Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, May 6, 2010

Remaja Hari Ini

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama tidak mencoret sesuatu di sini menjadikan jari-jemari sedikit kekok. Fikiran juga buntu, menjadikan ayat tidak tersusun. Teringat muka excited abang setiap kali saya menjenguk blog sendiri.

"Posting ke?"

Saya geleng kepala dan tersenyum kambing.

"Post la sesuatu..dakwah ini perlu sentiasa diteruskan..hmm?"

Saya mengangguk. "InsyaAllah.."

Ya, dakwah ini perlu sentiasa diteruskan. Ia tidak pernah ada titik noktah.

Hari ini saya buka kembali buku kecil tulisan Dr.Yusuf Qardawi - Wajibu Syabab Al-Yaum, Kewajipan Remaja Muslim Hari Ini. Sudah berapa kali dikhatamkan buku ini tetapi untuk menghadam keseluruhan isinya, saya mungkin perlu menambah lagi kosentrasi jika membacanya semula.

Kita adalah remaja.
Walaupun sudah berkahwin, saya juga masih remaja. Begitu juga suami. (^__^)'.

Umur remaja ini adalah umur yang cukup penting bagi kehidupan seseorang. Pada waktu inilah kita punya kekuatan yang cukup hebat dan kemampuan yang cukup tinggi untuk melakukan apa saja samada berbentuk fizikal, mental mahupun sosial.

Kalaulah diibaratkan kitaran matahari, waktu remaja ni boleh diumpamakan waktu tengahari yang mana matahari itu sedang tegak di atas kepala, panasnya membahang, sinarnya terang.

Kuatkan remaja ni?


Sejarah banyak menceritakan perihal remaja yang hebat. Siapa tidak kenal dengan Nabi Ibrahim yang pada waktu remajanya baginda menghancurkan semua berhala melainkan berhala yang besar agar kaumnya kembali pada Allah.

Nabi Ismail, pada zaman remajanya mengorbankan diri menyerahkan lehernya kerana Allah dalam keadaan taat dan redha. Nabi Yusuf pada zaman remajanya digoda oleh Zulaikha sehingga baginda lebih rela memlilih penjara daripada maksiat.

Bagitu juga para sahabat Rasulullah yang memeluk Islam pada usia remaja dan berebut mengejar syahid juga pada usia remaja. Hebatkan mereka?

Kita pula bagaimana?

Saya sedih melihatkan kebanyakan remaja kini menghabiskan masa dengan sia-sia. Sangat sedikit yang betul-betul menjalankan kewajipan sebagai remaja muslim pada hari ini.

Tak percaya?


Jenguk saja laman Facebook yang menonjolkan pelbagai ragam remaja yang kononnya moden, bebas, updated, dan macam-macam lagi. Lihat saja dada-dada akhbar yang melaporkan pelbagai macam masalah remaja. Budaya bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, berpasangan dan berlagak seperti sudah berkahwin sedangkan belum, berkhalwat, berzina, bunuh dan sebagainya.

Ah, sayangnya mereka masih tidak sedar bahawa mereka adalah mangsa perolok zionis yang sejak dulu melaksanakan rencana mereka dalam menjajah pemikiran remaja muslim hari ini.

Sayang kan?

Lebih menyedihkan apabila remaja ini ditegur kerana kesalahan mereka yang terang-terang melanggar batas syariat, mereka jadi berang, marah, mengutuk dan mencaci. Mereka tidak malu untuk mempertahankan perkara kutuk yang mereka lakukan.

Para daie' pula dikatakan kolot, jumud, berfikiran sempit. Tidak kurang juga dicaci dan dimaki seolah-olah mereka sangat hina dalam membawa risalah Islam. Sedarkah mereka bahawa dosa mereka itu lebih hina, busuk dan jijik?

Buat para daie
, jangan kita pernah berputus asa. Kita adalah remaja muslim dan antara kewajipan remaja muslim itu adalah Berdakwah Kepada Islam.

Pahit? Ya, sememangnya pahit. Kita tidak akan pernah dihamparkan dengan karpet merah, bilik berhawa dingin, hidangan yang enak-enak malahan jalan kita penuh ranjau dan duri, cacian dan cercaan itulah yang perlu ditelan setiap kali. Kita perlu sentiasa memantapkan diri dengan kesabaran.

Allah merakamkan nasihat Luqman kepada anaknya di dalam Al-Quran:

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya" (Surah Luqman : 17)

Sabar adalah bekalan kerana dakwah adalah perkataan yang berat dan kesusahan yang besar. Lebih-lebih lagi zaman kini. Dan kita, kita adalah pewaris kepada kesusahan ini. Inilah erti perkataan yang berat yang Allah firmankan kepada RasulNya pada permulaan zaman Nubuwwah :

"Sesungguhnya Kami akan memberikan kepada kamu perkataan yang berat" (Surah Al-Muzammil : 5)

Buat remaja yang lainnya, gunakanlah masa remaja sebaiknya kerana kelak kita akan ditanya di hadapan Allah : "Masa remajamu, bagaimanakah kamu menggunakannya?"


Rujukan : Wajibu Syabab Al-Yaum- Dr.Yusuf Qardawi

3 comments:

Anonymous said...

salam ziarah kak =)

jzkk atas perkongsian..

cOreTAn nUEk:) said...

hmm..bt0l...terase~~

Anonymous said...

salam kak. mane nak dpt buku wajibu syabab tu? nice post. syukran.
-jannah.alex