Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, October 5, 2009

Pulang Ke Gagang

Assalamualaikum wbt.

10 jam penerbangan dengan menaiki Egypt Air betul2 strained my nerves and muscles. More than half of the journey saya isi dengan tidur2 ayam. Alhamdulillah kami penumpang2 pesawat MS 969 selamat tiba di Cairo International Airport pada jam 6.08am local time. Dan alhamdulillah kami selamat tiba di Mansurah selepas zohor gara2 kesesakan yang agak teruk di Cairo highway. If u ask my verdict, frankly speaking i do not recommend Egypt Air. (haha..sukahati je!). Penat? Ya, sugguh penat!




On the day i was scheduled for returning back to Egypt, saya mendapat demam kura. Mak saya kata, saya demam sebab dah nak balik Mesir. Berat rasanya hati untuk meninggalkan Malaysia. Lebih tepat lagi, meninggalkan rumah dan kenangan bersama isinya. Lebih2 lagi apabila mak saya kata, dia pasti akan terasa kehilangan saya buat beberapa hari. Rumah akan kembali sunyi. Adik akan kembali menjadi satu2nya teman gaduh dan sembang mama jika ayah keluar bekerja. Dua bulan bukan masa yang singkat untuk meninggalkan bayang di rumah. Saya homesick saat ini!





Kini sudah tiada tv untuk di tonton wuwu~ Hanya laptop yang sudah tenat ini sebagai galang ganti. Serta buku2 yang tersusun elok di rak. Segala-galanya akan kembali seperti biasa. Waktu berehat sementara dari dunia study sudah habis. Alhamdulillah, Malaysia telah merehatkan fizikal dan mental saya dengan baik dengan keluarga yang sepenuh masa disisi. Dan kini azam yang dipahat serta amanah yang dipikul mula menuntut janji2 mereka. Waktu untuk berpenat, letih, kurang tidur, kurang rehat dan sibuk telah tiba. Tiada masa lagi untuk bermalasan dan beralasan. Kembali berjuang!

Hari ini saya akan mula melangkah ke kelas bagi memulakan tahun ke-empat saya sebagai pelajar perubatan. Tahun ke-empat adalah tahun bermulanya clinical years. I'm kinda excited to go through the brand new study years. Cepat saja masa berlalu sehinggakan suadara mara saya pun tak percaya saya sudah memasuki tahun ke-empat di Mesir. hehe.

Jangan terlalu seronok Syakila. Masa sudah semakin singkat untuk bergelar seorang Doktor Muslimah. Tong ilmu yang masih kosong dan berbunyi kuat jika diketuk ini, minta diisi dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Saya mengharapkan hari2 yang penuh bersemangat tinggi sepanjang tahun ke-empat ini dan tahun2 seterusnya. Mumtaz itu adalah limit yang maksimum untuk di capai tetapi usaha ke arahnya, tiada limit tertentu yang di senggat.

Selamat memulakan tahun yang baru buat kawan2 sekelas dan rakan2 seperjuangan. Ayuh kembali ke sekolah. Ayuh!


2 comments:

ainfarhan said...

salam.

braces ko da cabutttt.

aku pun xnak baleeek.

:(

- ismisyakila - said...

wa'alaikumsalam wbt.

haha.a week before balik malaysia haritu lagi dh removed.

balik2! ngabihkan boreh jo kt malaysia nun.