Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, May 12, 2010

Rezeki

Assalamualaikum wbt.

Bismillahi wal hamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang menjadikan langit dan bumi, siang dan malam serta segala kejadian agar kita sentiasa mengambil iktibar dan bersyukur.

Esok exam practical Forensic. Saya masih gigih membuat persediaan. Abang pula sentiasa berulang alik setiap hari ke rumah sahabat-sahabat sepengajiannya untuk study group. Bahang final exam sudah hangat terasa ditambah pula dengan bahang musim ini. Suhu semakin meningkat saban hari. Jika tiada urusan penting, saya malas untuk keluar. Duduk di rumah lebih selesa. Lebih-lebih lagi suami sentiasa menawarkan diri untuk keluar jika ada perkara yang boleh diselesaikan dengan bantuannya. Hehehe. Thank you abang! (^__^)'.

Beberapa minggu ini masing-masing keletihan. Biarpun kuliah sudah tamat, tuition class tetap rancak. Apatah lagi saya mengambil revision session yang menjadikan kelas perlu dihadiri setiap hari. Sayang rasanya jika ponteng. Mahu tidak mahu, diri ini tetap di gagahkan jua.

Menghadiri kelas tuition setiap malam yang bermula pada pukul 8 malam dan tamat pada jam 11 malam menjadikan saya hampir menjadi seorang defaulter untuk maternal follow-up kerana klinik hanya beroperasi pada pukul 8 malam sehingga pukul 9.30 malam. Penat usah cerita. Tapi kata abang, mujahidah perlu kuat dan sabar.

Sudah hampir 6 minggu saya 'ponteng' maternal check-up. Mula-mula risau juga tapi bila belajar subject Maternal Health Care (MHC) dalam Community Medicine yang menyatakan bahawa policy MHC di Mesir memerlukan ibu mengandung menghadiri sekurang-kurangnga 5 maternal check-up throughout pregnancy, kerisauan berkurangan. Heheh.

Alhamdulilah usia kandungan kini sudah melepasi first trimester. The latest maternal check-up pada minggu ini, usia kandungan sudahpun 14 weeks. And baby is good. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya seolah-olah merahsiakan berita gembira ini. Ini adalah kerana beberapa cases of unknown cause of miscarriage during first trimester dikalangan sahabat-sahabat yang belajar di Mesir ini, menjadikan saya berat untuk menceritakan perihal kandungan ini. Biarlah usia kandungan melepasi first trimester terlebih dahulu, barulah lega rasanya untuk mengumumkan kehadiran permata hati kami ini.




Alhamdulillah kini first trimester sudah berlalu jadi tendency of unknown cause of miscarriage are now decreasing. Symptoms of pregnancy juga semakin berkurangan. Saya mengalami alahan yang agak teruk sepanjang first trimester terutama sleepiness. Kemengantukan yang sukar dibendung! (Sampai sekarang symptom ni tak reduce pun huhu..oh help me!)

Alhamdulillah dengan bergelar seorang medical student, it somehow helps us to know about medical and scientific fact about our pregnancy. Berikut adalah beberapa medical and scientific fact about my pregnancy :

  • First Day Of Last Menstrual Period : 26th January 2010
  • Conception : 9th February 2010 (kami bernikah on 7th February 2010. Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki hanya selepas 2 hari berkahwin! (^__^)v wink* Tak sangka kan? Dan yang seronoknya menurut abang, 9th February tu hari Isnin. Menurut pembacaannya, zuriat yang terjadi pada hari Isnin insyaAllah akan dilahirkan sebagai anak yang soleh solehah..aminn..)
  • Pregnancy Test : 23th February 2010
  • First Heartbeat : 9th March 2010
  • Expected 1st Quickening : 1st June 2010 (tak sabar rasanya!)
  • Viability : 13th July 2010
  • Expected Due Date : 4th November 2010

Doakan agar kandungan dan kelahiran zuriat ini dipermudahkan oleh Allah. Dan doakan juga zuriat yang bakal lahir ini sentiasa sihat, comel, bijak, menjadi anak soleh/ah dan paling penting kelak menjadi mujahid/ah serta penolong agama Allah seperti juga ibubapanya. InsyaAllah..

Buat Puteri-Puteri forth year, terima kasih tidak terhingga kerana sentiasa menyokong dan membantu. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kalian. Juga buat sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kami. Dan paling penting buat abang, terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan kerenah sayang yang sentiasa pelik macam alien ni. huhu.

Doakan ye!

Oh, goodluck exam esok!

18 comments:

Anonymous said...

salam.

congrats!

hehe...jadi org pertama ucap tahniah ikut blog ni.

btw,

takkan due date akak 4th July 2010.

due date ni maksudnye tarikh jangka kelahiran kan?

takkan cepat sangat?

- ismisyakila - said...

Wa'alaikumsalam..

Thank you.

Tu laaa bila baca balik tadi gelak sendiri. Silap type. Tapi dah betulkan dah.

Sape ni eh?

Ta'aruf said...

Salam ziarah...

Tahniah kak...Ust Kadir da bgtau saya lg awal masa blan Mac aritu =)
Semoga semua baik2 dan sihat selalu...
Nanti kirim salam pada Ust Kadir n InsyaAllah 'rombongan' anak2 murid Ust nnt dtg ziarah lepas xam...

Bittaufiq wannajah...

Sihat Muslim said...

salam kak~
Alhamdulillah~
tahniah yerrr~~~
kami pljar mansurah suke dgn brite2 mcm ni~~~

AbuHumairah said...

Salam,
mabruk akhi n kak...smoga semua dipermudahkan. amin.

p/s:muka akhi dah bersinar2 tdi, air kopi pun rasa cam madu je~ hehe. syukran.

chenurulhusna said...

alhmdlh.kak kiki da umum:)
semoga kak kiki sabar+gembira+tabah semasa menjalani peringkat ibu hamil ini:)
sy doakan yang terbaik buat kak kiki sekeluarga.:)jg diri baik2.:)lov.

miro chan said...

alhamdulillah.....
congratz akie ^^

dealova said...

huwaahhh..
akhirnye announce pom..
sy dpt tau dr kwn dirasat,
papepun..congratesss!

yup.moga lahir lagi seorg mujahid@ah kebumi barakah ini..anak lahiran mosir la kot? ^_^

Anonymous said...

hehe,nk jgk drop komen walaupun awal2 lagi dah tahu.. :P tahniah kakak!

i love u ;),jaga diri elok2

humaira' said...

Subhanallah..mabrukh syakila..ana doakan agar enti sekeluarga n permata y bakal lahir stase di dalam lindungan n penjagaan Allah..berkat hidup seorang wanita itu ialah wanita yang cepat pernikahannya..cepat pula kehamilannya..jaga diri enti baik2..

cOreTAn nUEk:) said...

alhamdulillah~~
congrate kak akie :)

syifa hanifuddin said...

Alhamdulillah....akhirnye, akk umumkan pon...macam yang dijanjikan, saya sudi menjadi babysitter.....=))

lensa mata said...

wah....tahniah kawan...rezeki allah tu tak dijangka...:)

ainfarhan said...

aku teka anak ko perempuan.

lemme know if i'm right :)

btw, anak ko kene panggel aku KAK PAAN ok. thank you :)

afifah said...

salam..nk komen jgk k kiki..
yeay!!dh umum dh~~
tahniah2..
(wlupun dh tau lma dh..hehe)
k kiki,trimas byk2 tau utk aritu..sori sshkn akak.. :)
TERIMA KASIH BYK3..
jg dri leklok..
xckup bekalan limau bgtau sy..hehe

- ismisyakila - said...

Terima kasih atas ucapan dan doa semua.

paan : kenapa teka perempuan heh? btw,fetus at 4th month gestation, sex is distinguishable :)

afifah : pah, akak nak limau bali ade ke? ngehs3.

WanitaMustanir said...

Salam, akie..

Congrats ya..

Aptutlah ada post ttg Mansoura Adorations.. ngeh3

FiNi Pelangi said...

alhamdulillah, tahniah kak,. fini doakan kesihatan akak n baby sentiasa dlm keadaan yg baik,. Tahniah, moga khadiran baby bru ni mnambahkan kecintaan pd Allah n suami, :)..