Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, May 27, 2010

Appreciate Your Parents

Assalamualaikum wbt.

"Kesian sayang abang..."

Itulah kata-kata yang terluah dari abang everytime I regurgitate back the whole content of my stomach everytime I eat. Jika tidak dimuntahkan, badan akan rasa tak sedap, tak selesa. Jika dimuntahkan, akan terasa layu dan longlai.

Belum cerita tentang the idiopathic sleepiness. According to the sleeping time recommended by MHC, pregnant woman must sleep at least 8 hours/night. AT LEAST ye. Kalau tak cukup tidur, memang akan rasa tak larat nak buat satu apa pun. Dan kesan pada baby, baby akan lahir kecil and low-weight. And actually, 8 hours are not enough oh k~

Alahan saya teruk dan berlarutan beyond the first trimester. Waktu ini adalah mujahadah terbesar bagi saya. Masakan tidak, to balance my study time and rest time (which means adequate sleep), saya betul-betul perlu mujahadah. (T_T)

Alhamdulillah Allah mengurniakan suami yang sangat memahami, penyayang dan tidak pernah kekok membantu melakukan kerja-kerja rumah. Sampaikan kadang-kadang rasa bersalah plus terharu tengok abang. Bertakung airmata (T_T). Jazakallahu khairan jaza' ya habibi. (Terima kasih juga sebab selalu reward sayang dengan ice-cream. hihi.)

Malam tadi kami bersama mentadabbur surah Luqman. Antara surah amalan yang elok dibaca along pregnancy. Abang is the one who recites the surah (as he recites better than me with tajwid and tartil) together with the translations. And I'm sitting beside him with my hand stroking over my bumps gently. Our growing baby can now hear the outside voice from inside my womb (according to the fact) .

My tears are somehow pooling when abang read the translation of 14th verse.

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu." (31:14)

Hanya yang pernah mengandung tahu bagaimana rasa 'lemah yang bertambah-tambah' itu.

Saya teringatkan mama. I used to ask her, for how long she suffered from sickness when she carried me inside her womb about 22 years ago. And she replied me : "Mama selagi tak lima bulan pregnant, selagi tu tak boleh bangun..". And now I know how much she suffered by 'lima bulan tak boleh bangun'. (T_T)

I also asked Mama for advices, the dos and donts during pregnancy. And she said a word which is SABAR. And I replied her "sabar je?". But by then I know how much SABAR means. Memang betul-betul kena sabar tau! (T_T)

Dan banyak lagi nasihat-nasihat yang lainnya seperti jaga akhlak dan percakapan, banyakkan baca Quran, berzikir dan membaca surah-surah amalan, banyakkan berdoa, rehat dan tidur yang cukup dan sebagainya.

Mama, thank you for everything. Jazakillahu khairan jaza'.

Abang almost always expressed his envious towards the reward which promised by Allah (via Hadith Rasulullah s.a.w) for those women who delivered their baby.

"Sayang tahu tak, untungnya ibu yang melahirkan anak.. Selepas melahirkan anak, dirinya bersih dari dosa sepertimana bayi yang dilahirkannya. Subhanallah.. Orang pergi haji pun tak semestinya haji diorang mabrur tau. Abang tak dapat tau peluang macam tu. Jealousnyerr abang!"


Dan banyak lagi kelebihan ibu yang mengandung dan melahirkan anak yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w antaranya :

"Apabila seseorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginyasetiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan1000 kejahatan baginya."


Sungguh Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Seronok kan?


And I wont ask for more other than semoga Allah sentiasa mempemudahkan kandungan dan kelahiran zuriat2 kami dan mengurniakan kami zuriat yang soleh solehah, cerdik pintar, faqih ilmu agama, elok akhlaknya sepertimana diperelokkan kejadiannya. Begitu juga ibu-ibu mengandung yang lain di luar sana terutama bestfriend, Puan Aimi.

And I still struggling for the final examination. I've made promise to abang to study just like tomorrow we are having the exam (study gila kentang) and promise to baby to get better result from the past 3 years. Oh please dont break the promise Syakila.

Semoga Allah memberi kejayaan besar kepada seluruh warga Mansurah University tahun ni. Yang penting, ikhtiar dan usaha. Sama-sama berdoa dan bertawakkal.

Dear baby, do pray for abi and ummi oh k!


Monday, May 24, 2010

How Cartoons Remind Us.

Assalamualaikum wbt.

Clock is ticking. Now it's thirty minutes passed twelve. Midnight.

Eyes are ptotic, physiologically. And yes I'm sleepy. Always sleepy. Blaming the hormone of pregnancy. huhu.

Abang is in another room and reciting his syarah of the i-dont-know-exactly-what. Loudly. and gigihly. In arabic. That I can barely understand T_T. And he is listening to In-team : Keluarga Penyayang too. Dan kadangkala menyanyi sorang-sorang juga. Kadang-kadang berselang seli dengan bacaan ayat Quran atau mana-mana hadith. Haha. Abang, you always makes me smile :P

I should've finish my Ophtal tonight. Because according to my self-study-plans, I should start with another, tomorrow. I try to obey the schedule as best as I can. huhu. But then.. the pathetic me was just watching the Ice Age 3 few minutes ago.
Dah lama tak tengok cartoon. Seronok juga melayan cartoon ni. Buatkan kita tergelak-gelak sendiri sampaikan orang yang tengah study di bilik sebelah tu pun curious and came to join us.(me and someone inside my womb (^_^)' ) Kesian abang terheret sama. hoho.

Cartoons penuh dengan dunia khayalan. Kadang-kadang perkara tu tak logik pun untuk berlaku but it happens in cartoons. Contohnya, jatuh dari tempat yang tinggi tapi tak mati mati pun. Paling-paling pun penyek sekejap, then boleh bangun balik. Kalau kulit dia luka atau koyak, cepat je baik balik. Kalau kepala terhantuk atau di pukul, kepala benjol atau kemek atau pecah, lepastu sekejap je elok balik.


Macam tak logik kan? Sampaikan dulu-dulu saya rasa macam b*d*h sangat kalau tengok cartoon ni. Ye lah, dunia realiti mana ada macam tu. Dan rasa buang masa je layan cartoons. Macam takde faedah je~

Tapi searang, kadang-kadang bila tengok cartoons dan cuba menilai dan mengambil pengajaran yang terbaik, perkara yang seems ridiculous tu la yang boleh remind us about something.

Yes, in our real worlds the-duni-yang-fana ini, things not gonna happen like that. But those things actually happen and logic!

Ye ke? How?

It happens in Hereafter. Dan Allah ada menyatakannya dalam Al-Quran perihal azab api neraka.

"Sungguh, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak Kami akan masukkan ke dalam api neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (An-Nisa :56)

Dan ingatkah kita pada peristiwa yang berlaku semasa Rasulullah s.a.w di Mikrajkan dari Baitul Maqdis hingga ke langit ke tujuh untuk bertemu Allah s.w.t?

Peristiwa di mana Allah s.w.t memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya terhadap apa yang telah mereka lakukan semasa hayat mereka.

Dan antara kejadian pelik dan aneh itu adalah Baginda di perlihatkan sekumpulan manusia yang memecahkan kepalanya sendiri. Kemudian kepala mereka elok semula. Dan kemudian mereka memecahkan kembali kepala mereka lagi. Dan ia berlaku berulang-ulang.

Juga sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri. Kemudian lidah mereka elok semula. Dan mereka memotongnya lagi. Dan ia berlaku berterusan.

Dahsyat kan? Lagi dahsyat dari cerita yang dalam cerita cartoon tu.

Sekarang, logik tak?


So,do you see how cartoons remind us?


Wednesday, May 12, 2010

Rezeki

Assalamualaikum wbt.

Bismillahi wal hamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang menjadikan langit dan bumi, siang dan malam serta segala kejadian agar kita sentiasa mengambil iktibar dan bersyukur.

Esok exam practical Forensic. Saya masih gigih membuat persediaan. Abang pula sentiasa berulang alik setiap hari ke rumah sahabat-sahabat sepengajiannya untuk study group. Bahang final exam sudah hangat terasa ditambah pula dengan bahang musim ini. Suhu semakin meningkat saban hari. Jika tiada urusan penting, saya malas untuk keluar. Duduk di rumah lebih selesa. Lebih-lebih lagi suami sentiasa menawarkan diri untuk keluar jika ada perkara yang boleh diselesaikan dengan bantuannya. Hehehe. Thank you abang! (^__^)'.

Beberapa minggu ini masing-masing keletihan. Biarpun kuliah sudah tamat, tuition class tetap rancak. Apatah lagi saya mengambil revision session yang menjadikan kelas perlu dihadiri setiap hari. Sayang rasanya jika ponteng. Mahu tidak mahu, diri ini tetap di gagahkan jua.

Menghadiri kelas tuition setiap malam yang bermula pada pukul 8 malam dan tamat pada jam 11 malam menjadikan saya hampir menjadi seorang defaulter untuk maternal follow-up kerana klinik hanya beroperasi pada pukul 8 malam sehingga pukul 9.30 malam. Penat usah cerita. Tapi kata abang, mujahidah perlu kuat dan sabar.

Sudah hampir 6 minggu saya 'ponteng' maternal check-up. Mula-mula risau juga tapi bila belajar subject Maternal Health Care (MHC) dalam Community Medicine yang menyatakan bahawa policy MHC di Mesir memerlukan ibu mengandung menghadiri sekurang-kurangnga 5 maternal check-up throughout pregnancy, kerisauan berkurangan. Heheh.

Alhamdulilah usia kandungan kini sudah melepasi first trimester. The latest maternal check-up pada minggu ini, usia kandungan sudahpun 14 weeks. And baby is good. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya seolah-olah merahsiakan berita gembira ini. Ini adalah kerana beberapa cases of unknown cause of miscarriage during first trimester dikalangan sahabat-sahabat yang belajar di Mesir ini, menjadikan saya berat untuk menceritakan perihal kandungan ini. Biarlah usia kandungan melepasi first trimester terlebih dahulu, barulah lega rasanya untuk mengumumkan kehadiran permata hati kami ini.




Alhamdulillah kini first trimester sudah berlalu jadi tendency of unknown cause of miscarriage are now decreasing. Symptoms of pregnancy juga semakin berkurangan. Saya mengalami alahan yang agak teruk sepanjang first trimester terutama sleepiness. Kemengantukan yang sukar dibendung! (Sampai sekarang symptom ni tak reduce pun huhu..oh help me!)

Alhamdulillah dengan bergelar seorang medical student, it somehow helps us to know about medical and scientific fact about our pregnancy. Berikut adalah beberapa medical and scientific fact about my pregnancy :

  • First Day Of Last Menstrual Period : 26th January 2010
  • Conception : 9th February 2010 (kami bernikah on 7th February 2010. Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki hanya selepas 2 hari berkahwin! (^__^)v wink* Tak sangka kan? Dan yang seronoknya menurut abang, 9th February tu hari Isnin. Menurut pembacaannya, zuriat yang terjadi pada hari Isnin insyaAllah akan dilahirkan sebagai anak yang soleh solehah..aminn..)
  • Pregnancy Test : 23th February 2010
  • First Heartbeat : 9th March 2010
  • Expected 1st Quickening : 1st June 2010 (tak sabar rasanya!)
  • Viability : 13th July 2010
  • Expected Due Date : 4th November 2010

Doakan agar kandungan dan kelahiran zuriat ini dipermudahkan oleh Allah. Dan doakan juga zuriat yang bakal lahir ini sentiasa sihat, comel, bijak, menjadi anak soleh/ah dan paling penting kelak menjadi mujahid/ah serta penolong agama Allah seperti juga ibubapanya. InsyaAllah..

Buat Puteri-Puteri forth year, terima kasih tidak terhingga kerana sentiasa menyokong dan membantu. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kalian. Juga buat sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kami. Dan paling penting buat abang, terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan kerenah sayang yang sentiasa pelik macam alien ni. huhu.

Doakan ye!

Oh, goodluck exam esok!

Thursday, May 6, 2010

Remaja Hari Ini

Assalamualaikum wbt.

Sudah lama tidak mencoret sesuatu di sini menjadikan jari-jemari sedikit kekok. Fikiran juga buntu, menjadikan ayat tidak tersusun. Teringat muka excited abang setiap kali saya menjenguk blog sendiri.

"Posting ke?"

Saya geleng kepala dan tersenyum kambing.

"Post la sesuatu..dakwah ini perlu sentiasa diteruskan..hmm?"

Saya mengangguk. "InsyaAllah.."

Ya, dakwah ini perlu sentiasa diteruskan. Ia tidak pernah ada titik noktah.

Hari ini saya buka kembali buku kecil tulisan Dr.Yusuf Qardawi - Wajibu Syabab Al-Yaum, Kewajipan Remaja Muslim Hari Ini. Sudah berapa kali dikhatamkan buku ini tetapi untuk menghadam keseluruhan isinya, saya mungkin perlu menambah lagi kosentrasi jika membacanya semula.

Kita adalah remaja.
Walaupun sudah berkahwin, saya juga masih remaja. Begitu juga suami. (^__^)'.

Umur remaja ini adalah umur yang cukup penting bagi kehidupan seseorang. Pada waktu inilah kita punya kekuatan yang cukup hebat dan kemampuan yang cukup tinggi untuk melakukan apa saja samada berbentuk fizikal, mental mahupun sosial.

Kalaulah diibaratkan kitaran matahari, waktu remaja ni boleh diumpamakan waktu tengahari yang mana matahari itu sedang tegak di atas kepala, panasnya membahang, sinarnya terang.

Kuatkan remaja ni?


Sejarah banyak menceritakan perihal remaja yang hebat. Siapa tidak kenal dengan Nabi Ibrahim yang pada waktu remajanya baginda menghancurkan semua berhala melainkan berhala yang besar agar kaumnya kembali pada Allah.

Nabi Ismail, pada zaman remajanya mengorbankan diri menyerahkan lehernya kerana Allah dalam keadaan taat dan redha. Nabi Yusuf pada zaman remajanya digoda oleh Zulaikha sehingga baginda lebih rela memlilih penjara daripada maksiat.

Bagitu juga para sahabat Rasulullah yang memeluk Islam pada usia remaja dan berebut mengejar syahid juga pada usia remaja. Hebatkan mereka?

Kita pula bagaimana?

Saya sedih melihatkan kebanyakan remaja kini menghabiskan masa dengan sia-sia. Sangat sedikit yang betul-betul menjalankan kewajipan sebagai remaja muslim pada hari ini.

Tak percaya?


Jenguk saja laman Facebook yang menonjolkan pelbagai ragam remaja yang kononnya moden, bebas, updated, dan macam-macam lagi. Lihat saja dada-dada akhbar yang melaporkan pelbagai macam masalah remaja. Budaya bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, berpasangan dan berlagak seperti sudah berkahwin sedangkan belum, berkhalwat, berzina, bunuh dan sebagainya.

Ah, sayangnya mereka masih tidak sedar bahawa mereka adalah mangsa perolok zionis yang sejak dulu melaksanakan rencana mereka dalam menjajah pemikiran remaja muslim hari ini.

Sayang kan?

Lebih menyedihkan apabila remaja ini ditegur kerana kesalahan mereka yang terang-terang melanggar batas syariat, mereka jadi berang, marah, mengutuk dan mencaci. Mereka tidak malu untuk mempertahankan perkara kutuk yang mereka lakukan.

Para daie' pula dikatakan kolot, jumud, berfikiran sempit. Tidak kurang juga dicaci dan dimaki seolah-olah mereka sangat hina dalam membawa risalah Islam. Sedarkah mereka bahawa dosa mereka itu lebih hina, busuk dan jijik?

Buat para daie
, jangan kita pernah berputus asa. Kita adalah remaja muslim dan antara kewajipan remaja muslim itu adalah Berdakwah Kepada Islam.

Pahit? Ya, sememangnya pahit. Kita tidak akan pernah dihamparkan dengan karpet merah, bilik berhawa dingin, hidangan yang enak-enak malahan jalan kita penuh ranjau dan duri, cacian dan cercaan itulah yang perlu ditelan setiap kali. Kita perlu sentiasa memantapkan diri dengan kesabaran.

Allah merakamkan nasihat Luqman kepada anaknya di dalam Al-Quran:

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya" (Surah Luqman : 17)

Sabar adalah bekalan kerana dakwah adalah perkataan yang berat dan kesusahan yang besar. Lebih-lebih lagi zaman kini. Dan kita, kita adalah pewaris kepada kesusahan ini. Inilah erti perkataan yang berat yang Allah firmankan kepada RasulNya pada permulaan zaman Nubuwwah :

"Sesungguhnya Kami akan memberikan kepada kamu perkataan yang berat" (Surah Al-Muzammil : 5)

Buat remaja yang lainnya, gunakanlah masa remaja sebaiknya kerana kelak kita akan ditanya di hadapan Allah : "Masa remajamu, bagaimanakah kamu menggunakannya?"


Rujukan : Wajibu Syabab Al-Yaum- Dr.Yusuf Qardawi