Alhamdulillah segala puji-pujian hanya bagi Allah yang Maha Agung.
Terasa lapang sementara hati yang sesak ini apabila telah selesai melalui 3 hari genting yang berturut-turut bersama Pharmacology. Yang berbaki adalah exam oral pada 19hb May ini dan akan di teruskan pula dengan subjek kedua, Parasitology bermula 25th May. Semoga Allah memberi kemudahan, ketenangan dan kejayaan.
Sejak semalam otak ligat mencari isi2 yang boleh dikongsi di sini. Namun secara totalnya gagal ditemui. Biarlah jari-jemari ini menari-nari di papan kekunci mengungkapkan apa yang tidak terungkap, mengisahkah apa yang tidak terkisah dan melunaskan apa yang belum terlunas.
MOTHERS' DAY
Hari ibu 10th May lalu sedikit sebanyak membawa rindu pada teratak oren kepunyaan ibubapa saya di kampung. Betul-betul rindu. Bak kata sahabat serumah saya, sejak akhir2 ini begitu mahal suara saya untuk diperdengarkan. Kata yang sama pernah diluah bonda.
"Mahalnya suara.."
"Ha? Kenapa mahal pulak ma?" soal saya pada bonda. Belum sempat saya bertanya khabar. Saya di soal selepas memberi salam.
"Iyelah. Lamaaa tak telefon. Meseeej je.. Macam2 cerita dah dunia. Selesema babi, Politik Perak, Taliban. Mesir takde cerita pun?"
"Hehehe.." saya tersengih sendiri. Terasa diperli.
"Exam la mama..Sowry.." saya mengulit alasan.
Sememangnya saya sentiasa mengasak fikiran ibubapa saya tentang betapa sibuknya saya di tahun 3 supaya jika saya tidak menghubungi mereka, automatik fikiran mereka menyatakan 'Oh, kakak sibuk agaknya..' agar tidaklah mereka risau jika saya tidak telefon. Tetapi sebolehnya, saya mengajar diri saya untuk tidak lupa teks mereka sekerap mungkin.
I don't know if I'm right. I just hope I am. Maafkan anakandamu ini ayah bonda.
Dan sehingga kini, masih belum berkesempatan menelefon rumah, bertanya khabar mahupun megucapkan Selamat Hari Ibu secara terus kepada seorang wanita hebat dalam hidup saya, Mama. Bagaimanapun, berbaris-baris doa tidak akan pernah saya lupa untuk dihadiahkan pada keduanya setiap hari insyaAllah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu Mama Ayah.
PERAK
Satu lagi isu hangat dan sengit minggu ini. Setiap kali membuka laman sesawang Berita Harian, tajuk2 berkaitan politik Perak yang saya klik dahulu. Tahu juga OIAM dimenangi oleh Tomok Newboyz, tetapi isu Perak adalah antara yang lebih menarik minat. Mungkin kerana adanya sedikit darah Teluk Intan mengalir di dalam arteri dan vena saya. Mungkin.
Pada mulanya saya tidak faham juga kerana isu-isu berkaitan politik ni, saya kurang rajin untuk ambil tahu, Tapi menyedari pentingnya mahasiswa mengetahui isu2 general yang berlaku di dalam dan luar negara, saya berusaha mengambil tahu. Mujur ada duta-duta kecil politik di rumah saya ini yang rajin mengisahkan kembali cerita2 yang berlaku. Kalau tak, melopong mengiakan je lah. Itu pun saya kurang faham. sengih*
Semoga DS Nizar beroleh kemenangan. Semoga pihak yang benar beroleh kebenaran.
Dan antara yang lain, TGHH kekal sebagai Presiden PAS dan TGNA kekal sebagai Mursyidul Am PAS.
*Isk, bicara politik pula dia ni.
SELESEMA BABI
Selesema babi ataupun Swine Flu juga isu terkini dunia. Wabak pandemik ini menggusarkan hati sesiapa sahaja terutama Mei Mei, Kamala dan Catherine. Pastinya mereka akan merindui HamBurger mahupun HamSteak. Secara tidak langsung atuk2 dan nenek2 Siti lah yang terkena tempiasnya kerana harga ayam naik!
Selesema babi ataupun Swine Flu juga isu terkini dunia. Wabak pandemik ini menggusarkan hati sesiapa sahaja terutama Mei Mei, Kamala dan Catherine. Pastinya mereka akan merindui HamBurger mahupun HamSteak. Secara tidak langsung atuk2 dan nenek2 Siti lah yang terkena tempiasnya kerana harga ayam naik!
Mereka tidak tahu bahawa H1N1 tidak merebak melalui makanan tetapi sebenarnya melalui droplet atau dalam bahasa ibunda, 'titis air' yang mempunyai virus tersebut seperti semasa bersin, ketawa, batuk ataupun bercakap. Ia juga boleh merebak jika kita tersentuh barang2 yang terkena titis air tadi.
Alhamdulillah setakat ini tiada kes H1N1 lagi yang dilaporkan di Malaysia melainkan seorang suspek yang baru pulang bercuti dari Thailand dan warga Kanada di Sabah yang bagaimanapun dipercayai bebas H1N1.
Tetapi, hangat pula dengan berita meninggococcal infection, Meningococcal Meningitis yang menjangkiti pelatih2 akademi JPJ.
Apabila diuji dengan pelbagai wabak dan penyakit, maka perlulah bermuhasabah adakah kita sebenarnya yang telah mengundang murka Allah. Astagfirullah al-azim..
Seronok juga bercerita tentang virus H1N1 dan bakteria Meninggococcal ni kerana kami sudah belajar mengenainya dalam subjek Microbiology. Konon2 boleh practice lah tu.
EXAM
Isu terhangat pelajar2 perubatan dan juga pelajar2 Al-Azhar di bumi Mesir ini. Dan bahangnya akan tetap tersa sepanjang 2 bulan ini sehingga akhir Jun. Tidak sabar rasanya untuk menamatkan musim peperiksaan ini kerana 'projek besar' musim panas sedang menanti. suka*
Semoga Allah meminjamkan kita kekuatan-Nya untuk kita berusaha dengan gigih. Dan semoga kita diberi kejayaan yang terbaik.
Sekian sahaja dilaporkan berita dari meja redaksi Imtiyaz. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Oh, isu BOLA, tak pandai nak ulas kerana saya kurang minat. Pastinya tentu anda lebih arif kan?
Oh, isu BOLA, tak pandai nak ulas kerana saya kurang minat. Pastinya tentu anda lebih arif kan?
0 comments:
Post a Comment