkin kerana sesi pembelajaran sudah bermula. Betapa saya teruja. Saya bersyukur pada-Nya dan mengucapkan terima kasih pada mama dan ayah. Tanpa susah payah dan doa mereka, belum pasti saya mendapat apa yang saya impikan itu.

Mama pernah bercerita, pada mulanya ayah sedikit berat untuk memulakan urusan kerana keadaan kewangan pada masa itu tidaklah begitu menyokong. Mujur mama mempunyai sedikit simpanan yang mencukupi untuk membiayai yuran pengajian dan sara hidup saya sepanjang tahun pertama saya di sini. Mama juga pernah berkata pada ayah, walaubagaimana payah sekalipun, mama dan ayah mesti usahakan agar cita2 saya untuk menjadi doktor tercapai. Saya hanya mampu menitiskan air mata saat mama bercerita.

Sejak dari saat itu, saya berjanji pada diri sendiri, saya akan bawa pulang segulung ijazah kedoktoran buat mereka tepat pada masanya. Saya berjanji saya akan buat mereka tersenyum bangga. Saya berjanji saya akan buat mereka hilang rasa letih buat seketika ketika melihat kejayaan saya. Saya berjanji.

Cerita saya tidak berakhir di situ.

Semasa di tahun pertama, saya di biaya sepenuhnya oleh ayah dan mama. Saya sedikit risau kerana berapalah sangat gaji ayah sebagai seorang pekerja biasa di syarikat swasta. Mama pula tidak bekerja. Saya masih ada dua lagi adik di bawah saya untuk di tanggung pengajian mereka. Saya tidak pernah meminta duit melainkan di tanya.

Alhamdulillah, keputusan tahun pertama saya baik dan membolehkan saya memohon pinjaman yuran pengajian dari JPA. Namun ada cerita di sebalik itu. Mama pernah bercerita, sebelum tawaran saya diluluskan, mama hilang sejumlah duit yang agak banyak. Mama sedikit terkilan. Tapi saya tahu salah satu kelebihan Mama, beliau sentiasa berbaik sangka pada Allah. Katanya, pada masa itu beliau memujuk hati dengan mengatakan mungkin Allah mahu memberi rezeki yang lebih baik. Dan beberapa hari selepas itu, kami mendapat berita bahawa pinjaman yuran pengajian saya diluluskan. Alhamdulillah syukur.

Betapa kedua ibubapa saya terpaksa berkorban demi anaknya yang seorang ini.

Sehingga sekarang, JPA hanya menanggung yuran pengajian. Sara hidup dan keperluan pengajian yang lain, masih di bawah tanggungan ayah. Saya juga mendapat sedikit bantuan dari zakat Selangor. Alhamdulillah syukurlillah.

Sehingga sekarang saya masih tidak jemu mencari lubang2 biasiswa mahupun bantuan dari mana2 pihak. Kerana jujurnya, beberapa keperluan saya sebagai seorang pelajar perubatan masih belum mencukupi. Buku teks perubatan dan bahan rujukan tambahan yang perlu di beli, instrumen2 perubatan yang perlu dimiliki, biaya kelas tambahan yang tinggi dan kos sara hidup yang semakin meninggi.

Kadang2 saya letih berfikir tentang duit. Sehinggakan kadang2 saya menangis sendiri.

Hati sedikit cemburu melihat kawan2 yang berpenaja. Biarpun kadangkala mereka lambat mendapat duit, sekurang2nya masih ada harapan mereka akan mendapat duit yang tertunggak.

Belum lagi cemburu melihat kawan2 yang mampu untuk membeli tiket pulang ke Malaysia dua kali dalam setahun sedangkan saya dua tahun sekali pun belum tentu mampu.

Tidak mengapalah. Semoga Allah sentiasa melapangkan rezeki dan memenuhi segala kecukupan agar sekurang-kurangnya saya tidak berhutang dan tidak meminta-minta.

Saya dan beberapa rakan ada juga mengusahakan agar pihak JPA menaikkan pinjaman kami kerana junior di bawah kami, pinjaman yang diluluskan nilainya 3 kali ganda dari kami. Sedangkan kami cukup2 untuk bayar yuran sahaja. Bayangkanlah.

Bukanlah kami tidak bersyukur dengan apa yang diberi tetapi tak betahkan pihak2 tertentu memahami situasi kami yang sukar ini. Kalau saya dari kalangan orang senang, mungkin saya tidak kisah. Tapi jawapan yang diberikan pada kami hanya mengundang kecewa. Saya memujuk diri sendiri.

Tidak mengapalah. Mungkin sekarang ini saya sedang diajar oleh-Nya erti sabar, kuat semangat, bersyukur dan bersederhana dalam kehidupan.

Semasa saya berumur belasan tahun, ayah selalu bercerita pada kami adik beradik bahawa dahulu ayah terpaksa memetik koko di kebun atuk agar boleh dijual koko tersebut dan hasilnya ayah buat belanja sekolah. Ayah kata, ketika ayah duduk asrama dulu, atuk bagi duit cukup2 untuk tambang bas pulang ke asrama.Duit belanja tidak diberi kerana kata atuk, asrama menyediakan makanan setiap hari. Terpaksalah ayah melopong melihat kawan2 ayah membeli barang2 kehendak mereka.

Ayah juga pernah bercerita bahawa ayah terpaksa menamatkan pengajiannya di UiTM sebelum masanya kerana tiada siapa yang mahu menanggung pembelajaran ayah. Adik beradik ayah ramai dan di bawahnya masih ramai lagi yang kecil2 dan bersekolah. Cita2 ayah terpaksa ayah lupakan.

Ayah mengatakan bahawa ayah akan cuba yang terbaik agar ayah dapat mencukupkan segala keperluan kami adik beradik agar kami dapat belajar dengan baik. Ayah cuma mahukan agar kami belajar bersungguh-sungguh. Sehingga kini, motivasi tersebut melekat di hati saya. Membuatkan saya tidak pernah berfikir untuk berputus asa.

Biarlah saya menangis saban hari menahan kepayahan ini. Apa yang penting, saya mahu habiskan pengajian ini tepat pada masanya supaya saya dapat menggembirakan hati kedua ibubapa saya dan juga membalas jasa2 dan penat lelah mereka. Saya mahu merealisasikan impian dan cita2 yang bukan sahaja milik saya tetapi kedua mama dan ayah saya.

Semoga saya diberi peluang untuk menyenangkan hati mereka. Semoga saya diberi peluang untuk membuat mereka rasa sedikit bangga. Semoga saya diberi peluang untuk memberi mereka rasa gaji pertama saya. Semoga saya diberi peluang untuk memberi mereka hidup yang lebih selesa. Semoga saya diberi peluang untuk merawat sakit mereka dengan tangan saya sendiri. Semoga saya diberi peluang untuk memberi yang terbaik buat mereka pula.

Semoga Allah memberi peluang pada saya untuk melaksanakan semua itu. Semoga Allah memudahkan jalan ini. Semoga Allah meminjamkan saya sedikit kekuatan-Nya untuk saya meneruskan perjuangan ini. Semoga Allah merahmati kedua ibubapa saya setap masa.

Siapa pun anda yang terbaca entri ini, saya mengharapkan doa dari kalian semua agar setiap langkah dalam hidup saya dipermudahkan dan dirahmati-Nya insyaAllah.

Nasihat saya khusus buat diri saya sendiri dan umumnyabuat semua ;

Ingatlah, ketika anda merasakan susah, janganlah mengeluh kerana ada lagi yang lebih susah dari anda. Ketika anda berasa senang, janganlah kufur dan melupai Dia. Segalanya milik Allah. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali.

Semoga saya terus diberi kekuatan.
Semoga saya terus thabat dan istiqamah di jalan ini.

Wahai Allah.. biarlah payah aku melangkah di dunia asalkan lancar perjalanan akhiratku. Jika itulah yang terbaik buatku..




Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

13 comments:

Anonymous said...

Sabar Syakila..
Ini semua dugaan-Nya.
Dugaan-dugaan ini akan mematangkan kamu dalam menghadapi semua cabaran.
Saya akan sentiasa mendoakan kamu.

EamZ said...

((oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan))
Al-Insyirah:5-6

Teruskan usaha dan doa. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

izzatkamal said...

salam ya ukhti...
jgn memandang akan lebihnya kenikmatan yg ALLAH bg kat org len..tapi pandanganlah kpd mereka yg kurang diberi nikmat..maka disitu kita akan menyedari...bahawa terlalu byk dah ALLAH bg kat kita..mungkin kita kurang harta tapi diberi kelebihan yg len..ALLAH tu maha adil kan3?

- ismisyakila - said...

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Terima kasih atas nasihat sahabat2.

Tulisan ini bukanlah keluhan tetapi sebagai peingatan kepada diri dan mereka di luar sana bahawa sentiasalah pandang ke bawah ketika kita senang mahupun susah.

Jika kita susah, ada lagi yang lebih susah.Jangan mengeluh..

Jika kita senang, jangan lupa masih ada lagi yang susah. Jangan kufur..

Susah dan senang insyaAllah akan tetap terus disyukuri.

Kesusahan banyak mengajar erti hidup. Kesenangan banyak mengajar erti syukur.

Semoga kita sama2 berjaya mencapai redha Allah.

gorengTelor said...

hmmm..sedih cite ni
xpelah,sabar banyak2..
Allah itu maha adil...
(lg 1 nak mntak maaf kalo ade slh silap.especially hal 'klinik' sbb mmg terlupe lansung psl tu.xpe,lps exam on balik.insyaallah.bape kali janji daa...)

Anonymous said...

salam kak syakilah, maaf semalam dayah dtg umah akak, then cerita pasal jpa, maaf maaf sangat, rasa bersalah menghantui diri ini. insya ALLAH, sama2 berdoa ye, insya ALLAH rezeki ALLAH tu sangaaaaatt sangaat luass.. :)

wassalam~ jazakillah ya ukhti. sedap sgt mahsyi, tp segan :p

-hidayah ahmad-

- ismisyakila - said...

Wa'alaikumsalam wbt.

Eh dayah, no biggie because tiada kaitan pun dengan yang kita sembang tu.

Allahu akram ya ukhti ;)
Jemput datang rumah lagi minum tea ye.

arazma said...

syakila, sabar dgn dugaan Allah..bersyukur kerana masih mampu melanjutkan pelajaran di sana..dikurniakan akal yg cerdik dan kesungguhan dlm mengejar cita2.. bleh syer pengalaman ni utk iktibar kpd yg lain, terutama adik2 yg lepas spm...

Anonymous said...

salam perjuangan,
semoga kalian tabah, insyallah Allah Maha Adil,
mengetahui isi hati hambanya.

ada hikmah dan sentiasalah bersangka baik dengan Allah..

Anonymous said...

salam perjuangan
semoga anda tabah mengharungi semua ini

ada hikmah di sebalik kepayahan, dan anda tidak bersendirian di sini

Sangka baik dengan Allah ,semoga bahagia selalu..

duan said...

Sakila, goodluck! =D

Anonymous said...

..ujian adalah tarbiah/latihan dr Allah utk kita terus survive dlm hidup ni.maka beruntungla ukthi..dan Allah xpernh pon menzalimi kita tp kita yg selalu menzalimi diri kita sendiri..slmt maju jaya ~sukawindow

Anonymous said...

juz a silent reader..=)
Allah datangkan ujian dan cubaan pada hambaNya yang terpilih,tanda kasihNya dia pada yag diuji..
semoga Allah sentiasa melapangkan jalanmu,mempermudahkan langkahmu..
All da bez cik syakila..

i luv ur writing btw..^__^