Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, May 27, 2009

SEMPIT

Assalamualaikum wbt.


Dahulu saya tidak tahu erti dakwah yang sebenar.


"Ma, tadi kan akak nampak ada sekumpulan orang lelaki berjubah, berserban lepas tu janggut dia panjang... Macam Osama bin Laden! Siapa tu Ma?" saya menyoal bonda sepulangnya saya dari kedai membeli barang dapur yang dipinta oleh bonda.

Dahulu saya takut dengan orang2 sebegitu. Impresi saya, mereka membawa ajaran sesat. haha.

"Oh..itu orang2 Tabligh.." jawab bonda tenang.

"Orang Tabligh? Apa tu?" saya menyoal kembali.

Saya betul2 terlupa bahawa perkataan 'Tabligh' itu sudah boleh kira sinonim dan selalu saya dengar melalui subjek2 yang saya pelajari di sekolah agama sejak di bangku sekolah rendah.

Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah adalah empat sifat Rasul. Dan Tabligh itu bermaksud menyampaikan.

"Orang2 Tabligh ni dia datang kat kampung2, berdakwah pada orang kampung. Ajak orang berjemaah di masjid2 atau surau2. Ajar mengaji. Beri ceramah.Beri pemahaman tentang agama." bonda menjawab.

"Ooo.." saya mengangguk.

"Diorang datang kat kampung kita lepas tu diorang duduk kat mana? Kenapa dia jalan2 macam tadi? Dia pergi mana pulak Ma?" saya menyoal lagi dengan muka penuh minat ingin tahu.

"Selalunya diorang menetap sementara di surau atau masjid. Bila waktu siang, diorang akan pergi dari satu rumah ke satu rumah ajak orang2 lelaki ke surau atau masjid untuk solat berjemaah ataupun mengaji."

"Ooo..lepas tu diorang duduk surau, diorang masak kat mana? Diorang berdakwah ni ada gaji ke Ma?" saya terus lagi meluahkan persoalan di kepala saya.

"Isk kedai kan banyak. Lagipun ada je kadang2 orang jamu mereka. Kamu jangan main2..Ayah pernah cerita kat Mama, orang2 tabligh ni kerja bagus2. Engineer, Cikgu, Entrepreneurs etc. Rasanya diorang ada persatuan penggerak. Entah, Mama pun tak jelas" jelas Bonda.

"Uih wow! Gile lah..dah la kerja hebat2. Lepas tu sanggup pulak pergi kampung2 untuk berdakwah." saya memuji penuh kagum.

"Kerja dakwah ni kerja setiap orang islam. Apabila kita ada ilmu, sampaikan dan berkongsi walaupun sedikit." Bonda menokok.

Saya mengangguk tanda faham.

"Tapi diorang tak pernah pun datang rumah kita bedakwah?"

"Sebab rumah kita takde lelaki.." Bonda menjawab pendek.


"Haa..? Habis tu Ayah dengan Abang tu..err..bukan ke lelaki?" saya menyoal dengan dahi berkerut.


"Assalamualaikum..."

Terdengar suara orang memberi salam dari luar. Saya yang pada waktu itu masih belum menaggalkan kerudung kepala menjenguk keluar.

"Wa'alaikumsalam.."

"Haa ..Ma! Itulah orang tadi tu!" saya memanggil Bonda.

"Ayah ada kat rumah dik?" salah seorang daripada mereka bertanya. Masih muda lelaki tersebut. Mungkin dalam awal 20-an. Mukanya bersih dan tenang.

"Oh, ayah takde. Pergi kerja. Malam nanti baru balik.." saya menjawab sambil mata memerhati setiap seorang mereka. Lebih kurang 7 orang semuanya. Dan muka2 mereka MasyaAllah.. Cantik sungguh!

"Oh takpe..nanti cakap pada ayah, datanglah ke surau. Malam ini ada ceramah dan sedikit jamuan insyaAllah.." lelaki tersebut menyambung.

"Okay insyaAllah..Terima kasih." saya menghadiahkan sebuah senyuman tanda hormat dan menghargai.

"Terima kasih. Assalamualaikum.." dan mereka berlalu pergi.

Baru saya faham kenapa Bonda mengatakan "rumah kita takde lelaki.." kerana rumah kami pada waktu siang memang tiada insan bernama lelaki di rumah. Ayah keluar bekerja, Abang sememangnya tiada di rumah pada masa itu dan adikku ke sekolah. Takkanlah mereka hendak masuk ke rumah yang tiada lelaki kan?


Begitulah antara pemikiran sempit saya tentang dakwah suatu masa dahulu.

Bagi saya, dakwah itu hanyalah menyeru orang bukan Islam supaya mereka memeluk Islam. Seperti di perkampungan orang2 asli di pinggir hutan.

Bagi saya, dakwah itu hanyalah tanggungjawab para ustaz2 dan ustazah2 yang alim tentang agama. Orang yang berjanggut berserban dan berjubah bertudung labuh.

Bagi saya, saya dakwah itu hanyalah dengan cara memberi ceramah2 seperti dalam program Ehwal-Islam di RTM 1 tu.

Rupanya, dakwah itu luas terjemahannya.

Menyeru dan memahamkan umat islam tentang Islam dan aplikasinya dalam kehidupan. Menyeru kepada kebaikan. Dan bermacam2 lagi.

Benda kecil seperti menyuruh adik saya berstoking juga adalah dakwah rupanya.

Apa lagi sehingga sebesar2 perkara seperti amar makruf dan nahi mungkar.

Dan kini, saya tersangat menginginkan diri saya agar dapat menjadi sebahagian daripada mereka yang berjuang di medan ini.


Biarpun diri masih setahun jagung.

Biarpun kaki masih bertatih.

Biarpun ilmu masih tohor.

Tapi tak mustahil bukan?

Kerana benih jagung akan bertunas dan membesar membuahkan hasil juga.

Kerana yang bertatih akan berlari juga.

Dan yang tohor akan dalam juga.

Terasa ingin darah dan uratsendi ini menyumbang sesuatu untuk deen yang saya anuti sebelum ia lemah longlai tidak bermaya.

Terkadang merasakan diri sudah terlambat but its better late than never right?





Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

7 comments:

teacherpiqah said...

salam akie!
moga depermudahkan..IA,ingat janji Allah
Dia akan menolong hambanya yang menolong agamaNya..
moga kte bersama2 trus berada pada jalan mencri redhaNYA..ameen~

Anonymous said...

SALAM...dakwah...dakwah...dakwah...,ada seorg shbt nabi pnah berkta...klau aku solat 5 waktu..pastu aku bpose..then aku menghalalkan apa yg halal..dan sebaliknyer..apakh aku akn masuk syurga??nabi ckp YA..ttpi knpa kita nak bdakwah sdgkn kita bleh msuk syurga dgn cra2 diatas??sbbnyer...salah stu sift nabi adlh mnympaikn..cuba kita tgok org zmn skrg ni...mcm2 ragam dan buruk baik prgai mereka,,,yg buruk tu kita kna btulkn,,nnti diakhrt kelak mereka2 ini akn mnyekat kita ut ke syurga..mereka berkta"TGGU DLU...knpa engkau tdk mngur aku ktika aku buat SALAH!!...walaupun amalan kita bnyk..ttpi tidak ada gunayer..sdgkn nabi takut akan umat2nyer msuk ke neraka,,,apatah lg kita ni..yg hnya pntgkn dri sndri,,adkh kita nak lihat ibu ayah ..adik2 kita msuk ke neraka skli,,sudah tntu kita tdk sgup..right??jd tugas kita lah dlm membimbing mereka ke jln yg benar,,pelahan2 lah syakila dlm membimbing mereka2 ni..trutama rakan2 kita di mansurah ni dan klurga kita dlm menuju jln kebenaran yg diredhai ALLAH...xm di dunia adalh kejayaan bsama,,sama jgk xm diakhrt utk kejayaan bsama,,GUD LUCK..(NUR)

Anonymous said...

SALAM...dakwah...dakwah...dakwah...,ada seorg shbt nabi pnah berkta...klau aku solat 5 waktu..pastu aku bpose..then aku menghalalkan apa yg halal..dan sebaliknyer..apakh aku akn masuk syurga??nabi ckp YA..ttpi knpa kita nak bdakwah sdgkn kita bleh msuk syurga dgn cra2 diatas??sbbnyer...salah stu sift nabi adlh mnympaikn..cuba kita tgok org zmn skrg ni...mcm2 ragam dan buruk baik prgai mereka,,,yg buruk tu kita kna btulkn,,nnti diakhrt kelak mereka2 ini akn mnyekat kita ut ke syurga..mereka berkta"TGGU DLU...knpa engkau tdk mngur aku ktika aku buat SALAH!!...walaupun amalan kita bnyk..ttpi tidak ada gunayer..sdgkn nabi takut akan umat2nyer msuk ke neraka,,,apatah lg kita ni..yg hnya pntgkn dri sndri,,adkh kita nak lihat ibu ayah ..adik2 kita msuk ke neraka skli,,sudah tntu kita tdk sgup..right??jd tugas kita lah dlm membimbing mereka ke jln yg benar,,pelahan2 lah syakila dlm membimbing mereka2 ni..trutama rakan2 kita di mansurah ni dan klurga kita dlm menuju jln kebenaran yg diredhai ALLAH...xm di dunia adalh kejayaan bsama,,sama jgk xm diakhrt utk kejayaan bsama,,GUD LUCK..(NUR)

- ismisyakila - said...

Wa'alaikumsalam

to syafiqah : insyaAllah :)

to Nur : siapakah anda? terima kasih btw :)

Anonymous said...

salam..mabruk dpt buat post psl dakwah ni.jarang benor kaum ibu ni komen psl ni.smgoa diri anda menjadi contoh teladan terbaik kpd insan2 diluar sana(samada yg terlalu terbuka@terlalu syadid x bertempat).andalah yg ditengahnya..harap pas ni dpt buat post psl politik Islam plk(klu dberi klpgan masa).bab ni mmg kaum ibu sedikt ketinggalan kt msia.rmai yg lebih suka join badan2 NGO..politik juga salah satu kaedah dakwah..dan politik itu tidak KOTOR,tgn dan mulut manusia yg mengotorkannya..Allah yubaarikfiik wa najjahna _sukawindow

- ismisyakila - said...

Wa'alaikumsalam.

Terima kasih sukawindow. Untuk post tentang politik Islam ni kena banyak lagi timba ilmu. Tak mahu cakap2 kosong sahaja.

Tapi insyaAllah. Tiada yang mustahil InsyaAllah jika Allah izinkan, saya akan tetap usahakan untuk memperbaiki penulisan dan isi tulisan.

Terima kasih sekali lagi :)

Ahliahnizam said...

Salam ....

Dakwah, atau mengajak manusia kepada amal maaruf nahi mungkar adalah tugas setiap insan.

Kita yang claim kita ni sebagai umat nabi, haruslah meneruskan kerja2 nabi saw.

Insya-Allah ...