Pages

Anak Soleh Ummi & Abi

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, December 29, 2008

APA KHABAR STUDY?

Assalamualaikum w.b.t..

Exam'll be less than 22 days from now. And I know that each of us thinking about the best mechanism to prepare ourselves for the exam. Saya juga begitu. We'll some time feel like giving up. Tak kiralah samada give up untuk exam or giving up of current lessons. Jika masa yang ada di gunakan sepenuhnya untuk prepare for the exam, bagaimana pula subject2 yang di ajar setiap hari? Jika kita gunakan masa sepenuhnya untuk study seperti biasa, bagaimana pula dengan exam?

Tepuklah dada, tanyalah diri sendiri..

Entry kali ini saya tidak berniat untuk berkata panjang soal masa. Entry tentang MASA yang saya post sebelum ini, rasanya sudah cukup untuk membuatkan anda berfikir cara terbaik mengendalikan masa anda. The most important is, we know what is the most PRIOR.

APA KHABAR STUDY?

Seperti biasa, di antara rutin saya pada hari Jumaat adalah mengadakan Smart Circle (SC) bersama adik2 tahun Satu. Saya dan seorang sahabat yang juga merupakan one of my housemate di amanahkan untuk menjadi Naqibah kepada 11 orang adik.

Untuk permulaan, tiada aktiviti berat yang kami jalankan. Hanya sekadar beberapa games untuk membina ukhuwwah.

Dan seperti biasa di akhir sesi SC saya akan bertanyakan KHABAR mereka. Dan semestinya bukan saja khabar DIRI tetapi khabar STUDY.

"Apa khabar study?"

Ringkas sahaja soalan saya. Tetapi berbagai jawapan yang saya terima. Dan di antaranya adalah :

"Gitulah kak..bila kadang2 rasa rajin nak study, study kuat2. Bila tak rasa nak study, faham2 je lah..!"

Saya faham.. Saya faham.. Dan saya masih tolerate kerana mereka adalah student TAHUN SATU. Dan masalah terbesar student tahun Satu adalah mereka masih tidak tahu bagaimanakah CARA TERBAIK untuk study medic. Saya pernah melalui tahun Satu dan saya mengalami sendiri pengalaman STUDY IKUT RASA. Bila rasa nak study, saya study. Bila tiada rasa itu, maka rasa malaslah yang mengganti.

STUDY IKUT RASA.

Itu cerita tahun Satu. Tetapi sekarang, ketika anda berada di tahun Dua atau Tiga, adakah anda masih lagi study ikut RASA?

Jika jawapan anda YA, anda berada dalam BAHAYA.

Mengapa saya kata begitu?

Anda telah melalui saat2 BLUR di tahun satu. Tidak tahu mekanisme study yang terbaik waktu itu. Tetapi sekarang anda SEPATUTNYA TAHU! Kerana anda sudah melepasi satu tahun yang boleh dikatakan sebagai tahun TRIAL.

Jika semasa tahun satu, anda mendapat keputusan yang agak menyedihkan, pada waktu itu anda sepatutnya sudah boleh mengagak APA YANG TIDAK KENA sehinggakan anda tidak berjaya mendapat keputusan yang baik dalam exam.

Adakah aku study?
Adakah cara study aku tidak berkesan?
Adakah cara aku menjawab soalan tidak seperti yang sepatutnya?
Adakah Doktor kedekut tak nak bagi markah banyak2?

Maka perlunya anda tahu WHAT WAS WRONG.

TIDAK KENAL MAKA TIDAK CINTA

Ketika saya berada di tahun Satu, satu2nya subjek yang saya study bersungguh2 adalah ANATOMY.

Mengapa?

Kerana saya tahu bagaimanakan cara untuk study subjek tersebut. Saya kenal dan saya jatuh cinta dengan Anatomy. Dan saya cuba berikan yang terbaik untuk Anatomy. Dan Alhamdulillah, saya mendapat keputusan yang sangat aik untuk subjek tersebut.

Bagaimana dengan subjek lain?

Physio dan Biochemistry adalah nightmare bagi saya. TIDAK TAHU apa yang perlu saya study dan TIDAK TAHU apa yang perlu saya tahu tentang subjek ini menybabkan saya MALAS dan tidak bersungguh2 terhadap subjek ini. Dan natijahnya, saya hanya lulus cukup2 makan sahaja.

Dan saya mula sedar, tidak tahu dan tidak berusaha untuk tahu menyebabkan saya TIDAK KENAL siapa Physio dan Biochemistry. Dan seterusnya menyebabkan saya tidak bersungguh2 terhadap mereka.

KENAL DAN CINTA

Dan sejak dari hari itu, saya berusaha untuk mengenal SIAPA MEREKA supaya saya tahu bagaimana saya boleh tackle mereka.

Maka ketahuilah bahawa cara untuk anda master sesuatu subjek itu adalah dengan MENGENAL dan MENGETAHUI segala perkara tentang subjek tersebut.
  • MENGAPA anda perlu study subjek tersebut.
  • BAGAIMANAKAH cara untuk anda study subjek tersebut.
  • APAKAH yang anda perlu tahu daripada subjek tersebut.

Dan percayalah..Dengan izin Allah, kerja anda akan lebih mudah selepas itu.

DALAM BAHAYA

Berbalik pada apa yang saya katakan tentang BAHAYA STUDY IKUT RASA.

Adakah anda tahu apakah sebenarnya masalah anda di sini?

Saya akan bagi satu contoh :

Bagi yang pernah melalui final exam, anda pasti tahu keadaan semasa exam. Di saat kertas peperiksaan di edarkan, kita seakan tidak sabar untuk melepaskan segala macam perkara yang telah kita simpan dalam otak kita. Bagi yang bersedia, tiada masalah bagi mereka. Malah seakan tidak sabar mahu melihat apakah soalan yang keluar. Dan bagi yang tidak bersedia, mereka tidak berhenti berdoa supaya soalan yang keluar biarlah daripada mana2 perkara yang dalam pengetahuan mereka. Janganlah keluar soalan yang mereka tidak baca atau tidak tahu.

Apabila kertas di siap di edarkan dan masa menjawab bermula. Pada masa itu, akan ada dua kondisi :

  1. Pelajar tunduk dan tekun menjawab soalan.
  2. Pelajar melopong dan memandang sekeliling.

Kedua2 kondisi ini secara tidak langsung memberitahu kita dua perkara:

  1. Pelajar tunduk dan tekun : mereka memahami soalan dan tahu untuk menjawab soalan yang di berikan.
  2. Pelajar melopong dan memandang sekeliling : mereka samada tidak faham soalan ataupun memahami soalan tetapi tidak tahu jawapan. Jadi konon2lah memandang sekeliling dengan harapan dapat IDEA tentang apa yang boleh di jawab.

Begitu juga situsinya apabila kita STUDY IKUT RASA. Ada dua kondisi :

  1. Study ikut rasa (1) :Orang yang bila rasa nak study maka mereka study. Bila rasa nak study itu tiada dan di ganti rasa MALAS, mereka akan buat perkara lain selain study dan tidak study.
  2. Study ikut rasa (2) :Orang yang merasa mereka PERLU study. Sehinggakan kadang2 mereka terasa seakan2 tidak cukup masa untuk study.

Dan ternyata dua kondisi ini memberitahu kita dua perkara :

  1. Study ikut rasa (1) : Orang dalam kategori ini tiada AIM dalam study. Mereka TIDAK TAHU apa yang mereka PERLU tahu dan study.
  2. Study ikut rasa (2): Orang dalam kategori ini ada AIM dalam study. Mereka TAHU apa yang mereka perlu tahu dan study. Sehinggakan tidak cukup masa untuk study setiap perkara yang mereka perlu study.

Jadi, DIMANAKAH ANDA?

BUATLAH PILIHAN

Lihatlah diri sendiri. Dimanakah kondisi anda?

  • Jika anda tidak mahu menjadi pelajar yang melopong ketika dalam peperiksaan, maka janganlah study ikut rasa (1).
  • Jika anda ingin menjadi pelajar yang tekun dan tahu menjawab soalan, maka jadilah seorang yang study ikut rasa (2)

Masih ada masa untuk berubah dan menetapkan jalan hidup anda. Jika bukan kita yang cuba untuk mengubahnya, siapa lagi?

KENALI DIRI

Semoga entry ini dapat menjawab persoalan sahabat2 yang bertanya kepada saya bagaimana cara terbaik untuk study. Untuk menjawab secara detail, saya rasa tidak layak kerana saya juga pelajar biasa yang kadangkala melakukan kesilapan. Dan seperti apa yang saya tekankan dalam entry sebelum ini KENALILAH DIRI ANDA supaya anda boleh buat sesuatu untuk diri anda.

1 comments:

Anonymous said...

Hello fromm italy, yuor blog is very interesting, will come to reading it buona giornata